‘Kerusi Rakyat’ Karya Hishamuddin Rais Jadi Simbolik Perjuangan Tian Chua Di Batu
PRU15 | Lapan kawasan di parlimen Batu dihiasi dengan hasil seni ‘Kerusi Rakyat’ karya aktivis masyarakat, Hishamuddin Rais.
Calon Bebas, Tian Chua berkata karya tersebut direka khas bagi menyatakan aspirasinya utuh untuk menjaga rakyat di kawasan Batu yang pernah disandangnya selama dua penggal pada tahun 2008-2018.
“Karya ini dilancar hari ini sempena Pilihanraya Umum ke-15. Ia adalah strategi kreatif yang dikemukakan kepada pengundi dari aspek promosikan seni dan budaya kemasyarakatan.
“Rakyat adalah penentu dan pemilik kedudukan politik negara. Idea yang dimaksudkan dalam karya seni ini konsisten dengan iltizam dan cogankata kempen saya, iaitu ‘Kerusi untuk Rakyat ‘ (the People’s Seat). Simboliknya, “kerusi” adalah lambang yang saya tandingi,” katanya dalam pelancaran Kerusi Rakyat pada Isnin.
Menurut Tian lagi, perjuangan beliau kepada masyarakat di Parlimen Batu disampaikan secara simbolik dengan utuhnya asas kerusi ini.
“Permasalahan harian rakyat menjadi keutamaan saya yang dilambangkan dengan tempat duduk dan tempat sandar Kerusi Rakyat.
“Ianya simbolik untuk penyelesaian segera pada permasalahan harian mereka hinggalah semua pihak berpuas hati,” katanya.
Untuk rekod, karya seni yang berukuran tinggi 12 kaki dan lebar 20 kaki dan diperbuat daripada kayu itu dipasang di lapan lokasi berbeza iaitu di Sky Awani Residence; Sentul Pasar; Jalan Ipoh Batu 3; Jalan Ipoh Batu 5; Lotus’s Selayang; Petronas Jalan Kuching; Taman Seri Murni dan Bandar Baru Sentul.
pas Lagi terror buat hasiL seni kempen macam2 meriam kereta kebaL kapaL seLam kapaL angkasa semua engineer besar turun sama2 bikin hasiL seni
BalasPadam