Rabu, 16 November 2022

MUHYIDIN PM SEKALI LAGI ?


Tinjauan badan global dapati Muhyiddin calon PM paling popular


Firma pendapat awam global YouGov meletakkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri paling popular dalam kalangan calon gabungan lain yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beberapa hari sebelum bilangan pengundi terbesar dalam sejarah Malaysia keluar mengundi pada 19 November.

Tinjauan terbaru YouGov itu berkata, Muhyiddin, yang mengetuai kerajaan Malaysia ketika kemuncak pandemik Covid-19 menerima “penerimaan terbaik" dalam kalangan satu pertiga (33%) pengundi, berbanding tiga pemimpin gabungan lain yang bersaing untuk jawatan tertinggi dalam negara itu.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berada di tempat kedua, dengan 29% penerimaan. 

Manakala Perdana Menteri Ismail Sabri berada di tempat ketiga dengan 22% responden memberikan pandangan positif terhadap beliau.

Sementara itu, pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad yang tidak menolak mungkin kembali menjadi perdana menteri buat kali ketiga, menduduki tempat terakhir dengan 14%.

Populariti ahli politik veteran itu didapati lebih rendah berbanding Abdul Hadi Awang, walaupun presiden PAS yang bersekutu dengan Muhyiddin tidak menyatakan minat untuk menduduki jawatan tersebut.

Dapatan YouGov itu dilihat senada dengan tinjauan serupa dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), di mana ia mendapati Muhyiddin adalah tokoh paling dipercayai, diikuti Anwar di tempat kedua.

Muhyiddin berkhidmat sebagai perdana menteri selama kira-kira 17 bulan, sebelum beliau terpaksa berundur pada Ogos 2021 selepas mendapat tekanan daripada sekumpulan pemimpin Umno yang bersekutu dengan Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu, tinjauan YouGov terhadap pengundi secara individu juga mendapati PH mungkin mendapat bahagian terbesar undi sebanyak 35%, namun tidak menamakan gabungan itu sebagai pemenang. 

Manakala PN berada di tempat kedua sebanyak 20%, diikuti BN sebanyak 17%.

“Walaupun PH mungkin menunjukkan prestasi yang baik di kawasan bandar di Malaysia, bilangan pengundi yang jauh lebih rendah diperlukan untuk memenangi kerusi di kawasan luar bandar di mana BN dan PN berkemungkinan menunjukkan prestasi yang baik di mana (kedudukan) dalam Parlimen mungkin akan menjadi sangat kompleks,” kata Campbell White, yang mengetuai YougGov Asia Pasifik.

Pilihan raya di Malaysia yang menggunakan sistem "First Past The Post", selain pemetaan pilihan raya di mana kawasan bandar besar masih diwakili satu kerusi di Parlimen menjadikan undi popular tidak semestinya menunjukkan sesebuah parti boleh mendapat majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan.

Namun, White berkata sistem itu akan menimbulkan risiko kepada gabungan berasaskan Melayu seperti BN dan PN, kerana undi Melayu akan berbelah bagi antara dua gabungan itu di Semenanjung Malaysia.

Dari segi isu, penemuan YouGov menunjukkan kos sara hidup menjadi keluhan utama pengundi (51%), diikuti integriti kerajaan, pendapatan, kestabilan, hak Bumiputera, pendidikan dan pekerjaan.

Sementara itu, isu-isu seperti kebebasan peribadi, alam sekitar dan jenayah didapati gagal menarik perhatian pengundi.

Tinjauan YouGov dijalankan antara 8 dan 14 November, melibatkan 2,687 warganegara Malaysia berdasarkan "demografi khusus" bagi memastikan responden mewakili populasi mengikut umur, jantina, etnik, tahap pendidikan dan kawasan pengundian.

WOIT

MUHYIDIN SEKALI

LAGI ?

KAH KAH KAH

KALI PERTAMA

NASIB TAK BAIK

ADA KOBID

KAH KAH KAH

LALU JADI

KERAJAAN GAGAL

KAH KAH KAH

BOLEH KAH

BERJAYA KALI NI

AMIN 

KHALAS

5 ulasan:

  1. Bagus lah satu Melayu dulu, lagi satu ekor no speak inglish, semua hebat, pandai sains matematik dapat pulih ekonomi rakyat, sabat menanti pak kah kah kah hancuss

    BalasPadam
  2. Samudin, abis tu ko nak siapa jadi pm? Anwar ko tak suka, tak mungkin tukang jahit😂 kalau samudin bertanding bolehla aku pangkah jadi pm, tapi tak ada pulak, pilih tun aje lah, sebab dia orang miskin!

    BalasPadam
  3. hentikan la bro..mahiadin ni jadi apa menteri pun tak berguna.otak tinggal kat umah..sembab dan lembab..mahiaddin ada kes YTL, kes dawama..mahiaddin jd PM pintu belakang, scheme of thing.hubungan dgn dunia luar pun kelaut walaupun me speak english..mahiaddin punca segala bala malapetaka negara ni.mahiaddin yg putuskan rantai makanan asasi bangsa malaysia. ikan ditangkap dibuang mati ke laut, sayur2 cameron highland dibuang dikaki2 bukit maka berlaku la inflasi makanan.tutup parlimen dan dana utk menghidupkan rantai makanan bangsa malaysia tidak dpt didebatkan sb abah yg pandai baca doa ni takut undi tidak percaya..mahiaddin telah membunuh 36k umat manusia di malaysia, pembunuhan hasil tangan dgn mail bapa dafi..semoga tuhan azzawajala membawa mahiaddin pulang ke pangkuannya.kanser nya tiada pula menginsafkan dari dari melakukan kerosakan.

    BalasPadam
  4. bro..kalo BN PN PAS kalah, apa jadi kat MalaysiaNOW?dulu najib ada news malaysiagazette diasaskan oleh ONN sepupu dua pupu najib dijohor utk propaganda mengenai rosmah masih anak dara selamanya.kalo azmin kalah, malaysiaNOw ada dana tak?

    BalasPadam
  5. Tak smpi lagi 2 hari nak mengundi, kita nampak kekotoran di sana sini.. fitnah bermaharajalela!!! Takde 1 pun yg bersih, semua kotor. Semua sbb pangkat dan kedudukan. Paling baru, KJ dikata beri arahan utk sabotaj undi tokmat. Kah kah kah kah kah.. baru semlm aku tgk bideo KJ peluk Mail Sabri.. arini dah kuar KJ kata Mail Sabri useless!!! Trust me, ini sume adalah keje² kotor Wak Jawa.. tgn² ghaib Wak Jawa punya angkara. Apa susah, duit byk.. upah je sudah. Politik ni lebih kotor dari taek sebenarnya. Masa ni la kita baru nmpk muka² drama king queen jumpa masyarakat. Lepas ni, hilang semula.. adat la tu. Ikutkan aku, baik aku undi Cleopatra je.. dah la cantik pastu punya hati yg ikhlas utk bantu rakyat setempat. Kah kah kah kah kah kah kah...

    BalasPadam