Rafizi janji tentang keras kerjasama dengan Umno
TIMBALAN Presiden PKR berjanji akan menentang keras sebarang rundingan kerjasama antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dengan pemimpin Umno.
Rafizi Ramli berkata beliau akan menjadi antara yang paling awal membantah sebarang pakatan dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya fikir ia satu percubaan murahan, tiada sebarang isu, menjelang pilihan raya ini untuk GTA cuba mewujudkan persepsi yang PKR cuba bekerjasama dengan (Presiden Umno Ahmad) Zahid (Hamidi).
“Penyokong PKR dan PH tak perlu risau sebab saya tidak ambil ini sebagai perkara kecil. Kalau ia berlaku, saya akan jadi orang pertama yang cakap, jika ada sebarang perjanjian dengan Umno atau apa-apa sahaja,” kata Rafizi seperti dipetik sebagai berkata pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Semalam Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim mempersoalkan tiada langsung serang menyerang antara Anwar dan Ahmad Zahid, yang dilihatnya sebagai satu pakatan senyap antara kedua-dua pemimpin itu.
Sambil menolak kerjasama dengan Umno, Rafizi juga tidak menolak sebarang kerjasama dengan parti dari Sabah dan Sarawak.
“PH sebagai blok terbesar (di Parlimen) ada hak untuk membentuk kerajaan campuran dengan parti dari Sabah dan Sarawak.
“Pilihannya adalah untuk gabungan Sabah dan Sarawak, sama ada GRS (Gabungan Rakyat Sabah) atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk mempertimbangkan apa yang terbaik untuk mereka membentuk kerajaan dengan gabungan mana,” katanya dipetik sebagai berkata. – 1 November, 2022.
Engkau punya sembang khemah besar pusing pusing. Lepas tu nanti kalau berlaku khemah besar, lu sembang lu dah cakap. Padahal lu cakap semua benda dol.
BalasPadamSokong atuk, sokong azmin, last2 jadi sembab dah kau.
Lu kalau nak menulis pun kasi fact lah tt,
BalasPadamLu tak habis2 dengan lu punya benci, lu akan jauh merepek. Akan jauh tersasar.
Kemungkinan PH dengan umno takkan berlaku. Dua blok terbesar bergabung takkan berlaku do negara Dunia ketiga. Anwar memang target pm tapi bukan dengan umno. Takkan lu xtau pelacur pun nak main kolam dengan PH jugak? Lol.
Gwa tunggu lu punya ramalan tentang peluang bang jemin Dan atuk. Kalau dua ekor ni melingkup, baik lu pencen tt. Lu pun dah tak relevant, sama level dengan penganal2
BalasPadamAnalisis apa ni tt? Khemah besar dengan umno? Tak payah piji baling spana..half umno, half ph, atuk, muhyidin, hadi takkan biar benda tu berlaku.
BalasPadamKerajaan perpaduan la, khemah besar pembangkang untuk menang la, khemah besar dengan umno la....betoi la hang ni banyak sangat imajinasi....tapi tapi hang akan putaq kata congakan hang. Kahkahkah....
BalasPadam