Amaran banjir
kilat di Semenanjung,
Sarawak
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran risiko banjir kilat serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.
MetMalaysia menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Butterworth dan beberapa mukim sekitar negeri itu.
Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa lokasi berisiko di sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak, manakala di Kedah pula melibatkan kawasan Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim.
Di Sarawak pula melibatkan kawasan Limbang, selain diramal penumpuan angin di barat dan tengah negeri itu dalam tempoh 16 hingga 18 Nov yang berpotensi menyebabkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam. – BERNAMA
TT.. den yakin kalau nawaitu tak elok ni selalu eh akan gagal jugak akhir eh. Sapo tau, Sabtu tarikh keramat ni cuaco akan elok toghang bendoghang, paneh berdonting.. kalau ujan pun sesudah abih waktu mengundi. Itu jam, baghu wak bangang ni tau langit tinggi ghondah eh.. baghu dio tau kuaso Allah swt lobih tinggi daghi kuaso presiden yumngok. Den tgk kj kemain tunjuk taghing eh dah.. dopan² dio ngato wak bangang ni walaupun tak derek. Den plak berbolah bagi ni.. den tak tau mano satu den nak pangkah. Mogo Allah swt bagi den pentunjuk. Apo pun den totap A.B.U @ asal bukan umngok.. hahahahahahahahahaha... apo pun den totap akan poie ke Batu, den nak amik gambar samo Cleopatra.. tak dapek amik gambar pun, den nak amik banting eh solai, nak lotak kek belakang pintu bilik tido den!!!
BalasPadam