Rabu, 2 November 2022

SALUT UNTUK RAFIZI

 




PKR lihat semula calon di Sg Buloh, kata Rafizi 

PKR akan mengkaji maklum balas pengundi Sungai Buloh selepas Umno mencalonkan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.

Timbalan presiden Rafizi Ramli menerusi Twitter berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Anwar Ibrahim, mengatakan kata putus terletak pada presiden.

“Saya akan berbincang dengan Anwar Ibrahim mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh mengenai calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan.

“Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” kata Rafizi.


PKR menamakan bekas bendahari agung MIC Ramanan Ramakrishanan, sebagai calon parti itu di Sungai Buloh.

Umno sebaliknya mencalonkan Khairy, bekas ahli Parlimen tiga penggal bagi Rembau di Negeri Sembilan, sebagai pilihannya untuk kerusi itu.

Pengguna Twitter baru-baru ini mempersoalkan tindakan PKR menggantikan penyandang Sivarasa Rasiah dengan Ramanan.

Sivarasa, seorang veteran PKR yang menjadi ahli Parlimen sejak 2008, telah digugurkan untuk pilihan raya umum akan datang.

Seorang pengguna twitter, Vikraman Munia menggesa PKR mencalonkan orang lain menggantikan Ramanan.

Seorang lagi pengguna twitter, Seterika menuntut PKR meletakkan Sivarasa sekali lagi, menyatakan bekas ahli Parlimen itu adalah seorang pemimpin yang progresif dan berdedikasi.

Sementara itu, Muhd Saufi Ahmad berkata Sungai Buloh merupakan kerusi yang boleh menang bagi PKR, justeru parti itu perlu mempertimbangkan untuk menamakan calon heavyweight.

“Jika PKR meletakkan seseorang yang kurang kredibiliti, saya rasa ahli PKR juga akan mengundi KJ,” katanya di Twitter. – 2 November, 2022.

SALUT

UNTUK RAFIZI

AMIN

MELIHAT JELAS

POLITIK S. BULUH

AMIN

TERUSKAN SIKAP

TERBUKA INI

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

  1. TT, sudah settle .... DIA beri laluan pada KJ. Pizi tak dapat kata apa-apa.

    BalasPadam
  2. Rafizi dengan Anwar sedang merancang untuk membiarkan Khairy menang ...

    BalasPadam
  3. Gua x puas ati sg buloh macha jadik wakil parlimen tmpt majoriti org melayu. Lu TT gak kata,minoriti xleh lead majoriti,lu kata org melayu mesti ada political strive and will sndri.tmpt kwsn parlimen majoriti melayu,yg antara kwsn paling develop dlm Msia,ada 2 pejabat company billionaire melayu kt situ,ada Ikea la mcm2 ada.tmpt bandar maju sume bukan melayu walaupun tmpt tu majoriti melayu,tggal kwsn parlimen melayu kt kampung2 je.parlimen sg buloh undi calon melayu.sedap je macha2 kt Msia nie.agak2 la sg buloh macha.

    BalasPadam
  4. Bro...lu taktau ka Anwar taknak menang di sungai buloh? Anwar nak biar Zahid tersepit dengan kj pulak.

    Lu rasa apa akan berlaku kalau kj menang? Jeng jeng jeng..apapun bro..ramanan banyak duit...gwa tau la gwa keja dengan tokey paying dia. Kahkahkah

    BalasPadam