Ahad, 27 November 2022

SATU KEJAYAAN


Lantik menteri berwibawa, hapus jawatan tidak perlu, kata penganalisis

SUDAH tiba masanya untuk Anwar Ibrahim menunaikan janji-janji pembaharuannya, terutamanya membentuk barisan Kabinet lebih kecil yang mahir dalam mengendalikan keperluan negara, kata pakar.

Mereka berkata perdana menteri baharu itu juga mesti menghapuskan semua jawatan yang tidak perlu yang berstatus menteri, seperti utusan khas dan penasihat khas.

Mereka juga memberi cadangan mengenai perkara yang perlu dilakukan segera oleh pentadbiran baharu, termasuk memastikan kebebasan akademik dan menawarkan perlindungan sewajarnya kepada mangsa penderaan seksual, terutama di institusi pengajian tinggi.

Jurucakap G25 Noor Farida Mohd Ariffin memberitahu The Malaysian Insight, Malaysia tidak memerlukan Kabinet besar seperti ketika di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Bekas duta itu menegaskan Anwar tidak perlu bersusah payah untuk menenangkan rakan kongsinya dalam kerajaan dengan menawarkan jawatan sebagai balasan kepada sokongan.

“Apa yang kita tidak perlukan ialah Kabinet yang membosankan seperti di bawah pentadbiran Muhyiddin dan Ismail Sabri. Pada pandangan saya, kita sepatutnya mempunyai kementerian penting seperti kewangan, pendidikan, kesihatan, perdagangan, pertanian dan sebagainya.

“Selain itu, kita tidak memerlukan utusan khas untuk mewakili kerajaan. Ia bertindih dengan tugas menteri.

“Kementerian dalam negeri sudah tentu adalah kementerian terpenting dan harus dikekalkan. Begitu juga, kita memerlukan kementerian pertanian kerana kita masih sebahagian besar negara pertanian,” kata bekas penjawat awam tertinggi itu.

Noor Farida menambah satu kementerian yang Anwar boleh lakukan tanpanya ialah kementerian hal ehwal agama yang biasanya menyelia isu-isu Islam.

Ini kerana katanya sudah ada agensi dan jabatan Islam untuk menjaga hal ehwal agama.

“Tidak perlu ada kementerian hal ehwal agama. Jakim (Jabatan Kemajuan Islam) sudah ada di peringkat Persekutuan dan setiap negeri ada agensi Islam sendiri,” katanya.

Dr Sharifah Munirah Alatas dari Universiti Kebangsaan Malaysia juga bersetuju Anwar harus mempunyai kabinet kecil tetapi mengakui ia akan menjadi cabaran besar bagi perdana menteri yang baharu dilantik.

“Kabinet kecil adalah perlu untuk mengekalkan kecekapan perkhidmatan awam. Lebih ramai menteri yang anda ada, lebih banyak rakyat perlu menyumbang untuk membayar gaji kakitangan awam yang berkhidmat sebagai “bos” menteri mereka.

“Dalam erti kata lain, rakyat terpaksa menyumbang kepada gaji menteri. Adakah kita sanggup melakukan ini untuk menteri yang tidak cekap? Tidak!

“Memilih barisan menteri yang berwibawa dari seluruh gabungan politik dalam kerajaan perpaduan ini sungguh menakutkan, lebih-lebih lagi kerana rakyat sedar betapa sia-sianya Kabinet yang tidak berguna.

“Selain itu, ia akan menjadi satu cabaran besar untuk mengekalkan bilangan menteri yang rendah. Kami sebagai rakyat sudah muak dengan Kabinet yang besar dan gaji yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup mereka,” kata Munirah.

Henti lantikan politik di universiti awam

Anak perempuan kepada ahli sosiologi terkenal Syed Hussein Alatas itu turut membangkitkan beberapa isu yang perlu diberi perhatian tambahan oleh Anwar.

“Kabinet baharu mesti menguatkuasakan dasar gangguan seksual dan sesiapa yang menjadi menteri mesti memastikan universiti mengambil serius laporan gangguan seksual. Mereka mesti memastikan universiti menguatkuasakan dasar gangguan seksual dan memberi kaunseling kepada mangsa yang terselamat,” katanya.

Menurut ahli akademik itu, universiti gagal menangani isu itu dan kementerian sebelum ini bersikap acuh tak acuh.

Munirah berkata kerajaan juga mesti menghentikan jawatan lantikan politik di universiti awam yang disifatkannya berleluasa.

“Memandangkan krisis ekonomi yang sedang kita hadapi sekarang, rakyat tidak menghargai lantikan politik semata-mata untuk meredakan ego. Bagaimana Anwar mengemudi ini masih perlu dilihat. Malah lantikan politk di universiti kita, semakin berleluasa. – 27 November, 2022.


MI SPIK

NI INGLIS

OUT

AMIN

PAK LEBAI 

JSDI DUTA

OUT

AMIN

PAK LEBAI

JAGA

ALAM SEKITAR

OUT

AMIN

SATU KEJAYAAN

BESAR

KHALAS

3 ulasan:

  1. Sama sama melayu sama-sama Islang tapi perangai cukup buruk sekali, tak boleh tengok melayu lain berjaya lebih cerdik lebih pandai memimpin negara itu lah perangan si labu busuk sampai hulu hati tiada jiwa, sebab sokong dah mintak macam macam menteri ini Mentri itu sebab sokong jadi kerajaan kah kah kah melayu akan hilang melayu akan pupus kerana merasmi kerakusan rasuah buruk sangka sendiri kaum lain bersatu padu mahu perbaiki negara maka melayu sendiri merosak negara kerana jawatan pangkat rasuah kah kah kah

    BalasPadam
  2. Gang 25 gang liberal sudah mari

    BalasPadam
  3. Hentikan juga pakai baju blurrberi dan jam tangan patek pilih ketika hadir majlis rasmi kerajaan. Pakai jam tangan Timex atau Titoni okay.

    BalasPadam