Khamis, 3 November 2022

SAYUR MAHAL - BAGAIMANA NAK ATASI


Pekebun sayur beri amaran harga lebih mahal menjelang Tahun Baharu Cina

PARA pekebun sayur-sayuran memberi amaran kemungkinan harga lebih mahal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akan datang jika banjir besar melanda semasa musim tengkujuh.

Mereka berkata sayur-sayuran yang ditanam di tanah pamah yang rata pasti akan musnah jika berlaku banjir manakala petani di tanah tinggi, seperti di Cameron Highlands, musim tengkujuh yang teruk boleh menyaksikan bekalan biasa berkurangan kepada 10% hingga 15%.

Tahun baru Cina tahun depan jatuh pada 22 Januari manakala musim tengkujuh dijadualkan bermula pertengahan November.

Presiden Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur Wong Keng Fatt memberitahu The Malaysian Insight yang tempoh paling cepat diambil daripada menanam semula tanaman yang musnah hingga menuai adalah antara 20 hingga 30 hari.

Ada juga yang lebih lama, antara dua hingga tiga bulan, tambahnya.

“Sebarang kejadian banjir hujung bulan ini dan seterusnya pasti akan menjejaskan bekalan sayur-sayuran pada Januari dan seterusnya menyebabkan harga melambung tinggi apabila permintaan Tahun Baharu Cina bermula,” katanya.

Wong berkata bekalan hanya akan kembali normal pada Februari.

Hujan lebat sekali-sekala yang dialami negara pada permulaan monsun tidak menjejaskan bekalan sayur-sayuran setakat ini, tambahnya.

“Ia stabil dan harga juga kekal stabil. Hanya harga timun yang jatuh menjunam.”

Beliau berkata ini disebabkan oleh lebihan bekalan.

“Apabila harga timun baik dalam tempoh dua hingga tiga bulan lepas, ramai petani mula menanamnya.

“Apa yang kita ada sekarang adalah lebihan.”

Bagi menggambarkan lagi kestabilan harga semasa, Wong berkata harga borong tomato ketika ini ialah RM1.80 hingga RM2 sekilogram – lebih rendah berbanding RM3 sekilogram tahun lepas.

Beliau berkata harga kekal stabil berikutan petani memenuhi permintaan.

“Pekerja asing sudah kembali dan kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh ladang berkurangan.

“Musim hujan tahunan mempunyai kesan ke atas penuaian sayur-sayuran.”

Wong berkata dua tahun lalu, tomato dijual pada harga RM10 sekilogram, begitu juga timun.

Makanan laut turut terjejas

Presiden Gabungan Persatuan Peladang Sayur Malaysia, Lim Ser Kwee berkata bekalan sayur-sayuran sudah pasti terjejas akibat musim tengkujuh dan banjir.

Mengenai bekalan ikan, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur Sing Kian Hock berkata bekalan itu pada masa ini mencukupi tetapi menjangka ia akan menjunam apabila laut bergelora.

“Memang apabila musim tengkujuh tiba, tangkapan berkurangan tetapi tidak banyak memberi kesan sekarang,” katanya.

Ini kerana permintaan untuk makanan laut menurun dalam pasca pandemik Covid-19.

“Orang ramai kurang makan makanan laut.”

Bagaimanapun, Sing berkata tangkapan seperti ikan bawal hitam sukar ditemui di pasaran semasa Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata ini kerana restoran makanan laut sudah menempah semua ikan bawal terus daripada nelayan.

“Ia diborong sebaik sahaja bot berlabuh.”

Namun persatuan nelayan memberi amaran akan berlaku kekurangan bekalan semasa Tahun Baharu Cina nanti jika bot tidak dapat turun ke laut akibat cuaca yang tidak menentu. – 3 November, 2022.   


BILA SAYUR MAHAL

KITA TANAM SAYUR

AMIN

2 ulasan:

  1. Bagi amaran ke tidak yang aku tahu tiap tahun baru Cina sayur memang naik harga. Musibat2 ni nak buat duit saja. Guna pakai segala alasan untuk raih keuntungan. Tt, ada pekebun Cina yang tt kenal miskin ke?
    Dah sampai masa kerajaan pantau kos dan kawal harga.

    BalasPadam
  2. Motif utama mereka naik harga, tak kira lah apa sebab, pasti bukan pasal cuaca, banjir, semua ini bukan pelik, setiap kali raya China semua akan naik, masa buat untung, masa buat projek khas, nak naik harga telur, hilang kan telur di pasaran, ayam diarah supaya tidak bertelur telur kah kah kah, projek kapitalisme, dulu sama sekarang lagi hebat, nak naik kena cari alasan dan cara, senang kan, kalau tetiba naik harga orang ramai akan marah, roti inti kelapa dulu tahun tahun sebelum kobid rm 1.20 sekarang 2.40 bagi double terus, bukan pasal harga tepung naik ,memang naik tetapi harga melonjak dua kali ganda, moto dia supaya untung lebih, ini cara komuniti bekerja operasi sekalian kah kah kah kah kalau tak tipu bukan .....kah kah kah

    BalasPadam