PN sudah ada majoriti,
tidak perlu PH
KUALA LUMPUR- Presiden Sabah Progresif Party, Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Katanya, pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak melibatkan Pakatan Harapan.
Yong Teck Lee diserbu petugas media ketika meninggalkan kediaman Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur hari ini.
Teck Lee berkata demikian kepada media semasa meninggalkan kediaman Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan mendedahkan parti-parti yang menyokong gabungan itu serta jumlah sebenar sokongan ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada PN.
“Dengan kedudukan masa kini, kita yakin secepat mungkin akan selesai (tubuh kerajaan Persekutuan), secepat mungkin.
“Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin (Yassin) sudah ada majoriti, memang banyak ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN) nyatakan sokongan..Kita tunggu pengumuman secepat mungkin,” ujarnya.
Teck Lee enggan mengesahkan sama ada BN menyokong PN sebagai sebuah gabungan atau hanya membabitkan sokongan ahli Parlimen sahaja.
Selepas ini, jangan harap gua akan pergi undi lagi. Go to hell! Pergi mampus dengan Malaysia.
BalasPadamBoikot Sabah, Sarawak n negeri utara semenanjung. Biar semua mampus.
BalasPadamIni lah politik sekarang, yang penting jawatan PM, semua nak jawatan PM, untuk itu sanggup fitnah, sanggup khianat, sanggup tipu, sanggup semua asal pegang jawatan, tetapi paling penting pegang kunci bank negara, itu yang penting, kah kah kah Mahyuddin curik 500 billion semasa masa singkat, parti baru tubuh begitu banyak wang, dia belajar dari Bossku, nak menang pilihanraya kena banyak duit, dia bersedia awal, masa kempen lihat poster, bendera banner cukup banyak sebab bersedia wang, tetapi penyokong tak kisah, asal ada masuk semua jalan, masa depan negara ekonomi negara kenaikan harga barang semua ahli kenangan lama, merompak akan diteruskan sama saja siapa pun perintah, dunia ke belakang lagi terutama negaraku ini, syukur lah susah selesai gabungan perasuah, perompak, penyamun akhirnya berjaya kah kah kah akan sampai masa orang Melayu sampai kesedaran tetapi mungkin terlewat ketika itu, kita tunggu dan lihat, tak akan Melayu hilang dalam dunia, tetapi sejarah melayu membuktikan bahawa bangsa sendiri kaum sendiri agama sendiri akan menghancurkan sendiri kah kah kah bukan Yahudi bukan komunis tetapi orang kita sendiri kah kah
BalasPadam