Khamis, 15 Disember 2022

ANNUAR MUSA DITERAJANG KELUAR



Annuar tegaskan tak akan merayu selepas dipecat Umno

BEKAS ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa berkata beliau tidak akan merayu selepas dipecat daripada Umno minggu lepas.

Annuar antara tiga pemimpin akar umbi Umno yang dipecat keahlian mereka, yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu Khamis lalu.

Surat pemecatan diterima dari Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan pada Isnin, kata Annuar, namun surat tersebut tidak menyebut alasan MKT memecatnya.

“Saya telah membuat keputusan tidak akan merayu.  Kalau nak merayu, kita kena tahu apa salah. 


“Jadi, kita boleh menilai yang betul dan salah. Kalau salah kita merayu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Jumaat minggu lepas Ahmad Maslan mengesahkan Annuar antara tiga pemimpin akar umbi Umno yang dilucut keahlian masing-masing. Dua lagi yang dipecat adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita Umno Bahagian Maran Fatimah Kassim.

Ahmad menjelaskan, keputusan MKT itu dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada Umno untuk melucutkan keahlian mana-mana ahli, termasuk jika terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.

“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” katanya dipetik media.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sehingga ke hari ini beliau tidak tahu mengapa dipecat daripada Umno.

“Sehingga hari ini saya tak tahu. Saya tak ada pertuduhan, tak pernah dipanggil, tak pernah tanya, tak pernah minta penjelasan lisan atau bertulis.

“Dipanggil secara sahabat pun tak ada sedangkan dalam MKT Umno semua kawan-kawan saya. Tiada siapa tanya saya apa-apa. Tahu-tahu surat sekeping, pecat. Jadi saya nak rayu apa?” jelasnya.

Tambah Annuar, beliau sudah menghantar surat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta penjelasan mengenai pemecatannya.

“Dua hari yang sudah surat mengandungi lima muka surat yang di dalamnya termasuklah beberapa perkara yang agak sensitif, jadi saya tidak berhasrat untuk mendedahkan apa yang saya tulis.

“Dan saya tidak menulis kepada setiausaha agung, saya menulis kepada presiden Umno untuk mendapatkan sekiranya sudi memberikan penjelasan beberapa perkara yang sangat fundamental dan asas. Takut-takut perkara itu tanpa penjelasan akan berterusan akan dianggap sebagai fitnah,” katanya. – 15 Disember, 2022. 



SAYA

SAYANG PADA

GEROMBOLAN

TAPI SAYA

LEBIH  SAYANG

OPPS.. SILAP

LEBIH TAKUT 

KES RASUAH

DI BONGKAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan