Najib masuk hospital lagi
BEKAS perdana menteri Najib Razak sekali lagi dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan berkaitan masalah ulser dalam perut dihidapinya lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber.
Menurut sumber, Najib menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejajar Akta Penjara 2000.
“Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Jabatan Penjara bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” kata sumber itu.
Ketika ditanya tempoh rawatan Najib, sumber berkata ia bergantung kepada syor dibuat oleh pegawai perubatan.
Pada September, Jabatan Penjaran mengesahkan Najib dimasukkan ke Hospital Rehabilitasi Ceras (HRC) untuk rawatan lanjutan susulan kemasukannya ke HKL pada 12 September lalu.
Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin berkata Najib dipindahkan ke HRC susulan memerlukan fisioterapi.
Kecoh di media sosial sebelum ini apabila Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun itu didakwa diberikan layanan istimewa kerana mendapatkan rawatan di HRC. – 4 Disember, 2022.
Pertama kali dengar untuk cirit birit adanya kaedah rawatan physio kah kah kah, pakai lah ayat cerdik sikit, nak tipu tipu bagi alasan boleh tipu, jangan ayat tipu orang boleh tangkap tipunya kah kah ayat akta penjara pun ada jugak hebat belaka, jumpa siapa supaya kapur dalam berak kurang, nak nasi quinoa ker, mungkin nasi biasa biasa tak sesuai lagi, kah kah aduh aduh senang lah jadi perompak hidup senang dalam susah pun, tengok Jho Low enjoy menjoy lagi, tak ada tak boleh tangkap lagi, kah kah tapi kepala Mat Sakau lebih besar sudah dinobatkan kah kah Mat Sembab lagi hebat mencuri masa orang duduk rumah kah kah kah pandai pandai belaka Ketuanan Melayu Kiya Amin
BalasPadamgua pelik apasal zaman nuar ni semua nak stabil.. nak kerajaan stabil nak ekonomi stabil.. tim3 orang lain pm semua tak suka stabil .. stabil kepala hotak nik nazmi
BalasPadamBerak pun politik
BalasPadamBerak adalah satu nikmat
BalasPadamBerak satu nikmat
BalasPadam