Sabtu, 10 Disember 2022

BEBAKAN KETUM DARI PENJARA BAGINDA QUEEN


Polis tahan 6 lelaki proses, jual air ketum

DUA sindiket memproses dan menjual air ketum tumpas susulan penahanan dua lelaki bersama air serta daun ketum dalam dua serbuan di Teluk Kumbar, di Balik Pulau semalam.

Menurut kenyataan dari Ibu Pejabat Polis daerah Barat Daya, enam lelaki berusia 23 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan hasil risikan dan intipan sejak seminggu lepas.

“Dalam serbuan pertama, polis telah menangkap empat lelaki di sebuah pondok tepi laut di Kampung Nelayan, hasil pemeriksaan telah menemukan 30,050 mililiter (ml) disyaki air ketum dan 500 ml ubat batuk bersama mereka.

“Polis turut merampas wang tunai RM950 disyaki hasil jualan air ketum dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan sindiket itu memproses sendiri air ketum sebelum menjual kepada pelanggan mereka di sekitar kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Pintasan Pasir Belada, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemukan 50 kilogram daun ketum dan 2,000 ml air ketum serta pelbagai  peralatan untuk memproses air ketum.

Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu dalam perkembangan lain, polis menahan tiga penunggang motosikal  berusia 20-an dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Bayan Baru bermula 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

“Hasil pemerhatian polis, terdapat kumpulan motosikal yang menunggang secara menduga kelajuan dan jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya lain sebelum menahan tiga lelaki tersebut,” menurut kenyataan itu.

Polis telah menyita tiga buah motosikal ditunggang tiga lelaki tersebut dan 10 saman turut dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan.

“Tiga lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan Polis Daerah Barat Daya sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang kegiatan samseng jalanan,” katanya. – Bernama, 9 Disember, 2022.

WOIT

MASANYA

DAH SAMPAI

AMIN

BEBASKAN KETUM

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN

AMIN

DIPENJARA  DARI

TAHUN 1952

SEBELUM

TANAH MELAYU

JADI NEGARA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan