Khairuddin curiga integriti Azam
Baki, SPRM
PUTRAJAYA – Kerajaan perlu menyiasat terlebih dahulu integriti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Ketua Pejuang dan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan curiga dengan integriti dan prinsip perkhidmatan Azam yang menerajui badan penguat kuasa itu.
“Azam kelihatan tidak berani bertindak di bawah mana-mana kerajaan masa ini yang memerintah negara. Beliau kelihatan mengikut telunjuk dan membela sesiapa sahaja yang menjadi tokoh pemimpin kini dan sentiasa cuba melindungi seseorang tokoh kerajaan walaupun didapati bersalah.
“Sebagai contoh dalam isu kes skandal 1MDB, Azam cuba membela Datuk Seri Najib Razak dengan membuat pelbagai kenyataan yang tidak berasas.
“Pada waktu itu, Azam mengesahkan beliau sudah bertemu secara peribadi dengan penderma kerabat DiRaja dari Timur Tengah yang menderma wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi mantan perdana menteri keenam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus menyiasat Azam secara komprehensif dan rombakan secara berskala besar harus dijalankan terhadap SPRM.
“Banyak lagi perkara lain menunjukkan Azam adalah seorang yang berkhidmat secara tidak jujur dan tidak amanah. Sesiapa saja yang menjadi kerajaan, Azam dan SPRM kelihatan akan terus membantu untuk melindungi kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada waktu itu,” dakwanya.
Tambahnya, kerajaan harus melakukan agenda transformasi serta reformasi ke atas institusi-institusi dan badan-badan penguatkuasaan undang-undang lain yang tidak berprinsip.
“Sekiranya kita tidak membersihkan badan-badan penguatkuasaan undang-undang secara total, ianya akan menyukarkan agenda untuk melawan rasuah di negara ini,” katanya.
Selain itu, Pejuang dan GTA Wilayah Persekutuan turut menyokong sepenuhnya sebarang usaha murni pihak kerajaan untuk membanteras segala bentuk salah laku dalam pentadbiran negara.
“Apa saja yang dilakukan baik oleh kerajaan kami akan terus membantu serta menyokonginya. Sekiranya kerajaan melakukan apa sahaja bentuk kesalahan, kami akan lawan secara bermatian untuk menegakkan kebenaran.
“Seluruh pentadbiran negara harus dicuci secara habis-habisan demi kesejahteraan bersama bagi membina semula negara Malaysia Baharu.
“Amalan rasuah serta salahguna kuasa mesti dihapuskan dan Pejuang serta GTA Wilayah Persekutuan sanggup berganding bahu dengan kerajaan bagi mencapai matlamat murni ini secara bersama,” katanya lagi. –
Bro, kes sivil ke kes jenayah ke itu sumer takde kena mengena ngan realpolitik tp bila kes mahkamah + politik itu namanya real liti
BalasPadamMadet mula dah buat kacau, boleh bawa onar, saja kacau kacau semua satu persatu menentang kerajaan, itu lah maksud ini kerja kah kah kah, kalau cerdik jangan layan semua ini, asuh SPRM buat kerja betul, jangan ikut telunjuk ahli politik sudah, lagi satu siapa ini yang aku soalan? Ahli parlimen kah? Atau wakil rakyat? Jangan kerana ada mulut semua nak bertanya tanya kah kah kah kita semua sudah masak strategi mereka, kah kah kah kalau tak ada kerja pergi cari kerja ladang sawit, ramai perlukan tenaga kerja, kah kah kah bayaran ada bukan buat onar kacau bilau saja kacau sini kacau sana untuk dapat projek, ubah lah perangai turun temurun itu ya kah kah kah
BalasPadam