Khamis, 1 Disember 2022

GEREJA SOKONG RAJA


Majlis gereja sokong nasihat Majlis Raja-Raja desak ahli politik hentikan hasutan

MAJLIS Gereja Malaysia (CCM) mengalu-alukan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu supaya ahli politik tidak lagi mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman dan isu agama.

“Peranan dan kebijaksanaan kepimpinan negara terutama Yang di-Pertuan Agong dalam menganjurkan politik perpaduan untuk menggantikan politik toksik, membawa kebaikan dalam Malaysia bersedia melangkah ke fasa politik kerjasama di negara ini.

“Dalam hal ini, Majlis Gereja Malaysia dengan hormatnya mengalu-alukan kenyataan Majlis Raja-Raja supaya ahli politik tidak lagi mencetuskan isu perkauman dan agama,” kata Setiausaha Agung CCM Jonathan Jesudas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata nasihat Majlis Raja-Raja supaya kerajaan menanamkan semangat kesaksamaan rakyat dan menekankan Rukun Negara, adalah tepat pada masanya.

Katanya, ini adalah penting bagi membolehkan dasar kerajaan perpaduan Malaysia dapat berfungsi sepenuhnya.

Sebelum ini, CCM menzahirkan rasa terkilan apabila bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menuduh penganut Kristian bersama sekumpulan Yahudi mempromosikan Kristianiti di Malaysia.

Jesudas berkata kenyataan dibuat sebelum pilihan raya umum itu tidak tepat dan tidak bertanggungjawab terutama sekali ia dibuat oleh ahli politik. – 1 Disember, 2022.

SEMUA AGAMA

SAMA

AMIN

SEMUA AGAMA

KLIM BAWA

KEBENARAN &

 AJU KEBAIKKAN

AMIN

KALAU BAWA

KEBAIKKAN TAK

PERLU GADUH2

AMIN

JANGAN GUNA

AGAMA UNTUK

BUAT KACAU

KHALAS

1 ulasan:

  1. Agama itu ritual, simpan dalam hati sudah. Jangan sebar cerita karut marut ada orang di langit yang senantiasa tiada duit mintak sedekah. Defug.

    BalasPadam