Selasa, 13 Disember 2022

GEROMBOLAN BERGADUH



Umno terperangkap antara demokrasi dan elak konflik

PEMIMPIN akar umbi Umno dan penganalisis tidak sependapat sama ada jawatan presiden dan timbalannya perlu dicabar dalam pemilihan parti tahun depan.

Ada yang berkata kepimpinan sekarang perlu memainkan peranan dalam menstabilkan kerajaan dan membersihkan parti terlebih dahulu manakala yang lain percaya jawatan itu perlu dipertandingkan bagi memulihkan imej Umno berikutan kontroversi yang menyelubungi presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka yang menentang sebarang cabaran juga berkata Umno tidak memerlukan satu lagi konflik dalaman yang mungkin timbul akibat pemilihan jawatan tertinggi.

Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Said Ali Syed Rastan berkata perkara itu tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa sekarang kerana ada perkara lebih mendesak yang perlu diberi tumpuan oleh pucuk pimpinan ketika ini.

“Bagi saya bagus bersihkan parti dahulu kerana kita sendiri tidak tahu siapa antara kita yang boleh dipercayai.

“Kita perlu habiskan bahagian itu dahulu. Kemudian selesaikan Perhimpunan Agung Umno. Mari kita lihat bagaimana mood perwakilan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, Ali tidak menolak dua jawatan tertinggi Umno perlu dipertandingkan kerana persepsi orang ramai terhadap parti itu ketika ini.

“Kami difahamkan terdapat kebimbangan dari segi persepsi masyarakat mengenai jawatan presiden kerana beliau juga mempunyai kes mahkamah yang masih berjalan.

“Tetapi kalau kita nak tukar pucuk pimpinan, siapa yang kita mahu? Jadi, elok kita selesaikan dahulu perhimpunan agung dan fokus utama ialah menstabilkan kerajaan,” katanya.

Said Ali mengulas cadangan agar dua jawatan tertinggi - yang dipegang oleh Zahid dan Mohamad Hassan - tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti tahun depan.

Gesaan itu pertama kali dibuat oleh pemimpin Umno Beruas, Azhar Ahmad.

Dalam temu bual dengan portal The Malaysia Post, Azhar berkata Zahid dan Mohamad perlu dikekalkan sebagai presiden dan timbalan presiden parti kerana mereka kini memegang jawatan kanan dalam Kabinet.

Selain sebagai timbalan perdana menteri, Zahid juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dalam Kabinet Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Mohamad yang merupakan ahli Parlimen Rembau dilantik sebagai menteri pertahanan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai pihak menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan bertanggungjawab terhadap prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN).

Antaranya ialah komponen BN iaitu MCA dan MIC yang secara terbuka menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan kepada Zahid.

Selain itu, pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri turut mencetuskan kontroversi. Beliau masih mempunyai 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB).

Tunjukkan demokrasi masih hidup dalam Umno

Seorang timbalan ketua Umno bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata persaingan dua jawatan itu perlu diteruskan untuk melambangkan amalan demokrasinya dalam parti.

Beliau berkata kepimpinan perlu melihat kepada gambaran lebih besar, bukan daripada satu suara dalaman.

Beliau berkata persepsi orang ramai terhadap Umno akan menjadi lebih teruk jika pucuk pimpinan memilih untuk menutup pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Malah katanya, saranan ketua Umno Bahagian Beruas itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana Umno tidak bertanding di kerusi Parlimen itu.

“Bagi saya, Umno perlu bergerak membina persepsi baharu dari perspektif masyarakat umum. Tetapi jika Umno memilih untuk tidak membenarkan sebarang pertandingan, tiga juta ahli Umno mungkin tidak mengapa.

“Tetapi bagaimana dengan 21 juta pengundi, dan jumlah ini akan terus meningkat. Kita kena akui persepsi (mengenai Zahid) walaupun kita tahu beliau tidak bersalah tetapi bagaimana kita hendak hentikan persepsi itu,” katanya.

Pemimpin itu berkata sebarang cabaran terhadap jawatan tertinggi tidak akan merugikan kerana yakin kedudukan Zahid akan kekal utuh walaupun dicabar.

Ditanya sama ada bahagian itu akan membawa usul itu ke perhimpunan agung nanti, beliau berkata mereka hanya akan membangkitkan usul itu dalam mesyuarat yang diadakan sebelum mesyuarat tahunan yang dijadualkan diadakan pada minggu pembukaan bulan depan.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos menyokong cadangan untuk tidak bertanding dengan berkata ia perlu bagi mengelak konflik selanjutnya dalam parti.

Jamal berkata tindakan itu bukan bermakna Umno membantah gagasan demokrasi tetapi ia semata-mata untuk menstabilkan parti.

“Jika ada pertandingan, ia akan membawa malapetaka kepada Umno, walaupun Umno memang mengamalkan demokrasi tetapi bolehkah mereka yang kalah menerima hakikat bahawa mereka kalah?

Demi kestabilan

Dua penganalisis juga tidak bersetuju sama ada cabaran perlu dibenarkan.

Hisomuddin Bakar percaya dua jawatan tertinggi Umno mesti terbuka untuk semua manakala Dr Mazlan Ali berkata Umno mesti mengekalkan presiden dan timbalannya demi kestabilan.

Pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisomuddin berkata Umno tidak bersikap demokratik jika menghalang kedua-dua jawatan itu daripada dipertandingkan.

“Umno Beruas tidak mahu parti itu bertelagah lagi, tetapi Umno perlu dilihat sebagai mengamalkan demokrasi dan ini akan menguji jutaan ahli Umno sama ada mereka menerima Zahid dan Mohamad atau tidak.

“Jawatan itu harus dicabar dan jika tidak membenarkannya, Zahid akan dilihat sebagai seorang yang takut,” kata Hisomuddin.

Mazlan berkata senario semasa tidak membenarkan Umno menghadapi satu lagi konflik dalaman.

“Ada lebih daripada satu kem dalam Umno. Kem Zahid, Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin.

“Dengan pemilihan panas yang boleh kita jangkakan, kita akan melihat lebih banyak masalah berlaku dalam Umno.

“Melihat mood sekarang ini, saya rasa tidak sesuai. Umno akan retak dan akan berpecah-belah lagi. Parti Melayu yang sebesar Umno tidak boleh berdepan episod perpecahan lagi,” katanya lagi. – 13 Disember, 2022.

TIGA TIM

GEROMBOLAN

AMIN

SATU KJ

MAHU BESIHKAN

PARTI

AMIN

SATU ZAHID

MAHU SELAMAT

DIRI DARI JIL

AMIN

SATU TOK MAT

MAHU KUASA

AMIN

BILA ZAHID

TOK MAT BERSATU

KJ AKAN KALAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan