Zahid jadi TPM rosak negara, kata Dr Mahathir
MALAYSIA tidak berpegang pada kedaulatan undang-undang apabila orang yang berhadapan banyak tuduhan jenayah di mahkamah boleh dilantik ke jawatan tinggi dalam kerajaan, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Dalam komen pertamanya mengenai kerajaan baharu, Dr Mahathir hairan bagaimana Ahmad Zahid Hamidi yang ada kes jenayah di mahkamah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
“Ya betul, belum dihukum tetapi orang ini sudah dihadapkan ke mahkamah, kalau kita ada orang sebegini jadi pemimpin, akan rosaklah negara kita.
“Saya berpendapat kalau kita nak bersihkan negara, kita tidak boleh pilih orang yang semua orang berpendapat dia seorang yang melakukan jenayah.
“Jadi saya hairan bagaimana Anwar boleh pilih orang ini walaupun dia pemimpin parti tetapi dia menghadapi tuduhan di mahkamah.
“Ya betul, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tetapi kalau dia dihadapkan dengan satu-satu kes itu sudah menunjukkan dia (Ahmad Zahid) tidak layak jadi pemimpin,” katanya, seperti dipetik media di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir berpendapat pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan tinggi kerajaan menyulitkan usaha kerajaan membersihkan negara daripada gejala rasuah dan kleptokrat.
Dr Mahathir mengulas kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan tiada mana-mana gabungan ada majoriti mudah sendiri untuk membentuk kerajaan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan beliau melantik Ahmad Zahid kerana beliau ketua Umno dan BN, dan belum pula disabitkan tuduhan.
Ahmad Zahid sedang membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram bersabit dana Yayasan Akalbudi.
Mengenai kerajaan Anwar, Dr Mahathir berkata masih terlalu awal untuk beliau memberi sebarang komen.
“Saya nak perhatikan apa yang akan berlaku,” katanya.
Mengenai partinya Pejuang yang kalah teruk pada PRU15, Dr Mahathir berkata perjuangan akan diteruskan.
“Ya, kita kalah teruk, tetapi kita tetap pegang kepada prinsip.
“Kita berjuang untuk bersihkan negara dan akan teruskan perjuangan ini walaupun ditolak oleh semua orang,” katanya.
Pada PRU15 lalu, Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo Pejuang kalah semua lebih 120 kerusi yang ditandingi sementara semua calonnya hilang wang deposit.
Dr Mahathir sendiri hanya dapat 4,566 undi di Langkawi berbanding hampir 19,000 yang diperolehinya pada PRU14. – 7 Disember, 2022.
Dah tukar tiup dah
BalasPadamYang rosak negara ini ialah Madet, nama pun MAD, dia saja betul semua, lain semua tak betul, baik diam diam duduk lah woit kawan, awak yang rosak UMNO sampai jadi perasuah, kroni hidup mewah, jual aset negara kepada kroni, semua swastakan, kemudian nak salah orang, apa punya orang ini, kah kah kah mampooos cepat lagi baik untuk negara
BalasPadam