Jumaat, 16 Disember 2022

NAJIB MAIN JUBO ALTANTUYA - KATA P.I BALA



Mahkamah arah kerajaan, 3 yang lain bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM5 juta kepada Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006.

Semasa prosiding dalam talian, hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati keluarga Altantuya berjaya membuktikan tuntutan mereka mengenai imbangan kebarangkalian terhadap kerajaan, penganalisis politik Razak Baginda, dan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Tuntutan itu difailkan 15 tahun lalu.

Bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelakinya Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman pada 4 Jun 2007, mendakwa kematian model itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi teruk, dan meminta pampasan serta ganti rugi teladan.

Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai kemudiannya dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila beliau meninggal dunia pada 2017.

Sebanyak 26 saksi bagi plaintif, termasuk bapa Altantuya dan anak sulung, memberi keterangan dalam perbicaraan, yang bermula pada 2019. 

Kerajaan mengemukakan tiga saksi, manakala Razak memilih untuk tidak memberi keterangan.

Altantuya ditembak pada 2006 di sebuah hutan di Puncak Alam dan mayatnya kemudian diletupkan dengan bahan letupan.

Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan Altantuya, 28, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 tanpa memanggilnya membela diri, manakala Azilah dan Sirul disabitkan dengan kesalahan itu pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan Azilah dan Sirul merayu dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun, pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan. 

Ia mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. – 16 Disember, 2022.

AMBIK

DUIT NAJIB

UNTUK BAYAR

KELUARGA

ARWAH ALTANTUYA

AMIN

BETUL KE NAJIB

MAIN JUBO

ALTANTUYA

MENGIKUT SD

P.I BALA

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan