Selasa, 8 Mac 2022

AWAS ! EKONOMI DUNIA KACAU - MINYAK NAIK HARGA

 

EKONOMI DUNIA

KACAU BILAU

AMIN

HARGA MINYAK

NAIK LAGI

KHALAS

MAKA MAT BEBAL PUN BERSUARA LAAA...KAH KAH KAH

 



Hujan lebat luar biasa punca banjir kilat di KL, kata menteri

BANJIR kilat di ibu negara hari ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam yang mana sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

“Bacaan yang direkodkan di Stesen Smart Taman Desa, Kuala Lumpur menunjukkan hujan 106.5mm dan Stesen Air Panas, Kuala Lumpur menunjukkan bacaan 155mm dalam tempoh dua jam,” katanya dalam sidang media di pusat kawalan terowong Smart.

Tambahnya, rumah pam, siren, kolam takungan dan lencongan banjir telah beroperasi dengan baik mengikut Prosedur Operasi Standard.

Beliau berkata lencongan terowong Smart diaktifkan pada 3:40 petang, dan dengan tahapnya dinaik taraf pada 3:58 petang dan sekali lagi pada 4:44 petang.

Beliau turut menasihatkan warga KL supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika hujan lebat.

“Jika hujan lebat dan air pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat yang selamat,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut menyebut semua projek tebatan banjir di bandar raya ini termasuk di Sungai Bunus dan berhampiran pusat latihan PDRM dijangka siap pada 2024.

“Kami mengalami kelewatan kerana beberapa masalah dengan kontraktor kami sebelum ini,” katanya.

Hujan lebat awal hari ini menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian di ibu kota.

Gambar viral menunjukkan kereta terkandas di jalan raya yang dinaiki air dan paras air meningkat di tempat letak kereta.

Laporan awal menyebut Jalan Kuchai Lama terjejas teruk, dengan beberapa jalan terputus akibat kenaikan air. Jalan Pinang turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas ialah terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di ibu negara dikategorikan sebagai berbahaya.

Hujan dan ribut petir dijangka berterusan sehingga 10 malam. – 7 Mac, 2022.


TUDUH BANGANG

JADI MARAH

KAH KAH KAH

KATA  BODOH

DIA MELENTING

KAH KAH KAH

TAPI CAKAP

MEMANG BODOH

LAGI BANGANG

KAH KAH KAH

SATU DUNIA TAHU

HUJAN LEBAT 

BAWA BANJIR

KHALAS

TAPI APA YANG

SEBAB MUSABAB

HUJAN INI LEBAT 

LUAR DARI BIASA

AMIN

HANTU 

TERKENCING

DI ATAS  LANGIT KE?

KAH KAH KAH

ORANG LANGIT

MASAK GULAI

DAGING DALAM

KAWAH SUP

 TERTUMPAH KE?

KAH KAH KAH

WOIT

WAT IS DE BEKOS

CUACA BERUBAH

KAH  KAH KAH

ALAAA MAK

PAK LEBAI INI

AKAN TAYA BALIK

CUACA ITU GAPO

KAH KAH KAH

BERAT BERAT

BILA BANGANG

JAGA ALAM 

SEKITAR 

MEMANG NEGARA MALAYSIA INI

 LUAR DARI BIASA

AMIN

KHALED NORDIN SILAP BESAR

 




Orang Melayu akan mundur jika Pas jadi pilihan

JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menolak Pas bukan kerana politik Islam tetapi disebabkan  kejumudan parti itu.

Selain itu, Pas yang menunggang agama, bukan Islam yang syumul, kata Khaled Nordin. 

Sedangkan, politik Islam pada rakyat Johor ialah Johor Islami yang memacu kemajuan dan Islam yang mengajak warga Johor berlumba-lumba melakukan amal soleh.

Bukan politik Islam dengan masjid imam dua imam, fatwa kafir mengkafir and segala kejatuhan talak jika tidak menyokong Pas.

”Yang pasti Johor bukan negeri paling ramai orang miskin di Malaysia seperti Kelantan. ‘Yang nyata, pembangunan Johor dipacu pelaburan asing, perdagangan, ekonomi rentas sempadan dan pelbagai nilai yang progresif.

”Bukan negeri tanpa bekalan air bersih, rakyat berhijrah keluar kerana tiada pekerjaan dan kerajaan diurus dengan wang ehsan. Dan bila dapat sahaja wang ehsan, keutamaan politik Islam Pas ialah “Mercedes” untuk Exco,” sindirnya.

Tegas Khaled, orang Melayu akan terus mundur jika politik Islam Pas jadi pilihan kerana parti itu bukan menghidupkan Islam, tetapi mencari kehidupan, kemewahan dan jawatan dengan Islam. – 

KHALID NORDIN

SILAP BESAR

KAH KAH KAH

HANYA PARTI

ISLAM PAS

YG BERJAYA

DALAM DUNIA 

MENYEDIAKAN

TEH TARIK 

MELAUI PAIP AIR

KAH KAH KAH

NEGARA LAIN

GAGAL MELESET

AMIN

TAK CAYA SILA

TANYA WARGA

KELANTAN YANG

DUDUK

DI KELANTAN

AMIN

MEREKA AMBIL

AIR SEMBAHYANG

DENGAN TEH TARIK

KAH KAH KAH

BUKAN YANG

TINGGAL

DI BANGI

MEREKA PAKAI

AIR PAIP

KAPIR

KAH KAH KAH

INILAH SATU

BAKTI ISLAM

SYUMUL 

LAGI SUCI YG

DIBAWA OLEH

PARTI ISLAM

KAH KAH KAH

JAMAL KALAH WANITA MENANG

 



Mahkamah tolak rayuan Jamal ketepi keputusan kes fitnah Maria Chin

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak rayuan Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau mengeluarkan kenyataan memfitnah bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Abdul Karim Jalil, Gunalan Muniandy dan Ahmad Zaidi Ibrahim bagaimanapun membenarkan rayuannya untuk mengurangkan kuantum ganti rugi sebanyak RM300,000 yang sebelum ini diberikan Mahkamah Tinggi kepada Maria, kepada RM150,000.

Mahkamah turut memberikan award RM10,000 sebagai kos kepada Maria, yang kini Ahli Parlimen Petaling Jaya.

Ahmad Zaidi, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan yang diucapkan oleh Jamal akan mempunyai kesan menjatuhkan reputasi Maria di mata masyarakat dan boleh menimbulkan kebencian kepada wanita itu.

Beliau berkata Jamal juga gagal menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Abdul Wahab tersilap dalam keputusannya bahawa dua kenyataan yang diucapkan Jamal merujuk kepada Maria. 

Jamal telah mengaku membuat dua kenyataan itu tetapi menafikan bahawa kenyataan itu merujuk kepada Maria atau kenyataan itu berunsur fitnah.

Hakim itu berkata Mahkamah Rayuan mendapati tiada merit dalam rayuan Jamal mengenai liabiliti.

Mengenai kuantum ganti rugi, hakim berkata jumlah RM300,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada Maria nyata berlebihan sambil menambah bahawa RM150,000 adalah jumlah yang munasabah untuk diberikan kepada Maria.

Maria mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal kerana memfitnah dengan mengaitkan beliau dan Bersih 2.0 dengan kumpulan militan Daesh.

Dalam samannya yang difailkan pada 7 Oktober 2016, beliau mendakwa Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya dan Bersih, yang disiar dan diterbitkan oleh media dalam talian, cetak dan elektronik, semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 28 September 2016 dan kemudiannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober 2016.

Pada 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Jamal memfitnah Maria dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Maria menyebabkan beliau merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Jamal diwakili peguam V. Mugunthan dan Mohamad Fauzi Abdul Samad manakala peguam Dr Gurdial Singh Nijar, Abraham Au dan Ngeow Chow Ying mewakili Maria. – Bernama, 8 Mac, 2022.

HARI KEMENANGAN

UNTUK 

KEBENARAN

SALUT

AMIN


TAKUTKAN DENGAN HANTU KEMUDIAN JUAL TANGKAL

 

BOMOH TAKUTKAN

ORANG KAMPUNG

DENGAN HANTU

AMIN

KEMUDIAN JUAL

TANGKAL SERAPAH

KAH KAH KAH

MUSTAHIL 

TAK FAHAM

KHALAS

NKLpunya commented on

 "DINAFIKAN - AKHIRNYA

 TERBUKTI BETUL"

Memang cilako lobai-lobai tu... mulut kumat kamit berbahasa Arab melondir menjual namo Maha Eso menunggang agama, kononnya depa tu alim penjago kesucian agamo dan kunci pintu syurgo tetapi kuat menipu, mengsonglap hasil bumi negaro ... ptuiii...!

KITA LARI DARI LORAT BAGINDA QUEEN

 



KITA LARI

DARI LORAT

BAGINDA QUEEN 

KHALAS

NIKMATI KELAINAN

AMIN

Unknown commented on 

"INTERNET DAN PERANG"

Enche' TT, gitu jugak la dengan video berita-berita anti China Merah yang Enche' TT cukup minat siarkan seperti video portal berita Gravitas dengan pembaca berita pompuan India tu dengan loghat India pekat bercakap bahasa Omputih dan portal Inside China dengan pembaca berita lelaki berjambang kontot tak cuci tu berbahasa Omputih dengan slang gaya berlagak... aduhh.. bonci den dongar bacaan berita depa tu.

BOIKOT ISREAL - JANGAN LUPA BISNES ZIONIS JUGA

 

BOIKOT ISRAEL

AMIN

JANGAN LUPA

BOIKIT JUGA

BISNES ZIONIS

KHALAS

Unknown commented on

 "DAH KENA KENCING

 BARU SEDAR"

gua tertarik dengan apa amerika dan sekutu buat dekat .. apa yang deme buat sekarang sebijik dengan apa yang mahathir kata & malaysia buat dekat orang yahudi israel tak membenarkan orang israel masuk malaysia... deme (us sekutu) buat mende yang sama ban bukan setakat putin rusia + sekutu deme ban termasuk ahli sukan ahli perniagaan rusia... madey mmg atok pendita.. kah kah kah

CERAMAH BUKAN FREE

 


CERAMAH

BUKAN FREE

AMIN

Unknown commented on

 "RETARD BODOH KAN UMAH"

Kalau lo ponah jadi ajk masjid lo kelabu mato hujung minggu kira duit sodakoh jumaat... Banyak.... Kalau lo makmum sajo lo tak tau... Lu dongar coramoh FREE.... Neraka... Syurga... Kapir... Khindzir... Yang lo tak tau... coramoh tu bukenyo FREE tapi bayor... 1000... 2000... 3000...



 Untung jadi retard... Makmom dah bodoh... Ditongongkang lagi oleh puok retard... Depa cerkap... Depa tal bagi kita baca buku kapir... Kalau baca kita jadi sosat... Rupe rupenya takyit temberang depa pocah... Hui Ptui...

TAK PERCAYA AGAMA



TAK CAYA

AGAMA ITU HAK 

PRIBADI INDIVIDU

AMIN

JANGAN GANGGU

DAN HORMATI

KEPERCAYAAN

ORANG LAIN

KHALAS

Unknown commented on

 "BERKHALWAT 

HARI KE 715"

Hari hari ke jirat Cino Buah limau jangan di lupo Make sura limau ori punyo Kesian kono koncing masuk kubo khalas.. kah kah kah

MARI KITA DENGAR - SIAPA KONTROL HIDUP KITA INI

 


SIAPA KONTROL

MENGAWAL HIDUP

UMAT MANUSIA

 HARI INI 

AMIN

BOLEH BAGI HIDUP

BOLEH BAGI MATI 

KHALAS

ALIEN BERBANGSA MELAYU

 



ALIEN

BANGSA MELAYU

KAH KAH KAH


panglimo potaseh commented on

 "GABRIEL PERTAMA 

TANAM ANGGUR"

Alien athies gwa tak risau sangat ..yang gwa risau kok ada Alien yang borbangso Melayu ..suko mondo yang ngarot ..

E BOOK TAK ADA

 


 E BOOK

TAK ADA

AMIN

Unknown commented on

 "MERAKAM SEJARAH

 ADA DI KEDAI BUKU INI :"

E book ada juai tak TT? Aku le ni senang baco di henpon jo... Ringan... pleaseeee


UKRAINE JADI WUHAN KE DUA

 

UKRAINE JADI

WUHAN KE DUA

AMIN

DUIT DARI AMERIKA

BUAT KERJA JAHAT

AMIN

MENGGALANG PERSERIKATAN



MENGGALANG

 PERSERIKATAN 

BARU


Ketika saya menulis ini kempen sedang berjalan di Pilihanraya Negeri Johor (PRN ). Mengundi pada Sabtu 12 Mac 2022 untuk merebut 56 kerusi DUN Johor.  

Kenapa Dewan Undangan Johor bubar – sama seperti Sabah dan Melaka – adalah sebab dan musabab hasil yang  dibawa oleh  kemenangan  Pakatan Harapan  PRU14 pada 10 Mei 2018.

Air telah melimpah ke sawah.  Air  sungai telah melintas bawah jambatan. Telor ayam telah menetas.  Kerbau bunting sudah beranak. Kereta api telah bergerak Semua telah menjadi sejarah.

Mat Sabu dari Amanah dan Lim Guan Eng dari Democratic Action Party  walau pun menangis air mata emas sekali pun tidak akan dapat membersihkan diri dari kesilapan dan bacaan politik mereka yang salah. 

Janji janji manis dan retorik  dari  mulut Anwar Ibrahim telah memandulkan fikrah politik Mat Sabu dan Guan Eng hingga mereka  tidak berupaya memberikan undi  parti mereka kepada  Mahathir Muhamad dalam undian pertama bulan Februari  2020.

Akibat kesilapan garis politik dari dua parti ini  Pakatan Harapan runtuh. 

Dalam politik - kesilapan garis politik – kesilapan tindakan politik – kesilapan taktik dan strategi akan dibayar dengan harga yang amat mahal sekali.

Waspada. Kesilapan ini bukan dibayar  oleh Abang  Mat Sabu atau Saudara Lim Guan Eng tetapi dibayar oleh rakyat semua. Kitalah – rakyat -  yang membayar kesilapan mereka. Rakyat wajib membayar   kerana kita lantik Mat Sabu dan Guan Eng ke  barisan hadapan untuk memimpin kita. Justeru  mereka  ini kita dinobatkan sebagai pemimpin.

Hasil kesilapan Mat Sabu dan Guan Eng rakyat  dihempap oleh  Muhyidin yang akan diingati sejarah sebagai kerajaan gagal.  Kerajaan ceret beret Muhyidin ini   hanya berjaya diselamatkan untuk beberapa ketika oleh virus dari Wuhan melalui kelambu Darurat. Ini diikuti oleh pertukaran kuasa di Sabah dan Melaka.

Muhyidin  cuba menyelamatkan diri dengan memanggil  manja dirinya  sebagai Abah. Kini Abah telah diganti  pula dengan Pak Long a.k.a Sabri. 


Rakyat masih lagi membayar harga yang mahal. Harga mahal kesilapan politik Mat Sabu dan Guan Eng ini menjadi bertambah mahal dengan sampainya  serangan  virus dari Wuhan yang tidak undur-undur. Virus ini seperti telah dirancang sampai pada ketika krisis keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan. Kini virus Wuhan telah melintasi lebih dari dua tahun  bersama kita.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kaki patah, bibir pecah dan  tangan pula terpalit  tahik ayam candu.  

Tidak cukup dengan kesilapan politik dan virus Wuhan datang pula  soldadu Putin masuk ke Ukraine.  Kacau jadi bilau. Bilau jadi  bala. Bala jadi malapetaka. 

Inilah suasana politik kita sekarang ini. Inilah latar belakang  politik dunia dan Malaysia ketika kempen PRN  Johor berjalan.

PRN Johor menjemput muncul  pelbagai bentuk parti politik. United Malays National Organisation dengan kuncu-kuncunya,  Bersatu dengan sekutunya,  Pakatan Harapan tanpa PKR, Warisan,  Muda ,  Parti Putera, Parti Bangsa Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia – semua bertanding di PRN Johor. Ini belum di campur  jumlah calon-calon bebas yang turut sama menawarkan diri. Amin

Kemunculan banyak parti-parti ini adalah juga hasil dari  kemenangan Pakatan Harapan. Kejayaan Pakatan Harapan menggulingkan United Malays National dan kuncu-kuncunya telah menjadi pill viagra yang menaikkan  nafsu ramai politikus  untuk memeluk dan menggomol kuasa.

Awas dan waspada – saya beri ingatan.  Politikus ini satu makhluk yang amat ganjil. Hampir semua politikus tidak memiliki cara berfikir berjangka  panjang.  Politikus  dari apa yang saya perhatikan hanya berupa berfikir sejauh 3 atau empat tahun ke hadapan. Jumlah politikus  yang berkemampuan  berfikir melintas tahap lebih dari lima tahun ini  boleh di bilang.

Malah jika ada politikus yang memiliki keupayaan n  berfikir dalam jangka masa depan  yang jauh maka mengikut istilah anak-anak muda hari  ini  – sosok ini amat ‘rare’.

Politikus dalam sistem politik undi akan gagal membebaskan fikrah mereka  untuk memikirkan masa depan negara dalam jangka masa 25 tahun – satu generasi atau 50 tahun – dua generasi. Politikus tidak memiliki ‘ grey matter – ketul kelabu‘  untuk menjana fikrah. 

Kegagalan ini disebabkan politikus terperangkap dalam kepuk undi.  Untuk seorang  politikus yang bertanding untuk menjadi YB atau Adun  - di dalam kepala mereka – yang dihitung, yang di campur, yang ditolak, yang  dibagi  dan didarab  hanyalah jumlah undi.


 Jika kita dengar dari ceramah atau temu bual atau laporan berita  tentang pekara-pekara seperti : hapuskan tol,  tambah peluang kerja, turun harga barang dan sebagainya dari mulut politikus - yakinlah ini semua hanya labun dan gebang-gebang kosong  untuk mengolah persetujuan agar mendapat meraih undi.

Ini satu kelemahan  daya fikir politikus dalam  semua negara yang mengamalkan demokrasi  - electoral politic -  demokrasi politik mengundi lima tahun sekali.

Ini berlawanan dengan sistem demokrasi perancangan pusat – democaratic central planning - yang diguna pakai di Rusia atau China Merah. Vladimir Putin dan Xi Jinping tidak pernah memikirkan  berapa undi yang  akan dipungut lima tahun lagi.

Putin dan Xi Jinping  menggunakan kekuatan  fikrah dan keupayaan diri bukan untuk mencari undi tapi untuk melakar , merancang strategi pertahanan ,  merancang perkembangan ekonomi  untuk  Rusia atau China. Amin.

Mungkin ada yang akan menolak pandangan saya ini. Tapi saya yakin pandangan saya ini ada membawa kebenaran.

Semua pandangan saya ini adalah hasil pengumpulan pengalaman dan pengumpulan  pemerhatian dari apa yang telah dirancang, diatur, digariskan oleh pemimpin  parti DAP , PKR dan Amanah  bersama beberapa NGO sebelum bertempur dalam PRU14.

Wajib di hitam putihkan disini bahawa ilmu pengetahuan bukan datang dari buku atau dari mimpi. Ilmu pengetahuan datang dari pengumpulan pengalaman yang dirakam dan ditulis untuk menjadi buku. 

Kajian ilmu ilmiah dari bilik makmal juga adalah hasil pengalaman dan pemerhatian yang di kumpul. Kemudian ditulis , di bincang, di debat, diulang buat sebelum di nobat untuk menjadi cabang ilmu.

Dari pengalaman PRU14 – satu perkara  yang amat jelas ialah wujudnya apa yang saya panggil United Front – Barisan Bersatu. Teori United Front ini adalah pengumpulan perjuangan dari zaman berzaman ketika orang terdahulu dari kita berperang.

Teori ini bukan milik kaum kiri. Ini kerana teori  United Front ini boleh di gunakan oleh parti  garis politik kiri, garis tengah, garis kanan termasuk kaum Fasis. Hakikatnya teori ini adalah  pengumpulan pengalaman dalam perang  - cara  dan taktik untuk menang dan mengalahkan musuh.  

Kita tak perlu menghafal buku Seni Perang oleh  Sun Tzu untuk memahami teori ini. Kita juga tidak perlu membaca  kitab Mao Zedong tentang teori perang gerila. Kita juga  tak perlu ke Havard atau Yale Universiti untuk belajar ilmu sains politik.  Tak perlu tak payah.

Pengalaman PRU14 – sudah cukup – untuk kita memahami bahawa hanya dengan United Front – hanya dengan Barisan Bersatu terbukti gerombolan United Malays National Organisation dapat dikalahkan dalam  PRU14. Amin.

United Front – Barisan Bersatu – ini alah syarat wajib untuk mencapai  kemenangan.  Teori ini cukup senang. Saya tidak  perlu bermain di padang  rugby  Malay College untuk menyimpulkan teori ini dalam satu ayat  : Banyakkan kawan  kurangkan musuh.

Banyakkan kawan dan kurangkan musuh adalah intipati dari teori Barisan Bersatu – United Front.

Kemenangan  Pakatan Harapan bermula dengan Deklarasi Rakyat yang di tanda tangani oleh pada hari Jumaat 4 Mac 2016 – dua tahun sebelum PRU14.

Deklarasi Rakyat ini ditandatangani dan dipersetujui oleh pemimpin parti politik – yang akhirnya menjadi Pakatan Harapan. Dokumen ini juga  ditandatangani oleh beberapa pemimpin NGO.

Deklarasi Rakyat ini berasakan teori United Front – Barisan  Bersatu.

Saya melakar kembali Deklarasi Rakyat untuk membuktikan bahawa teori Barisan Bersatu ini adalah  senjata yang paling ampuh yang wajib  digunakan dalam pertempuran politik undi di Malaysia. 

Barisan Bersatu ini adalah asap daun kecubung yang akan dapat mengalahkan  Panglima  Hitam yang dikatakan kebal. 

Saya melakar kembali babak sejarah 4 Mac ini  untuk membuktikan bahawa dalam PRN Johor  Pakatan Harapan dan  Perikatan Nasional akan terbarai. Parti-parti yang lain bukan sahaja mendapat  telor penyu malah akan hilang duit pertaruhan.


Warisan, Muda , Parti Bangsa Malaysia, PKR dan Putera – berjuang sendiri-sendiri. Hanya DAP dan Amanah yang masih menggunakan lambang Pakatan Harapan.

Intipati ke dua dalam teori Barisan Bersatu ialah : Bersatu kita teguh bercerai  kita roboh. 

Ini adalah ilmu turun temurun dari datuk nenek moyang kita. Inilah ilmu perang hasil  dari mengumpul  pengalaman datuk nenek moyang kita  menentang askar Siam, menentang soldadu Belanda, melawan soldadu Portugis dan menentang sepoi dan askar upahan Inggeris. 

Kenapa kita melupakan ajaran datuk nenek moyang kita? Amin.

PRN Johor ini – akan membuktikan kebenaran teori Barisan Bersatu. Pakatan Harapan dan PKR tidak akan berjaya seperti mana dalam PRU14. Begitu juga Bersatu dan sekutunya.

Ini bermakna Pakatan Harapan kalah ? PKR akan kalah ? Perikan Nasional akan kalah ? Betul semua akan kalah.  Kalau tidak hilang  duit pertaruhan anggaplah sebagai kejayaan. 

Sabar dulu - kekalahan ini juga adalah pengalaman. Pengajaran yang paling baik ialah pengalaman yang dialami. Bila kepala sudah terhantuk baru hendak tengadah. Kepala terhantuk juga adalah ilmu pengetahuan. Pengalaman kepala yang berdarah itu wajib di kumpul  dan dihayati.

Hanya yang bebal gagal mengumpul pengalaman. Hanya yang bebal yang akan masuk ke lubang ular dua kali. Hanya yang bebal akan menggali lubang  untuk menimbus badan sendiri. Hanya yang bebal  yang tidak menerima kekalahan tapi  menyalahkan orang lain sebagai penyebab kalah.

Justeru – saya mencadangkan Pakatan Harapan menggunakan  PRN Johor  sebagai gedung  ilmu pengetahuan – sebagai kuliah  tangga ilmu – untuk menggalang satu peserikatan baru.  Bagaimana rupa bentuk  penggalangan perserikatan baru ini ? Tunggu minggu hadapan. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARAKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/613486
DAN
DI LAMAN PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/370565