Rabu, 27 April 2022

PAK LEBAI TOLAK CARA ISLAM

 



Ahmad Samsuri sedia disiasat isu gerakan guling pemimpin Umno

NAIB Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sedia disiasat polis berkenaan laporan sulit parti itu didakwa berhubung percaturan politik bagi menggulingkan pemimpin parti Umno.

Bagaimanapun menteri besar Terengganu itu berkata setakat ini beliau masih belum diminta polis untuk tampil bagi siasatan.

“Sebagai warganegara patuh kepada peraturan, saya atau siapa saja yang akan dipanggil polis akan akur.

“Tapi buat masa sekarang ini saya belum menerima apa-apa panggilan daripada pihak polis lagi,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan polis semalam berhubung kertas siasatan yang dibuka berhubung kes terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim semalam dilaporkan berkata semua ahli politik disebut dalam dokumen sulit PAS yang bocor itu akan dipanggil.

Siasatan dibuka selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berang dengan tindakan PAS itu tampil membuat laporan polis.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil pula mencabar Ahmad Samsuri melakukan sumpah laknat untuk membuktikan dakwaan itu tidak benar.

Mengulas lanjut perkembangan itu, Ahmad Samsuri mengulangi pendiriannya laporan yang didakwa bocor itu hanyalah dokumen sampah dan enggan melayan tuduhan berkenaan.

PAS juga tidak perlu membuat laporan polis mengenai kebocoran laporan tersebut, katanya.

“Terpulanglah siapa nak buat laporan polis itu hak mereka dalam perlembagaan negara, nak buat laporan atas apa juga perkara.

“Jadi terserah mereka dan kepada polis untuk menjalankan apa juga siasatan sekiranya perlu. Tapi saya tak ada keperluan nak buat laporan polis untuk benda sampah ini,” katanya.

Ditanya mengenai desakan membuat sumpah laknat, Ahmad Samsuri berkata tidak ada keperluan untuknya berbuat demikian.

“Orang yang sebut pasal benda ini (desakan lapor polis dan sumpah laknat) memang tak faham bahasa bila saya sebut sampah, memang benda itu sampah maksudnya tak ada keperluan.”

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program sambutan Hari Wanita peringkat Terengganu.

Dokumen yang tersebar melalui blog dan media sosial itu mencatatkan pertemuan Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dengan pemimpin politik tiga parti Melayu.

Dokumen bertajuk “Laporan Political Engagement PAS Pusat” dan bertanda sulit itu menyebut, pertemuan berkenaan didakwa berlangsung antara hujung Mac hingga awal April.

Ia mendakwa, kedua-duanya bertemu dengan Mohamed Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin dari Bersatu, serta Hishammuddin Hussein dan Ahmad Masrizal Muhammad dari Umno.

Ahmad Samsuri juga didakwa bertemu Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad secara bersendirian di kediaman bekas perdana menteri di Seri Kembangan.

Hasil pertemuan berkenaan, laporan itu mencatatkan maklumat mengenai wujudnya dua kem dalam Umno iaitu “kem Putrajaya” dan “kem PWTC”.

Dua kem itu dilaporkan sebagai kumpulan pro-Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan juga yang menyokong Zahid.

Kedua-duanya dilaporkan berselisih pendirian mengenai masa yang sesuai untuk diadakan pemilihan parti, sebelum atau selepas PRU15.

Laporan itu juga menyebut rancangan Umno untuk mengadakan perhimpunan khas bagi meminda perlembagaan parti berkenaan tempoh pemilihan parti.

Selain itu, ia juga mencatatkan gerakan untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional bagi kempen PRU15. – 27 April, 2022.

WOIT

PASAI APA

PAK LEBAI

TAKUT GUNA

CARA ISLAM

KAH KAH KAH

KALAU ORANG

LAIN DIDAKWA 

PAK LEBAI

PAKSA IKUT ISLAM

KAH KAH KAH

BILA KENA

BATANG IDUNG

KALEH CERITA

PADA SAMAH

KAH KAH KAH

PUKAR MUKRAK

BETOI

 PUKEE RAHAH 

KHALAS

KAH KAH KAH

BERRAYO KITO

 



Sudah boleh bersalaman, rumah terbuka Aidilfitri dibenarkan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet hari ini membenarkan aktiviti bersalaman ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“(Aktiviti) Salam dibenarkan tetapi sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Kebenaran itu berkuat kuasa 1 Mei ini.

Dalam pada itu, KKM turut menggariskan beberapa protokol sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Antaranya membenarkan takbir hari raya di masjid-masjid dan surau-surau serta boleh dibuat di rumah dengan syarakt memakai pelitup muka.

“Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai aktiviti takbir raya dan hanya individu tanpa gejala dan lengkap vaksinasi digalakkan untuk menyertainya,” katanya.

Dalam pada itu, solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kapasiti penuh dan dengan syarat memakai pelitup muka.

Ziarah dan jamuan Aidilfitri juga dibenarkan dengan syarat memakai pemakaian pelitup muka namun pesakit Covid-19 tidak dibenarkan hadir.

Selain itu, ziarah tanah perkuburan turut dibenarkan.

Menurutnya, ketetapan ini termaktub bagi acara rumah terbuka di dalam dan di luar  bangunan.

BERAYO KITO

JANG OOOI

KAH KAH KAH

MAKAN LOMANG

MAKAN RONDANG

MINUM AIR TAPAI

AMIN

HAK ZIARAH

KUBUR GUA

DAH BUAT

TANPA ARAHAN

KAH KAH KAH

BEKAS PM BEKAS TIMBILAN PM BERGADUH

 



Dr Mahathir tegas bercakap benar tentang Zahid, kata peguam

DR Mahathir Mohamad berpegang teguh pada kenyataannya bahawa Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuan berhubung kes rasuahnya, kata peguam bekas perdana menteri itu hari ini.

Mior Haidir dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir akan melawan saman fitnah Zahid terhadapnya.

“Dr Mahathir menafikan semua dakwaan dan tuntutan fitnah yang dibuat oleh plaintif (Zahid).

“Ingin dimaklumkan di sini bahawa anak guam kami tidak berganjak bahawa kenyataan yang telah dinyatakan oleh beliau adalah benar dan memelihara hak beliau untuk memfailkan tuntutan balas jika perlu di Mahkamah kelak,” katanya.

Awal hari ini dilaporkan Presiden Umno Zahid memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir minggu lepas.

Dalam tuntutan samannya Zahid memohon injunksi untuk menghalang Dr Mahathir mengulangi dakwaan serta menuntut ganti rugi teruk, am dan teladan.

Injunksi itu akan didengar pada 17 Jun selepas mahkamah akan menjalankan pengurusan kes saman undang-undang itu.

Saman itu susulan sidang media oleh Dr Mahathir pada 23 Februari apabila beliau berkata Zahid menemuinya di rumah bagi mendapatkan bantuan selepas pilihan raya umum 2018.

“Pada masa itu ada kemungkinan saya menjadi perdana menteri sebab itu dia mahu ‘berbaik’ dengan saya.

“Tetapi saya tahu ada kemungkinan Zahid boleh dipenjarakan kerana kesalahan dan jenayah yang dilakukannya,” Dr Mahathir dipetik sebagai berkata ketika itu.

Zahid dalam saman fitnahnya mendakwa kenyataan Dr Mahathir adalah tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat.

Beliau mendakwa perkataan itu bermakna beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan kes jenayahnya untuk kepentingan peribadi.

Zahid dibicarakan atas sejumlah 80 pertuduhan rasuah di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam. – 27 April, 2022.

ZAHID LAWAN

MADEY

KAH KAH KAH

INI AKAN

JADI KES

AMAT MENRIK

KAH KAH KAH

BEKAS TPM

SAMAN BEKAS PM

KAH KAH KAH

BUKA SEMUA

KESAH 

KAH KAH KAH

BOGEL KIRI

BOGEL KANAN

BAGI RAKYAT

GEMBIRA

KAU KAU

KHALAS

ANAK POLIS PENCEN

 



ANAK

POLIS PENCEN

AMIN

Anak polis pencen commented on

 "MAIN MERCUN 

BUDAYA KITA"

Bila ada jamuan raya dekat balai polis mereka boleh pulak main mercun...dentam dentum mereka main. Polis terkecuali ke dalam larangan membakar mercun? Lagi satu kamu cuba lihat berek polis...anak polis main mercun sakan. Sapa bekalkan ???Mesti le bapak dia kan !!!!

HUKUM MATI UNTUK PERASUAH

 





GUNA

HUKUM MATI

UNTUK BENTRAS

RASUAH

AMIN

cikminah commented on

 "TEORI LAWAN DADAH"

Bukan negeri China sahaja mengamaln hukum mati kpd perasuah, INDONESIA juga kini menghukum MATI kpd peraswahnya. Kini Malaysia menerima kedudukan pertama sebagai negara rasuah paling tinggi di dunia, meninggalkan Indonesia, Filipina dan India jauh ke belakang.


 Tahniah kepada Malaysia! Tanyalah pendatang asing, mereka akan memberitahu, rasuah menjadi-jadi, daripada serendah-rendah polis di tepi-tepi jalan dan pekerja majlis perbandaran, pegawai2 kerajaan dan ketua-ketuanya hingga membawa kepada menteri dan Perdana Menterinya!

HUJAN LEBAT

 



HUJAN LEBAT

PUN SAMPAILAH

KHALAS

MAKA SEMUA
ANGGAPAN AKU SALAH
HUJAN LEBAT
GURUH PETIR
SABUNG MENYABUNG

HUJAN LEBAT PUN TURUNLAH
TAK TAK DUDUK TAKUT
BWAH MEJA TULIS AKU
EZI DUDUK DIBELAKANG
KERUSI AKU
MEREKA TAKUT DENGAR
BUNYI GURUH

DARI BALKONI
AKU LIHAT KERETA
DAH MULA PASANG LAMPU
GELAP SUDAH SAMPAI

AKU GAGAL
KE HOKKIEN
AMIN

BERBUKA PUASA HARI KE 25

 



SOTONG & BAYAM

 HAMPIR JAM 5

DILUAR GURUH KEDENGARAN
LANGIT TIDAK GELAP 
HANYA MENDUNG

PADA HEMAT AKU
HUJAN TAK AKAN TURUN
HANYA GURUH BUAT KACAU
ATAU HUJAN TURUN
TAPI BUKAN DI KLUMPO
KAH KAH KAH

TAPI AKU SALAH
HUJAN DAH TURUN
TIDAK LEBAT
TAPI MEMBASAHKAN
KAH KAH KAH

ADUH !
TERGANGGU
PERNIAGAAN 
DI BAZAR RAMADAN
INI MINGGU AKHIR
UNTUK MENUI
AMIN

PETANG INI
JUADAH AKU
SERI MUKA
DAH HAMPIR SATU MINGGU
SERI MUKA INI
TIDUR DALAM PETI AIS
KAH KAH KAH

UNTUK MAKAN MALAM
GUA AKAN MASAK
SOTONG DENGAN BAYAM
DAUN BAYAM GUAU MASIH BANYAK
JUGA SOTONG
BELUM DI MASAK

ESOK KHAMIS
APAKAH GUA AKAN
KE PASAR HARI JUMAAT ?
AMIN

DI LUAR JAM 5.30
GURUH BERDENTAM DENTUM
HUJAN REDA
KILAT SABUNG MENYABUNG
GUA NAK KE HOKKIEN
TUNNGU CUACA REDA

SEMENTAR ITU
SELAMAT BERSUNGKAI

UTAMAKAN NAJIB KE PENJARA

 



UTAMAKAN

NAJIB KE PENJARA

KHALAS

Unknown commented on 

"BERSATU 

BUAT LANGKAH BIJAK"

Enche' TT, gwa rasa majoriti pengundi yang mengundi PH dalam PRU14 sudah tak percaya langsung dengan pengkhianat dan geng Sheraton cilakanya. DNA mengkhianat sudah tebal dan kuat melekat dalam kepala hotak pengkhianat ini. Dia akan mintak jadi PM bila sudah menang. Bila tak dapat dia akan khianat semula. Sama seperti lebai-lebai TaT tu...


MENTERI BANGANG PENJUAL AGAMA

 



MENTERI

BANGANG

PENJUAL AGAMA

KHALAS

Unknown commented on

 "MENTERI BERCAKAP JUJUR"

Masih ada lagi jawapan cukup bangang dan bodoh dari seekor Tim. Menteri. Kàlau semua benda nak banding dengan Negara ASEAN, pi lah duk sana. Patut lah bagi jawapan bodoh, datang dari parti penjual agama.


 Dulu kàlau pasal kenaikan harga barang, inilah kumpulan yang berjuang berhabisan, la ni bagi jawapan sama taraf dengan Yahudi. Dalam mulut banyak sangat Sagon. Ya le kahwin boleh 3 orang, takkan nak beli ayam sekor pun berkira.

KENAL PASTI MUSUH UTAMA

 


KENAL PASTI

MUSUH UTAMA

AMIN

Cekpit Kelima commented on 

"BERSATU BUAT 

LANGKAH BIJAK"

Langkah ini boleh dikatakan bijak, jika fikir rakyat adalah bodoh. Langkah Bersatu kembali bergabung dengan DAP, PKR, Amanah boleh dijulang sebagai hebat tanpa mengira emosi rakyat yang mahukan kestabilan politik. 


Langkah ini boleh dijulang sebagai cemerlang, jika tidak memikirkan keinginan Muhyidin Dan kerakusan Anwar yang bakal membunuh sesama sendiri utk menjadi PM. Langkah ini boleh difikirkan genius jika otak rakyat melupakan pengkhianatan Azmin. Ehh Azmin? Lama bro tak sentuh Dan kupas sosok Azmin ni. Hehehe ada apa apa ke?

TEORI LAWAN DADAH

 


HUKUM MATI

KES RASUAH

IKUT LOJIK HUJAH

HUKUM MATI

KES DADAH

KHALAS

Unknown commented on 

"SOKONG HUKUM MATI"

Ini tak betul. Sekarang hanya komunis China merah yang ada hukuman mati peraswah. Tak kan kita nak ikut negara yang jahat? Negara demokrasi hanya penjara peraswah. Ada juga yang tidak sita harta haram peraswah, iaitu peraswah dapat simpan harta rasuah selepas habis penjara? Ada juga negara demokrasi dimana kegiatan raswah halal and dibenarkan sebagai industri yang bernilai berbilion US$, namun dibagi nama harum "lobby".

benlamen commented on 

"SOKONG HUKUM MATI"

hukum mati ala negara china, sa butir peluru d belakang kepala, baik penerima atau pemberi. yg suka menerima hampir semua mlayu n yg x sudah menjolok n memberi si sepet. tembak sj dpn khalayak ramai, barunegara bolih bersih dari rasuah.

SPRM SIASAT KE TIDAK ?

 



Siasat laporan polis Hakim Nazlan dulu, bukan SPRM, kata peguam

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus membenarkan polis menyiasat laporan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali terhadap blog yang membuat dakwaan rasuah terhadapnya, dan hanya kemudian mengambil kes itu jika terdapat alasan untuk mengesyaki rasuah, kata seorang peguam.

Haniff Khatri Abdulla mengulas mengenai siasatan SPRM terhadap Nazlan, kini hakim Mahkamah Rayuan dan yang mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas tuduhan rasuah pada 2020 sebagai hakim mahkamah tinggi.

Haniff berkata bagi mengelak kekeliruan dan penyiasatan berulang, badan pencegah rasuah itu perlu terlebih dahulu membenarkan polis menyiasat perkara itu memandangkan Nazlan telah membuat laporan untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam laman Malaysia Today.

“Pada 21 April, Nazlan, seorang hakim yang dihormati, telah membuat laporan polis supaya dakwaan yang dibuat oleh Malaysia Today dapat disiasat. Jadi apabila laporan dibuat, polis wajib menelitinya (untuk mengetahui sama ada) terdapat sebarang bukti.


“Jika ada asas untuk menyiasat Malaysia Today, maka polis dengan bantuan Jabatan Peguam Negara mesti mendapatkan Interpol dan pihak berkuasa di United Kingdom melalui Mutual Legal Assistance untuk membawa pulang Raja Petra ke Malaysia jika terdapat jenayah yang dilakukan. 

“Tetapi jika ada asas di pihak Raja Petra, maka badan pencegah rasuah boleh mula bekerja dalam kes itu tetapi buat masa ini, SPRM mesti membiarkan polis menyiasat perkara itu kerana Nazlan telah pun membuat laporan terhadap RPK,” kata Haniff.

Raja Petra menerusi blog Malaysia Today telah menulis bahawa Nazlan telah menerima RM1 juta dalam akaun Maybanknya, didakwa daripada ahli perniagaan dalam buruan dan dalang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Low Taek Jho.

Polis tidak menyatakan sama ada sebarang siasatan telah bermula terhadap laporan polis yang dibuat oleh Nazlan terhadap blog itu.

Nazlan, yang dinaikkan ke Mahkamah Rayuan pada Februari tahun ini, mendapati Najib bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan RM42 juta Dana SRC International Sdn Bhd pada Julai 2020 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib.

Sebelum menjadi hakim, Nazlan pernah berkhidmat sebagai peguam am Maybank.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata laporan polis Nazlan dibuat supaya siasatan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain dapat dijalankan.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan merangkumi fitnah jenayah, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia adalah mengenai penerbitan kandungan yang menyinggung perasaan di Internet.

Haniff berpendapat memandangkan laporan bertindih kepada polis dan SPRM berhubung isu ini, Jabatan Peguam Negara perlu menubuhkan pasukan petugas khas.

“Tujuan penubuhan pasukan petugas ini adalah untuk memastikan tiada pertindihan dari segi penyiasatan dan akan membolehkan siasatan yang lancar dan telus. Pasukan petugas boleh menentukan sama ada terdapat asas daripada apa yang RPK katakan atau tiada asas langsung,” kata Haniff.

Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak mengatakan hakim tidak harus disiasat, kerana tiada siapa yang berada di atas undang-undang.

Siasatan SPRM ke atas Nazlan telah mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak yang melihatnya sebagai cubaan untuk memburukkan keputusan bersalah ke atas Najib, yang masih mempunyai pengaruh politik dan spekulasi mahu membuat kemunculan semula.

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Badan Peguam merupakan antara yang menggesa siasatan ke atas Nazlan dihentikan, dan menyatakan badan kehakiman mempunyai mekanisme tersendiri untuk memantau dan menyiasat integriti hakim.

Sementara itu, Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah berkata siasatan SPRM, yang berpunca daripada catatan blog yang tidak disahkan, menjejaskan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

Cheah juga berkata ia mewujudkan iklim ketakutan dan ugutan kepada badan kehakiman, yang akhirnya merugikan Malaysia.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Ariff Md Yusof percaya SPRM tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan melibatkan Nazlan.

Beliau berkata bagi dakwaan seorang “blogger jarak jauh” Perlembagaan Persekutuan dan kod etika hakim menetapkan cara yang harus digunakan.

“Untuk menghormati prinsip pengasingan kuasa dan melindungi kedudukan hakim yang tidak sepatutnya terpalit dengan tuduhan melulu seperti itu, SPRM tidak seharusnya terlibat,” kata Ariff yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyifatkan tindakan SPRM yang bertindak pantas terhadap Nazlan sebagai serangan terhadap badan kehakiman.

Hassan, yang juga ahli dalam salah satu daripada lima badan pengawasan SPRM, Jawatankuasa Mengenai Rasuah, berkata tindakan itu bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa tadbir urus.

“Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang bukan sahaja satu pelanggaran prinsip pemisahan kuasa antara badan eksekutif dan juga badan kehakiman, tetapi ia juga merupakan satu serangan sebuah agensi eksekutif ke atas badan kehakiman,” katanya. – 27 April, 2022.

HUKUM HAKAM

UNDANG UNDANG

GUA TAK ARIF

AMIN

ARAB CAKAP

MA BA ARIF

KAH KAH KAH

SIASAT SAPA

DULU PUN

GUA TAK TAHU

AMIN

YANG GUA NAK

TAHU  DARI MANA 

AZAM BAKI DAPAT

DUIT BELI SAHAM

AMIN

SPRM DAH

SIASAT KE 

BELUM ?

AMIN

GUA TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KALAU DUIT GAJI

KIRA OKALAAA

AMIN 


MAIN MERCUN BUDAYA KITA

 



Polis lupus lebih 1,000 mercun, bunga api bernilai RM4.1 juta

POLIS melupuskan 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM4.1 juta yang dirampas dalam serbuan di dua premis di Taman Kepong, di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua mercun dan pelbagai bunga api berkenaan yang dirampas pada 24 Mac lepas dipercayai untuk pasaran sempena perayaan Aidilfitri ini.

“Kesemua rampasan berkenaan telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret 2 Kuala Lumpur untuk dilupuskan melalui cara tersendiri oleh polis setelah permohonan dibuat pada 18 April lepas.

“Setelah tempoh masa rayuan kes selama 14 hari dari tarikh tertuduh dijatuhi hukuman (29 Mac 2022), permohonan pelupusan telah dibuat dan diluluskan pada 18 April,” katanya pada sidang media di Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Beh berkata kesemua rampasan ini akan disembur dengan air dan digilis jentera berat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dimampatkan oleh polis.

Sebelum ini, polis menahan lima lelaki warga tempatan berumur 21 hingga 51 tahun dan pada 29 Mac lepas, seorang individu berusia 51 tahun telah mengaku bersalah dan didenda RM14,000 di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Menyimpan dan Menjual Bahan Letupan). – Bernama, 26 April, 2022.

MAIN MERCUN

INI BUDAYA

RAKYAT MALAYSIA

AMIN

TAHUN BARU

KRISMAS

RAYA CHINA

CAP GO MEE

DEWALI

RAYA MELAYU

KENDURI KAWIN

SEMBAHYANG

HANTU  PUN

 BAKAR

MERCUN

KHALAS

BILA ADA 

PERMINTAAN

ADA PEMBEKAL

AMIN

BILA DILARANG

ADA SELUDUP

AMIN

INI HUKUM

TABII MANUSIA

BUKAN AMALAN

DI LUAR TABII

KAH KAAH KAH

JUSTERU

SUSUN ATUR

CARA TERBAIK

UNTUK UMAT

ENJOI DE MENJOI

KHALAS