Rabu, 18 Mei 2022

LEBANON SEPERTI MALAYSIA

 

LEBANON

SEPERTI MALAYSIA

WAJIB MENDIRIKAN

KHEMAH BESAR

UNTUK TUBUH

KERAJAAN 

AMIN

KHALAS

RAKYAT DAH LETIH

 




Saksi diminta tak sebut nama Najib, Jho Low kepada PAC, mahkamah diberitahu

BEKAS pengerusi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau dinasihatkan supaya lebih bertolak ansur apabila memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2015 mengenai pelaburan negara yang bermasalah itu.

Bakke berkata dua minggu sebelum mesyuarat PAC beliau dipanggil oleh bekas perdana menteri Najib Razak untuk bertemu dengan pengerusi PAC ketika itu Hasan Arifin dan Ahmad Farid Ridzuan (bekas pengarah urusan TV3).

Beliau mendakwa semasa pertemuan itu Hasan dan Farid telah memberitahunya supaya tidak menyebut nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan cuba untuk tidak merujuk kepada Najib.

“Itu adalah arahan halus yang oleh mereka, apatah lagi (sebut) PM (Najib) dan Jho Low kerana beliau dianggap tabu,” kata Bakke kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

“Saya tahu apa yang saya mahu cakap semasa mesyuarat PAC dan tidak mahu sesiapa campur tangan (dalam keterangan saya).

“Saya hanya sampaikan fakta pada perbicaraan PAC.”

Farid ketika itu bertanggungjawab atas penjenamaan imej Najib.

Bakke saksi ke-15 dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak kerana menyeleweng RM2.28 bilion dana 1MDB.

Najib menghadapi 25 pertuduhan - empat kes salah guna kuasa dan 21 kes cuci duit - untuk kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.

Bakke, 68, berkata pertemuan itu adalah bagi memastikan beliau bersedia apabila memberikan kenyataannya kepada PAC.

Ini adalah yang pertama daripada dua perjumpaan yang dihadiri Bakke, di mana pertemuan kedua adalah dengan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Bakke berkata pertemuan pertama adalah untuk memastikan apa yang akan dilaporkan mengenai PM (Najib) dan kejatuhan 1MDB (kepada PAC).

“Pertemuan kedua dengan Arul adalah untuk mengemukakan garis panduan tertentu dan tiada yang sensitif (mengenai 1MDB),” katanya.

Bakke berkata, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi turut hadir pada pertemuan pertama itu.

“Saya rasa Hasan dan Farid mahu saya menjadi lebih bertolak ansur (ketika beri keterangan kepada PAC).”

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian bertanya kepada Bakke mengapa mereka beritahunya supaya tidak cakap apa-apa yang sensitif.

Bakke menjawab beliau diberitahu pada pertemuan itu untuk tidak menyebut Jho Low dan Najib kepada PAC.

Shafee menegaskan yang Bakke menyebut nama Najib kepada PAC walau dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

“Mereka juga beritahu anda Jho Low juga tabu, tetapi anda tidak peduli dengan apa yang disebut?”

Bakke menjawab ya kepada kedua-dua soalan yang diajukan kepadanya. – 17 Mei, 2022.

RAKYAT DAH

LETIH MENUNGGU

AMIN

MASUKKAN

NAJIB SEKARANG

DALAM  JIL

AMIN

NEGARA JADI

AMAN DAMAI

AMIN

RAKYAT SUKA

HATI

KHALAS

LANGKAH TAMPAL

 


Permit import makanan mansuh, kata PM


KERAJAAN bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di Putrajaya hari ini.

Katanya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan butiran lanjut berhubung AP untuk import bahan makanan itu.

“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia mungkin mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik Covid-19 dan konflik antara Rusia dan Ukraine berlarutan.

Setiap tahun Malaysia merekodkan lebih RM50 bilion import bahan makanan asas, dengan barangan seperti beras sebanyak 30 peratus, daging lembu (78 peratus), daging kambing (hampir 90 peratus) dan sayur kobis bulat (60 peratus).

Ismail Sabri berkata beliau juga telah mengarahkan MAFI untuk menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak berlakunya krisis makanan di negara ini susulan isu seperti konflik Rusia-Ukraine.

“Kita tahu seluruh dunia bimbang, bukan kita sahaja bimbang dengan kesan perang yang sebabkan kekurangan dari segi bekalan makanan. MAFI juga diminta mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat,” katanya.

Fenomena akibat konflik Rusia-Ukraine memberi kesan kepada seluruh dunia apabila inflasi pelbagai negara terus meningkat.

Mengenai laporan sekumpulan kartel industri ternakan ayam merancang menutup ladang ternakan sebagai protes kerana bayaran subsidi harga ayam lambat, Ismail Sabri berkata beliau telah meminta MAFI untuk mencepatkan dari segi pembayaran itu.

“Saya pun dapat laporan ada prosedur tertentu agak melewatkan, jadi kita minta MAFI supaya mencepatkan dari segi pembayaran,” katanya. 

Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. – Bernama, 17 Mei, 2022.



INI LANGKAH

TAMPAL BOCOR

AMIN

SELESAI JANGKA

PENDEK

AMIN

JANGKA PANJANG

KITA WAJIB ADA

DASAR

KESELAMATAN

MAKANAN

AMIN

KITA WAJIB

TIDAK 

BERGANTUNG

BAHAAN MAKAN

 DARI

TANGAN ASING

AMIN

HUKUM GANTUNG UNTUK BASMI RASUAH

 



Tidak wajar gantung pesakit guna kanabis untuk perubatan, kata Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat pertimbangan yang lebih tinggi dalam isu penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Pengerusi Kaukus Medical Marijuana itu berkata, hakim juga perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes-kes berkaitan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

“Ini kerana kita perlu mengendalikan kes-kes ini dengan cermat supaya pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka.

“Malah, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan mereka memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis dan hem,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menghadiri sebutan kes melibatkan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Syed Saddiq berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengiktiraf terdapat banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan dan bukannya kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata. 

Malaysia juga katanya perlu mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan. 

“Langkah yang diambil di negara lain ini juga perlu dilihat sebagai satu dorongan untuk kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera.

“Malah, badan kesihatan dunia seperti World Health Organisation (WHO) juga mengiktiraf penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada para pesakit,” katanya lagi.

Pesakit yang menggunakan kanabis sebagai perubatan alternatif juga katanya tidak boleh disamakan dengan jenayah berat seperti membunuh.

“Tindakan para pesakit mencari perubatan alternatif ini tidak boleh sesekali disamakan dengan jenayah bunuh misalnya – apabila hukuman gantung dikenakan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan kes melibatkan Yasin itu akan digunakan sebagai rujukan untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan penggunaan kanabis dan hem untuk tujuan perubatan. 

Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ganja itu ditemui di kediamannya bersama 17 lagi pokok ganja yang ditanam dalam pasu plastik berisi tanah merah.

Ujian saringan air kencing terhadap artis itu didapati positif dadah jenis ganja.

Yasin mendakwa dia menggunakan ganja sebagai alternatif bagi merawat gangguan bipolar.

Beliau juga pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) disebabkan penyakit itu. – 17 Mei, 2022.


BEBASKAN

GANJA & KETUM

DARI HUKUMAN

BAGINDA QUEEN

AMIN

KALAU HUKUM

GANTUNG

BASMI GANJA

MAKA WAJIB

KENAKAN

HUKUM GANTUNG

UNTUK PERASUAH

DAN PEMBERI

RASUAH

AMIN

HUKUM GANTUNG

UNTUK BASMI

RASUAH 

KHALAS


SENGAJA DICICIRKAN

 


TAHUN 1957

INGGERIS SENGAJA

CICIRKAN 

SINGAPURA DARI

TANAH MELAYU

AMIN

panglimo potaseh commented on 

"SINGAPURA DIBERI 

PADA CHINA TAHUN 1957"


Tumasik tidak pirnah nak kuar drp Tanah Melayu ..Tunku Bendrahman yang halau marika ..jam di halau LKY nangis meraong 7 ari 7 mlm ..siap guling2 lagi. Kalau Tumasik kekal dlm Tanah Melayu lu ingat apa akan jadik ..Melayu Cina 50:50 ..kompom kita top ten dlm dunia ikonomi, tak cham skrg, no. ratos2 ..kompom Rosmah akan lagi lawa. Ya Ampoon kita cam ne ..balak cam ne ..sungai kita dah tentu airnye tak syantik - tak de warna kuning taik ..Mat Serambi Moskow tak perlu kirje di Tumasik, di Serambi semua ade ..Perompak2 Melayu ieeleek ..abih cam no ..

SUSU DAN ATUR

 



 BRO

SUSUN ATUR

BERI PENCERAHAN

UNTUK BANGUN

MELAWAN

AMIN

Unknown commented on
 "HELAH NAJIB RAJAAKSA"


AGONG NAK AMPUN LAGI KE ? KAH KAH KAH Agong takkan la ampunkan orang kaya jeee? orang miskin yang buat salah tak berasa nak ampun kan ke? jika ampun boleh menjadi ciri2 agong yang baik tentu agong akan senaraikan kesalahan kecil yang orang miskin tersalah terlanggar ter tak boleh ikut sebab peraturan2 kerajaan yang memerintah ni menyusahkan. contohnya roadtax cukai jalan mati, lesen mak nenek kena renew pun mati, orang miskin curi milo, naik motor tak pakai helmet, potong barisan di jalanraya...


 semua kesalahan tu bukan melingkupkan ekonomi negara pun kenapa agong tak nak bagi ampun? dah la kena saman kena bayar denda waktu itu juga. takda belas kesian untuk orang miskin yang bertungkus lumus cari duit halal kemudian bayar cukai ke kerajaan lagi. kerajaan penyamun pula enjoy de menjoy joli duit cukai rakyat tu berbilion. tubuh syarikat glc bagi gaji rm200ribu sehari meniaga rugi pun masih boleh dibantu dengan duit cukai orang miskin. kesian kan hidup jadi orang miskin ni? huhuhu

SRI LANGKA ADA RAJA PAKSA

 




SRI LANGKA

ADA RAJAPAKSA

AMIN

MALAYSIA ADA

NAJIB PAKSA

KHALAS

benlamen commented on 

"NAJIBPAKSA"

jebon kata cash is king bererti rakyat dah jadiking. bagus tu. d ceylon ada Raja Paksa n d malaysia pulak ada Rakyat Paksa. sama2 king. Apa kata rakyat paksa d msia buat satu lagi high table dinner untk xmalubosskur sakeluarga n semua kuncu2 dia. 


Lepas kenyang makan, rakyat paksa arahkan pengampunan paksa semua sekali penyamun tarbus dan d kumpulkan dlm satu jet airbus untk d halakan ke lautan hindi n buat demo bagaimana mh370menjunam ke dlm laut. Setuju tak wahai rakyat is king yg d anugerah xmalubosskurr

KUAT KEMUT

 



 PARTI ISLAM PAS

KUAT KEMUT

AMIN

Unknown commented on 

"KES BANGANG"
hisham bukan tau apa pasai puki... kalau semua puki sama kenapa united melayu tak kawin dengan bersatu... sebab puki pis kemut kuat la wak jahil dulu nak kawin ng pis

RETARD PUTAR LAGI

 




 DENGAR PUTAR

RETARD

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "HANYA SATU SOALAN"

Macam mana tahu dapat 72 bidadari,bukan 172 bidadari? Bidadari muda atau bidadari tua 80 tahun yang gigi tinggal 2? Saja tanya?


BIJAK

RETARD PUTAR

KAH KAH KAH

JANTAN BOLEH

ENTOT

PEREMPUAN

DAPAT PINGGAN

MANGKUK

KAAH KAH KAH

POLITIKUS MELAYU

 




POLITIKUS MELAYU

GUNA SENJATA

PERKAUMAN DAN

AGAMA

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"INI CAKAP CAKAP"

Modal paling penting pada Perompak Melayu adalah ..perkauman, igama, perkauman, igama, perkauman, igama ..tak de mende ni susah nak merompak ..

INDONESIA BANGUN LAWAN CHINA MERAH

 


 INDONESIA BANGUN

LAWAN 

CHINA MERAH

KHALAS

 MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

IALAH 

KAWAN KITA

AMIN

AL-FATIHAH

 



AL-FATIHAH


Ahli akademik, 

 penyanyi Wan Zawawi 

meninggal dunia

Ahli akademik dan penyanyi Wan Zawawi Wan Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.47 pagi ini berpunca daripada serangan jantung, lapor AstroAwani.



SELAMAT TINGGAL KLIAN PAUH

 



SELAMAT 

TINGGAL 

KLIAN PAUH 


Pagi itu satelah sarapan Lee Keong dan aku mengucapkan selamat tinggal dengan Mister Tay.

‘ Sir.. thank you sir.. we meet again...’  Satu janji amat mudah di lafaz tapi bukan senang untuk dikotakan. 

Kami meninggalkan Taiping  daerah yang paling basah di Malaysia. Manakala Lee dan aku datang dari Jelebu daerah paling kering di Malaysia. Mister  Tay  anak Taiping , guru kelas dan juga guru Ilmu Alam memberi kami peluang untuk merasai nikmat kota damai Taiping.

Muzium yang dilawati cukup memberikan kesan pada aku. Kalau tidak ke muzium aku tidak akan tahu Klian Pauh nama asal Taiping. Kalau tidak ke muzium aku tidak akan melihat gambar Long Jaafar dan gambar-gambar lombong bijih. Juga gambar samseng Ghee Hin dan Hai San.

Pergaduhan dua kumpulan samseng  China ini membawa huru hara. Pergaduhan ini mengganggu ekonomi bijih. Lalu langkah damai diambil.  Dua kumpulan samseng dipertemukan  untuk menjalin sila tul rahim.

Langkah perdamaian ini berjaya.

Untuk mengingati perjanjian damai antara dua kumpulan samseng ini nama pekan Klian Pauh telah diganti dengan Tai-ping – bahasa China membawa erti  damai. Taiping menjadi kota damai hingga ke hari ini.

Taiping menjadi tanda sejarah  tentang pengorbanan Melayu  untuk mencari damai.

Kami  menapak keluar menuju ke Simpang. Di tepi jalan kami  menunggu kereta untuk ke Pulau Pinang. Lama juga kami berdiri di tepi jalan.  Sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan kami.  Kami berkejar ke hadapan. Pemandunya Abang India.

‘ Ke mana?... ‘ Pemandu bertanya.

Belum sempat menjawab aku sudah membuka pintu.

‘ Pulau Pinang....’ Lee Keong menjawab.

Dalam kereta kami bersembang dan berkenalan.  Abang Raju umur tiga puluhan dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Sungai Petani kerana urusan keluarga.  

‘ I’m a clerk ... PWD clerk..ini Sungai Petani...’  Raju menerangkan.

Aku tidak akan lupa nama Raju ini dan kerjanya di PWD. Ini  kerana ada sosok bernama Raju di Kuala Klawang yang juga bekerja di PWD. 

Raju di Kuala Klawang bukan pegawai tapi  buruh PWD. Raju Kuala Klawang pemain dalam pasukan bola PWD Jelebu.

‘ Nanti stop dekat jeti.... I continue to Sungai Petani...’   Raju memberi  penerangan.

Tiga sosok dalam kereta. Pemandu lelaki  India manakala penumpang seorang  budak China dan seorang budak Melayu dalam perjalanan ke Utara.

Kami meluncur dalam kawasan sawah padi yang agak luas. Aku belum pernah melihat sawah padi seluas ini. Mata aku terbuka. Baru  aku faham makna seluas mata memandang. Di Jelebu walau ada sawah padi tetapi tidak seluas mata memandang.

 Sawah padi di Jelebu di lembah tepian sungai antara dua kawasan bukit. Tidak terhampar luas hingga tidak ada penghujung.

‘ Jelebu ada padi...’ Raju bertanya.

‘ Ada...tapi tak banyak...’ Aku memberi penerangan.

Dalam lautan sawah padi ini aku ternampak pulau-pulau  kecil dengan sebuah rumah Melayu yang dipagari pokok kelapa dan pokok buah-buahan.  Aku budak kampung dari Jelebu  merasa takjub kerana pertama kali aku melihat alam seendah ini. 

Lautan sawah padi dengan  pulau-pulau penuh dengan lambaian batang kelapa.

Lalu aku terfikir alangkah indahnya  kalau rumah aku di  Kampung Chenor dalam kawasan padi seperti ini. Berangin segar sentiasa ditiup bayu. Kawasan rumah yang redup dipayungi oleh kelapa dan pohon buah-buahan.

Ketika kami lalu padi belum menguning. Jadi tidak kelihatan Pak Tani dan Pesawah di bendang.  Sesekali kereta kami berselisih dengan orang  berbasikal.  Sesekali kami berselisih dengan sekawan lembu dan sekawan kambing.

Keluar dari kawasan sawah kami naik jambatan melintasi sungai. Aku lihat sungai ini tidak sebesar  Sungai Perak di Kuala Kangsar. 

Sesudah menyeberang sungai ini kawasan sawah padi mula berubah.  Terdapat pekan kecil dan rumah-rumah di tepi jalan.  Watak kampung  sawah padi kini berubah untuk menjadi watak pekan dan bandar.

‘ We are near  to jetty...’ Raju berkata.

Aku teruja. Mata aku liar mencari laut. Laut tidak kelihatan.  Aku nak tahu apa yang dipanggil jeti.

‘ Will drop you near the jetty... unless you wnat to join me to Sungai Petani... ‘ Raju mempelawa sambil ketawa.

‘ Next time laaaa...’ Lee menjawab.

Aku lihat  kawasan berhampiran  dengan jeti ini berpaya.  Mungkin bekas  tanah sawah. Atau satu masa dahulu kawasan ini ditenggelami oleh air laut.

Ha! Akhirnya aku ternampak laut. Aku ternampak bangunan dan deretan kedai batu. Tetapi tak nampak pangkalan kapal. Dari  tingkap kereta Raju untuk beberapa saat  aku ternampak Pulau Pinang untuk kali pertama.

‘ Ok ... dah sampai... you have to walk to the jetty... all the best...’ Raju menurunkan kami berhampiran pangkalan.

Kami mengucap terima kasih sambil berjabat tangan. Aku mengambil beg sandang dan mengepit  khemah. Kereta hitam Raju meluncur pergi. 

 Aku sudah merasa tidak sabar untuk melihat Pulau Pinang. Aku mencari papan tanda.  Ini betul-betul budak kampung masuk pekan. Kami tidak tahu arah mana yang dituju.  Akhirnya kami berjaya menapak ke  jeti. Kami mengekori pejalan kaki  dan beberapa orang menyeret basikal.

Hah! Akhirnya kami sampai ke pangkalan jeti. Kami mengekori pejalan kaki yang beratur  untuk membeli tiket. Tahun 1968 tambang feri 20 sen untuk dewasa.  

Aku merasa amat gembira bila aku masuk ke dalam  feri. Inilah kali pertama  dalam hidup aku belayar menyeberang laut dalam kapal. 

Pernah sekali ketika rombongan sekolah ke Teluk Kemang Port Dickson  aku dan kawan-kawan naik perahu berinjin  berlayar ke tengah  laut. Perahu penambang membawa pelawat untuk mengalami.  ‘belayar dalam laut ‘. Pengalaman orang bukit nak merasa laut berada dala laut untuk  tidak lebih dari 15 minit.

 Aku tak menyangka begini besar feri yang boleh memuat bukan saja pejalan kaki malah kereta dan lori pun masuk ke dalam perut  feri.

Aku duduk di kerusi bahagian depan menunggu feri berjalan. Aku gelisah terus bangun berdiri. Mata aku  melihat jauh ke hadapan. Yang aku nampak ialah  bandar Pulau Pinang.

Tertiba  - boong ...  seperti bunyi tin kosong dipukul – ini tanda feri  hendak bergerak. Tali pengikat feri dibuka dan kapal mula meninggalkan pangkalan.

Kereta, lori , motosikal , basikal dan  bas di bawah perut kapal.  Pejalan kaki duduk di atas.

Beberapa minit kemudian kami berselisih dengan sebuah lagi feri. Aku  tulisan Pulau Langkawi di hadapan feri ini. Pasti ini nama feri itu. Aku ingin tahu apa pula nama feri yang aku naiki. Tulisan nama di hadapan kepala feri yang aku naiki  tidak mungkin dapat aku baca.

Aku merayau-rayau. Lee duduk menjaga beg dan khemah. Tertiba aku terjumpa ruang  dimana pelampung bergantungan. Aku rasa ini untuk keselamatan penumpang.

Di pelampung ada tertulis Pulau Kapas. Ini pastilah pelampung milik feri aku. Aku tidak tahu dimana letaknya Pulau Kapas ini tapi aku gembira dapat mengetahui nama feri yang aku naiki ialah Pulau Kapas.

Aku merasa lama juga  kami belayar. Aku sempat memerhatikan Tanah Semenanjung yang   kami tinggalkan. Di tengah laut aku nampak juga beberapa buah kapal besar. Lalu aku teringat akan ilmu alam yang aku pelajari bahawa Pulau Pinang ini satu pelabuhan kapal yang sibuk membawa keluar masuk barang dagangan.

Akhirnya feri kami masuk pangkalan. Pejalan kaki  keluar  dari jalan atas manakala basikal dan yang berinjin dari jalan bawah.

Kami tak tahu nak ke mana. Rancangan kami nak sampai ke Pulau Pinang. Kini kami sudah pun di atas pulau. Laut di belakang kami dan bandar Pulau Pinang di hadapan.

Hari telah lewat petang. Kami tidak tahu arah mana yang wajib kami tuju. Ini kerana kami tidak ada satu tempat yang menjadi tujuan. Lalu kami menapak.
Aku tidak akan melupakan Chulia Street. Kami terus berjalan ke hadapan ke jalan yang amat panjang ini. Kiri kanan ialah rumah-rumah kedai.  Akarnya kami sampai di hadapan Panggung Odeon.  Bila di hadapan panggung maka dalam perkiraan aku ini pastilah pusat bandar. Kami menapak lagi ada Rumah Pasung. Baru kami tahu kini kami berada di Penang Road. 

Betul ini  pusat bandar.

Aku ingat lagi kami belum makan tengah hari, hari telah lewat petang. Aku merasa lapar. Jika senja sampai kami dalam bahaya tidak tahu  dimana hendak bermalam.

Di Penang Road ada sebuah kedai India. Lalu kami masuk. Aku ingat lagi apa terjadi. Untuk pertama kalinya  nasi, kari ayam dan sayur yang aku pesan berharga  1.25 sen. Lee juga membayar harga yang sama. 

Aduh aku terasa amat mahal. Biasanya apa yang kami makan tidak pernah melintas satu ringgit. Kami cukup berhati-hati  dalam hal perbelanjaan. Kini kami bukan  menjadi tamu seperti di Taiping. Kami wajib membeli makan minum sendiri.

Sesudah makan kami menapak  ke hadapan tanpa arah tujuan. Sebenarnya tujuan kami ialah hendak mencari tempat  tidur. Tapi kami tidak tahu jalan mana yang wajib kami lalui. Kami terus menapak.

Kami melintasi kawasan yang ada beberapa bangunan  yang gah seperti Muzium Perak. Bangunan yang aku  lihat serupa macam bentuk  Rumah Putih di Amerika. Mata aku liar menikmati bangunan  tinggalan Inggeris ini masih cantik tersergam. Kami menapak ke hadapan tanpa arah tanpa tujuan.

Kami sampai ke kawasan di luar pekan. Pokok-pokok besar dan rendang tumbuh di gigi jalan. Kami sampai ke satu kawasan padang  dan diakhiri padang ada rumah banglo dua tingkat.

‘ Kita camping disini...’ Aku memberi cadangan.

‘ Toilet how.... ‘ Lee memberi pandangan.

Tak lama lagi senja akan sampai. Lalu kami mencari tempat sesuai  untuk memasang khemah. Kami telah nekad untuk tidur dalam khemah pada malam pertama kami di Pulau Pinang.

Sekali lagi kami sampai  ke satu kawasan hijau dan lapang. Di sebelah tanah lapang  ada bangunan yang besar dan sebuah rumah banglo kecil di akhir tanah lapang.ini.

‘ This is a church...kita boleh camping disini...’ Aku bersuara gembira. Aku yakin kamu boleh memasang khemah di padang gereja ini.
Kami masuk melintasi bangunan gereja menuju  ke banglo  kecil yang mungkin rumah Paderi. 

Anggapan aku betul. Lelaki Mat Saleh agak berumur  berdiri di pintu. Berseluar hitam  berbaju  lengan panjang putih. Aku tidak sedar bahawa dia telah lama memerhatikan kami  masuk ke kawasan  gereja.

‘ Sir... we are hitch hiking... can we camp here...to sleep.... ‘ Aku membuat permintaan

‘ Boys scout ....’ Paderi bertanya.

‘ No...’ Aku menjawab.

‘ Three is a  store room  behind the Church... you could  sleep there... James... James...’ Paderi memanggil James.

Seorang India juga telah berumur muncul.

‘ Shows these boys the store room... let them  stay there,,.. they are hitch hikers.... from where.... ‘ Padri bertanya.

‘ Jelebu... Negeri Sembilan near Seremban.... sir..’ Aku menjawab,

Lelaki India bernama James membawa kami ke bilik stor di sebelah Gereja. Bilik ada beberapa  kerusi  dan ada yang patah.  Di sebelahnya ada tandas dan bilik air, 

‘ Paderi George.. ..orang  baik hati....Lu orang boleh tidur  atas pangkin... ini dulu bilik Jaga..’ James memberi penerangan.

Bila aku meletakkan beg sandang aku  merasa lega. Malam pertama aku di Pulau Pinang aku tidur di Gereja.  (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/05/18/selamat-tinggal-klian-pauh/