Rabu, 20 Julai 2022
SOALAN SALAH !!!
Pilihan raya sebelum atau selepas Bajet?
KUALA LUMPUR – Sumber dari UMNO tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023.
Sumber itu berkata, disebabkan perkembangan semasa yang menyaksikan cabaran ekonomi dan inflasi, kerajaaan perlu memberi perhatian penuh untuk memastikan langkah-langkah mengatasi inflasi dimasukkan dalam Bajet 2023.
“Selepas Bajet 2023 diluluskan, barulah mengadakan pilihan raya. Ini merupakan satu pendekatan yang baik,” katanya kepada China Press.
Ditanya sama ada pilihan raya sempat diadakan pada 2022, sumber itu berkata, perkara itu tidak menjadi masalah dan matlamat UMNO untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini juga tidak berubah.
Ditanya kemungkinan pakej rangsangan ekonomi dan bukannya Bajet yang dibentang sebelum pilihan raya, sumber itu berkata, langkah-langkah jangka panjang lebih sesuai untuk dimasukkan dalam Bajet berbanding pakej rangsangan.
Sumber itu juga percaya Bajet 2023 dapat diluluskan dengan segera dan “masalah teknikal” berkenaan kelulusan boleh diatasi.
Difahamkan, persediaan Bajet 2023 dilakukan lebih awal dengan pandangan dikumpul seawal Jun. Sesi pengumpulan pandangan sebelum ini hanya diadakan bermula Ogos.
Keadaan itu menimbulkan spekulasi bahawa persediaan awal adalah untuk membolehkan persiapan lebih teliti dalam menghadapi pilihan raya
UMNO selama ini mahu pilihan raya umum diadakan lebih awal dan memorandum antara kerajaan dan pembangkang juga akan “tamat tempoh” pada 31 Julai sekali gus mewujudkan spekulasi.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023 pada Oktober.
Beliau menjelaskan, inflasi telah menjejaskan kehidupan rakyat dan kerajaan dijangka akan memberi “gula-gula” dalam Bajet 2023 untuk meringankan beban orang ramai.
Katanya, pilihan raya hanya akan diadakan apabila keadaan rakyat menjadi lebih selesa selepas pengumuman Bajet 2023. –
INI SOALAN
SALAH
AMIN
WAJIB DITANYA
APAKAH PRU15
DIBUAT SEBELUM
ATAU
SESUDAH
PEMILIHAN UMNO
AMIN
BUJET DATANG
KEMUDIAAN
AMIN
KHALAS
MELAYU WAJIB MEMIMPIN
POLITIK
MALAYSIA TAHAP
HARI INI MELAYU
WAJIB MEMIMPIN
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"SUARA TAMRIN GHAFAR"
Yg last skali tu betoi. Tun sorg je harapan Kita skg, yg lain sume gampang. Lim kit siang pun kata sanggup kerjasama dgn najib tp bukan dgn tun sbb atok reject Anwar. Obvious kaw2 Apk Apek tua Lim mmg ada agenda peribadi. By hook or by crook anwar msti jadi pm.
Kene paham org melayu parti org melayu mesti lead, majoriti mesti ada will sndri tentukan halatuju majoriti melayu.jgn jadik pkr, dah ganti MIC. Minoriti gain kekuatan majoriti, kita kene kawtim dgn minoriti utk tentukan halatuju. Bila minoriti lead, jadik le mcm Europe US,liberal democrat jadik king maker,lantak skg anak jantan yg lahir kerajaan depa nak kasi jadik arbok.
SAMPAH CARI PUBLISITI
Beberapa wanita DAP tidak senonoh, kata Tajuddin
PERBAHASAN Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual 2021 bertukar kecoh hari ini apabila Timbalan Speaker Rashid Hasnon (Batu Pahat-PN) tidak mengambil tindakan terhadap seorang ahli Parlimen Umno menghina ahli Parlimen wanita tanpa memohon maaf atas kenyataan itu.
“Masalahnya beberapa orang wanita DAP, perangai tak senonoh. Bukan semua, tetapi beberapa daripada kamu walaupun saya tidak namakan mereka,” katanya selepas Azalina Othman Said (Pengerang-BN) selesai membahaskan rang undang-undang itu.
“Bagi kami (Umno), kami tidak cabul. Kamu tidak tahu bagaimana kami membantu wanita. Jika kami buat salah, kami tidak akan memenangi pilihan raya,” kata ahli Parlimen tiga penggal itu.
Tajuddin mengulas perbahasan Teo Nie Ching (Kulai-PH) semalam selepas beliau bertanya sama ada Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual akan meliputi ahli Parlimen kerana mereka mempunyai imuniti di Parlimen.
Semasa perbahasannya, Teo menggunakan Tajuddin, Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan-BN) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling-BN) sebagai contoh ahli Parlimen yang telah membuat sindiran dan teguran seksual di Parlimen dan telah bertanya sama ada perbuatan itu akan meliputi ahli parlimen.
Kenyataan Tajuddin hari ini menyebabkan ahli Parlimen DAP marah - RSN Rayer (Jelutong-PH), Kasthuriraani Patto (Batu Kawan-PH), Wong Shu Qi (Kluang-PH dan Hannah Yeoh (Segambut-PH) - yang meminta Rashid menghukum Tajuddin.
Akibatnya, berlaku pertengkaran antara ahli parlimen DAP, yang mahu beliau menarik balik kenyataannya.
Selepas lebih 10 minit cuba memujuk Rashid mengambil tindakan, timbalan speaker akhirnya berkata, “Saya telah memberi amaran kepadanya”.
Menyatakan ia sebagai double standard, Yeoh mempersoalkan Rashid yang enggan mengambil tindakan.
“Pada hari Isnin, kamu cepat menghalau keluar Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud-Warisan) kerana mengganggu Parlimen. Mengapa tiada tindakan terhadap Pasir Salak hari ini?” kata Yeoh.
Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Rashid tidak bertindak kerana Tajuddin adalah seorang ahli Parlimen lelaki dan penyokong kerajaan.
Sering mencetuskan kontroversi di Parlimen, pada tahun 2008 Tajuddin telah menghina M Kulasegaran (Ipoh Barat-PH). Pada 2010, Kulasegaran mendakwa Tajuddin telah mengancamnya di lobi Parlimen.
Pada 2016, Tajuddin membuat kenyataan “The only woman with a ‘Kok’ yang disasarkan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. Berikutan kejadian itu, penyokong dan anak lelaki Tajuddin datang ke Parlimen untuk menghina dan mengugut seorang lagi ahli parlimen Khalid Samad (Shah Alam-PH) kerana memanggil Tajuddin “sial”. – 20 Julai, 2022.
INI CARA
SAMPAH CARI
PUBLISITI
AMIN
WOIT
BUKAN KAH
SAMPAH NI
ATAU ANAK
ATAU BINI
SAMPAH ADA
KES RASUAH
DI PASARANA
AMIN
SAJE TANYA
APA JADI
AMIN
MASA DAH
SAMPAI HERE
ANAK BINI
MACAM KES
NAJIB ROSMAH
KAH KAH KAH
JIKA MACAI NAJIB MENANG DEMO BETRERUSAN....
JIKA MACAI NAJIB
OPPS.... RAJAPAKSA
MENANG KERUSI
PRESIDEN MAKA
DEMO BERTERUSAN
AMIN
KHALAS
KESAH KELUARGA TERBARAI
Zalina dipercayai masih berada dalam negara, kata polis
BEKAS pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia susulan setelah pihaknya mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.
Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina Shaharah, 58, dilakukan polis.
Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya, Mosyuki Borhan.
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, Shah Alam kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.
Zalina Shaharah dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi. – Bernama, 20 Julai, 2022.
INI KESAH
KELUARGA
TERBARAI
ATAU
KELUARGA
BERGADUH
ANAK BERANAK
KAH KAH KAH
WOIT
JANGAN BUANG
MASA POLIS
AMIN
POLIS BANYAK
KERJA NAK
SIASAT KES NAJIB
KAH KAH KAH
DAH BANYAK
LAPORAN NAJIB
CURI DUIT
KAH KAH KAH
AMIN
IKUTI SETERUSSNYA
IKUTI
SETERUSNYA
AMIN
KHALAS
Asrul Sani commented on
"DARI KUALA KLAWANG
KE KUALA KANGSAR"
Pelik bin Ajaib juga. TT ni budak kolet. Abam Nuar pun budak kolet. Kita tahu bahawa esperit d cock oppss eperit d corp budak-budak MCKK ni sangat utuh. Macam mana dua sosok ni boleh jadi musuh ketat. Apa yang telah dilakukan oleh abam sehingga TT amat memusuhi dan membencinya....jangan-jangan....tapi tak mungkin sbb Abam lebih senior rasanya....masa TT masuk asrama mungkin abang dah keluar....Ini persoalan abad ini yang memerlukan pencerahan....kah kah kahhh
ADA APA 21 JULAI
SAPA MAMAT ITU
SAPA MAMAT ITU
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"ANGAN-ANGAN
BUKAN SATU JENAYAH"
Memang bukan jenayah. Di Msia, ada mamat yang dah 20 lebih tahun angan-angan nak jadi perdana menteri. Sekarang dia masih angan-angin. Tapi dia pandai kacau rakyat.
KITA TUNGGU OKTOBER BANJIR SAMPAI
SEKARANG JULAI
EROPAH PANAS
AMIN
KITA TUNGGU
BULAN OKTOBER
BANJIR AKAN SAMPAI
AMIN
KHALAS
DARI KUALA KLAWANG KE KUALA KANGSAR
DARI
KUALA KLAWANG
KE
KUALA KANGSAR
Pada bulan Mac 1969 ketika aku dapat tawaran untuk masuk ke MCKK. Aku tidak tahu apa-apa pun tentang MCKK atau Kolej Melayu Kuala Kangsar. Hanya, aku pernah terbaca Kuala Kangsar ini sama seperti Sri Menanti – pekan DiRaja untuk Perak. Selain dari itu sejarah MCKK aku tidak tahu.
Tidak ramai murid sekolah dari Jelebu yang tahu selepas Tingkatan Lima rupa-rupanya ada Tingkatan Enam. Ketika mengambil peperiksaan SC/MCE tidak terlintas dalam kepala aku untuk menyambung ke Tingkatan Enam.
Aku tahu wujudnya universiti. Aku ada terbaca juga berita tentang Universiti Malaya di Pantai Valley dan Universiti Singapura. Aku pernah dengar juga nama Ungku Aziz. Malah nama-nama pelajar yang dapat ijazah dari Universiti Malaya pernah aku nampak disiarkan dalam Utusan Melayu.
Emak aku beri tahu sepupu sebelah Tok Wan aku Bang Embong Zainal kini belajar di universiti di London. Tetapi aku tidak tahu cara nak masuk ke universiti ini wajib lulus Tingkatan Enam. Tingkatan Enam ini perkara amat baru untuk aku.
Pada hemat aku sesudah tingkatan lima maka tamatlah zaman persekolahan. Pengetahuan budak kampung pada tahun 1969 kalau hendak sambung belajar boleh masuk ITM, masuk Kolej Serdang, masuk Maktab Perguruan, jadi polis atau jadi askar – ini sahaja yang aku tahu.
Bila aku dijemput untuk mendaftar menyambung belajar ke Tingkatan Enam aku sendiri terperanjat. Sesudah surat jemputan ke MCKK aku terima baru aku sedar bahawa di Negeri Sembilan hanya ada satu sekolah yang ada Tingkatan Enam – King George Ke Lima (KGV) di Seremban. Dari apa yang aku difahamkan Tingkatan Enam di KGV pun tidak ramai pelajar.
‘ Hisham.. you are going to MCKK... Kuala Kangsar is my town...’ Mister Gamma Khan guru pengakap aku bersuara satu petang ketika kami berjumpa.
‘ There is a long pavement with tile roof ... in your school...’ Mister Gamma bercerita tentang apa dia tahu tentang MCKK.
‘ Kuala Kangsar is small town but bigger than Kuala Klawang.. you would like it there...’ Mister Gamma memberi aku semangat.
Aku memberi tahu Lee Keong yang aku akan ke Kuala Kangsar. Lee Keong gembira kerana aku dapat menyambung belajar. Lee sendiri yang lulus SC/MCE mendapat grade dua tidak tahu apa nak buat.
Bila aku beri tahu tentang Kuala Kangsar dia teringat yang kami pernah lalu di simpang jalan ke Kuala Kangsar ketika kami hitch hike ke Taiping untuk singgah di rumah Mister Tay.
Satu petang aku berbasikal ke Kuala Klawang aku terserempak dengan Razak Nordin – rakan sekelas. Dia juga lulus SC/MCE tapi tidak cemerlang. Si Razak ini budak pekan. Ayahnya pegawai di pejabat Tuan Pegawai Daerah. Justeru dia lebih arif dalam banyak perkara berbanding dari aku budak kampung.
‘ Wow.... Hisham.... kau jadi budak MCKK...’ Kenyataan dari Razak yang tidak faham maknanya.
Aku pergi ke Sin Chong Tukang Jahit untuk menempah dua pasang uniform sekolah dan juga sepasang baju Melayu putih. Aku mengikut arahan apa yang wajib aku bawa dari rumah kelambu, kain cadar, sarung bantal termasuk satu kaki payung kertas.
Tentang hidup di asrama aku tidak risau. Kehidupan di asrama bukan satu perkara yang baru untuk aku. Kini aku hanya beralih asrama dari SMUJ ke MCKK. Dari Kuala Klawang ke Kuala Kangsar.
Ketika aku sibuk bersedia untuk ke Kuala Kangsar kempen politik semakin hangat. Dari apa yang aku difahamkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi. Tarikh belum di umum tapi kempen telah bermula. Aku tidak lagi menyertai sepupu dan keluarga aku untuk membantu Aminuddin Manaf – bapak saudara aku - untuk bertanding sekali lagi.
Hari Khamis – aku, Emak dan Abah turun ke pekan Kuala Klawang. Lee Keong dan Verapan - anak muda India kenalan aku yang bekerja sebagai Tambi di Sekolah Yuk Hua Kuala Klawang ada menunggu aku di stesen bas Lim.
Aku masih ingat lagi petang itu Lee dan Verapan mengucapkan selamat jalan kepada aku. Aku meninggalkan Kuala Klawang ke Kuala Kangsar.
Kami naik teksi menuju ke Seremban dan kemudian ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur kami singgah bermalam di rumah Kakak aku di Sungai Besi. Suami Kakak aku bertugas sebagai pegawai TUDM.
Esoknya Pak Cik Jalal – pemilik Restoran Amajal - adik Abah aku membawa kami ke Ipoh. Di Tambun Ipoh kami bermalam di rumah Kakak Ngah - kakak sulung aku yang tinggal di Kem Askar Melayu Tambun. Suami Kakak aku Pegawai Pasukan Renjer.
Ahad - dari Ipoh kami menuju ke Kuala Kangsar. Mengikut sama ialah dua anak buah aku Norita dan Hazlan.
Kami menyeberang Sungai Perak sebelum masuk ke Kuala Kangsar. Tidak susuh untuk menemui bangunan Kolej Melayu. Kami melintas di hadapan sekolah dan terus masuk ke pekan. Kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari.
Aku ingat lagi kami sekeluarga makan di warung Melayu di hadapan Sungai Perak.
Mata aku melayari pekan ini yang akan menjadi pekan aku tidak lama lagi.
Sesudah makan tengah hari kami mengarah ke sekolah. Pak Cik Jalal memberhentikan kereta betul-betul di hadapan jam besar sekolah. Dari jauh mata aku melintasi padang yang luas aku ternampak bangan klasik lama.
Lalu aku ternampak – long pavement with tile roof – jalan menapak beratap genting yang dikesahkan oleh Mister Gamma Khan. Oh ! Ini rupanya MCKK.
Beg aku diturunkan. Emak aku memasukan duit ke dalam poket baju aku. Kami bersalaman. Aku memeluk anak buah aku. Kau mengucap selamat jalan. Mereka mengucap salam tinggal.
‘ Belajar baik baik...’ Dari Pak Cik Jalal.
‘ Rajin membaca.....’ Cik Gu Zaleha beri nasihat.
Abah aku seperti bisa kita banyak cakap. Kereta berwarna hijau Pak Cik Jalal meluncur pulang ke Ipoh. Aku tercegat sendirian tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Aku heret beg aku ke arah bangunan. Dari tingkap kaca aku tahu bangunan yang aku tuju ialah bilik darjah.
Aku memandang ke arah padang yang maha luas. Aku perhatian bangunan klasik yang belum pernah aku lihat. Bangunan yang tidak wujud di Kuala Klawang mahu pun di Seremban. Aku kagum melihat sekolah baru aku.
Sedang aku ngelamun tertiba seorang akan muda datang. Rupa bentuknya Melayu tapi kulitnya agak hitam. Dia memerhati ke arah beg aku.
‘ Ya... Isham ...’ Aku menghulur tangan. Kami berjabat salam.
‘ Nana kawan Ghani... dari Batu Pahat...’ Dia memperkenalkan diri.
‘ Dari Jelebu .. Negeri Sembilan... Form Six apa .. Arts ke Science... ‘ Aku bertanya.
‘ Kawan Arts..’ Ghani menjelaskan.
‘ Kita satu kelas...’ Aku tersenyum gembira. Ghani Osman ialah kawan pertama aku kenali di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kami sesama bersalaman di bawah jam besar.
‘ Apa nak buat...register pukul berapa ...’ Ghani bertanya.
‘ Tak pasti... tapi aku nampak dah ada student.... depan tu hostel ke..’ Aku bertanya.
‘ Kawan belum makan lagi.. kawan sampai dengan bas dari Ipoh tadi...kawan dari rumah Pak Saudara kawan...’ Ghani bercerita.
‘ Mari gi town... aku dah makan.... aku tahu kedai makan......beg kita letak mana... ‘ Aku merela diri untuk menjadi pemandu.
‘ Aku rasa letakan kat rumah sana tu.... aku nampak banyak beg.....’ Aku menjawab soalan aku sendiri.
Kami membawa masuk beg kami dan meletakan di bangunan jalan beratap genting. Aku rasa selamat kerana awalnya aku ternampak beg terletak di sana.
Kemudian kami keluar dari pintu sekolah dan menapak ke pekan Kuala Kangar. Kami berselisih dengan dua tiga kumpulan anak muda yang aku lihat ceria. Aku rasa mereka pastilah murid MCKK yang pulang dari bercuti panjang.
Kami lalu depan Masjid yang aku lihat indah terbuka. Kami menapak menurun bukit lalu depan Tugu simpang tiga dan masuk ke dalam pekan.
Di hadapan kami bazar. Kami menapak terus mengarah ke kedai-kedai makan depan yang tadinya aku telah sampai.
Sambil berjalan kami bersembang. Aku merasa agak pelik kerana Si Ghani ini membahasa kan dirinya ‘ kawan bukan aku atau saya’. Aku dari Jelebu belum pernah mendengar perkataan kawan sebagai ganti kepada aku atau saya.
Di Negeri Sembilan ada perkataan den dan doyan untuk aku atau saya. Ini lorat Nogori yang amat pekat. Di Jelebu ada yang menggunakan tapi tidak meluas seperti di Kuala Pilah atau Rembau.
Ghani makan aku hanya minum teh.
Perkenalan pertama biasanya agak susah juga. Tidak tahu apa yang nak dibualkan. Tidak tahu babak apa yang menarik. Tidak tahu yang mana wajib diceritakan dan yang mana wajib terus disimpan.
Aku juga tidak tahu apa yang perlu aku tanya. Di saat ini aku bergantung pada rasa hati. Rasa hati aku menyatakan bahawa sosok bernama Ghani Osman yang sedang makan di depan aku ini sosok baik.
Jatuh menjadi sosok baik kerana sosok yang pertama menyapa aku di wilayah yang begitu asing untuk aku. Di wilayah yang aku kenal sesiapa pun.
‘ Seringgit tujuh kupang... semua... ‘ Tuan empunya kedai mengira..
‘ Berapa... berapa harga...’ Ghani menyoal kembali.
‘ Seringgit tujuh kupang...’ Tuan Kedai mengulang.
‘ Seringgit tujuh puluh sen.... ‘ Aku menerangkan kepada Ghani.
‘ Sini tak pakai sen... pakai kupang...’ Aku berlagak seperti pemandu pelancong yang bijak. Perkataan kupang ini pun telah aku dengar ketika kali pertama hitch hiking dengan Lee Keong ke Taiping.
Sesudah makan kami merayau ke dalam pekan. Kemudian Ghani ingin menggunakan tandas.
Ha! Satu masalah dalam pekan yang kami baru sampai kami tidak tahu hulu hilir. Akhirnya kami bertanya .
‘ Kome masuk sane ... nanti kome nampak...’ Abang Kuala Kangsar dengan pekat lorat Perak.
Kami terjumpa tandas awam tidak jauh dari tempat makan.
Kemudian kami menapak pulang ke sekolah. Ketika ini semakin ramai pelajar membawa beg menuju ke bilik masing-masing. Pulang dari bercuti atau mungkin seperti kami pelajar baru masuk.
Kami hanya mengekor. Kami tak tahu arah mana.
‘ Woit... budak baru .. new student ... hang naaik atas... Suara dari seorang yang kami tidak kenali tapi arahan yang membantu.
Kami naik tangga dengan beg. Kami ikut pelajar yang bersuara masuk ke dorm. Aku lihat ramai pelajar – pasti yang senior – ada yang duduk di atas katil bersembang ada yang terbaring.
Aku nampak mereka ceria gembira penuh confidence tidak cuak dan takut seperti aku. Takut kerana tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
‘ Hang pa budak baru masuk dorm twenty .. down under....’ Suara kuat terdengar. Aku tidak tahu suara sapa.
Ghani dan aku ikut arahan dan masuk ke dorm di bawah. Dalam dorm ini telah ramai pelajar.
Tertiba Ghani ketawa dia terjumpa kawan sekelas dari sekolah yang sama - High School Batu Pahat.
‘ Hisham... ini Rashid... ‘ kami bersalaman.
‘ Ambil katil....pasang kelambu... sebelah sini semua yang baru masuk....’ Rashid yang dah sampai lebih awal sudah tahu apa yang perlu di buat.
Aku mengambil katil tepi tingkap. Jarak satu dari bilik kecil. Ghani di katil hadapan aku di sebelah katil Rashid.
Aku menyediakan tempat tidur - bantal dan tilam ada disediakan. Kain cadar sarung bantal dan kelambu aku bawa dari rumah.
Malam ini untuk pertama kalinya aku akan tidur dalam Dorm Twenty dengan kawan-kawan yang belum pernah aku kenali. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/07/20/dari-kuala-klawang-ke-kuala-kangsar