Selasa, 2 Ogos 2022

LEPAS KL KE TAIWAN ?



LEPAS KE ELL

KE TAIWAN

MALAM INI ?

JENG JENG JENG 

DUM DUM DUM

 BENG BENG BENG

 KAH KAH KAH

AMIN

GAWAI MENCABAR ISLAM?



Oktoberfest sangat mencabar kedudukan Islam - Nasrudin

Islam tidak menghalang penganut bukan Islam untuk minum arak, namun menjadikannya sebagai pesta sama seperti mempromosi masyarakat dengan budaya tidak sihat, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Nasrudin Hassan.

"Islam tidak pernah menghalang individu bukan Islam jika agamanya membenarkan ia meminum arak. Namun berbeza dengan pesta arak yang dirayakan secara terbuka seperti Oktoberfest.

"Apabila arak difestivalkan acara meminumnya di dalam negara ini, ia bererti satu promosi dan galakan kepada masyarakat Malaysia untuk minum arak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Nasrudin, Islam adalah agama yang tidak membenarkan penganutnya membeli, menjual, menyedia dan meminum arak kerana ia adalah minuman yang memabukkan serta 'menghilangkan akal' sedangkan agama itu menghargai akal yang sihat.

"Sementara Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Islam adalah agama negara.

“Maka sudah barang tentu bahawa festival arak tersebut bukan sahaja tidak sesuai bahkan sangat mencabar kedudukan Islam sebagai agama negara," katanya.

Semalam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoal keputusan kerajaan untuk tidak mengajurkan festival 'Oktoberfest' yang disifatkannya telah mencabuli prinsip Perlembagaan negara.

Dalam satu kenyataan, Lim berkata tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan semangat penubuhan Malaysia.

Lim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sebelum ini yang memberitahu parlimen bahawa kerajaan menolak penganjuran acara minum arak secara terbuka kepada masyarakat awam.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata perbuatan minum arak bukanlah sesuatu yang baik kepada kesihatan umum, malah ia membuka ‘pintu kejahatan’.

"Bahkan arak itu sendiri menjadi pembuka pintu masuk kejahatan dalam negara ini.

“Kejahatan yang dihasilkan mampu meruntuhkan peradaban manusia dan tamadun negara kita," katanya.

WOIT

KAH KAH KAH

GAWAI DI JERMAN

DIPANGGIL

OKTOBERFEST

AMIN

OKTOBERFEST

DI SARAWAK

DIPANGGIL

GAWAI

AMIN

KENAPA BEBAL

SANGAT

AMIN

BETUL KE GAWAI

MENCABAR

ISLAM

KAH KAH KAH

APAKAH ISLAM

LEEMBIK

KAH KAH KAH

JUSTERU

APAKAH NANTI

GAWAI AKAN

DIHARAMKAN

 KERANA 

BEGAWAI SAMBIL 

BERCAWAT

KAH KAH KAH

BERGAWAI

UNTUK HIDUP

SEBELUM GAWAI

DAN CAWAT

DIHARAMKAN

AMIN

KHALAS

MELAYU TERUS BODOH


PROJEK

TUKAR BUKU

PASTIKAN MELAYU

TERUS BODOH

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 
"BISNES TUKAR BUKU"

Tukar tak mahu Melayu pandai, kalau pandai nanti mereka susah, susah nak tipu Melayu pandai, senang tipu Melayu Bodoh, senang catur senang semangat kah kah tak akan faham, orang lain jadi pandai berontak, Melayu asyik tukar tukar sampau Bodoh berterusan, ini agenda nasional parti ketuanan Melayu, kalau dah pandai Melayu mudah mereka kah kah kah salah satu cara buat duit mudah, alasan tukar buku kaput kah kah

NANCY POLOSI JUMPA SABRI BURBERRY


Nancy Pelosi dan delegasi kongres AS tiba di Malaysia

SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi diiringi delegasi kongres tiba di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia.

Pesawat khas yang membawa Pelosi dan delegasinya mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 10.30 pagi.

Ketibaan Pelosi, 82, yang mengenakan sut merah jambu disambut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon. Turut hadir Duta AS ke Malaysia Brian D. McFeeters.

Ia lawatan sulung Pelosi ke Malaysia. Turut serta dalam kunjungan itu dengan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat, Gregory Meeks. Pelosi, pemimpin nombor tiga dalam senarai pengganti presiden dan satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai speaker dewan.

Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura pada Isnin sebelum ke Korea Selatan dan Jepun.

Lawatan beliau menjadi tumpuan banyak pihak yang menantikan sama ada Taiwan turut berada dalam jadual lawatannya.

Ketika berada di sini, beliau dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di bangunan Parlimen pada tengah hari sebelum menghadiri jamuan makan tengah hari dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini.

“Lawatan itu antara lain akan menumpukan kepada isu keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik,” memetik kenyataan akhbar pejabat Pelosi.

Bagaimanapun, pejabat Pelosi tidak menyatakan sama ada beliau akan melawat Taiwan di tengah-tengah spekulasi pulau itu turut termasuk dalam agenda lawatannya yang dikatakan bakal mengundang kemarahan China. Andai spekulasi itu menjadi kenyataan ia disifatkan satu isyarat positif kepada kem pro-kemerdekaan di pulau itu.

Menurut Kementerian Luar China jika Pelosi melawat Taiwan, Beijing akan mengambil langkah tegas untuk melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya, dan AS perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kesan yang timbul daripada lawatan itu.

AS menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 berikutan kemerdekaan Malaya daripada Britain.

Pada April 2014, hubungan dua hala Washington dan Kuala Lumpur dinaik taraf kepada Perkongsian Komprehensif. – Bernama, 2 Ogos, 2022.

NANCY POLOSI 

JUMPA 

SABRI BRUBERRY

AMIN

NANCY :

SORRY I DONT

SPEAK MALAY

AMIN

SABRI:

WHAT IS

THE BECAUSE

KAH KAH KAH

NANCY:

I SPEAK ENGLISH

AND FRENCH ONLY

AMIN

SABRI:

MI SPIK

SMALL SMALL

LITTLE LITTLE 

 UN PETIT PEU

ONLY

KAH KAH KAH 

AMIN

 KHALAS

KES DI TINGGAL BURIT ?



Warga Myanmar bunuh budak sebelum bunuh diri, kata polis

SEORANG lelaki Myanmar dipercayai mencampak tiga budak dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong awal pagi tadi, sebelum dia sendiri terjun bunuh diri, kata polis.

Lelaki itu dan dua kanak-kanak meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Selayang, kata Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai. 

Menurut Beh berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

“Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun,” katanya satu dalam kenyataan.

Beh berkata semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.

“Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.

Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur. – 2 Ogos, 2022.


APAKAH INI

KES KECEWA

PATAH HATI

DI TINGGAL BURIT

AMIN

AL FATIHAH

KHALAS

SAPA KENAL ANWAR IBRAHIM ?


SAPA RAPAT

DGN ANWAR

TAHU ANWAR

AMIN

DULU

EZAM & AZMIN

SEKARANG

RIFIZI

AKAN DATANG

SALVADOR

COMING SOON

ADAM ADLY

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "MERAKAM SEJARAH"

Langkah pD, langkah kerala, langkah padayapa, langkah kamal hasan... Ini puak² masuk malaysia bukan masuk kosong... Masuk dgn bala tentera jin.. ramai yg terasuk dgn setan sana... Hanya puak² mabuk ganja, mabuk ketum seperti geng tarikat yg konon nak khusyuk beribadah, seperti geng hak asasi yg kononny nak lawan mabuk arak, yg konon nak naikkan ekonomi peribadi... Lancaw ini semua dah kena rasuk setan.. pukimak nie semua dah masuk setan... Sbb setan hanya masuk klu diberi laluan... Terlalu jahil... Terlalu naif dgn mabuk, terlalu tak faham fungsi dadah... Antara diri hidup waras dgn diri yg mati, tengah²nya adalah diri yg berkhayal.. 




ketahuilah wahai manusia, hanya setan yg suka duduk mencelah antara dua keadaan, maka ketahuilah masa khayal kamu itu lah jin jin masuk, setan² kerala ini masuk, sihir² ini masuk... Jgn salahkn kj, jgn salahkn rosmah, jgn salahkn najib, jgn salahkn anuar.. sbb kamu yg telah air ketum utk berkhayal, kamu sendiri yg hisap ganja sbb nak berkhayal... Selamat kena rasuk, beramai² diakhir zaman, selamat duduk dibawah panji² berkhayal, lu kulum la, apa lu nak kulum





GERTAK CHINA MERAH


LAWAT TAIWAN

JANGAN TAKUT

GERTAK 

CHINA MERAH

KAH KAH KAH

AMIN

SEMUAN PENYAMUN

 



SEMUA PENYAMUN

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "MERAKAM SEJARAH"

Dulu bnyak grey area...skang nie, yg berfikiran kritis aje yg kena fleksible, cekap fleksible secara positif... Ari nie, isu abam zaprul nak bersila dgn geng gerombolan, harap² selesai la report² kewangan penyamun² darat nie... arap² tersusun... Akaun bior balance yea, senang kerja esok², nak pinda ruu pendanaan politik... 



Tp gua ingin cadangkan, elok kekal tak berparti la jawatan kewangan nie.. lagi berparti, lg rope gampang negara nie.. bior kekal la jawatan nie, utk senator... pandangan buat masa skang la, esok² tak kena, kena cepat fleksible, kena cepat tukar.. Yg sedihny... belum apa² lg, istilah duit minyak la, duit nasi bantal la... mana lalu pak long oi

BISNES TUKAR BUKU



MENTERI PELAJARAN

BISNES TUKAR BUKU

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "MELAYU KAKI RASUAH"

Lu bayangkang ..tiap kali naik Mintri Pendidikan baru, musti ada silibus kono tukar ..buku kono tukar ..bizniz tukar buku buleh tolan biliyun- biliyun ..bayangkang borapo ratos juta akan masyok. Lu bayangkang dlm maso gawat ni pon masih nak tukar silibuz ..cilako 7 koturunan ..

DENGAR SUARA ALAM



DENGAR SUARA

ALAM

' WAHAI MANUSIA

BERUBAH LAA...

SEBELUM SEMUA

MUSNAH.....'

AMIN

KHALAS

BERUK LIHAT BERUK BUAT


BERUK LIHAT 

BERUK BUAT


Perdana Menteri Ismail Sabri  telah mengajukan agar Bahasa Melayu di jadikan bahasa pengucapan dan bahasa  resmi  dalam pengurusan ASEAN.  Ramai yang menyahut seruan PM Sabri ini dengan sikap yang amat positif.

Malah seruan PM Sabri ini masuk akal dan meyakinkan. Ini kerana Bahasa  Melayu adalah bahasa  terbanyak diguna pakai dalam wilayah ASEAN. 

Di Berunai,  Singapura, Indonesia, Patani Selatan  Siam dan Mindanao Selatan  Filipina – semua menggunakan Bahasa Melayu.  Malah di Timur Timor wilayah  bekas tanah jajahan Indonesia Bahasa Melayu di gunakan. Kini Australia ada usaha menjadikan Bahasa Melayu bahasa ke dua untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

Umum wajib juga diberitahu bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ke enam teramai penggunaan dalam dunia.

Data PBB – Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menunjukkan bahasa Mandarin paling terbanyak diguna pakai. Lebih dari 1.1 bilion  umat manusia menggunakan Bahasa Mandarin, di ikuti oleh Bahasa  Inggeris 983 juta,  Hindustan 544 juta, Sepanyol 527 juta, Arab 422 juta  dan ke enam Bahasa Melayu dengan 281 juta pengguna.

Justeru ini bukan omong kosong dari Hishamuddin Rais. Ini data PBB.

Cadangan PM Sabri ini pada awalnya mendapat sambutan. Tapi hari demi hari    cadangan ini mula ditakrif sebagai  manai lagi haprak. Semakin ramai memperlekeh niat dan cita-cita PM Sabri.

Berita mula muncul  dan tersebar luas dikalangan warga Internet bahawa  PM Sabri membuat saranan penggunaan Bahasa Melayu  dalam ASEAN ini kerana dia sendiri tidak begitu fasih pengucapan  dalam Bahasa Inggeris.  

Justeru warga Internet menganggap cadangan PM Sabri itu  hanya satu alasan untuk menutup keupayaan diri sendiri  yang lemah dalam pengucapan Bahasa Inggeris.

Saya tidak tahu sejauh mana keupayaan fikrah PM Sabri dalam berfikir dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. 

Mungkin :  Why menjadi:  what is the because...’ Saya tidak arif  sama ada PM Sabri fasih berucap dan berfikir dalam Bahasa Inggeris atau tidak.  Hanya Guru Nanak yang mengetahui.  

Seingat saya PM Sabri belum pernah berhadapan dengan media antarabangsa. Jauh sekali bertemu bual  dalam Hard Talk BBC dan berhadapan  dengan Jeremy Paxman.

 Jeremy mana ?
 
Media dan wartawan Malaysia ini semuanya a bergenre  minta maaf dahulu sebelum mengajukan  soalan. Kah kah kah. Justeru PM Sabri dan para politikus kita  merasa selamat untuk memutar.

Malaysia tidak memiliki wartawan jenis Jeremy Paxman yang akan menanya politikus hingga ke lubang cacing.

Apa yang jelas  pada 2016 Zahid Hamidi telah   berucap  di UNGA ( United Nations General Assembly ) – di PBB  New York.  Timbalan PM kita ini telah berjaya memperlihatkan kepada umum dan kepada warga dunia  tentang keupayaan dirinya berucap dalam Bahasa Inggeris.

Seyogia kita sesama sedari bahawa  Bahasa Inggeris ini bukan Bahasa Ibunda kita justeru  keupayaan berucap atau berfikir pasti  tidak  sama seperti ‘native ‘ Orang Asal.

Najib  Razak yang belajar dari sekolah menengah  hingga ke universiti di United Kingdom telah pernah kantoi dalam pengucapan Bahasa Inggeris. Ini bukan  terjadi di  UNGA New York. Ini berlaku di Kuala Lumpur ketika membuat  sidang akhbar  bersama Presiden Obama pada 27 April 2014.

Najib gagal menyebut dengan betul perkataan Inggeris  ‘ proliferation’. Najib cuba mengulang perkataan ini berkali-kali sehingga Obama dengan pantas melawak dan menyambut dengan ketawa sambil berkata  ‘ that a hard one’ – kah kah kah.

Ini fakta sejarah bukan penglipur lara dari Hishamuddin Rais.

Mari kita kembali kepada saranan PM Sabri yang mengajukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN.


Saya menyokong langkah ini.  Ini cadangan yang baik. Sokongan saya bukan kerana saya Melayu. Sokongan saya kerana  saya berpandukan teori dan garis politik bahawa kita wajib membebaskan diri dari kongkongan  bahasa kolonial.

Bahasa jiwa bangsa.

Dalam masa yang sama sokongan saya terhadap saranan PM Sabri ini berlapik. Bukan sokongan angkat tangan tanpa soal jawab. Ini budaya feudal. Saya telah berjaya membebaskan diri dari jadi Pak Angguk atau Pak Turut.

Saya ada membaca berita tentang Dewan Bahasa Pustaka (DBP)  berusaha memanjang dan memperluaskan niat dan cita-cita Bahasa Melayu yang diimpikan oleh PM Sabri ini.

Seperti biasa DBP telah menganjurkan seminar  dan ber Si Minah.

PM Sabri di jemput untuk menyampaikan ucaptama. Ini di ikuti dengan pembentangan kertas kerja. Berjela  kertas kerja di baca. Berbincang dan berlabun. Bergebang dan berceloteh.   Hasilnya : wallah  hu alam bissawab. Jauh panggang  dari api. Jauh jambatan dari sungai.

Berlabun dan berbincang hal memperkukuhkan Bahasa Melayu di Tanah Melayu  ini telah berjalan berdekad  dekad. Bergantang air liur telah terhambur.

Pada hemat saya sebelum PM Sabri keluar membawa Bahasa Melayu ke Bangkok, ke Hanoi, ke Manila atau ke Phnom Penn saya cadangkan kepada PM Sabri ketika masuk ke Putrajaya sila buka tingkap kereta dan memandang ke luar.

Perhatikan perkataan PRECINCT di sana sini. Perincat 1, 2, 3, 4, 5.. dan dan dan. Mak Cik Kiah  Binti Lebai Alun yang memangkah undi untuk Ismail Sabri dari FELDA Bera tidak tahu kepala angguk apa ‘ precinct’ ini.

Precinct adalah saki baki peninggalan Mahathir Muhamad. Apakah PM  Mahathir ini   peminat setia NYPD Blue  - cerita polis di New York tidak pula saya ketahui. Siri tv  NYPD Blues berlangsung dari tahun 1993-2005. Mungkin Mahathir pernah menuntun siri tv ini atau  ketika berUNGA di New York Mahathir ternampak tanda jalan depan hotel dia menginap. 

Ketika Mahathir ternampak perkataan Precinct 8  di New York  Putrajaya sedang dibangunkan. Beruk melihat beruk membuat.

Saya  sendiri mula berkenalan dengan perkataan precinct  dari cerita tv  NYPD Blue. Cerita polis Amerika yang berpindah  dari Balai Precinct 8 ke Balai Precinct 10 di New York.

Justeru sebelum mengubah penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu di ASEAN saya cadangkan agar PM Sabri mengubah penggunaan perkataan precinct di Putrajaya terlebih dahulu.

Betulkan rumah sendiri sebelum berniat  nak membetulkan  Dewan Orang Ramai. Betulkan tangga rumah sendiri dahulu sebelum hendak betulkan tangga Batu Caves. 

Mustahil DBP tidak dapat bertemu dengan perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan precinct. Bahasa Melayu ada perkataan  jalan, ada wilayah, ada daerah, ada lorong, ada lebuh, ada denai, ada mukim -  semua perkataan ini membuktikan Bahasa Melayu kaya.

Kenapa kita mengguna pakai perkataan  PRECINCT. Apakah ini :  monkey see monkey do – bila beruk melihat maka beruk membuat.

Saya ingat lagi Rais Yatim ketika menjadi Menteri pernah berkata ‘ ... Kita  akan ubah penggunaan precinct di Putrajaya...’ Ucapan ini terlepas dari mulut   Rais  Yatim ketika dia  merasa agak tidak begitu selesa dengan Mahathir yang kerap memperlekehkan PM Dolah Badawi.

Hingga sekarang saya rasa Rais Yatim sendiri telah terlupa akan  slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang selalu dia hebohkan ketika dia menjadi Menteri Penerangan.

Awas ! Penyakit monkey see monkey do tidak ada sangkut paut dengan penyakit  monkeypox. Ini dua perkara yang berbeza. Monkeypox adalah penyakit berkuman. Manakala monkey see monkey do juga penyakit tetapi  penyakit tidak berkuman.

Penyakit beruk lihat  beruk buat  ini  sering  hinggap  dan menyerang   warga negara bekas tanah jajahan.  Yang selalu terkena penyakit ini adalah orang  kulit hitam, sawo matang dan yang bukan berkulit  putih. 

Seperti dalam filem King Kong beruk  yang berasal dari Borneo telah  jatuh cinta dengan wanita  berkulit putih di New York.  

Tanda  awal penyakit beruk melihat beruk membuat ialah merasa kagum seperti King Kong apabila melihat Orang Putih. Anak bekas  tanah jajahan kagum  dengan Tuan Bekas penjajah hingga kan  malu dan tidak sanggup untuk menggunakan perkataan yang wujud   dalam bahasa ibunda sendiri..

Seperti ada  tersimpan niat kalau-kalau satu hari nanti jika  Baginda Queen datang melawat Putrajaya maka Baginda Queen  akan kagum bila melihat perkataan PRECINCT digunakan di sana  sini.

Untuk saya cadangan PM Sabri membawa  Bahasa Melayu ke ASEAN itu tepat.  Tapi sebelum menyingkapi kain orang singkap  kain sendiri dulu. Lihat badan sendiri dahulu. Apakah  ada  kurap atau  panau terselit disana sini.

Untuk saya kurap yang paling jelas depan mata  di Putrajaya  ialah perkataan precinct.

Jika  PM Sabri benar-benar  jujur dan tegas dalam agenda  Bahasa Asean ini maka langkah pertama ialah melupuskan penggunaan perkataan precinct di Putrajaya.

Jika PM Sabri  menamatkan penggunaan precinct mungkin warga Internet  sekali lagi dengan serta merta akan memperlekehkan tindakan ini.

Jangan risau saya cadangkan ketika PM Sabri mengumumkan penamatan perkataan precinct di Putrajaya sila  berucap dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.  Gunakan dua bahasa ini  secara lancar.

Buktikan anak Lubuk Kawah Temerloh boleh berucap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa  Inggeris dengan baik.  Malah Mak Cik Kiah dari FELDA Bera  dan   Mister Anthony Ching dari Talawi Bangsar akan faham niat baik PM Sabri.

Pastikan ucapan dwibahasa ini bukan ayat campur aduk  seperti  kebiasaan pengucapan pengacara radio gelombang Melayu. Sampaikan dengan ayat yang sempurna.  

Kemudian buktikan kepada warga Malaysia dan warga Internet apabila  dalam bulan September 2022 di UNGA di New York  – PM Sabri fasih  menyampaikan ucapan dalam  Bahasa Inggeris.  

Untuk membuktikan kepada warga Internet  bahawa PM Sabri ini bukan monkey see monkey do  sila  adakan sidang akhbar di  Precinct 8 New York.

Jemput The New York Times, The Washington Post, CNN , Los Angles Times  dan ratusan lagi media dunia yang semua berkampung  di New York  ketika UNGA.

Berani berhadapan dengan media dunia tanpa skrip.

Jangan gentar dan jangan takut  dengan  penggunaan Bahasa Inggeris bila dijemput   berucap di Asia Society. Jangan tolak  jemputan  Council of Foreign Relation walau pun ini sarang CIA.

Untuk membuktikan  PM Sabri fasih dalam dua bahasa  dan  tegas dalam hal Bahasa Melayu ke ASEAN  maka langkah pertama : ubah penggunaan perkataan precinct di Putrajaya terlebih dahulu. Amin. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/630399


BAHAYA PERANG !!!


AWAS !

SELASA HARI INI

DILAPORKAN

NANCY PELOSI

AKAN SINGGAH

DI TAIWAN

AMIN

CHINA MERAH

MARAH KERANA

NANCY PELOSI 

SPEAKER KONGRES

WAKIL KERAJAAN

AMERIKA DATANG

KE TAIWAN

AMIN

INI MACAM

TAIWAN 

SEBUAH 

NEGARA MERDEKA

WALHAL

CHINA MERAH

KLIM TAIWAN

ADALAH PROVINSI

 CHINA MERAH

AMIN

TEGANG ?

BERTEMBAK ?

MELEDAK?

AMIN

TENTERA LAUT

TENTERA UDARA

DUA DUA NEGARA

TELAH BERADA

DEKAT TAIWAN

AMIN

KHALAS