Rabu, 10 Ogos 2022

AKAN DATANG : MALAYSIA



MID-NIGHT :

SRI LANGKA

NOW SHOWING:

PAKISTAN

NEXT CHANGE :

BANGLADESH

COMING SOON: 

MALAYSIA

AMIN 

KHALAS

TAHNIAH BLURBERRY


Laporan siasatan perolehan kapal TLDM akan didedah kepada umum, kata PM

LAPORAN siasatan jawatankuasa khas yang dibentuk oleh pentadbiran Pakatan Harapan bagi menyiasat perolehan kapal tempur pesisir (LCS) akan didedahkan kepada umum, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaacob.

Kebenaran itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini, kata perdana menteri.

Jemaah Menteri juga mencadangkan agar laporan audit forensik projek perolehan itu yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasi, tertakluk nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara.

“Mesyuarat membuat keputusan agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

“Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan. Namun, proses ini perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan mengganggu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April 2022,” kata perdana menteri dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kelmarin, bekas menteri pertahanan dalam pentadbiran PH Mohamad Sabu dan timbalannya Liew Chin Tong dalam satu kenyataan bersama mendesak kerajaan Ismail Sabri mendedahkan dua dokumen berkenaan.

Mereka juga mendesak kerajaan mendedahkan 10 surat bekas Panglima Tentera Laut Laksamana Dr Abdul Aziz Jaafar mengenai projek perolehan tersebut, yang dilaporkan langsung tidak dilayan oleh pucuk pimpinan kerajaan pada masa itu.

Desakan itu selari dengan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mengumumkan laporannya minggu lalu, selepas siasatan selama dua tahun.

Dalam reaksi segera, pengerusi PAC Wong Kah Woh menyambut baik keputusan Jemaah Menteri hari ini yang menerima pakai dua syor pihaknya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mengingatkan kerajaan agar dokumen yang didedahkan kepada umum nanti dinyahklasifikasikan sepenuhnya dan bukan menutup sebahagiannya dengan alasan “menjaga kepentingan kerajaan”.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan memandang serius isu projek perolehan yang tergendala ini, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Perkara ini dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan,” katanya.

Ismail Sabri juga memberi jaminan, bagi pihak kerajaan, bahawa siasatan kes ini akan dijalankan dengan telus.

“Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat,” katanya.

Dalam laporannya, PAC merumuskan sembilan punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Laporan 14 ahli parlimen rentas parti itu antara lain mendapati kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui kontrak runding terus, namun tiada kapal diterima setakat ini.

PAC juga antara lain mencadangkan agar SPRM mengambil tindakan ke atas laporan siasatan berhubung projek perolehan itu dan menyegerakan pendakwaan. – 10 Ogos, 2022.

TAHNIAH

BLURBERRY

KAH KAH KAH

INILAH CARA

NAK SELAMAT

AMIN

BOCORKAN 

SEMUA BAGI

RAKYAT TAHU

SAPA NAJIB

SAPA ZAHID

SAPA HISHAM

AMIN 

MASUKAN

NAJIB & ZAHID

DALAM PENJARA

AMIN

GUDAM HISHAM

SAMPAI LUMAT

BARU SELAMAT

JADI PM 10 TAHUN

AMIN

KHALAS

BUKAN RASUAH !


Zahid minta UKSB hulur sumbangan kepada Umno, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi telah meminta syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada Umno.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) V. Mahendran, 38, berkata permintaan Zahid itu dibuat semasa dua bekas pengarah UKSB iaitu Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang masing-masing merupakan saksi pendakwaan ke-15 dan 16 hadir ke kediaman presiden Umno itu di Country Height, Kajang.

Beliau berkata ketika itu Zahid adalah menteri dalam negeri yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam merangka dasar dan hala tuju kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya.

“UKSB bersetuju untuk memberi bantuan sumbangan politik bagi tujuan untuk memastikan perniagaan UKSB tidak diganggu memandangkan ketika itu ada beberapa syarikat lain yang cuba melobi kerja yang UKSB sedang jalankan iaitu berkaitan dengan urusan visa.


“Hasil siasatan juga menunjukkan bahawa wang tunai tersebut yang diserahkan secara bulanan kepada Datuk Seri Zahid adalah disediakan oleh David Tan (bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun) atas arahan Harry Lee,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.

Mahendran berkata peranan David Tan adalah bagi memastikan UKSB mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi permintaan Zahid.

Sebelum ini, Wan Quoris Shah memberitahu mahkamah sama bahawa bantuan kewangan yang diberikannya kepada Zahid bertujuan mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai kontraktor KDN, selain mendapatkan sokongan daripada ahli politik itu untuk mengurangkan gangguan daripada pesaing-pesaing lain yang menjalankan perniagaan serupa.

Mahendran juga berkata berdasarkan keterangan Harry Lee, David Tan dan Wan Quoris Shah, wang tunai yang dihantar kepada Zahid akan dimasukkan ke dalam sampul surat.

“Penyerahan wang tunai tersebut akan dibuat setiap bulan mengikut kesesuaian masa Datuk Seri Zahid tetapi kebiasannya pada 10 malam di Seri Satria, Putrajaya iaitu kediaman rasmi Datuk Seri Zahid dan Country Heights,” katanya.

Selain itu, saksi pendakwaan ke-18 itu juga berkata peranan utama Wan Quoris Shah sebagai pengarah UKSB tertumpu kepada kerja-kerja perhubungan awam syarikat itu dan bukan dari aspek teknikal.

“Pelantikan Wan Quoris (Wan Quoris Shah) adalah untuk mengembangkan perniagaan dengan cara melobi bagi mendapatkan kontrak-kontrak pembekalan dan perkhidmatan dengan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa masih berlangsung. – Bernama, 10 Ogos, 2022.  
            

WOIT

INI BUKAN

KES RASUAH

AMIN

INI KES KONGSI

REZEKI

AMIN

INI AMALAN BAIK

AGIH AGIH

REZEKI

KAH KAH KAH

TAK MAKAN

SORANG SORANG

DERMA SANA

DERMA SINI

AMIN

INILAH AMAL

JALAN MAKROF

NUNKAR NANKIR

KAH KAH KAH

KHALAS

WAT IS DE BEKOS - APA SUDAH JADI ?


Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap  hakim Nazlan


BEKAS perdana menteri Najib Razak menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib menarik balik dakwaan dalam afidavit terbarunya yang difailkan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu oleh peguamnya Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

“Untuk rekod, saya menarik balik sebarang tafsiran tentang apa yang saya katakan yang boleh dianggap Hakim Nazlan disiasat kerana kemungkinan rasuah,” bunyi afidavit itu.

“Mengenai dakwaan rasuah, saya sekali lagi menyatakan bahawa saya menariknya balik.”

Nazlan, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi dan kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib selepas mendapatinya bersalah atas tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau kemudiannya merayu terhadap keputusan itu tetapi ditolak sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lepas.

Nazlan menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap editor dan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin.

Malaysia Today mendakwa Nazlan disiasat kerana RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Sebelum menjadi hakim, Nazlan pernah menjadi peguam dan setiausaha Maybank yang merupakan pemberi pinjaman kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), syarikat induk SRC International.

Disebabkan kedudukan Nazlan dalam Maybank, Najib berhujah terdapat konflik dan hakim sepatutnya menarik diri kerana jawatannya sebelum ini.

Dalam afidavit yang sama, Najib memohon untuk memanggil lebih banyak saksi bagi memberi keterangan mengenai bukti baharu yang dikatakan terhadap Nazlan dalam usaha membatalkan perbicaraan yang beliau disabitkan kesalahan. – 9 Ogos, 2022.


ADA APA

DISEBALIK

TARIK BALIK

KES RASUAH INI

KAH KAH KAH

APA TIPU HELAH

APA RANCANGAN

KAH KAH KAH

INI MACAM

NAK MINTA

TANGGUH

KAH KAH KAH

TUTUP YG INI

TANGGUH YG ITU

AMIN

KHALAS


SEOUL MACAM SHAH ALAM


SEOUL MACAM

SHAH ALAM

AMIN

Unknown commented on 

"MANUSIA MASIH DEGIL"

Semalam Korea selatan hujan lebat macam shah alam haritu ke?

PERASUAH MUSUH NEGARA

 


MUSUH NEGARA

IALAH PERASUAH

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 
"RAHSIA TIPU & CURI
 DUIT KERAJAAN"

Dah lama musuh negara berselindung dibawah akta rahsia rasmi. Siapa kah musuh negara? Mereka ialah perasuah pencuri penyamun dan pemakan komisen.

SENARAI GAGALIS

 

BRO

LU BOLEH TOLONG

BUAT SENARAI ?

AMIN

Unknown commented on

 "BIARKAN BAHAGIA"

Dah boleh keluarkan dari senarai gagalis. Woi TT. Cabutan premium BSN pun tiap tiap bulan. Kamu punya senarai gagalis sudah 3 tahun

ANGAN ANGAN BUKAN JENAYAH



 ANGAN ANGAN

BUKAN JENAYAH

AMIN

CAKAP BOHONG

MENIPU NEGARA

HANCUR JENAYAH

AMIN

KHALAS

SENJATA AMERIKA MASUK PASARAN GELAP



SENJATA AMERIKA

MASUK PASARAN

GELAP

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"BIDEN MAT BEBAL"

Sham tak baca berita ke? 70% senjata yang di"bekal" tak sampai Ukraine. Semua pi pasar gelap. Senarai itu untuk pembeli kat pasar gelap. Senang nanti anak bidin nak runding harga.

MELAWAN LUPA




SEJARAH

77 TAHUN DAHULU

PADA 6/8/1945

AMERIKA 

MELEDAKAN 

BOM ATOM

DI HIROSHIMA

AMIN

80,000 NYAWA

MELAYANG

AMIN

PADA 9/8/1945

SEBUTIR LAGI

MELEDAK

DI NAGASAKI

AMIN

40,000 NYAWA

MELAYANG

AMIN

HARI INI

UMAT MANUSIA

LUPA SEJARAH

AMIN

KHALAS

WAT IS DE BEKOS



Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap  Nazlan

WAT IS DE

BEKOS

KAH KAH KAH

PELIK PELIK

HAIRAN

KAH KAH KAH

WAT IS DE

BEKOS

AMIN

KHALAS

AL-FATAH IALAH UMNO



 AL- FATAH ADALAH

UMNO PALESTIN

AMIN

UMNO LAWAN

PARTI YANG LAWAN

INGGERIS

AMIN

FATAH LAWAN

KUMPULAN LAIN

YG LAWAN ZIONIS

AMIN


TRADISI BUDAK KOLEQ

 


TRADISI 

BUDAK KOLEQ


Pavilion telah menyelamatkan aku.  Setiap petang sebelum maghrib aku akan ke Pavilion membaca akhbar di bilik rehat. Selain dari tv dan radio di bilik rehat ini juga ada papan Carrom.

Aku membuat ritual aku sendiri di Pavilion. Amin.

Aku tidak tahu sangat sejarah Pavilion ini. Dari surah yang  aku dengar satu ketika dahulu pernah  ada Royal Pavilion. Di mana letakannya aku tidak tahu.

Pavilion yang wujud ketika aku masuk MCKK pada tahun 1969 jelas bangunan bentuk baru – very sixties reka bentuknya. Minimalis dan berfungsi bukan seperti  Big School dan Prep School  dengan seni bina kolonial dengan pengaruh Rom yang gah lagi agam.

Dari sejarah Tanah Melayu  Perjanjian Pangkor telah  ditanda tangani  pada tahun 1874. Perjanjian ini  membolehkan satu demi , satu secara licik lagi bersopan kuasa kolonial Inggeris menawan dan menjadikan bumi  Tanah Melayu sebagai tanah jajahan. 

Pecah perintah adalah taktik licik kolonial Inggeris. Taktik ini berjaya mewujudkan Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri  Selat. Pendatang China dan India di bawa masuk ke Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Wilayah ini dipanggil Negeri Selat.

Untuk memerintah   dengan stabil kuasa kolonial Inggeris merasakan perlu didirikan sebuah sekolah berasrama penuh.

Tujuan sekolah sedemikian  didirikan  untuk mendidik anak-anak dan kaum kerabat Raja , Sultan dan para bangsawan dan orang kenamaan  di Tanah Melayu.

Sekolah yang menyediakan kelahiran  elit Melayu.

Pelajar dari sekolah ini  dilatih dan kemudian dihantar ke England untuk pelajaran  lanjutan. Pelajar keluaran sekolah ini diperlukan untuk menjalankan sistem pentadbiran kolonial  Inggeris di Tanah Melayu. 

Untuk menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi  dalam masa jangka panjang  kuasa Kolonial Inggeris memerlukan anak tempatan sebagai aparacik,  kaki tangan dan mata-mata  dan budak suruhan.

Pada 24 Februari 1904 – Resident General Inggeris Tuan  R. J. Wilkinson –  telah menulis surat  kepada Majlis Raja-Raja  Melayu Bersekutu dengan cadangan mendirikan sebuah sekolah.

 Maka Sultan Idris dari Perak, Sultan  Ahmad dari Pahang, Yang Di Pertuan Besar Mohamad Shah  Negeri Sembilan dan Sultan Sulaiman dari  Selangor  bersepakat  bersetuju untuk mendirikan  sebuah sekolah bernama Malay College.

Malay College ini dirancang sama seperti Eton College  di Berkhire England yang didirikan oleh King Henry VI pada tahun 1440.

Sultan Idris   telah mewakafkan tanah untuk bangunan sekolah ini di Bandar Di Raja Kuala Kangsar. 

Maka wujudlah Malay College di bandar Di Raja  Kuala Kangsar pada 2 Januari 1905.
Justeru hingga ke hari ini  pelajar di MCKK dibahagikan kepada empat kumpulan atau  Rumah mengikut nama-nama Sultan dan Raja yang membentuk Malay College.

Rumah Idris memakai lambang warna putih, Rumah Muhamad Shah warna kuning, Rumah Sulaiman berwarna merah dan Rumah Ahmad berwarna Hitam.

Inilah juga  empat warna lencana yang tersemat  dibaju MCKK Boys dengan logo Fiat Sapientia Virtus dalam bahasa Latin. Logo bahasa Latin ini  membawa makna dalam bahasa Inggeris : Manliness Through Wisdom.

Aku Melayukan  Fiat Sapientia Virtus sebagai Kebijaksanaan Melalui Kejantanan. 

William Hargreaves  dari Penang Free School telah dilantik untuk menjadi Guru Besar MCKK yang pertama. Kelas pertama  di MCKK hanya menerima 50 orang murid.

Untuk mengingati nama Guru Besar pertama MCKK maka Dewan Besar MCKK dipanggil Hargreaves Hall.

Semua ini aku dengar dari cerita mulut yang disurahkan turun temurun dari generasi ke yang lain. 

Sedikit demi sedikit aku mula memahami semangat dan roh Malay College walau pun aku ini bukan pelajar dari Prep School.

Aku mula menghayati semangat Malay College Boys. 

Dalam masa yang sama aku mula mendengar perkataan Budak Koleq. Ini pastilah bunyi sebutan Orang Kuala terhadap kami. MCKK BOYS ini dilihat agak resmi bunyinya dan bukan mesra alam. Terminologi Orang Kuala lebih cun , bergetah dan mesra Melayu. 

Maka aku pun mula menerima diri aku sebagai Budak Koleq.

Sebagai pendatang baru  ada wilayah yang aku tidak pernah  aku menjejak kaki  di MCKK ini. Aku tidak pernah masuk ke Prep School. Aku tidak pernah masuk ke kawasan East Wing. Aku hanya sekali masuk  bilik tidur Big School.

Big School bangunan agam ikon Malay College. Bangunan ini ada dua bahagian. Satu  diatasnya bilik tidur dan dibawahnya Dewan Makan. Satu bahagian lagi sebagai Senior Common dan Junior Common Room.

Dalam  Common Room  inilah acara akhir ‘soiree’ jamuan makan malam untuk kami pendatang baru  untuk Tingkatan Enam Bawah dan Tingkatan Empat tahun 1969.

Majlis yang diatur oleh Jawatan Kuasa Orientasi. 

Nama Big School lahir  ini kerana dari sinilah bermula bilik darjah  untuk 50 orang murid terawal MCKK.

Pada tahun 1969 di Big School ini  terdapat juga Sick Bay di belakang Common Room.  Sick Bay ini  dijaga oleh seorang Matron. Di bilik ini ada asas perubatan – First Aid. Ianya  bukan klinik tapi ada  tempat tidur jika pelajar didapati sakit sebelum sempat dihantar ke hospital Kuala Kangsar.

Dewan Makan MCKK dalam bangunan  Big School. Dalam Dewan Makan  ada pentas. Atas pentas ini ada meja panjang berbentuk u. Ini dipanggil High Table.  Meja kayu jati ini  adalah meja makan.

Di bawah pentas High Table ini tersusun  meja makan yang panjang. Dari kelas paling junior ke kelas paling senior. Meja makan murid  yang paling senior adalah yang paling hampir dengar High Table.

Tradisi makan tengah  hari dan malam di MCKK di mulai dengan bacaan doa. Doa pendek dalam Bahasa Melayu ini dibacakan oleh Duty Prefect. Makan tengah hari pada hari Sabtu dan Ahad tidak ada doa  ini kerana mungkin ramai makan di luar- di pekan Kuala Kangsar.

Aku mulanya tidak  tahu apa itu High Table.  Aku hanya mengikut arus. Setiap pelajar  diwajibkan datang makan di High Table mengikut giliran. 

Ini diatur oleh Jawatan Kuasa Makanan.

Pelajar yang namanya naik untuk makan di High Table  wajib  memakai pakaian  lengkap baju Melayu songkok dan  kain sampin dan bersepatu hitam.  Makan malam di High Table ini  bersama Duty Prefect dan  Duty Master pada hari itu.

Murid yang paling senior akan  duduk  di sebelah Prefect dan di sebelah Duty Master.

Di High Table ini aku diajar – melalui pemerhatian -  cara menggunakan sudu dan garpu. Cara makan yang tertib dan budi bahasa di waktu makan. Cara berbual ketika makan. Cara sopan mengambil sudu nasi ke pinggan.  

Seorang pelayan – House Boy – akan bertugas membawa dan menghidang makan – dari sup hingga ke kuih manis pembasuh mulut. Menu di High Table agak berbeza sedikit dari menu di Dewan Makan.

High Table ini latihan awal untuk mendidik para lulusan MCKK agar  tahu adat sopan waktu makan. Persediaan  satu hari nanti apabila Budak Koleq  menjadi pegawai MCS  (Malayan Civil  Service ).

Dalam Dewan Makan ini aku nampak melekap di dinding gambar-gambar empat Sultan pembina MCKK dan juga gambar-gambar Guru-Guru Besar : kesemuanya Mat Salleh.

Tahun 1969 kerusi panjang  di meja makan dari kayu. Kerusi panjang juga dari kayu tebal dan dikakinya ada diukir logo MCKK. Ertinya meja dan kerusi panjang ini ditempah khas.

Di Sebelah Big School dan di hadapan East Wing terdiri sepohon pokok besar yang dikenali sebagai  Big Tree.  Pokok   hutan tropika nama sainsnya Samanea Saman ini mungkin umurnya sama dengan  umur MCKK sekarang.

Big Tree ini masih berdiri tegak. Pokok ini menjadi rujukan romantik untuk ramai Budak Koleq.

Di bucu East Wing ada  Gelanggang Squash. Gelanggang  ini agak tersorok. Dari surah yang aku dengar – dari legendanya – di gelanggang  ini tempat ‘ bergaduh ‘ tempat  ‘ budak kerek keras kepala’ akan di belasah. 
Juga tempat dijadikan gelanggang  bertumbuk sebagai  jalan penyelesaian. Aku sendiri tidak pernah melihat ianya berlaku. Aku hanya penjadi  Tok Perawi yang membawa hikayat.

Di belakang East Wing ini ada Gelanggang Five. Macam mana permainan ini walah hu alam bisawab. Tidak lah aku tahu dan aku tidak  pernah melihat permainan ini dimainkan.

Apa yang pasti dalam dunia ini hanya ada dua  Gelanggang Five. Satu di MCKK dan satu lagi di Eton. Justeru MCKK dikenali sebagai Eton of the East. Manakala kami Budak Koleq  memanggil Eton College sebagai  Malay College of the West.

Di kawasan  hijau di belakang Big School adalah beberapa buah  banglo papan rekaan kolonial sebagai rumah guru.  Juga terselit sebuah kantin kecil yang dibuka sekali sekala untuk membeli air botol dan kuih Melayu.

Dapur tempat masak memasak terletak sama dalam bangunan Big School. Di bahagian belakang di antara dapur dan West Wing ialah bilik Prefect.  

Di tepi bilik Prefect tersandar beberapa  buah basikal. Basikal adalah hak istimewa Prefect MCKK. Mereka boleh berbasikal dalam kawasan sekolah.

Betul-betul di belakang Dorm Twenty West Wing ada kolam renang, Ini betul-betul di luar tingkap katil aku. Sayang pada tahun 1969 – kolam renang MCKK telah kering tidak boleh digunakan.

Di hadapan Big School terbentang luas padang utama. Disini permainan ragbi, kriket, bola dan sukan tahunan di adakan.   Di sebelah padang utama ini ada sebuah  lagi padang yang agak kecik untuk  latihan kriket , bola atau ragbi.

Antara padang utama dengan padang kecik ada sebaris pokok tersusun lurus yang menjadi garis pemisah.

Sebuah lagi padang di  sebelah bilik-bilik darjah tidak jauh dari Prep School. Ini padang permainan untuk  pelajar yang berminat bersenam  kerana ianya terletak  di sebelah bangun gimnasium.

Kawasan kediaman pelajar ada pagar.  Ada  satu pintu masuk dan satu keluar. Di bahagian hadapan padang  ada pohon buluh sebagai pagar pemisah antara kawasan kediaman dengan jalan raya yang dilalui oleh orang ramai

Jalan ini juga memecahkan MCKK menjadi dua bahagian. Bahagian  bilik tidur dan Dewan Makan dengan bangunan bilik darjah, pejabat dan bilik Guru Besar. Bilik Perpustakaan di atas pejabat pentadbiran.

Pagi Sabtu ada Inspection dimana Duty Master bersama  Duty Prefect melihat dan memeriksa setiap  pelajar. Seperti soldadu mereka masuk dari dorm ke dorm . 

Kami beratur  di tepi katil. Di atas katil kami mempamerkan  ubat gigi, berus gigi, i towel mandi  dan kasut sukan yang bersih di bawah katil. Rambut wajib pendek. Kalau tidak terima arahan untuk dipotong. 

Sesudah Inspection – jam 10 pagi kami bebas untuk masuk ke pekan Kuala Kangsar. Hari Ahad  kami juga dibenarkan keluar ke pekan Kuala Kangsar. Wajib masuk ke kawasan sebelum jam 6 petang. Para Prefect yang  berbasikal memerhatikan peraturan ini di patuhi.

Di MCKK -  hukuman yang amat dibenci ialah DC – Detention Class. Kena DC bermakna di kurung untuk seminggu atau lebih dan tidak dapat keluar ke pekan. DC ini juga kadang kala diwajibkan melakukan beberapa kerja seperi meratakan laman gelanggang tennis.

Sabtu malam  ada tayangan filem untuk semua pelajar di Hargreaves Hall.  Ahad boleh menuntun wayang lagi di Kuala Kangsar. Ada panggung Cathay  dan Capitol. Pilih ikut selera. Dua-dua panggung ini pasti akan memainkan filem Inggeris di hujung minggu. 

Pagi Senin semua murid masuk  ke Hargreaves Hall. Semua  guru duduk di atas pentas. Guru Besar memberi ucapan tentang apa yang telah berlaku minggu lalu dan apa yang akan berlaku minggu ini. Kami semua bertali leher. Para Prefect bertali leher dan memakai jaket  maroon.

Perhimpunan akan diakhiri pengumuman  dormitory terbaik minggu lalu. Wakil dormitory akan naik ke pentas untuk mengambil hadiah.  Lencana  MCKK yang di buat dari kayu.  Lencana ini akan digantung ke dinding dormitory yang dipilih.

Hakikatnya  perjalanan hidup aku semakin stabil.  Aku semakin selesa menjadi Budak Koleq.  

Satu petang seperti biasa  sebelum maghrib aku ke Pavilion. Bila aku ambil Utusan Malaysia aku dapati penuh dengan berita kempen politik disana sini. 

Gambar Kapal Layar Parti Perikatan menjadi hiasan berita. Dari Utusan Melayu aku dapat tahu bahawa hari Sabtu 10 Mei 1969 – hari mengundi.

Bila mengundi dan berkempen aku  teringat  Pak Angah Aminuddin di Jelebu yang akan bertanding sekali lagi. (TT)
 

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/08/10/tradisi-budak-koleq