Ahad, 11 September 2022
KALAU NAK MENANG PRU15
Muda sedia jumpa Pakatan bincang kebimbangan, kata timbalan presiden
MUDA bersedia bertemu dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjawab semua kerisauan, kata Timbalan Presidennya Amira Aisya Abd Aziz.
“Ada yang kata Muda tidak ikhlas berjuang. Ada yang tambah, Muda ini cucu atok (Dr Mahathir Mohamad) haha. Malah, ada juga yang sebut kononnya Syed Saddiq ini juga lompat parti dulu – jadi tak boleh dipercayai,” tulisnya di Facebook.
Tambahnya, ada juga yang berkata tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan Bersatu adalah khianat dan menyebabkan beliau tidak boleh dipercayai.
“Saya nak sebut di sini bahawa semua dakwaan ini bukan sahaja tidak benar, malah ia dibina dengan imaginasi yang aneh-aneh,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, walaupun wujud rekod kerjasama antara Muda dan PH, beliau memahami setiap kritikan dan keraguan yang wujud, termasuklah yang datang daripada rakan.
“Sebab itu saya dan pimpinan Muda bersedia untuk adakan pertemuan rasmi bersama Pakatan Harapan untuk kita leraikan setiap hal bersama-sama. Usaha saya dan rakan-rakan MUDA adalah untuk memastikan apabila masuk ke dalam pilihanraya - rakyat jelas dan faham tawaran dari Pembangkang,” katanya.
Catatan itu dikeluarkan selepas laporan dikeluarkan The Malaysian Insight yang memetik Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim yang berkata pemuda parti itu menolak bekerjasama dengan Muda di bawah sepanduk PH pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, tindakan Muda pada Pilihan Raya Negeri Johor masih lagi diingati ahli PKR.
“Itulah yang merumitkan keputusan itu. Dari segi ini, ada pengalaman baik dan buruk bekerja bersama Muda.
“Tetapi perlu beri masa bagi akar umbi dan parti lain (dalam PH) untuk buat keputusan sebab bila PRU15 nanti, kita mahu bekerja di peringkat akar umbi,” katanya.
Awal minggu ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu berhajat untuk menyertai PH.
Beliau berkata pihaknya telah berbincang secara tidak rasmi dengan pemimpin kanan PH berhubung perkara tersebut.
“Rundingan awal untuk Muda sertai PH telah dibuat, malah kami juga terbuka untuk buat perbincangan rasmi dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.
Parti itu pernah bekerjasama dengan parti PH, setelah mencapai persetujuan dengan DAP dan Amanah untuk bekerjasama pada PRN Johor.
Muda bertanding di tujuh kerusi dalam PRN Johor tetapi bertembung dengan PKR di DUN Larkin kerana yakin dapat menang di situ. Bagaimanapun Larkin kemudiannya dimenangi Mohd Hairi Mad Shah dari Umno. – 11 September,
PENGAMPUNAN UNTUK NAJIB
YA AMPUN
NAJIB BERHAK MINTA AMPUN
DARI AGONG
DALAM PERLEMBAGAAN
ADA FASAL HAK RAJA DAN AGONG
BOLEH BERI PENGAMPUNAN
PADA PESALAH
YANG DAH JATUH HUKUM
ATAU
YANG MASIH KES BERJALAN
JENAYAH BERLAKU DI ALOR STAR
SULTAN KEDAH
BOLEH BERI AMPUN
JENAYAH BERLAKU DI TAMPIN
YANG PERTUAN BESAR
BOLEH BERI AMPUN
JENAYAH BERLAKU DI GUA MUSANAG
SULTAN KELANTAN
BOLEH BERI AMPUN
BERLAKU DI WILAYAH
AGONG
BOLEH BERI AMPUN
TELAH ADA KES DULU
MOKHTAR HASHIM
KES BUNUH DI GEMENCEH
NEGERI SEMBILAN
BERLAKU TAHUN 1982
DIJATUH HUKUM
GANTUNG
DI BERI PENGAMPUNAN
MENJADI PENJARA
SEUMUR HIDUP
BEBAS TAHUN 1991
DATUK HARUN
BEKAS MB SELANGOR
DIPENJARA KERANA
TIPU CEK HSBC
PADA TAHUN 1975
DI PENJARA 8 TAHUN
PADA TAHUN 1977
TIGA TAHUN SATENGAH BEBAS
DAPAT PENGAMPUNAN
DARI AGONG
ANWAR IBRAHIM
KES SODOMI SAIFUL
PADA TAHUN 2008
PADA TAHUN 2014
ANWAR DIDAPATI BERSALAH
HUKUM PENJARA 5 TAHUN
PADA 2018 ANWAR
DAPAT PENGAMPUAN
SATELAG PAKATAN JADI KERAJAAN
JUSTERU
MOKHTAR SATU PELURU
SATU MAYAT
GANTUNG DI AMPUN
JUSTERU
HARUN IDRIS
SATU CEK SATU BANK
AMPUN
DI BEBAS
JUSTERU
ANWAR SATU BONTOT
SATU LUBANG
DI BERI AMPUN
DAPAT BEBAS
BAGAIMANA DENGAN NAJIB?
INI MASALAHNYA NYA
NAK AMPUN YANG MANA
KES SRC MASIH ADA LAGI
KES 1MDB SEDANG BERJALAN
NAJIB RAMAI KES
UNTUK MEMUDAHKAN
KITA SEMUA
LEBIH BAIK NAJIB
DIREHATKAN DI KAJANG
AMIN
PRU 15 SABRI MASUH BLUUR
Tarikh PRU15 belum dibincang dengan 'Top 5’ Umno, kata PM
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata beliau belum berbincang dengan “Top Five” Umno berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Top Five” Umno merujuk kepada Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan perdana menteri sendiri.
Katanya, selepas berbincang dengan “Top Five”, baharulah beliau akan berbincang dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
“Kemudian ia perlu dibawa ke Kabinet sebab di bawah Perlembagaan, kena ada kelulusan Kabinet sebelum saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk (mendapat perkenan) membubarkan Parlimen.
“Itu prosedur yang perlu dipatuhi,” katanya semasa merucap pada Majlis Penyampaikan Peruntukan Masyarakat Cina dan India Parlimen Bera 2022 di Dewan Kompleks Umno Bera di Padang Luas hari ini.
Walaupun belum berbincang mengenai tarikh PRU15, Ismail Sabri mengingatkan pimpinan BN di Parlimen Bera untuk bersedia memperkemaskan gerak kerja jentera termasuk berjumpa pengundi bagi mengekalkan kemenangan BN di Parlimen Bera dan dua DUN iaitu Guai dan Kemayan selain merampas semula DUN Triang.
PRU15, menurut Ismail Sabri walaupun tarikhnya belum diketahui, namun memberi bayangan “semakin hari ia semakin dekat” dan secara berseloroh berkata perkara itu perlu ditanya kepada perdana menteri mengenai bilakah tarikh pilihan raya akan diadakan.
Bagaimanapun jika merujuk kenyataan Mohamad, Ismail Sabri berkata timbalan presiden Umno itu menjangkakan PRU15 akan diadakan sebelum hujung tahun ini, dan ini bermaksud tempohnya semakin hampir sekali gus penting bagi jentera parti untuk mula membuat persiapan.
KAH KAH KAH
WOIT
MASIH BELUM
BINCANG
KAH KAH KAH
SABRI KATA
SEMUA MASIH
BLUUR
KAH KAH KAH
HANYA ZAHID &
GENG MAHKAMAH
YANG HEBOH HAL
PRU 15
AMIN
KHALAS
HATI WAJIB BESAR
Pemuda PKR tolak kerjasama dengan Muda susulan insiden Larkin
Muda sedia jumpa Pakatan bincang kebimbangan, kata timbalan presiden
DALAM POLITIK
JIWA WAJIB BESAR
AMIN
DALAM POLITIK
TIDAK ADA DENDAM
AMIN
TIDAK ADA
MUSUH TETAP
AMIN
DALAM POLITIK
YANG WUJUD
KEPENTINGAN
TETAP
SEPANJANG MASA
AMIN
INI ABC POLITIK
HUKUM INI
TIDAK BERUBAH
DI EROPAH
DI ASIA
DI AMERIKA
DI AFRIKA
DI LANTIN AMERIKA
AMIN
KHALAS
RAMAIKAN KAWAN - KURANGKAN MUSUH
NAK MENANG
RAMAIKAN KAWAN
KURANGKAN
MUSUH
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"PAKATAN NAK MENANG
ATAU NAK KALAH"
Kah kah kah masalah sebelum menang dah berebut kerusi, masing masing tak percaya, masing masing penting kan diri, nak jadi why Bee, nak jadi PM, nak jadi Munke, sebab ITU semua lingkup, lebih banyak kawan betul cakap TT, penting menang besar, kalau menang ciput tak guna, nanti ada kayak nanti ada tikam belakang, nanti ada khianat, buang semua yang buruk, join muda tarik undi muda, kalau harap semua tua mampus lah woit, susah nak faham kah, kah kah biar lingkup terus
SISTEM ROSAK
SISTEM ROSAK
ORANG BAIK PUN
BOLEH JADI ROSAK
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"SAEKOR LAGI JO LO"
Jo Lol ada mana mana, penipu ada mana mana tapi yang penting jangan kena tipu, jangan kena game, yang pegang kuasa, yang pegang kunci jangan jadi bodoh, biar amanah ada telus ini yang ada semua kaki sapu belaka maka ramai lah Jo Lol akan muncul, cukong akan muncul support duit supaya akan untung belakang hari kah kah kah
ROSMAH TAK PERLU MERAYU
ROSMAH
TAK PERLU
MERAYU
AMIN
KHALAS
Amier The Hero commented on
"RAYU JANGAN TAK RAYU"
Kak Mah ni tak payah mintak pengamponan agong pun TT. Dio kan terer, apo susah.. gantung ajo gambar pihak² berkenaan kek dinding umh kocik, pehtu bakar colok lopeh maghrib. Gerenti pihak² berkenaan akan lombut hati... Kah kah kah kah kah!!! Pendapat den la TT, kak mah ni takyah mntk pengamponan agong.. dio kono mintak pengamponan dari Allah s.w.t. byk pihak dah dio aniayo.. bini pertamo abam ajib, anak² bini pertamo abam ajib, dgn abam ajib sendiri pun dio kono mntk ampon sobab kes nasik wap can i advise u sumtin!!! Kat rakyat malaysia pun dio kono mntk ampon gak. Tapi yg paling ponting, dio kono mntk ampon kat Tuhan Allah la
TARIKAH UNTUK CARI TARIKH
Pengurusan
kes rayuan Rosmah
ketepi sabitan
rasuah 5 Oktober
Rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Oktober.
Peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pengurusan kes itu akan didengar di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
INI TARIKH
NAK TETAP
TARIKH BILA
KES RAYUAN
BERMULA
KHALAS
BERITA BAIK
Kes baharu Covid-19 bawah 1,000 semalam
KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 merekodkan di bawah 2,000 semalam kepada 1,971.
Pertambahan itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini bertambah kepada 4,765,511
Manakala kes kematian pula menjadi 36,277 dengan tiga kes kematian baharu.
Kes sembuh pula sebanyak 2,389, menurut data COVIDNOW.
Statistik itu turut menunjukkan kes aktif sebanyak 26,949 dengan 1,224 dirawat di hospital.
Daripada jumlah itu, 69 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 49 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
BERITA BAIK
KITA MAKIN
PULIH
AMIN
KITA JAGA KITA
AMIN
KHALAS
SATU PERSOALAN
SATU SOALAN
MENCARI
JAWAPAN
AMIN
SATU PERSOALAN YANG
MENCARI JAWAPAN
KETIKA PERTANYAAN INI
DITIMBULKAN
NAJIB BERADA DALAM PENJARA
NAJIB DI TUDUH
DAPAT DUIT 42 JUTA
MASUK DALAM AKAUN PRIBADI
DUIT INI DARI SYARIKAT SRC
NAJIB TELAH BERSUMPAH LAKNAT
DI MASJID KAMPUNG BARU
SEBELUM JATUH HUKUM
NAJIB BERSUMPAH
YANG DIA TIDAK TAHU
SYARIKAT SRC INTERNATIONAL
DAN DIA TAK ADA SANGKUT PAUT
DENGAN SYARIKAT INI
AMIN
SEKARANG NAJIB
DI DAKWA LAGI
SEDANG BICARA KE 1MDB
LALU TIMBUL SOALAN
BOLEH KAH NAJIB
MEMBUAT SUMPAH LAKNAT
SEKALI LAGI?
APAKAH ADA MASJID
DALAM PENJARA KAJANG
YANG MEMBOLEHKAN
NAJIB MEMBUAT SUMPAH LAKNAT
KALAU TAK ADA MASJID
DALAM PENJARA
APAKAH BOLEH NAJIB
DI BAWA KE MASJID
KAMPUNG BARU SEKALI LAGI
UNTUK BERSUMPAH
SUMPAH LAKNAT
ADALH RITUAL NAJIB
NAJIB TELAH BUAT
SUMPAH LAKNAT
YANG DIA TAK KENAL
ALTANTUYA
NAJIB BERSUMPAH LAKNAT
YANG DIA TAK KENAL
SRC INTERNATIONAL
ADALAH TIDAK ADIL
JIKA KALI INI
DALAM KES 1MDB NAJIB
TAK DAPAT MELAKUKAN
SUMPAH LAKNAT
SEKALI LAGI
SUMPAH LAKNAT
ADALAH HAK ASASI
UMAT MANUSIA
AMIN
MUSTAHIL NAJIB AKAN TERLEPAS KE 1MDB
KES 1MDB NAJIB
AMIN
MUSTAHIL NAJIB
AKAN TERLEPAS JIKA
SEMUA INI
JADI BAHAN BUKTI
KHALAS
AMIN
SEDEKAH PAKAI DUIT SENDIRI
BILA BERSEDEKAH
PAKAI DUIT SENDIRI
BUKAN DUIT 1MDB
AMIN
Unknown commented on
"NAJIB PATUHI SUNNAH"
Sedekah kalau pakai duit sendiri tak apa jugak, ini curik duit rakyat kemudian sedekah apa benda pulak woit, jangan cunt fius orang ramai, kah kah duit curik tetap duit curik, mana boleh sedekah sedekah, kalau nak jadi Robin Hood, dia patut curik Dari orang Kaya kemudian bagi orang miskin, ini curik duit setiap orang did Malaysia kah kah susah nak faham logik akal mereka, asyik nak TIPU saja selalu amin