Selasa, 11 Oktober 2022

RAKYAT IRAN BANGUN LAWAN PAK LEBAI



SELURUH RAKYAT

KINI BANGUN

LAWAN KERAJAAN

 PAK LEBAI

AMIN

MAHATHIR BERI AMARAN NAJIB AKAN BEBAS


Mahathir beri amaran Najib akan bebas jika Umno menang PRU15


Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad meramalkan bekas perdana menteri Najib Razak akan dibebaskan dari penjara jika Barisan Nasional (BN) yang terpalit rasuah memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada Ogos lalu selepas gagal mengenepikan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Kini, Malaysia dijangka mengadakan PRU dalam tempoh beberapa minggu akan datang selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada Isnin selepas tekanan hebat diterimanya dari Umno yang merupakan parti beliau sendiri.

Bercakap sehari kemudian, Mahathir memberi amaran bahawa Umno akan segera membebaskan Najib dari penjara melalui pengampunan diraja serta menggugurkan puluhan pertuduhan rasuah lain jika memenangi parti itu memenangi PRU.

"Sekiranya mereka berjaya menang dan membentuk kerajaan, itu adalah objektif pertama, bukan tentang kebajikan rakyat," kata Mahathir, yang pernah dua kali menjadi perdana menteri, pada sidang akhbar.

Beliau berkata pendakwaan jenayah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah  juga akan digugurkan.

Kedua-dua Najib dan Zahid kekal mengatakan mereka tidak bersalah dan menjadi mangsa dendam politik.

Mereka berdua didakwa, bersama pemimpin parti lain, selepas Umno kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 selepas pengundi menghukum parti itu kerana skandal 1MDB dan rasuah.

Setelah memimpin negara selama 22 tahun sehingga 2003, Mahathir yang sudah bersara telah membentuk gabungan untuk mengalahkan Najib, namun Pakatan Harapan yang dibentuk bersama parti pembangkang lain itu runtuh pada 2020, menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan Umno kembali menduduki pentadbiran kerajaan di bawah Perikatan Nasional.

Pada usia 97 tahun, Mahathir berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya akan datang, dan bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk mengalahkan Umno.

Umno kini mahu mandat yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang bagi membentuk kerajaan sendiri, tanpa rakan gabungan yang berada di bawah pentadbiran diterajui Ismail.

Walaupun Najib menyifatkan hukuman dan sabitannya adalah dendam politik, namun skandal 1MDB menyaksikan beliau turut terlibat di mana sekurang-kurangnya enam negara telah membuka siasatan.

Penyiasat berkata kira-kira AS$4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB - sebuah syarikat yang diasaskan Najib semasa tahun pertamanya pentadbirannya sebagai perdana menteri pada 2009 - sementara lebih AS$1 bilion dimasukkan ke akaun yang dikaitkan dengan beliau.

Jabatan Kehakiman AS menggelar skandal itu sebagai siasatan kleptokrasi terbesar pernah dijalankannya.

Pemimpin pembangkang yang lain juga membidas Umno kerana mendesak pilihan raya lebih awal ketika ekonomi negara masih lembab.

ZAHID GILA

NAK CEPAT PRU15

  KERANA

DIA TAK NAK

PERGI KAJANG

AMIN

ZAHID NAK

CEPAT PRU15

UNTUK BEBAS

BANDUAN NEGARA

AMIN

KITA SEMUA

WAJIB SEDAR

UNDI BN

ERTINYA  UNDI

BANDUAN

NEGARA

AMIN  

KHALAS

KHALAS

LAGI KERENAH BN


Cuba tangguh pemeriksaan balas, hakim beri amaran kepada peguam Najib

HAKIM Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memberi amaran kepada pasukan pembelaan Najib Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa mereka tidak lagi dibenarkan untuk menangguhkan menyoal balas mana-mana saksi pendakwaan.

Hakim itu berkata demikian ketika peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meminta pemeriksaan balas ke atas saksi pendakwaan ke-40 iaitu bekas Pengarah Urusan AmInvestment Bank Berhad Kok Tuck Cheong, ditangguhkan.

Wan Aizuddin memberitahu mahkamah, peguam utama Muhammad Shafee Abdullah mempunyai satu lagi kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram membantah permohonan itu.

“Yang Arif, pihak pendakwaan tidak dapat memanggil saksi baharu kerana tiga saksi masih belum selesai memberi keterangan.  Kami mempunyai saksi yang telah disenaraikan.  

“Kami semua perlu membuat pelarasan. Saya ada perbicaraan kes yang masih belum selesai dan telah meminta hakim untuk melapangkan perbicaraan itu, kami juga membuat penyesuaian,” kata Sri Ram.

Pada ketika ini, Hakim Sequerah yang tidak berpuas hati dengan permintaan pihak pembelaan, berkata pada masa akan datang, jika Muhammad Shafee tidak dapat menjalankan pemeriksaan balas, maka Wan Aizuddin harus mewakilinya.

“Kamu tidak boleh lagi berbuat demikian. Prosiding perbicaraan yang dijalankan secara tertangguh, berulang kali, dengan menangguhkan saksi (memberi keterangan), saya telah banyak kali bertolak ansur. Bermula dari sekarang, jika Shafee tidak dapat melakukan pemeriksaan balas, kamu (Wan Aizuddin) harus menggantikannya.

“Kamu semua (Shafee & Co) mempunyai pasukan yang besar dan kamu (Wai Aizuddin) berkemampuan untuk melakukannya kerana sudah biasa dengan fakta kes ini. Selepas ini, beginilah perbicaraan kes ini akan berjalan. Pada masa akan datang, jika Shafee tidak ada (dan tidak ada sesiapa yang dapat menjalankan pemeriksaan balas), saya akan menganggap pemeriksaan balas telah selesai dan meneruskan untuk mendengar pemeriksaan semula,” kata hakim itu.

Wan Aizuddin berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Muhammad Shafee dan akan bertindak sewajarnya.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung pada 2.30 petang. – Bernama, 11 Oktober, 2022.

SEMUA INI

KERENAH NAK

LAMBATKAN KES

AMIN

NAK BUANG KES

BILA  ZAHID JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

KHALAS



PRU15 SEKARANG ADALAH TARIKH TEPAT


PRU15 MUSIM

BANJIR

AMIN

INI PILIHAN

AMAT TEPAT

AMIN

TUGAS KITA

IALAH MENGHASUT

PENGUNDI 

AMIN

DALAM PRU14

KITA HASUT

RAKYAT MELALUI

DEMO BERSIH

KES 1MDB

AMIN

KALI INI GUNAKAN

BANJIR SEBAGAI

AGENDA HASUT

RAKYAT

AMIN

BAGI RAKYAT

BENCI

BAGI RAKYAT

MARAH

KERANA BANJIR

AMIN

TERJEMAHKAN

KEMARAHAN

KEBENCIAN 

PADA BANJIR INI

KEPADA UNDI

AMIN

INI SAMA

MACAM TAKTIK 

BERSIH

HASUT RAKYAT

BERDEMO MAHU

PILIHANRAYA

BERSIH & ADIL

AMIN

PRU15 MENANG

KEMAH BOSA

AMIN

PRI15 JAMIN

KALAH

KEMAH KOCIK

AMIN

KHALAS

WARGA FELDA BANGUN MELAWAN



Polis cari individu gantung kain rentang provokasi PRU15


POLIS Johor sedang mengesan individu yang menggantung kain rentang memaparkan kata-kata meluahkan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik, serta berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekitar daerah Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam.

Katanya perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terlebih dahulu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Tindakan menurunkan kain rentang itu telah diambil oleh pihak MDKT, bagaimanapun individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama, 11 Oktober, 2022.


POLIS TAK

PERLU KACAU

INI LUAHAN  HATI

LUAHAN PERASAAN

AMIN

WAJIB SIMPATI

PD WARGA FELDA

AMIN

KHALAS

MAIAL BERA DAH BERANI


MAIL BERA

DAH BERANI

KAH KAH KAH

DAH BERANI

TIPU RAKYAT

AMIN

TAPI MAIL BERA

TAKUT

DENGAN ZAHID

 KHALAS



DEMO IRAN KINI MEREBAK KE LOJI MINYAK



DEMO IRAN KINI

MEREBAK

AMIN

BURUH LOJI MINYAK

TURUT SAMA

KE JALAN RAYA

AMIN 

KHALAS

APA MAKNA JIKA UNDI BN

 


PANGKAH BN
ERTINYA 

MEMILIH

BANDUAN NEGARA

KHALAS

SEBAB PARLIMEN DIBUBAR MUSIM BANJIR



Wajar bubar Parlimen kerana parti kerajaan bermusuh, kata Umno

PARLIMEN wajar dibubarkan kerana parti lain dalam pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan mereka sebagai musuh utama, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Katanya, tindakan demikian jelas menunjukkan wakil-wakil parti itu yang membentuk kerajaan campuran tidak memperlihatkan solidariti kepada Ismail Sabri, yang merupakan naib presiden Umno

Menurutnya, pendirian itu dibuat dalam Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bersidang malam tadi.

“Umno berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap perdana menteri dalam mentadbir negara.

“Malah mengisytiharkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada Umno yang menerajui kerajaan,” kata Ahmad.

Ahmad berkata, Umno menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan berpendirian negara tidak boleh dibiar berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu.

Parti itu juga berpendirian mandat perlu dikembalikan kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.

Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen dalam ucapan yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Umno juga menyarankan tempoh pertengahan November waktu terbaik untuk PRU15, sebelum musim tengkujuh bermula.

“Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh tersebut,” kata Ahmad.

Parti juga memutuskan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang ditetapkan pada 23 hingga 26 November akan ditunda kepada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak, katanya

Tambanya, Umno akan berkempen dalam PRU15 dengan membawa tema “kestabilan dan kemakmuran” seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Perikatan Nasional melalui pengerusinya Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan BN musuh utama parti itu dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Presiden Bersatu itu berkata, komponen PN dari PAS, Gerakan, SAPP, dan Star harus bertindak selari dengan ketetapan itu.

PAS bagaimanapun menolak idea menjadikan BN musuh utama mereka dan masih membuka pintu rundingan dengan Umno demi agenda penyatuan ummah bersama Bersatu dan PAS.

PAS juga menegaskan Pakatan Harapan merupakan musuh politik mereka dalam PRU15

Ismail Sabri Yaakob dalam pengumumannya semalam berkata Parlimen dibubarkan bagi menamatkan kritikan ke atas keabsahan pentadbiran kerajaan.

Dengan pembubaran Parlimen, PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. – 11 Oktober, 2022.

PARLIMEN 

BUBAR SEKARANG

UNTUK SELAMATKAN

ZAHID

AMIN

PARLIMEN BUBAR

GAGAL LAH TUGAS

MAIL BERA YANG

MAHU PENJARAKAN

SATU LAGI

PRESIDEN UMNO

AMIN

KHALAS




TANDA RAHMAT


TANDA RAHMAT

SUDAH SAMPAI

KAH KAH KAH

AMIN



FIKRAH MASIH DIJAJAH


FIKRAH

MASIH DIJAJAH

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "BAHASA MELAYU BAHASA STRATIJIK UNTUK PERUBAHAN"

Gwa on der wei ko Jolobu, gwa kono pas bai Soromban .. gwa boboto goligoman nengok namo tmn porumahan sobolom sampai Soromban ..ado namo Ainsdale Town, Forest Height, Lavender, Gamuda Cove ..macam borado kek nogori kapir Laknat lak ..Dewan Bahaso mano ..Gapena mano ..yg Gwa tau namo tompek atau taman kono tarok namo Molayu atau tompatan ..nak tanyo borapo DO dapek utk tarok namo omputeh ..cilako boto ..morompak tak abih abih ..

DENGAR BAIK BAIK AMARAN INI



DENGAR BAIK BAIK

APA AMARAN

PAK CIK CELENTE

AMIN

DUNIA MAKIN KACAU

HURU HARA AKAN

MELEDAK

AMIN

MAIL BERA NI SAPA ?



Perdana Menteri gesa negeri-negeri bubar DUN juga

PUTRAJAYA – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen.

Gesaan Perdana Menteri itu dibuat berikutan ada beberapa buah negeri memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

WOIT

MAIL BERA NI

SAPA ?

KAH KAH KAH

PARLIMEN DAH

BUBAR MAIL BERA

HANYA MAIL BERA

KAH KAH KAH

JANGAN INGAT

NAK BERI ARAHAN

PADA KERAJAAN

NEGERI

KAH KAH KAH

SELANGOR KEDAH

KELANTAN GANU

PULAU PINANG

N.SEMBILAN

TAK AKAN IKUT

ARAHAN MAIL BERA

KAH KAH KAH

MUNGKIN MELAKA

PUN AKAN BUBAR

KERANA ADA KATAK

NAK JADI KETUA

KAH KAH KAH

AMIN

BANJIR BERDEGIL

 



142 mangsa banjir Sabah ditempatkan di 4 PPS

SERAMAI 142 orang daripada 36 keluarga mangsa banjir di Sabah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dalam bencana melibatkan Penampang, Putatan, Papar dan Beaufort, setakat 8 pagi ini.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 88 orang daripada 16 keluarga mangsa banjir melibatkan tiga daerah semalam.

Mangsa banjir Sarawak meningkat, kata APM

JUMLAH mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 38 orang setelah 22 mangsa dari tiga kampung di daerah Subis dekat Miri berpindah semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya hari ini berkata empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Dagang Sepupok Niah kini berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

WOIT

BANJIR INI

MASIH BERDEGIL

KAH KAH KAH

TAK IKUT

ARAHAN ZAHID

AMIN

ZAHID KATA

BANJIR WAJIB

BERI LALUAN

UNTK PRU15

AMIN

BANJIR WAJIB

JANGAN KELUAR

SEKARANG

INI MUSIM KEMPEN

JANGAN JADIKAN

MUSIM BANJIR

KAH KAH KAH