Rabu, 19 Oktober 2022

IRAN BEKAL SENJATA UNTUK RUSIA



AMERIKA & NATO

BEKAL SENJATA

PADA UKRAINE

TIDAK  SALAH

AMIN

BILA IRAN BERI

SENJATA PADA

RUSIA KENAPA

JADI SALAH

AMIN

MAIL BERA ADA LAWAN


PM10 bakal muncul dari Rembau?


APABILA perdana menteri kesembilan Muhyiddin Yassin digulingkan pada Ogos 2021, Umno muncul menjadi parti dengan jumlah kerusi paling banyak.

Mengikut amalan lazim, ia mewajarkan pemimpin paling kanan dalam parti dilantik menjadi perdana menteri baharu, tetapi perkara itu tidak berlaku pada waktu itu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan 42 tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram. Amat tidak molek jika beliau dilantik menjadi perdana menteri.

Apa pula kata masyarakat jika sidang mahkamah ditangguhkan untuk memberi laluan kepada PM menghadiri mesyuarat kabinet, contohnya.

Lalu timbalannya Mohamad Hasan menjadi pilihan kedua. Namun perlembagaan mensyaratkan perdana menteri seorang ahli Parlimen yang mendapat keyakinan majoriti anggota dewan.

Mohamad hanya mewakili DUN Rantau, kerusi yang diwakilinya sejak 1999 dan membolehkannya menjadi menteri besar selama tiga penggal hingga 2018.

Mungkin sebab itulah sejak beberapa hari lalu, kita mendengar Mohamad akan bertanding kerusi Parlimen Rembau yang kini disandang Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Entah apa nasib Khairy kelak. Entah ke ceruk mana beliau akan dihantar bersabung untuk Umno. Ismail Sabri hanya menyebut beliau akan bertanding di kerusi sesuai.

Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador pula disebut-sebut sebagai lawan yang akan bertanding menentang Mohamad.

Abdul Hamid berpengalaman luas meneliti ragam politik negara sewaktu mengetuai cawangan khas PDRM. Beliau dilantik menjadi ketua polis sewaktu Dr Mahathir Mohamad menjadi PM ketujuh.

Namanya disebut sebagai calon di Rembau mewakili gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditunjangi Pejuang, parti Dr Mahathir.

Sekiranya benar bagai dikata, jika kedua-duanya sah bertanding pada hari penamaan kelak, pertandingan Mohamad dan Abdul Hamid bakal menjadi antara paling hangat dalam PRU15.

Di sisi Umno, Mohamad bukan sahaja perlu mempertahan parti yang paling lama mentadbir negara agar tidak terus hancur lebur dalam PRU15.

Beliau perlu mempromosi Umno sebagai parti dipimpin orang baik-baik, dan bukan sarang penjenayah, penyamun dan perompak.

Dalam usaha ini, Mohamad bakal berdepan calon berwibawa yang pernah mengetuai organisasi penangkap penyamun.

Tugas ini berat. Kita semua tahu bekas presidennya Najib Razak kini meringkuk di penjara bagi menjalani hukuman 12 tahun walau suara bekas PM itu masih bergema-gema di Facebook.

Selain Najib dan Ahmad Zahid, ramai lagi pemimpin Umno yang kerjanya turun naik mahkamah waktu ini.

Tentulah Umno berkeras bahawa Ismail Sabri tetap calon perdana menteri kesepuluh sekiranya berjaya menang PRU15, tetapi kita semua tahu wakil rakyat Bera itu bukan pilihan utama parti.

Mohamad perlu menjalankan tugas ini sewaktu undi dari pemilih Melayu semakin halus dengan penyertaan begitu banyak parti dengan polariti yang berubah-ubah.

Pengundi semakin berhalus dalam membuat pilihan, terutama selepas melihat betapa mudah kepercayaan mereka digadai sehingga kerajaan bertukar dua kali sejak 2018.

Kebanyakan parti yang bertanding kali ini sudah berpengalaman mentadbir negara, walaupun ada di kalangan mereka hanya sempat menguasai Putrajaya selama 22 bulan.

Parti ini ada rekod masing-masing yang dapat ditawarkan kepada pengundi kerusi Rembau yang jumlahnya mencecah hampir 90,000.

Dari segi kekuatan, majoriti diraih penyandangnya Khairy pada 2018 hanya kira-kira 4,000 undi. Di tiga DUN dalam kawasan itu, majoriti BN sekitar 3,000 hingga 5,000 undi.

Mohamad juga hanya menang kerusi Rantau secara teknikal pada 2018. Pencabarnya dari PKR gagal menghantar borang pencalonan pada hari penamaan 28 April.

Selain itu, Mohamad juga perlu berdepan parti PAS yang sudah memilih kerjasama dengan Bersatu dan hampir pasti akan berentap dengan Umno di situ dalam PRU15.

Jadi bukanlah mudah laluan Mohamad di Rembau kelak. – 19 Oktober, 2022.

WOIT

MAIL BERA 

BUKAN

PILIHAN PARTI

KAH KAH KAH

SEMUA INI

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

TIM MAIL BERA

BOLEH BUAT

KERJA

KAH KAH KAH

PASTIKAN 

HAMID BADOR

MENANG DI REMBAU

KAH KAH KAH

SEMUA BOLEH

DIURUS

SEMUA BOLEH

DI ATUR

KAH KAH KAH

KHALAS

TOK ARAB JANTAN


TUKANG BUAT

FIKSYEN NI

TOK ARAB JANTAN

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"TIPU MELAYU GUNA ISLAM"

Aku cukup Syiok baca komen komen bab tipu melayu guna igama nih.... Kah kah dulu masa aku kecik aku rajin dengar perkataan fiksyen, terutamanya fiksyen sains... Bila dah besor aku dengor lagi bab fiksyen ni... Kali ni legal fiction... Aku nak tanya la .... Agama ni termasuk kategori fiction saja atau legal fiction? Aku nak tanya lagi... Tohang ni fiction ka legal fiction? Aku nak tanya lagi ni... 72 ketat sendat tu fiction atau legal fiction? Lagi aku nak tanya.... TT ni fiction ka legal fiction? Kah kah kah...

HAKIM PUN RASUAH


Bekas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu dipenjara, denda kes rasuah

SEORANG bekas hakim Mahkamah Sesyen hari ini dihukum penjara enam bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan rasuah berhubung prosiding mahkamah.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Azmil Muntapha Abas, 48, iaitu bekas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah juga memerintahkan Azmil Muntapha dipenjara enam bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM6,000 kepada RM12,000 selain memerintahkan notis rayuan difailkan selewat-lewatnya 21 Oktober ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Hakim Mahkamah Sesyen telah memperoleh untuk dirinya suatu barang berharga iaitu wang tunai sebanyak RM5,000, tanpa suatu balasan pada 8.22 malam, yang mana tertuduh mengetahui mempunyai hubungan dalam suatu prosiding yang berkaitan dengannya iaitu mengendalikan kes-kes jenayah bagi enam Orang Kena Tuduh (OKT).

Enam OKT tersebut adalah Chin Yat Soong, Yap Chiew Tat, Chin See Shak, Pang Kooi Fook, Yap Swee Ming dan Chin Chee Keong yang masing-masing telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dan di mana Azmil Muntapha telah menjatuhkan hukuman denda terhadap kesemua mereka.

Azmil Muntapha didakwa melakukan perbuatan tersebut di Maybank Setia Alam 2, dekat Shah Alam pada 10 Mei 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai, Maziah Mohaide dan Mohd Shahrom Idris manakala tertuduh diwakili peguam Asmadi Hussin serta Azrul Zulkifli Stork.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada September 2021 dan berakhir pada Ogos lepas. – Bernama, 19 Oktober, 2022.

INILAH KEADAAN

NEGARA KITA

AMIN

HAKIM PUN

MAKAN RASUAH

AMIN

INI YG KENA

TANGKAP

AMIN

APAKAH ADA 

YANG TAK KENA

TANGKAP DAN

MASIH JADI

HAKIM

AMIN

BERAT AMAT

BERAT 

AMIN

RASUAH DAH

MASUK HINGGA

KE TUAN HAKIM

AMIN

KHALAS

PAK LEBAI STIM TENGOK RAMBUT


TOK ARAB

TIPU PAK LEBAI

AMIN

HINGGA

PAK LEBAI STIM

TENGOK RAMBUT

KAH KAH KAH

panglimo potaseh commented on
 "TIPU MELAYU GUNA ISLAM"

Yang kena tipu dgn igama hanya oram Melayu ..bermula di sekolah cikgu telah mengarabkan generasi masa depan Melayu ..anak pompuan Melayu dah mula bersukan dgn pakaian beribai-ribai ..kahkahkah ..lebih besar dosa kok nampak alor puki dari mengsakau duit rakyat biliyun-biliyun ..


BERI SIMPATI PADA MAIL BERA


Ismail Sabri cuma bergurau pecat menteri Perikatan


ISMAIL Sabri Yaakob menjelaskan beliau hanya bergurau apabila menyatakan akan memecat 12 menteri daripada Perikatan Nasional (PN) kerana memohon agar Yang di-Pertuan Agong membatalkan pembubaran Parlimen.

Perdana menteri itu berkata jika beliau serius, 12 menteri itu akan dipecat serta-merta.

“Mereka masih dalam Kabinet. Saya tidak memecatnya jadi saya hanya bergurau,” katanya kepada pemberita hari ini

Beliau menjawab kenyataan Abdul Latiff Ahmad dari Bersatu hari ini membidas kenyataan Ismail Sabri yang beliau boleh memecat semua 12 menteri PN kerana memohon agar Agong batalkan pembubaran Parlimen.

“Perkataan seperti ‘pecat menteri’ walaupun itu kenyataan gurau dan sinikal tidak perlu dicakapkan daÅ‚am program politik.

“Memang kita tahu perdana menteri mempunyai kuasa ‘hire and fire’ namun kami pun ada maruah, tidak perlu pecat kami, kami pun boleh letak jawatan lebih awal.

“Kami masih lagi anggota Kabinet ‘caretaker’. Masih belum terlambat untuk dipecat. Mungkin PM boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota Kabinet dalam masa ‘injury time’,” kata Abdul Latiff. – 19 Oktober, 2022.




WOIT

KAH KAH KAH

KESIANLAH PADA

MAIL BERA

KAH KAH KAH

BAGI CHAN

BERGURAU SENDA

KAH  KAH KAH

ASIK KENA

TIBAI KIRI KANAN

KAH KAH KAH

BERI BERA

PELUANG BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

JANGAN TIBAI

KAU KAU

MI SPIK NO INKLIS

KAH KAH KAH

AMIN

70 TAHUN HIDUP BERGANJA


70 TAHUN

HIDUP BERGANJA

AMIN

KHALAS


politikgilababi commented on
 "GANJA DAN KETUM BAIK UNTUK KESEHATAN"

Pak Penakan aku umuq 85 thn. Isap ganja dari umuq 15 sampai laa ni... apa lanchow sakit pun tak dak, hospital pun tak pernah masuk...

CICIT NABI DAH SAMPAI !

 



CICIT NABI

DAH SAMPAI

KAH KAH KAH

KHALAS

TOK ARAB TIPU PAK LEBAI

 



TOK ARAB

TIPU PAK LEBAI

KAH KAH KAH

PAK LEBAI

TIPU MELAYU

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"TIPU MELAYU GUNA ISLAM"

Melayu tipu Melayu, bukan Melayu pun tipu Melayu, itulah nasib bangsa Melayu yang boleh diperbodohkan. Semasa jadi pembangkang dulu gegak gempita RUU355, ceramah dimana-mana RUU355 tidak ketinggalan sehingga buat perhimpunan. ustaz yang mengajar disurau dan masjid pun tak lepas peluang mengulasnya. Heboh sana heboh sini sehingga Banjaran Titiwangsa pun boleh runtuh. Tapi bila dah ada kuasa RUU355 dah hanyut kelaut. Guna agama untuk kepentingan dunia.

SAPA HAJI SOTONG



SAPA 

AJI SOTONG

KAH KAH KAH

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "PELACUR DITINGGAL KAN"

Sikalang gwa balu tahu apasai PAS punye HQ Opit lalam itu area Chow, Lekat itu Nyalan Tuan Haji Taib ..itu area PELACHOR ooo ..mulah punye, satu shot lima belat linggit termasuk tilam dan bilik ..lu tak caya lu tanya Aji Sotong ..




Unknown commented on 
"PELACUR DITINGGAL KAN"

Politik kita untung rugi, kalau dengan pelacur dapat untung boleh saja tidur sekali, kalau kira rugi baik tak payah, pointer 3.8 dah cerdik kah kah kah tak payah lah kawan dengan pelacur, entah bila akan kang kang dengan musuh amin

BAS TERAKHIR KE PUTRAJAYA


 BAS TERAKHIR  

KE PUTRA JAYA


Parlimen telah dibubarkan. Tarikh PRU15 belum diumun oleh SPR. Sebelum parlimen  di bubar tersebar pelbagai analisis, pelbagai pandangan  politik dari pelbagai sosok telah kita dengar.

Awalnya di surahkan bahawa Ismail Sabri mahu PRU15 diadakan tahun hadapan. Awalnya kita  membaca bagaimana Ismail cuba menangkis tekanan dari Zahid Hamidi  Presiden United Malays National Organisation yang mahu PRU15 diadakan kelmarin.

Tekanan terhadap Ismail semakin kuat dan semakin dilihat terbuka terutama  sesudah Najib masuk ke penjara Kajang.

Justeru  Zahid yang berhadapan dengan  kes mahkamah merasa dirinya tidak selamat. 

 Apabila Rosmah Mansor didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun -  Zahid amat yakin  Ismail tidak akan melakukan apa apa untuk menyelamatkan Zahid.

Zahid terus bertindak. Ismail juga terus bertahan.

Apabila Pak Long – nama manja Ismail Sabri  di Pejabat Perdana Menteri –  terbang ke New York – Pak Long telah membawa beberapa orang   Ketua Bahagian dengan harapan ini akan meredakan keadaan. 

Bercanda-canda ke New York – negara yang menggunakan Bahasa Inggeris –  yang Ismail sendiri tidak  cekap – adalah cara  Ismail memujuk  hati Ketua Bahagian yang mungkin akan bersama Zahid untuk memberi tekanan.

Ada kebenaran yang strategik kenapa  Zahid mahu PRU15 diadakan kelmarin. Ini  kerana dia dan kuncu-kuncu yang terlibat dengan kes mahkamah hanya berkemungkinan ‘bebas’ jika kuasa kerajaan jatuh kembali  ke tangan mereka.

Zahid tidak menganggap Ismail ini Perdana Menteri dari United Malays National Organisation. Ramai pemimpin Parti Ketuanan Melayu menganggap Ismail ini hanya PM boneka milik Parti Bersatu. 

Justeru Zahid tidak boleh mengharapkan Ismail sebagai penyelamat. Malah Ismail bertanggung jawab sebagai  Naib Presiden UMNO, juga  Perdana Menteri Malaysia yang berkuasa ketika  Najib Razak bekas Presiden UMNO dan juga bekas Perdana Menteri di masukkan ke penjara.

Ismail gagal menyelamatkan Najib.

Zahid melihat Ismail Sabri perlu diganti melalui PRU15. Ucapan Zahid di Persidangan MIC yang  menular baru-baru ini  itu menjadi bahan bukti.  Adalah sahih bahawa Zahid takut kes rasuah dan salah guna kuasa  pemimpin-pemimpin Barisan Nasional akan terbongkar jika  mereka kalah lagi.

Kalah dalam  PRU15 bermakna lebih ramai pencuri  dan perasuah akan didakwa.

Justeru adalah satu  strategi yang tepat  untuk Zahid mempercepatkan PRU15 kerana pada ketika ini parti-parti lawan masih belum tersusun tuntas.

Justeru adalah juga betul Zahid  memilih musim banjir untuk menjalankan PRU15. Ketika PRN Melaka dan Johor di jalankan ada  serangan virus dari Wuhan.  Serangan virus ini  menakutkan ramai  pengundi untuk keluar mengundi. 

Bila pengundi kurang keluar hasilnya Barisan Nasional menang besar. Kali ini bukan virus yang ditakuti  tapi banjir akan jadi kuasa penghalang ramai pengundi keluar.

Adalah juga tepat untuk Zahid memaksa Ismail membubarkan Parlimen sekarang kerana penangguhan PRU15  ke tahun hadapan akan membawa bala kepada Parti Ketuanan Melayu.

Bala pertama akan sampai apabila  ekonomi dunia akan merudum. Pasti membawa kesan kepada ekonomi Malaysia.

 Bala ke dua perpecahan dalaman Parti Ketuanan Melayu ini sendiri makin meluas.  Perang dalaman dalam parti semakin merebak.

Justeru strategi Zahid mengadakan PRU15 sekarang adalah tepat dan betul untuk Parti Ketuanan Melayu kembali berkuasa. Untuk mereka yang ada kes mahkamah   PRU15 ini memberi ruang untuk tidak perlu singgah  ke Kajang.

Semua tindakan Zahid ini betul dan amat strategik. Maka persoalan yang menunggu jawapan ialah apa langkah-langkah balas  yang wajib diambil oleh Pakatan Rakyat dan kaum kerabatnya.

Saya  pendukung , penyebar dan penganut teori United Front -  kini kita Melayukan  dengan  perkataan Khemah Besar.  Lawan khemah besar ini ialah khemah kecil. 

Di kampung saya di Jelebu  satu ketika dulu bila hendak mengadakan kenduri nikah kahwin maka akan  keluar dailok : Kenduri ni...kito  kono buek kemah bosa biar ramai orang masuk...’

Orang kampung di Jelebu tidak perlu ke Yale  atau ke Oxford Universiti untuk belajar ilmu sains  politik. Pengalaman memasang khemah sudah memadai sebagai ilmu politik. 

Khemah besar membolehkan  ramai tamu kenduri  boleh sama berteduh. Bila konsep khemah besar ini diterjemahkan kepada konsep politik  ianya memberi makna banyak parti politik boleh duduk  bersama.

Sejarah telah membuktikan bahawa hanya dengan strategi khemah besar musuh dapat dialahkan. 

Mari kita  ulang lihat sejarah Perang Dunia Ke Dua. Kuasa besar ketika itu ialah  negara kapitalis Britain dan kapitalis Amerika.  Musuh utama  dua negara kapitalis ini ialah  negara sosialis Rusia.

Muncul Hitler di Jerman, Jeneral Tojo di Jepun dan Mussolini di Itali. Mereka bukan  negara pengamal sistem ekonomi kapitalis dan bukan sistem ekonomi  sosialis.

Jerman, Jepun dan Itali membawa fahaman fasis. Fasis adalah fahaman nasionalis kanan yang ekstrem  dengan pemusatan kuasa dimiliki oleh diktator tentera yang memaksa semua rakyat tunduk akur.

Kaum fasis melihat kaum sosialis dan kaum komunis sebagai musuh utama. Kaum fasis juga  melihat kaum kapitalis yang mengamalkan demokrasi  sebagai musuh.

Awalnya Perang Dunia Ke Dua berlaku perang tiga  penjuru. Kapitalis lawan komunis lawan fasis. Fasis lawan komunis lawan kapitalis. Komunis lawan kapitalis dan lawan fasis.

Akhirnya Amerika  Britain yang bermusuh dengan Rusia bersetuju untuk bekerja sama melawan musuh yang satu.   Presiden Amerika Franklin Roosevelt, Perdana Menteri Britain  Winston Churchill dan Pemimpin Soviet Union Joseph Stalin menggalang United Front dan mendirikan Tentera Bersekutu.

Churchill, Stalin dan Roosevelt – dikenali dalam sejarah sebagai The Big Three. Mereka bersatu  mendirikan  khemah besar untuk melawan  fasis Hitler, Tojo dan Mussolini.

Hasil  Perang Dunia ke Dua ialah kemenangan strategi khemah besar. Dan musuh utama kaum fasis dikalahkan.

Satu lagi contoh yang perlu diulang ingat ialah permusuhan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kuala kolonial Inggeris. 

PKM melawan  kuasa kolonial Inggeris - dua kumpulan yang bertelagah. Satu mahu merdeka dan satu lagi mahu menjajah. Ini permusuhan dua kelas -  kelas penjajah dan kelas yang dijajah.

Apabila fasis Jepun masuk melanggar  Tanah Melayu. PKM dan kolonial Inggeris bersatu melawan fasis Jepun.

PKM dan kolonial Inggeris mengenal siapa musuh utama mereka.  Mengalahkan musuh utama lebih penting dari bertelagah sesama sendiri. 

Malah sejarah merakamkan bagaimana Inggeris mempayung terjunkan senjata ke dalam hutan untuk kegunaan PKM melawan Jepun.

Satu perkara yang amat jelas ialah mengenal musuh utama. Siapa musuh utama. Siapa musuh sampingan. Siapa kawan seperjuangan dan siapa kawan seperjalanan. Mengenal musuh utama ini penting.

Sun Tzu dalam kitab klasik Seni Perang memberi ingatan :
Kenali dirimu
Kenali musuhmu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan 

Presiden Bersatu  Muhyiddin Yasin telah dengan jelas mengumumkan  bahawa musuh utama Perikan Nasional ialah Barisan Nasional.   

Kenyataan jelas dari Muhyidin ini seharunya dilihat sebagai perintis untuk meneroka  jalan untuk mendirikan khemah besar.

Godfather politik Malaysia – Mahathir Muhamad juga telah secara terbuka menyatakan  yang dirinya tidak ada  apa apa halangan untuk bekerja dengan sesiapa.

Kenyataan   Mahathir ini telah disambut secara positif oleh Anwar Ibrahim. Secara terbuka  Anwar memberi jawapan -  sesiapa jua boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan jika menerima konsep  dan garis  reformasi perjuangan Pakatan.

Dalam politik Malaysia malah dalam politik negara mana pun   strategi banyakan kawan dan kurangkan musuh  adalah rukun pertama berpolitik.

Hanya yang bebal dan gila sahaja yang berpolitik dengan mencari banyak musuh, Perang kiri perang kanan perang depan perang belakang,  Ini  bebal dan sewel politik.

Kenyataan awal dari The Big Three Malaysia – Mahathir, Muhyidin dan Anwar dibaca seperti  cahaya dalam gelap membawa pencerahan.

Tetapi dalam politik tidak semuanya ceteris parisbus.  Suara sumbang pemilik pelbagai agenda mula bersuara yang menyangkal The Big Three.

Pertama bersuara ialah Lim Gua  Eng yang sedang berhadapan dengan kes terowong telah memangkah  kenyataan positif Anwar Ibrahim.

Seperti biasa Anwar Ibrahim menggelabah  dan panik dan  mula bersilat lidah. Seperti lumrah kenyataan yang tepat lagi  benar itu  dikatakan disalah tafsir dan disalah lapor.

Suasana politik yang mula dilihat cerah kini kembali gelap. 

Pada hemat saya PRU15 ini  adalah bas terakhir untuk membawa  Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Mahathir dan Muhyidin sudah pernah sampai. Kalau pun kali ini mereka tidak sampai  Mahathir dan Muhyidin tidak akan kecewa.

Apakah Anwar masih ada nafsu berahi untuk menaiki bas terakhir ini bergantung dengan apa yang dia berani lakukan dari hari ini hingga ke hari penamaan calon.

Atau Anwar telah hilang nafsu untuk menaiki bas  akhir ini dan menerima  pakai strategi Nurul Izzah yang mahu Pakatan  kalah dalam  PRU15 untuk tegak berdiri solo suci berprinsip dalam PRU16.

Bas  terakhir ke Putrajaya ini  tidak memerlukan tiket.   Yang diperlukan ialah kebijaksanaan mendirikan khemah besar dan membawa seramai mungkin parti politik masuk ke dalam khemah ini.

Maka diperbuat pantun oleh orang Jelebu:
Maso kocik main galah
Bilo bosa pandai beronang
Kemah kocik jamin kalah
Kemah bosa mungkin monang
Amin. (TT)
,

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/640036

ZAHID GUGUR ANNUAR MUSA ?




Annuar masih teringin

 jadi calon BN

PUTRAJAYA –  Annuar Musa menyuarakan kesediaannya menjadi calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Bagaimanapun menurut beliau, keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN yang akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Sebenarnya ramai, bukan saya sahaja sentiasa teringin menjadi calon. Kalau kita mempunyai keinginan untuk berkhidmat, maka kena ada keinginan untuk menjadi calon.

“Itu keinginan tetapi sama ada menjadi calon mewakili parti, maka parti yang menentukan, bukan kita,” katanya Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di sini hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam ucapannya berkata, sukar untuk beliau meninggalkan bidang politik kerana sudah lama terlibat dalam proses demokrasi itu di negara ini.

“Sebagai orang politik yang menyertai pilihan raya lapan kali, tiga kali tewas dan lima kali menang, saya masih lagi tegap berdiri dan masih lagi teringin nak jadi calon,” akuinya. 

WOIT

KAH KAH KAH

INI LAIN BUNYINYA

KAH KAH KAH

MACAM MINTAK

NYAWA

KAH KAH KAH

MINTAK NAK

BERTANDING

KAH KAH KAH

APAKAH ZAHID

TAK BERI

WATIKAH PADA

MALAON INI

KAH KAH KAH

AMIN