Khamis, 27 Oktober 2022
PPS kembali dibuka di Alor Gajah, tempatkan 36 mangsa banjir
SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) kembali dibuka di Alor Gajah berikutan banjir melanda beberapa kawasan hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Lt (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata 36 mangsa daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar di Alor Gajah selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter berikutan hujan lebat awal pagi tadi.
“PPS berkenaan dibuka pada 9.45 pagi tadi, menempatkan mangsa daripada Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput dan Pengkalan.
“Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan sungai berdekatan kediaman penduduk melimpah sekali gus menyebabkan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, dua PPS menempatkan mangsa banjir di daerah itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balai Raya Gadek ditutup kira-kira pukul 12.30 tengah hari, selepas kesemua 36 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir sejak beberapa hari lepas. – Bernama, 27 Oktober, 2022.
KEMPEN MULA
BANJIR PUN MULA
AMIN
INILAH NIAT
GEROMBOLAN
BUAT PRU
SEKARANG
AMIN
NIAT DAN CITA
NAK SEKSA
RAKYAT
AMIN
KHALAS
ADA KEPENTINGAN BERSAMA
18 PATI seludup masuk dari sempadan Thailand
KUALA LUMPUR – Seramai 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyeludup masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand semalam berjaya dicekup.
Kesemua PATI itu telah ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan oleh Briged Keenam dan Kelapan Infantri Malaysia di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Tanah Merah Kelantan
49 PATI diseludup masuk Kelantan ditahan
PUTRAJAYA – Seramai 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk wanita yang datang untuk bekerja di negara ini ditahan dalam Ops Gelombang di beberapa lokasi di Kelantan.
Mereka yang ditahan itu termasuk 32 orang lelaki, 16 orang perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan Myanmar.
JANGAN CEPAT PERCAYA GAJI BESAR
Rakyat Malaysia dikurung hampir setahun di Filipina
SEORANG lelaki tempatan dikurung hampir setahun dipercayai menjadi hamba pemerdagangan manusia di Manila, Filipina sejak November tahun lepas.
Ibunya Vong Foong Thai, 61, seorang tukang jahit berkata anaknya Choong Chin Yee, 24, pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di sana kerana ketiadaan kerja selepas pandemik Covid-19.
“Anak saya mahu bekerja di sana selepas ditawarkan satu pekerjaan yang bergaji lumayan iaitu RM8,000 oleh rakannya di Filipina.
“Setibanya di sana, pasportnya dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan anaknya tidak membocorkan (keadaan sebenar) kepada ahli keluarga,” katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.
Vong berkata anak sulungnya itu mula menyedari dia ditugaskan melakukan penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia yang kononnya menawarkan gaji lebih RM9,000.
“Anak saya tidak mahu melakukan tugas itu jadi memohon untuk dilepaskan. Pada 27 Julai lepas, saya diugut oleh seorang lelaki melalui pesanan suara daripada aplikasi WeChat menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang tebusan sebanyak RM100,000 bagi melepaskan anak saya pulang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata pihaknya akan menghubungi pihak kedutaan di Filipina bagi menguruskan kepulangan Choong selepas dia diarahkan bertemu pihak berkenaan oleh pihak polis. – Bernama, 27 Oktober, 2022.
AWAS !!!
JANGAN TERLALU
CEPAT PERCAYA
GAJI BESAR
AMIN
DUNIA INTERNET
BANYAK TIPU
BANYAK HELAH
AMIN
KHALAS
JANGAN PERCAYA SANGAT PADA JANJI POLITIK
JANGAN PERCAYA
SANGAT PADA
JANJI POLITIK
AMIN
cikminah commented on
"SATU NASIHAT"
Dalam politik tiada yg benar dan tiada yg salah. Tiada hero, tiada pak sauk. Tiada pengkhianat dan tiada kejujuran. Semua strategi dibuat untuk berkuasa baik si hero atau si crook. Jadi, jangan percaya sangat dgn janji-janji manis. Janji hanya manis semasa berkempen. Realitynya, kemampuan menghadapi cabaran. Jadi, pilihlah pemimpin yang berani mengambil risiko, bukan jenis yg sentiasa play safe. Kata Muhammad Ali,"He who is not courageous enough to take risks, will accomplish nothing in life" GODFATHER pula kata, "Greatness is built"
PERTANYAAN WAJIB DI JAWAB
SATU PERTANYAAN
WAJIB DI JAWAB
AMIN
Unknown commented on
"BANJIR - PRU AKAN DIBATAL"
Bero, kalau ada pengundi atau calon pilihanraya mati lemas musim pilihanraya ni camna? Boleh saman SPR ke dan camna ngan calon yg lemas tu kalau ramai yg dah undi nama dia.
AWAS ! DI EROPAH ADA UKRAINE KITA DI ASIA TAIWAN
AWAS !!!
DI EROPAH ADA
UKRAINE
AMIN
DI ASIA ADA TAIWAN
AMIN
KHALAS
SPR SOKONG NAJIB
PAKATAN
TAK AKAN MENANG
KERANA SPR
SOKONG NAJIB
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"BELAJAR
DARI PENGALAMAN"
PH tetap tidak akan menang pru walaupun dgn khemah besar disbkan SPR..lembaga daulah..pengerusi spr adalah org lama yg menangkan najib..mana mungkin pegawai2 tinggi kerajaan mahu PH menang..PH menang, mereka ke penjara..SPR sedang menyorok tanpa diundang oleh media utk membicarakan mengenai banjir..tak caya, cuba org media jemput prof undang2 UM tu..asak dgn soklan2 berat..
AWAS ! EKONOMI KITA AKAN MERUDUM
EKONOMI AMERIKA
MERUDUM
AMIN
GANGGU SEMUA
EKONOMI DUNIA
AMIN
KITA WAJIB SEDIA
EKONOMI KITA JUGA
AKAN KACAU
AMIN
BUKU HITAM
BUKU HITAM
Semua pelajar di MCKK tahu akan wujudnya Black Book atau Buku Hitam. Buku Hitam ini tersimpan dalam bilik Guru Besar.
Nama buku ini muncul kerana dua perkara. Pertama kulit pembungkus buku ini berwarna hitam. Ke dua perkara yang ditulis dalam buku hitam ini hanya ‘perkara ‘ yang dianggap ‘hitam’ di MCKK.
Hanya Guru Besar yang akan menulis dan merakamkan apa apa perkara hitam yang telah berlaku.
Buku Hitam ini boleh menjadi rujukan sejarah. Si Polan yang ini membuat kerja hitam itu akan dirakam. Hari berubah tahun berganti. Kini Si Polan yang nama dirakam dalam Buku Hitam telah menjadi sosok yang berjaya menjadi pemimpin masyarakat.
Semua berubah. Buku Hitam menjadi rujukan sejarah.
Buku Hitam ini juga akan menjadi rekod perkembangan seseorang anak murid. Tingkah laku dan perangai yang dirakam ketika menjadi anak murid kini berubah menjadi baik berjurus ketika mendewasa.
Membesar menjadi sosok yang bertanggung jawab. Ketika di sekolah nakal kini mendewasa sosok itu tegak berdiri dalam masyarakat.
Hingga sekarang telah lebih 100 tahun Buku Hitam ini wujud. Ini tradisi pengurusan – cara pentadbiran di MCKK.
Herman , Hatta Shahrom. Mahmud, Anwar Rahim a.k.a Wabbit dan Yok a.k.a Ibrahim Salleh telah dilihat oleh prefect minum beer dan menghisap rokok.
Kami ‘kantoi’ ditemui oleh dua prefect – Jamil dan Abu Bakar Che Man ketika merayakan Hari Tahun Baru China di rumah tukang jahit Yuk Keong.
Kami berlima semuanya duduk dalam dormitori yang kami panggil Kapal Haji. Setia kawan kami rapat. Kami semua masuk ke MCKK untuk tingkatan enam. Kami di orientasi oleh para senior bersama-sama kecuali Yok yang masuk awal dalam ke tingkatan empat.
Kami kini diiktiraf sebagai Budak Koleq tapi bukan dari Prep School – bukan dari tingkatan satu.
Petang Ahad 8 Februari 1970 aku ingat lagi kami berlima berbincang apa yang akan terjadi. Esok Senin 9 Februari akan ada School Assembly.
Persoalan dalam kepala kami ialah apakah nama kami akan naik dibacakan oleh Guru Bertugas. Apakah kami akan masuk ke DC – Detention Class – dikurung tanpa boleh keluar ke pekan Kuala.
Apakah agaknya yang akan dilakukan oleh Guru Besar ke atas kami yang merokok dan minum beer.
‘ HM akan tulis surat ke rumah...beri tahu emak ayah kita.. ‘ Wabbit membuat andaian.
‘ Lepas tu apa jadi...’ Aku bertanya.
‘ Surat boleh blok... ‘ Yok memberi cadangan.
‘ Mungkin kita akan digantung...’ Wabbit menjadi juru cakap pemimpin tak resmi.
‘ Gantung berapa lama....’ Mahmud bersuara.
‘ Seminggu... dua minggu...’ Wabbit beri penjelasan.
‘ Kalau parent kita tahu... kita kena gantung... susah juga... ‘ Hatta menyampuk.
‘ Tak perlu balik kampung... kita gi Penang... duduk Youth Hostel....’ Yok memberi cadangan.
Penang YMCA kat mana...’ Mahmud bertanya.
‘ Tak jauh dari Penang Road....’ Yok menjawab sambil dia menunjukkan ibu jari tanda baik.
‘ Kau ingat Jamil akan lapor pada HM ke ..’ aku bertanya.
‘ Kalau Jamil tak nak repot Bakat Che Man pasti lapor... ini tugas prefect...tu pasal dia jadi prefect... ‘ Wabbit menjelaskan.
‘ Yang tak minum pun dia lapor ke... aku isap rokok aje....’ Hatta memberi penjelasan.
‘ Aku rasa dua orang tu tak tahu pun sapa minum ... sapa isap rokok .... dia tangkap muat je... ini kerja prefect...kita tak tahu apa yang dilapur pada HM..’ Yok memberi penjelasan.
Kami berlima duduk di bawah pokok manggis berhampiran dengan blok bilik Sains. Kerisauan kami ialah kami tidak tahu apa yang akan terjadi esok hari Senin.
Menunggu ini menjadi satu penantian yang mendebarkan.
Lalu aku tergambar duduk tepi laut di Pulau Pinang menyewa bilik YMCA. Aku tersenyum sendiri. Seminggu di tepi pantai pasti menarik.
‘ Berapa semalam sewa katil di YMCA...’ Aku mahu penjelasan.
‘ Dua ringgit lima kupang semalam.. aku rasa tak mahal... kau ada duit ke....‘ Yok memberi penjelasan.
‘ Kurang-kurang kita perlu 20 ringgit... makan tidur....’ Mahmud memberi penjelasan.
‘ Lebih murah duduk di Penang dari aku pulang ke KB...’ Mahmud menambah.
‘ Kalau HM hantar surat pada keluarga... ni agak susah. Aku risau...’ Hatta menyampuk.
Kami juga merasa risau. Jika apa yang berlaku diketahui oleh ibu bapa. Kami risau juga jika kami akan digantung dari masuk belajar untuk beberapa ketika.
Semua ini andaian kami. Petang itu kami tak tahu apa yang akan berlaku pada esok pagi Senin.
Berapa kawan rapat dah tahu kes kami. Abdga – Abdul Ghani Osman kawan baik aku telah aku beri tahu. Yusuf Selit bekas pelajar SDAR – Sekolah Datuk Abdul Razak pun tahu sama.
‘ Jangan risau... kalau di SDAR hanya kena gantung....lepas abis gantung masuk kelas balik... tak jadi apa apa...’ Yusuf Selit memberi nasihat percuma dari pengalaman di SDAR.
Kawan-kawan di Dorm Kapal Haji merasa simpati. Sulaiman anak Kuala Lumpur yang katilnya sebaris dengan katil aku hanya mendengar apa yang berlaku.
‘ We are Five Samurai from Kapal Haji...’ aku membuat lawak mengambil sempena nama filem Seven Samurai.
Semua ketawa. Dalam ketawa mini kerisauan masih ada.
Pagi Senin 9 Februari sampai. Lepas minum pagi Lima Samurai pergi ke kelas masing-masing. Semua dari aliran sains kecuali aku. Kami menunggu loceng berbunyi tanda semua wajib masuk ke dewan Hargreaves – perhimpunan mingguan.
Kami dari kelas Tingkatan Enam Atas duduk di wilayah belakang sekali. Guru-guru semua duduk di pentas menunggu ucapan Guru Besar.
Mata aku memandang pada Wabbit dan Hatta yang duduk agak jauh dari aku. Aku juga mencari Yok dan Mahmud. Aku memerhatikan muka-muka Lima Samurai dan bertanya pada diri aku sendiri : apa akan terjadi.
Guru Besar berucap tentang ini dan itu. Kemudian nama murid-murid yang kena DC di bacakan oleh Guru Bertugas. Aku berdebar menunggu akan nama Lima Samurai akan dibacakan sama.
Tidak. Nama kami tidak naik. Wabbit di kerusi hadapan memandang aku. Aku geleng kepala. Yok kelihatan tersenyum.
Perhimpunan Senin tamat. Kami bersurai dan pulang ke kelas masing-masing.
‘ Nanti kau tengok mesti ada prefect datang ...kita kena panggil pergi jumpa HM...mustahil prefect tak repot...’ Wabbit membuat ramalan sebelum kami berpisah.
Aku masuk ke bilik darjah. Kelas Ilmu Alam Mister Goh bermula. Satu kuliah selama 45 minit. Belum pun habis 45 minit aku nampak Jamil datang ke arah kelas aku.
Aku tahu Jamil datang untuk memanggil aku pergi ke bilik Guru Besar.
Sebelum Jamil mengetuk pintu aku sendiri telah bangun bersedia untuk keluar.
Aku sampai depan pintu pejabat Guru Besar. Hanya aku seorang yang lain tidak kelihatan.
Aku masuk. Syed Bakar Barakhbah duduk di meja.
‘ Yes ... Hishamuddin... I had a report on what took place last Saturday... ‘ Mukadimah Guru Besar.
Aku tunduk dan tahu bersalah.
‘ You know MCKK ... an important institution... do you know almost all the State Secetary .. top civil servant are all from MCKK....after Merdeka MCKK was very important ... building the nation....’ Tambah Syaed Bakar.
Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Guru Besar. Aku sedar bahawa aku telah melakukan satu yang hitam ke atas sekolah yang mendidik bakal pemimpin negara bangsa.
‘ What you did was wrong... masuk dalam rekod Buku Hitam.... it would be your history.... beer is not allow.... not your time yet ....’ Syed bakar terus bersurah.
Aku tidak berkata apa apa. Mata aku memerhati di dinding. Aku ternampak ada tergantung beberapa kerat rotan – yang besar dan yang halus sebesar rotan penyapu bulu ayam.
Aku berfikir rotan yang mana yang akan hinggap ke punggung aku. Pasti aku akan kena sebat oleh salah satu rotan itu.
‘ As Head Master ..... my duty to write something in this Black Book....’
Mata aku ternampak Buku Hitam yang terletak di atas meja Syed Bakar. Buku ini tebal dan lebarnya dua kali ganda dari buku latihan biasa.
‘ I have to punish you... it must be on record....’
Bila aku dengar perkataan ‘ punish you’ aku rasa punggung aku akan kena sebat. Mata aku sekali lagi memandang pada kerat-kerat rotan yang tersangkut di dinding,
‘ But I will write .... smoking only ... nothing more....cought smoking.... I will cane you for smoking....’ Guru Besar bergerak ke arah dinding dan mengambil rotan.
Aku hanya memerhatikan tangan Guru Besar mencapai rotan. Syed Bakar mengabar sebilah rotan kecil sepanjang tiga kaki.
‘ You hand .... tapak tangan.. sorry I’ve to do it....’ Guru Besar memberi arahan.
Aku memberikan tangan kiri aku untuk dirotan. Aku terasa usikan rotan mengena ke tapak tangan aku. Satu, dua dan tiga kali rotan hinggap dengan lembut ke tapak tangan aku.
‘ Thanks you... sir....’ Aku berkata sambil meramas tapak tangan aku.
Aku keluar dari bilik Guru Besar. Dari jauh aku nampak Wabbit dalam perjalanan ke bilik yang sama. Pasti yang lain mengikut sama. Lima Samurai kena rotan.
Aku hampir tak percaya apa yang telah berlaku. Kata-kata nasihat Guru Besar kepada aku menjadi ingatan. Rotan yang dikenakan pada pagi 9 Februari 1970 hanya formaliti.
Lepas makan Lima Samurai bertemu di Dorm Kapal Haji. Semua kami tersenyum. Gembira kes telah selesai
‘ Herman berapa kau kena.... ‘ Yok bertanya.
‘ Tiga..’ Aku menjawab.
‘ Mahmud berapa ...’ Lagi pertanyaan.
‘ Sama...’ Mahmud menjawab ringkas.
‘ Semua kena tiga rotan... ini Tuan Syed bakar Barakhbah... orang berilmu.... hanya ditulis kita isap rokok dalam Black Book..... Hatta kau tak minum kan....’ Wabbit bertanya pada Hatta.
‘ Dia isap rokok je....’ Aku menjawab.
Minum beer atau tidak minum semua kena tiga rotan dari Guru Besar. Ditulis dalam Buku Hitam kesalahan merokok. (TT)
TULISAN INI JUGA
DITERBITKAN DAM PORTAL
MALAYSIANOW.NOW
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/10/27/buku-hitam
BANJIR RIBUT TAUFAN ?
Terlalu awal untuk ramal cuaca pada tempoh PRU15 – MetMalaysia
KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membuat ramalan cuaca pada tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bulan depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Arip berkata, corak cuaca tidak boleh ditentukan pada masa ini kerana negara masih berada di Fasa Peralihan Monsun yang bermula 3 Okt lepas hingga bulan depan.
“Ada 10 hari lagi sebelum penamaan calon pada 5 Nov ini dan agak sukar untuk kita (MetMalaysia) ramalkan sama ada cuaca baik atau buruk pada masa itu.
“Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan maklumat cuaca dalam tempoh empat atau lima hari sebelum itu,” katanya dalam segmen ‘Ketidaktentuan Cuaca dan Kesan’ program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Okt lepas menetapkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon, 15 Nov sebagai tarikh pengundian awal dan 19 Nov sebagai tarikh pengundian.
Mohd Hisham berkata, Malaysia dijangka tidak mengalami cuaca luar biasa dalam fasa peralihan monsun dan taburan hujan masih berada di paras normal di kebanyakan negeri setakat bulan ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca fasa peralihan monsun kebiasaannya bersifat sekejap dengan cuaca cerah di sebelah pagi manakala lebih banyak ribut petir pada sebelah petang.
Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat cuaca yang disebarkan oleh netizen dan sebaliknya hanya merujuk kepada MetMalaysia.
BANJIR RIBUT
TAUFAN
BELUM PASTI
AMIN
YANG PASTI
PRU15 DALAM
MUSIM HUJAN
AMIN
INI UNTUK
SELAMATKAN
PENCURI PENYAMUN
PERASUAH
DARI MASUK JIL
AMIN
KHALAS
BAIK UNTUK PAKATAN
Anak Nik Aziz
bertanding lagi,
kini bersama PKR
Anak kepada bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) di bawah tiket PKR.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pada sidang media berhubung “calon bertaraf tokoh” meliputi pelbagai bidang yang bakal diketengahkan PKR.
Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan secara terperinci kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang bakal ditawarkan kepada anak bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Pada PRU14, Nik Omar yang mewakili PH tewas dalam pertembungan tiga penjuru antara BN dan PAS di kerusi DUN Chempaka selepas hanya memperoleh 2,418 undi.
Ketika ditanya sama ada beliau sudah meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR, Nik Omar bagaimanapun hanya jawab secara berkias.
"Yang penting kita dalam satu PH.
“Keberadaan di sini untuk komitmen tentang konsisten untuk bawa kerajaan yang berpaksi kepada keadilan," katanya.
Selain Nik Omar, enam lagi calon yang dikemukakan PKR terdiri daripada mantan pegawai kanan perkhidmatan awam dan ahli akademik serta golongan muda iaitu Zainal Azman Abu Seman, Hassan Basri Awang Mat Dahan, Nor Aishah Mydin Abdul Aziz, Saipol Yazan Yusop, Juftri Joha dan Fathin Amelina Fazlie.
Mereka akan bertanding di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perlis.
Menurut Anwar, pengumuman rasmi calon PKR akan diumumkan pada Jumaat ini.
INI LANGKAH
BIJAK
AMIN
PAKATAN PERLU
DAPATKAN
SEBANYAK MUNGKIN
UNDI MELAYU
AMIN
TANPA UNDI
MELAYU PAKATAN
AKAN KANTOI
AMIN
KHALAS
DUNIA TAK STABIL
DUNIA
TAK STABIL
AMIN
KHALAS
"BENTUK POLITIK HARI INI"
takyah labun bro..sejak dulu lagi dunia tidak stabil..sejak zaman firaun lagi tak stabil sb kelahiran nabi yahudi musa as.zaman muhamad pun tak stabil..krisis dunia adalah krisis pemimpin..kisah berebut harta rompak juga bole dilihat ketika ini..zaman baitul hikmah pun tidak stabil..harga telur tak stabil, anwar tak stabil, zahid jawa tak stabil kalo umno bn kalah, ismail penyu tak stabil kalo zahid menang sb mail bawak wawasan blurbery..stabil bermaksud anak dan isteri2 selamat dari miskin harta dunia, tanpa harta dunia harta akhirat sukar diperolehi..si miskin berpahala haya dgn senyuman, si kaya berpahala lebih besar dgn menjual syurga neraka di batu hitam..ada syurga utk org2 kaya..maka defini stabil itu cubaan utk menakotkan umat.PH menang, istana stabil tak?