Rabu, 2 November 2022
SALUT UNTUK RAFIZI
PKR lihat semula calon di Sg Buloh, kata Rafizi
PKR akan mengkaji maklum balas pengundi Sungai Buloh selepas Umno mencalonkan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.
Timbalan presiden Rafizi Ramli menerusi Twitter berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Anwar Ibrahim, mengatakan kata putus terletak pada presiden.
“Saya akan berbincang dengan Anwar Ibrahim mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh mengenai calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan.
“Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” kata Rafizi.
PKR menamakan bekas bendahari agung MIC Ramanan Ramakrishanan, sebagai calon parti itu di Sungai Buloh.
Umno sebaliknya mencalonkan Khairy, bekas ahli Parlimen tiga penggal bagi Rembau di Negeri Sembilan, sebagai pilihannya untuk kerusi itu.
Pengguna Twitter baru-baru ini mempersoalkan tindakan PKR menggantikan penyandang Sivarasa Rasiah dengan Ramanan.
Sivarasa, seorang veteran PKR yang menjadi ahli Parlimen sejak 2008, telah digugurkan untuk pilihan raya umum akan datang.
Seorang pengguna twitter, Vikraman Munia menggesa PKR mencalonkan orang lain menggantikan Ramanan.
Seorang lagi pengguna twitter, Seterika menuntut PKR meletakkan Sivarasa sekali lagi, menyatakan bekas ahli Parlimen itu adalah seorang pemimpin yang progresif dan berdedikasi.
Sementara itu, Muhd Saufi Ahmad berkata Sungai Buloh merupakan kerusi yang boleh menang bagi PKR, justeru parti itu perlu mempertimbangkan untuk menamakan calon heavyweight.
“Jika PKR meletakkan seseorang yang kurang kredibiliti, saya rasa ahli PKR juga akan mengundi KJ,” katanya di Twitter. – 2 November, 2022.
SALUT
UNTUK RAFIZI
AMIN
MELIHAT JELAS
POLITIK S. BULUH
AMIN
TERUSKAN SIKAP
TERBUKA INI
AMIN
KHALAS
ADA TALI BARUT IMIGRESEN
Pegawai imigresen ditahan seludup warga asing
SEORANG pegawai imigresen ditahan kerana disyaki membawa enam lelaki warga India memasuki negara ini tanpa dokumen sah dalam sindiket menyeludup warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di Sepang, semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata enam lelaki India itu turut ditahan pada 7.45 malam.
Beliau berkata kesemua warga asing berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun itu, cuba memasuki negara ini untuk bekerja tanpa pas yang sah serta mengelakkan bayaran levi.
“Modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan menawarkan e-visa palsu kepada mereka untuk memasuki Malaysia sebagai pelancong.
“Sindiket akan menyediakan kemudahan tempat tinggal, program lawatan dan sejumlah wang bagi menunjukkan seolah-seolah mereka pelancong tulen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata pegawai imigresen berusia 31 tahun itu didapati bersubahat dalam sindiket itu dengan menurunkan cop ke atas pasport tanpa merekodkan perjalanan warga asing tersebut ke dalam sistem myIMMs.
Menurutnya berdasarkan maklumat risikan, sindiket tersebut dipercayai beroperasi sejak April lepas dengan mengenakan bayaran antara RM5,000 dan RM,6000 kepada setiap pelawat.
“Kesemua warga asing terbabit disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 kerana cuba memasuki Malaysia secara tidak sah, manakala pegawai imigresen itu pula akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 setelah perintah reman diperoleh,” katanya.
Menurutnya Jabatan Imigresen akan terus meningkatkan usaha perisikan serta operasi bagi membenteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
“Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak walaupun ia melibatkan pegawai kami sendiri.
“Mereka yang didapati bersalah akan menerima hukuman sewajarnya di bawah undang-undang berkaitan,” katanya. – Bernama, 2 November, 2022.
ORANG RAMAI
DAH LAMA SYAK
ADA TALIBARUT
IMIGRESEN BUAT
KERJA JAHAT
AMIN
DUIT RASUAH
BAWA BAHAYA
PADA NEGARA
AMIN
BILA RASUAH
MENULAR
MAKA BENTENG
NEGARA
HANCUR
AMIN
KHALAS
BRAZIL AKAN KACAU
Bolsonaro breaks election silence but refuses to recognise Lula’s victory
Defeated president speaks after two days but fails to congratulate opponent and does not explicitly say he respects result
Presiden sayap kanan Brazil, Jair Bolsonaro, berdiam diri selepas kekalahannya dalam pilihan raya kepada pesaing kirinya Luiz Inácio Lula da Silva.
Para pemimpin dunia telah melangkah ke hadapan untuk mengiktiraf kemunculan semula politik Lula yang menakjubkan, termasuk presiden AS, Joe Biden, perdana menteri UK, Rishi Sunak, pemimpin Rusia, Vladimir Putin, dan ketua parti Komunis China, Xi Jinping.
Luiz Inácio Lula da Silva meraikannya selepas memenangi pilihan raya larian presiden hari Ahad di Brazil.
Tetapi Bolsonaro - seorang radikal pro-diktator yang telah berulang kali membayangkan dia mungkin tidak menerima kekalahan - masih belum mengaku.
Mesej terakhirnya di Twitter - petikan dari buku Efesus dalam Alkitab - telah disiarkan pada dua minit sebelum tengah malam menjelang pilihan raya yang beliau kalah dengan kelebihan lebih 2 juta undi.
Dengan 100% undian dikira, Lula memperoleh 50.9% kepada Bolsonaro 49.10%. Lula menerima 60.3 juta undi manakala penyandang sayap kanan mendapat 58.2m.
INI TANDA
KACAU BILAU
AKAN BERLAKU
DI BRAZIL
AMIN
INI KELEMAHAN
POLITIK UNDI
AMIN
KALAU YG
DILAWAN KALAH
TAPI DEGIL
AKHIRNYA GADUH
NEGARA HANCUR
AMIN
KHALAS
MEREKRUT TUHAN
MEREKRUT
TUHAN
AMIN
Unknown commented on
"HARI HARI AKHIR
SAEKOR ANNUAR MUSA"
tidak mahu mendahului qadak dan qadar” yang ditentukan Tuhan. jika merekrut tuhan boleh menaikkan nilai islam dan iman seseoramg, malaon ini tentu akan jadi insan kamil di langit apatah lagi di bumi. adapun malaon penyamun pencuri waktu di hari2 akhir nak melingkup dan diheret ke penjara memang bermulut para wali dan kiyai. kita semua pun jadi bodoh terngamga waktu disebut qadak qadar ke sana tuhan ke sini tuhan. si zahid jawa jika disabit kes lepas ini memang akan jaja nama tuhan ke sana ke mari? Gwa tolong sebut Aaamiiinn
I GOT DE NUMBO
I GOT
DE NUMBO
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PAKATAN 100 KERUSI
DALAM TANGAN"
Kah kah kah jangan confident sangat woit, I got the numbers dah cerita lama, sebelum apa apa mulut boxing kiri kanan sebab susah nak jadi betul, awal awal hulur batang Pisang kat dia kah kah hubaya budaya orang Melayu islang jadi mangsa rasuah, kesian oh kesian, terima rasuah kerana jadi mangsa bukan sebab nak kaya Raya bukan sebab nak enjoy menjoy kah kah kah inilah level parti pelacur sekarang, selepas tok guru semua hancur kah kah kah
ANNUR MUSA TAK SOKONG ANWAR IBRAHIM JADI PM
ANNUAR MUSA
DIGUGUR KERANA
TAK SOKONG
ANWAR IBRAHIM
JADI PM
AMIN
KHALAS
DUIT KEMPEN DAN PILIHAN RAYA
DUIT KEMPEN DAN PILIHANRAYA
Pilihanraya datang lagi. Kali ini pilihan raya ke 15. Maknanya kita warga Tanah Melayu semenjak tahun 1955 telah melalui 14 kali pilihanraya.
Tahun 1964 kali pertama Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Tanah Melayu menjalankan pilihan raya. Kemudian Singapura meninggalkan Malaysia tapi Sabah dan Sarawak terus bersama Semenanjung membuat pilihan raya lima tahun sekali.
PRU15 kali ini jatuh pada bulan November. Masa berkempen untuk PRU15 ialah dua minggu. Penamaan calon pada 5 November – mengundi awal pada 15 November. Pada 19 November hari mengundi seluruh negara.
Dari segi teorinya pada Ahad 20 November 2022 satu kerajaan baru akan ditubuhkan.
Pilihan raya telah menjadi budaya kehidupan kita semua. Seyogia di beri tahu bahawa bukan semua negara dalam dunia ini ada mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil untuk mendirikan kerajaan seperti yang telah kita lakukan selama 14 kali.
Rakyat di Republik Rakyat China belum pernah mengundi seperti kita. Begitu juga warga Arab Saudi. Ada negara di Afrika seperti Sudan dan Somalia telah menjalankan pilihanraya tapi kuasa di rampas oleh tentera.
Pada tahap ini memangkah atau mengundi adalah satu-satunya cara untuk mencari perwakilan. Cara mengundi yang kita lakukan bukan satu yang lahir dari pembudayaan kita sendiri.
Membuat sambal petai, memasak patin tempoyak atau memasak menggunakan santan dan belacan adalah hasil dari pembudayaan kita sendiri. Ini kita boleh klim sebagai bentuk budaya berasal usul dari bumi kita.
Angguk kepala , angkat tangan atau mengaku setuju adalah cara penerimaan lantikan Ketua Adat dalam budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan. Cara ini lahir dari budaya sawah padi.
Mengundi lima tahun sekali ini diperkenalkan kepada kita oleh bekas kuasa kolonial Inggeris. Ini sistem moden pelantikan bakal pemimpin dalam negara moden.
Justeru tidak hairan walau pun kita membudayakan cara baru memilih ketua – cara lama yang tidak moden juga masih kita guna pakai.
Cara lama kita melantik siapa ketua kita melalui sistem feudal. Kuasa dimiliki oleh darah keturunan. Undi atau pangkah tidak digunakan dalam sistem feudal ini.
Kita tidak menggunakan cara feudal 100% dalam melantik perwakilan untuk penyambung suara kita. Kita tidak seperti sistem feudal di Saudi atau di Berunai.
British dengan licik dan bijak telah mengeram dan menetaskan sistem Raja Perlembagaan. Konsep dan lembaga Parlimen diwujudkan.
Peranan kaum feudal masih ada. Perwakilan feudal tidak di lupus 100% seperti di Indonesia. Raja kita Raja Perlembagaan. Raja masih berfungsi dalam Parlimen.
Mengundi ini ditakrif sebagai manifestasi demokrasi. Demokrasi memberi makna suara ramai – suara orang ramai. Justeru siapa yang dapat undi lebih akan dilantik sebagai pemimpin.
Pada tahap sekarang cara mengundi - mengira kelebihan undi – adalah satu satunya cara yang boleh diguna pakai. Sistem pengundian yang diteroka oleh kolonial Inggeris lebih dari 700 tahun dahulu masih dilihat sistem terbaik untuk melantik perwakilan walau pun asal usul demokrasi ini berasal dari Greece.
Menjalan proses demokrasi mengundi ini bukan murah. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di lapor akan menggunakan lebih 5 bilion ringgit untuk menjalankan PRU15.
Lembaga SPR mendapat dana dari kantung negara.
Lalu timbul persoalan. : Dari mana pula dana untuk membiayai bakal YB.
Dana dalam proses demokrasi inilah yang wajib menjadi persoalan. Dana untuk jadi YB walau pun tidak dilihat – halimunan. Peranan dana ini tidak nampak oleh mata kasar. Malah dengan mata halus pun susah nak di lihat.
Peranan dana untuk YB ini wajib difahami untuk menyedari apakah konsep undi sebagai suara rakyat betul-betul bergerak.
Untuk memahami dana untuk jadi YB ini kita boleh membuka kesah pilihan raya di Amerika. Sistem pengundian dan pemilihan Presiden di Amerika baru berumur 200 tahun tidak setua 700 tahun sistem Parlimen Westminster di United Kingdom.
Ketika Obama, Trumps, Bush atau Biden berkempen untuk menjadi Presiden mereka memerlukan anggaran 2 bilion dolar. Malah sesiapa saja yang mahu bertanding untuk menjadi Presiden Amerika memerlukan dana yang amat lumayan.
Dana ini diperlukan untuk berkempen. Berkempen memerlukan dana. Dari mana dana untuk berkempen akan datang ?
Dari sinilah peranan para pelobi yang berselirat membuka pejabat di Washington DC. Para pelobi ini mewakili pelbagai syarikat dan industri. Para pelobi ini akan bersedia memberi dana kepada calon bakal Presiden.
Ada pelobi dari syarikat tembakau, syarikat kilang minyak, syarikat cari gali, syarikat pembuat kereta, syarikat pembuat senjata. Seribu satu macam syarikat yang memiliki kepentingan bersedia memberi dana kepada bakal calon Presiden.
Presiden Amerika adalah sosok terkuat , terhebat dan terunggul dalam dunia. Belum ada lagi kerusi kuasa yang sehebat penunggu Rumah Putih.
Kuasa ini wajib dirapati jika ada apa-apa diperlukan.
Duit dari syarikat ini bukan datang dengan percuma. Duit ini adalah sebahagian dari pelaburan syarikat tersebut. Dana akan diberi dengan syarat kepentingan syarikat itu akan di jaga.
Jelas akidah demokrasi – dari rakyat untuk rakyat – yang menjadi rukun demokrasi Amerika kini telah beralih. Dana yang masuk ini lebih berkuasa dari undi orang ramai. Dana ini diperlukan untuk mencari dan memungut undi orang ramai.
Duit yuran dan duit derma anggota parti atau kutipan makan malam jumlahnya hanya tahi hidung berbanding dengan cek berjuta dolar yang di tanda tangani oleh syarikat.
Calon Presiden akan bersuara seolah-olah untuk pengundi – untuk kepentingan orang ramai tapi dibelakang Presiden Amerika ialah kepentingan syarikat pelobi.
Sebagai contoh - syarikat cari gali mahu kelulusan korek bumi tanpa di ganggu oleh Jabatan Alam Sekitar. Syarikat ubat mahu pil ini atau vaksin itu diluluskan dengan segera. Syarikat tembakau mahu kurangkan iklan merokok.
Pak Dalang paling besar di Amerika ialah Industri Pembuat Senjata – Military Industrial Complex.
Hari ini demokrasi Amerika telah dikorporatkan. Semua lembaga demokrasi – Dewan Senat dan Dewan Kongres – juga telah di korporatkan. Hakikatnya hari ini Presiden Amerika hanya menjalankan dasar untuk kepentingan korporat.
Industri yang paling berkuasa di Amerika hari ini adalah industri pembuat senjata. Kuat sekali pengaruh industri senjata ini. Industri ini akan mentakrif siapa kawan Amerika dan siapa musuh Amerika.
Hakikatnya dasar luar negara Amerika hari ini di kendali oleh syarikat industri senjata.
Senjata makna perang.. Maka industri senjata inilah yang akan memastikan perang berterusan agar kilang senjata terus meneruskan membuat senjata.
Pada awalnya demokrasi di Amerika adalah dari rakyat untuk rakyat. Pungutan undi adalah gambaran suara rakyat. Semua berubah – 200 tahun kemudian politik Amerika telah di korporatkan.
Yang kita lihat wujud hari ini adalah kepentingan syarikat korporat yang menjadi kemudi arah dan garis politik Amerika.
Bagaimana dengan kita di Malaysia ?
Pilihan raya kita baru berlaku 14 kali. Pada tahun 1955 pilihanraya pertama proses demokrasi berjalan lancar. Boleh di takrif suci dan bersih. Begitu juga PRU2 PRU3 PRU4 .... suara rakyat masih dianggap suara keramat. Dari rakyat untuk rakyat belum tercemar.
Semua ini berubah sesudah PRU3 tahun 1969. Tragedi Mei13 membuka pintu DEB (Dasar Ekonomi Baru). DEB ini mengubah segala-segala terutama pada Melayu.
Ekonomi, nilai, pandangan hidup, pandangan dunia Melayu semua berubah. Di Malaysia ini jika Melayu berubah maka semua akan berubah. Jika Melayu tidak berubah maka semuanya statik.
DEB mempertemukan duit dengan kuasa politik. Pertemuan ini membuka apa yang dinamakan Money Politik. Ini di heboh -hebohkan dalam PAU ( Perhimpunan Agung United Malays National Organisation )
Membuat duit dan jadi kaya disarankan dan dicadangkan oleh DEB. Hendak buat duit wajib ada kuasa. Poster Boy kejayaan tema DEB antaranya adalah Daim Zainuddin. Sosok ini berjaya jadi kaya dalam masa yang sama sosok ini ada kuasa politik.
Hakikatnya jika hendak kaya maka wajib ada kuasa. Untuk mendapat kuasa perlu duit – perlu modal. Kuasa disini adalah kuasa untuk menjadi wakil rakyat – untuk menjadi YB.
Kalau dalam Parlimen kuasa Pak Menteri. Kalau dalam Dewan Undangan Negeri kuasa Menteri Besar dan Exco.
Justeru menjadi YB dan wakil rakyat dari parti yang berkuasa dilihat sebagai jalan terbaik untuk jadi kaya. Justeru parti yang berkuasa terus di kerumuni oleh aktivis dan penyokong.
Hendak mendapat kuasa memerlukan modal. Modal awal perlu dipakai untuk berkempen. Tanpa modal untuk berkempen tak mungkin akan dapat jadi Menteri atau jadi MB.
Kalau di Amerika semuanya wujud tersusun dengan pelbagai bentuk syarikat pelobi atau lembaga kaji selidik yang boleh menyalur dana untuk Obama atau Trump berkempen untuk mendapat kuasa.
Kita di Malaysia masih di tahap permulaan. Dana politik dalam konsep politik wang wujud. Ianya menjadi rahsia umum. Semua warga tahu. Dalam masa yang sama warga Malaysia juga buat-buat tidak tahu.
Walau dana politik kita masih di tahap permulaan. Ada yang wujud secara resmi dan tidak resmi.
RISDA, FELCRA atau MARA membuat program. Lembaga ini akan menjemput YB dari daerah itu. Semua ini adalah lembaga yang didirikan dengan dana kerajaan.
Sebagai contoh : beras, gula minyak , kicap, biskut dll - akan diberi oleh RISDA dengan percuma kepada bakal pengundi. Jangan terperanjat yang menyampaikan hadiah ialah YB yang mahu dicalonkan sekali lagi. Ini dilakukan sesudah Parlimen di bubar atau akan di bubar.
Ini cara halus bagaimana dana politik dari Syarikat Kerajaan disalurkan kepada YB dari parti yang berkuasa.
Sesudah PRU14 kita bernasib baik. Kita dapat melihat berkepuk-kepok ringgit tunai ditemui bila rumah Najib diserbu polis. Semua ini adalah sumbangan dana politik. Ini bukti – cash is king.
Kes dana politik yang menyerlah bogel terbuka ialah kes VLN (Visa Luar Negara ) Zahid Hamidi. Kes ini memberi kita maklumat bagaimana syarikat yang mendapat kontrak VLN kemudian memberi sumbangan bulanan kepada parti politik.
Ini dua contoh yang di buka di mahkamah hasil kemenangan PRU14.
Sebenarnya kita tidak tahu betapa banyaknya jaringan antara Towkay, Cukong dan Pemilik Syarikat melabur untuk memenangkan bakal calon.
Lagi berwibawa – lagi berpotensi calon untuk jadi Menteri atau Perdana Menteri lagi lumayan dana mencurah. Duit ‘ cash’ masuk sebagai sumbangan kepada dan parti.
Seyogia diingati bahawa curahan dana politik wang ini hanya berlaku untuk parti yang memiliki kuasa dan akan mempertahankan kuasa.
Parti pembangkang yang tidak berkuasa tempias pun tidak hinggap. Amin
Negeri Sembilan dan Selangor di bawah PKR. Pulau Pinang di bawah DAP. Ini juga bermakan mereka juga diiktiraf sebagai parti yang berkuasa.
Dana politik juga pasti ada kerana ini watak kuasa. In watak dan hukum pilihan raya. Ini syarat politik mengundi – electoral politic. Di mana ada kuasa pasti ada pelaburan datang.
Apalah semua ini ditakrif sebagai rasuah? Apa yang Towkay dan Cukong dapat nanti ? Tunggu minggu hadapan untuk pencerahan. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/409218
SHAHIDAN PAKAI TIKET PAS ?
Shahidan umum tanding juga di Arau
SHAHIDAN Kassim akan bertanding juga di Arau selepas beliau tidak dicalonkan semula bertanding sebagai wakil Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini, lapor Utusan Malaysia.
Beliau memberi bayangan akan memilih bertanding atas tiket parti yang condong ke arah penyatuan ummah.
“Saya calon boleh menang, saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa.
“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional. Setakat ini, belum ada perbincangan lagi, tapi mereka sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadap saya,” katanya, seperti dipetik laman web Utusan Malaysia, malam ini.
BN malam ini mengumumkan ahli perniagaan Rozabil Abd. Rahman bertanding di Arau.
Shahidan juga berkata Rozabil yang menggantinya sebagai calon di Arau bukan ada jawatan dalam parti dan orang luar dari Pulau Pinang yang pernah diambil bekerja dengannya.
“Dia (Rozabil) orang Pulau Pinang, dia mai jenguk-jenguk Perlis saya lantik sebagai setiausaha politik dan akhirnya saya tidak sangka dia melawan saya balik.
“Apa yang pasti Insya-Allah confirm saya akan bertanding,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) pula yang juga mengumumkan senarai calonnya serentak malam ini tidak mengumumkan calon bagi Arau.
Shahidan bertanding pilihan raya di Arau sejak 1986 dan tidak pernah kalah.
Beliau empat penggal jadi Adun Tambun Tualang dan empat penggal juga jadi Ahli Parlimen Arau. – 1 November, 2022.
SHAHIDAN BALL
PAKAI TIKET PAS
KAH KAH KAH
INI TEPAT LAGI
BETUL
KAH KAH KAH
PEMINAT BUDAK
SEKOLAH BERTEMU
PELACUR
KAH KAH KAH
AMIN
ZAHID BAKAL PERDANA MENTERI
Ahmad Zahid mahu jadi PM ke-10, kata penganalisis
AHMAD Zahid Hamidi cuba meletakkan dirinya sebagai bakal perdana menteri Umno tetapi untuk merealisasikan impiannya penyandang parlimen Bagan Datuk itu perlu mewujudkan penyokong setia, kata pakar.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight senarai calon Parlimen Umno yang diumumkan malam tadi padat dengan penyokong Ahmad Zahid.
Presiden Umno itu ketika mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) malam tadi, menggugurkan beberapa veteran Umno seperti Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Zahidi Zainul Abidin selain tidak mendedahkan calon untuk Parlimen Tanjung Karang, Jempol, dan Kuala Nerus.
Ketiga-tiga kerusi itu telah menjadi topik hangat sejak beberapa hari ini atas sebab yang berbeza.
Semalam muncul klip video menunjukkan penyokong Noh Omar menangis selepas mendengar berita beliau digugurkan daripada bertanding di Tanjung Karang.
Walaupun cuma beberapa jam sebelum pengumuman Ahmad Zahid, klip video itu menunjukkan Noh kelihatan muram keluar dari pusat khidmat ketika penyokongnya melaungkan sokongan terhadapnya.
Noh merupakan ahli Parlimen Tanjung Karang enam penggal dan dilihat secara meluas sebagai panglima perang parti di Selangor. Beliau juga merupakan ketua Umno dan BN Selangor.
Namun dilaporkan Ahmad Zahid tidak berminat mengekalkan Noh malah merancang untuk menggugurkannya bersama beberapa veteran Umno yang juga menteri dalam Kabinet Ismail Sabri Yaakob.
Bercakap kepada The Malaysian Insight Hisomudin Bakar dari Ilham Center berkata jelas Ahmad Zahid mahukan pasukan ahli Parlimen yang boleh mengikut arahan parti.
Memetik insiden membabitkan Muhyiddin Yassin ketika presiden Bersatu menjadi perdana menteri, Hisomuddin menjelaskan Ahmad Zahid tidak mahu ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan parti.
“Apabila Umno mahu tarik balik sokongan kepada Muhyiddin ada ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan Ahmad Zahid. Beliau tidak mahu perkara ini berulang.”
“Oleh itu beliau letak muka baru yang akan bersetuju dalam hal parti. Pastinya beliau juga meletakkan dirinya untuk menjadi perdana menteri, tetapi sebelum beliau boleh berbuat demikian, beliau perlukan pasukan yang boleh mengikut arahan parti,” kata Hisomuddin.
Umno dan PKR pilih calon yang setia kepada presiden
Bersetuju dengan Hisomuddin ialah Badrul Hisyam Ismail dari Iman Research yang berkata jelas Ahmad Zahid sedang mengintai jawatan tertinggi negara.
Namun tambahnya menarik untuk melihat perkembangan terkini dalam Umno yang mirip apa yang berlaku dalam PKR,yang juga menggugurkan calon yang dianggap sebagai pembangkang terhadap kepimpinan.
“Menarik melihat perkembangan terbaru ini. Semasa Umno cuba ganti muka lama, PKR juga buat perkara sama. PKR calonkan mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim.
“Mereka yang sehaluan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali tidak dinamakan sebagai calon. Jadi bagi saya sangat menarik untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Apa yang jelas Umno dan PKR mahukan ahli Parlimen yang boleh kekal setia kepada presiden mereka,” kata Badrul.
Malaysia akan mengundi pada 19 November. Pengundian awal pada 15 November. Hari penamaan calon pada 5 November. – 2 November, 2022.