Isnin, 21 November 2022
ANWAR KATA MUHYIDIN TAK CUKUP NUMBO
Dakwaan Perikatan ada sokongan 112 ahli Parlimen tidak benar, kata Anwar
PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendakwa bahawa angka yang dikeluarkan oleh Perikatan Nasional (PN) tidak boleh betul kerana rundingan masih berjalan.
“Tidak betul. Saya katakan dengan jelas,” kata Anwar, yang kelihatan sangat yakin apabila ditanya pemberita.
Terdahulu semasa sidang media, presiden PKR itu juga berkata PN perlu mengemukakan bukti bagi dakwaan tersebut.
“Itu dakwaan mereka,” katanya ringkas.
Terdahulu, Hamzah Zainudin berkata gabungan itu telah mengemukakan lebih 112 akuan berkanun (SD) daripada ahli Parlimen untuk menyokong pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Setiausaha agung PN itu berkata bilangan SD adalah lebih daripada 112 yang diperlukan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik perdana menteri membentuk kerajaan.
PN memenangi 73 kerusi pada pilihan raya umum Sabtu dan perlu membentuk pakatan dengan gabungan lain untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Pakatan Harapan (PH), yang memenangi 82 kerusi, juga melakukan langkah serupa.
PH dan Barisan Nasional (BN), yang mempunyai 30 kerusi, mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan keputusan muktamad yang belum diketahui secara rasmi. – 21 November, 2022.
SAPA ADA
NUMBO DIO
JADI PM
KAH KAH KAH
ABAM KATO
ABAH TAKDO
NUMBO
KAH KAH KAH
ANWAR KATO
DIO ADO NUMBO
TAPI KALAU
DAH ADO NUMBO
PASAI APO KONO
RUNDING LAIIE
KAH KAH KAH
DUDUK TORUS
KERUSI PM
KAH KAH KAH
NI YANG
TAK SEMONGGAH
KHALAS
TAHNIAH PERAK - KERJA SAMA BN DAN PH
Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak petang ini
AHLI Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini selepas kesemua wakil tertinggi parti negeri selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh tengah hari tadi.
Beliau berkata Saarani yang mewakili Barisan Nasional (BN) bersama Naib Pengerusi DAP Perak Dr Aziz Bari, mewakili Pakatan Harapan (PH) menyembahkan kepada Sultan Nazrin berkaitan persetujuan kedua-dua pihak untuk membentuk kerajaan selepas gabungan itu memperoleh 33 kerusi.
Menurut Mohd Annuar, Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Pesuruhjaya PAS negeri Razman Zakaria dan Setiausaha Bersatu Zainol Fadzi Paharudin pula memaklumkan mereka hanya mempunyai 26 kerusi yang tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri.
“Oleh kerana wakil-wakil daripada PN tidak menentang, tiada pertikaian, maka baginda berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh wakil BN dan juga wakil PH iaitu mereka hanya mengemukakan satu calon tunggal sebagai Menteri Besar daripada kedua-dua belah pihak iaitu Kota Tampan Datuk Seri Saarani,” katanya di pekarangan Istana Kinta.
Mohd Annuar berkata berikutan terdapat persefahaman dan kepentingan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) segera bersidang bagi meluluskan belanjawan, Sultan Nazrin memperkenan supaya istiadat angkat sumpah menteri besar dilaksanakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 5.30 petang ini.
PH dan BN hari ini bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perak selepas masing-masing mendapat 24 dan sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.
Saarani yang merupakan Pengerusi BN Perak dan Pengerusi Umno Perak dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan sejak 2004 dan dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke-14 sejak 10 Disember 2020.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dari 2018 hingga 2020.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Saarani mendapat 5,468 undi menewaskan Mohd Jamil Yahya (PN) dan Mohd Sabri Abdul Manaf (PH).
Kerajaan Perak sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, Bersatu dan PAS. – Bernama, 21 November, 2022.
TAHNIAH
TERBAIK
SATU PERMULAAN
SEHAT
AMIN
PH ADA DAP
BN ADA UMNO
AMIN
SATU PETANDA
AMAT BAIK
KHALAS
PM ADA KUNCI BANK
JADI PM
ADA KUNCI BANK
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"TANPA PAKATAN"
Ini lah politik sekarang, yang penting jawatan PM, semua nak jawatan PM, untuk itu sanggup fitnah, sanggup khianat, sanggup tipu, sanggup semua asal pegang jawatan, tetapi paling penting pegang kunci bank negara, itu yang penting, kah kah kah Mahyuddin curik 500 billion semasa masa singkat, parti baru tubuh begitu banyak wang, dia belajar dari Bossku, nak menang pilihanraya kena banyak duit, dia bersedia awal, masa kempen lihat poster, bendera banner cukup banyak sebab bersedia wang, tetapi penyokong tak kisah, asal ada masuk semua jalan, masa depan negara ekonomi negara kenaikan harga barang semua ahli kenangan lama,
merompak akan diteruskan sama saja siapa pun perintah, dunia ke belakang lagi terutama negaraku ini, syukur lah susah selesai gabungan perasuah, perompak, penyamun akhirnya berjaya kah kah kah akan sampai masa orang Melayu sampai kesedaran tetapi mungkin terlewat ketika itu, kita tunggu dan lihat, tak akan Melayu hilang dalam dunia, tetapi sejarah melayu membuktikan bahawa bangsa sendiri kaum sendiri agama sendiri akan menghancurkan sendiri kah kah kah bukan Yahudi bukan komunis tetapi orang kita sendiri kah kah
PAKATAN CDAN BN - TUBUH KERAJAAN PERPADUAN
Pakatan mahu bentuk kerajaan perpaduan dengan BN, kata Anwar
PAKATAN Harapan (PH) sedang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) untuk kestabilan negara, kata Anwar Ibrahim.
Pengerusi PH itu juga berkata beliau masih lagi calon perdana menteri gabungan itu.
“Kita sudah bincang dengan BN. Isu paling penting ialah mewujudkan kerajaan yang stabil, yang inklusif, yang menjaga kepentingan rakyat di negara ini.
“Saya masih optimis yang kita akan dapat membentuk kerajaan yang lebih telus dan demokratik demi kepentingan rakyat,” katanya di hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, petang ini.
Tambah Anwar, BN telah meminta sedikit masa untuk memuktamadkan keputusan untuk kerajaan gabungan.
“Rundingan berjalan lancar, cuma pemimpin BN memohon sedikit waktu sebelum memuktamadkan keputusan selepas membuat mesyuarat dengan parti lain,” katanya.
Menurutnya, seramai tujuh wakil BN melakukan rundingan dengan PH tadi dan rundingan itu berjalan lancar.
Anwar berkata, pihaknya berpuas hati dalam rundingan itu yang membincangkan keperluan mewujudkan kerajaan perpaduan yang bersifat inklusif, selain dalam soal ekonomi.
“Perbincangan lebih kepada isu dasar dan keperluan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan inklusif,” katanya.
Ketika ditanya sama ada BN ada meletakkan syarat termasuk menggugurkan pertuduhan mahkamah, Anwar berkata, isu berkenaan tidak bincang sama sekali secara formal atau peribadi.
“Kes-kes itu tidak berkaitan dengan apa yang telah dibincangkan. Mahkamah, mahkamah lah, ia tidak terikat dengan apa dipersetujui kerajaan.
“Badan kehakiman harus bebas, jangan dikaitkan dengan eksekutif, isu berkenaan tidak dibincangkan langsung.
“Mahkamah tidak terikat dengan kerajaan, badan kehakiman harus bebas,” katanya. – 21 November, 2022.
APAKAH INI
AKAN BERJAYA ?
AMIN
APAKAH AKAN
DI SAILANG
OLEH MUSUH
DALAMAN DAN
MUSUH LUAR
AMIN
KHALAS
TER NOWW TER HOTT TERKINI
PENUBUHAN
KERAJAAN
DITUNDA KE ESOK
JAM 2.00 PETANG
Istana keluarkan pengumuman Agung bertitah dan berkenan kepada semua parti untuk menghantarkan parti komponen dan nama-nama MP yang menyokong telah dilanjutkan selewat-lewatnya pada esok 2 petang.
KEMAH RUNTUH
KEMAH RUNTUH
KHALAS
Hudbenseman commented on
"KHEMAH BESAR"
Khemah besar dah ada , tapi depa dok khemah kecik dulu tunggu ribut sampai. TT ni slow la.
Unknown commented on
"KHEMAH BESAR"
Brader,,,, lu tertinggal bas ke? Khemah besar dah ada sebelum pru kot....team Zahid geng dgn ph,team mail geng dgn PN. Apa brader ingat dia cakap nak reform umno tu sekadar untuk raih undi ke? Yang paham dh paham itu maksudnya dia bagitahu saya ni PN! Brader ,, atuk kita walaupun kalah tapi dia betul brader,,, dia cukup pengalaman...sebab tu dia bagitahu dah Anwar dgn Zahid nak bergabung. Dia tak bagitahu BN ok
RUMAH AYAHTOLLAH
RUMAH
AYAHTOLLAH
KHALAS
Unknown commented on
"RUMAH AYAHTOLLAH KHOMEINI DIBAKAR"
Orang Arab baru sedar agama menjadi alat merosak masa depan mereka, menyaksikan mereka dibaculkan selama lamanya oleh para agamawan atas nama agama, kah kah kah akan sampai masa nanti di negaraku pun sama jugak, semua ulamak kena juga nanti kalau terus membodohkan orang atas ayat ayat kamu sekelian kah kah kah tunggu dan lihat
ANWAR ADO NUMBO
Anwar yakin bentuk kerajaan, nafi jumpa Zahid
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya PH mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan menerusi gabungan dengan parti lain.
Presiden PKR itu berkata, sekiranya persefahaman bersama parti yang akan bersama PH dicapai, perkara itu kemudiannya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
“Saya masih tegaskan pendirian saya kita sudah punyai majoriti dan mendapat sokongan dan saya yakin kita akan diberikan peluang untuk mentadbir negara.
“Perubahan parti dan kestabilan negara, menyelamatkan dari unsur-unsur negatif bagi memulihkan negara, itu adalah tugas bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan kediamannya di Sungai Long, Kajang malam ini.
Bagaimanapun, Anwar enggan mendedahkan parti mana yang akan menyokong PH bagi membentuk kerajaan dan membiarkan parti itu mengumumkan sendiri dalam masa terdekat.
“Sejak semalam lagi kita dah cukup (majoriti), biar parti berkenaan mengumumkan dengan siapa mereka akan bergabung dalam masa terdekat ini sama ada malam ini ataupun esok,” katanya.
Ditanya mengenai desas-desus beliau akan bertemu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi malam ini bagi membuat rundingan gabungan membentuk kerajaan, Anwar menafikan khabar angin itu.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, PH berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, BN (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Parti Warisan (3) dan masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Parti Bangsa Malaysia selain dua calon Bebas. – Bernama, 20 November, 2022.
ANWAR KLIM
DIO ADO
NUMBO
AMIN
KALAU BOTO
MAKO ANWAR
AKAN JADI PM
KE SEPULOH
KHALAS
RAFIZI SETUJU DENGAN KEMAH BESAR ZAHID ?
TINGGAL
BERAPA EKOR
TOK MAT AKAN BAWA LARI
5 EKOR ?
H20 AKAN LARI BAWA 10 EKOR
KAH KAH KAH
ADA TINGGAL BERAPA EKOR
DENGAN ZAHID
KHALAS
RAFIZI AKAN BAWA LARI
BERAPA EKOR
CHAN LI KANG
AKMAL
DAN
APAKAH
RAFIZI SETUJU
DENGAN KEMAH BESAR DENGAN ZAHID
KAH KAH KAH
KHALAS
Alhamdulillah dan Syukur
1. PM - Anwar Ibrahim - PH
2. TPM - Tok Mat - BN
3. DUN Pahang - MB BN
4. DUN Perak - MB PH
5. Jam 10am hari ini - Anwar & UMNO di Hotel Pacific PWTC
Maka dengan ini pembentukan kerajaan selesai dengan pakatan PH dan BN.
Kita boleh dan stabilkan negara*
Cadangan PH yg dipersetujui Zahid Hamidi:
PM: Anwar Ibrahim PKR
TPM 1: Mat Hassan BN
TPM 2: Shafie Afdal WARISAN (Sabah Sarawak)
Kerajaan PH 82+ BN 30 + Warisan 3 = 115
INI BUKTI PERLU KHEMAH BESAR
Pakatan, BN berunding bentuk kerajaan?
BARISAN Nasional (BN) yang terpukul dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk sebuah kerajaan sebelum 2 petang ini biarpun beberapa ahli parlimennya lebih condong kepada Perikatan Nasional (PN) yang dikuasai PAS.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, yang didesak untuk letak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya pada Sabtu, dijadual bertemu Pengerusi PH Anwar Ibrahim 10 pagi ini di Kuala Lumpur.
“Ada persefahaman, Zahid sebagai ketua blok BN mempunyai kuasa untuk berunding,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insight.
BN hanya menang 30 kerusi, jauh di belakang PH yang mempunyai 82 kerusi dan PN dengan 73 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Keputusan ini menjadikan tiada mana-mana gabungan mempunyai cukup majoriti mudah untuk membentuk kerajaan biarpun lebih 15 juta pengundi keluar mengundi pada Sabtu.
Jumlah ahli Parlimen BN dan PH cukup untuk membentuk sebuah kerajaan.
“Beliau menimbangkan masa depan jangka panjang Umno dan BN. Bersama dengan PN bermakna jadi pemain ketiga selepas dua parti Melayu – PAS dan Bersatu. Kalau bersama PH, Umno masih berpengaruh di kawasan luar bandar,” kata satu lagi sumber.
Bekas pengerusi BN Najib Razak yang kini merengkuk di penjara menghantar mesej supaya gabungan itu mengimbangi kepentingan jangka panjangnya dalam menentukan gabungan pilihan untuk membentuk kerajaan.
Sumber lain berkata ahli Parlimen BN sedia menyertai PH dan Gabungan Parti Sarawak kerana dijanjikan jawatan utama. Mereka juga selesa dengan Bersatu dan PAS, yang menjadi tulang belakang PN.
Rundingan dengan PN ini mengulangi episod pada awal 2020 ketika BN menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata sumber.
“Kita boleh panggil ini ‘scheme of things 2.0’ dengan sebuah Kabinet yang besar untuk puaskan hati semua pihak cumanya kali ini PAS yang dominan,” kata seorang pemimpin parti yang maklum dengan rundingan bersama kedua-dua pihak.
Ahli Parlimen BN yang mendapat jawatan utama dalam kerajaan PN sebelum ini, termasuk Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob yang kemudian jadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, serta Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.
Biarpun tidak mendedahkan tentang rundingan dan langkah Zahid, komponen BN MCA secara terbuka mendesak Zahid berundur. Desakan itu dilihat satu tekanan untuk bersama PN.
Difahamkan sesetengah ahli Parlimen BN bimbang akan diketepikan daripada jawatan utama namun seorang sumber PH memberi jaminan akan ada fleksibiliti.
“Yang paling penting ialah untuk bentuk sebuah kerajaan yang mewakili undi rakyat dan Malaysia,” katanya.
Sumber menjelaskan tempoh akhir 2 petang ialah untuk blok gabungan menyatakan pilihan perdana menteri mereka. Ini tidak akan merujuk akuan bersumpah peribadi ahli Parlimen untuk menentukan sokongan kepada perdana menteri.
Muhyiddin sebelum ini berkata PN sedang berunding dengan GPS, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, sementara GPS pada masa sama berkata BN terlibat dalam rundingan.
Namun Zahid dengan tegas menafikan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak. Beliau juga memberi amaran semua ahli Parlimen sudah memberi mandat kepadanya untuk membuat keputusan.
“Kita akan tahu menjelang 2 petang ini siapa yang cukup angka untuk bentuk kerajaan,” kata seorang pimpinan kanan PH. – 21 November, 2022.
WOIT
BAYANGKAN DARI
AWAL DAH ADA
KEMAH BESAR
DENGAN SABAH
DENGAN SARAWAK
AMIN
ADA SEFAHAMAN
ANTARA ANWAR
DG MUHYIDIN
SEMUA BERES
SEMUA SELESAI
AMIN
TAPI POLITKUS
EGO BESAR
SEMUA NAK
JADI PM
KAH KAH KAH
BUKAN NAK
URUSKAN NEGARA
DEMI
KESEJAHTERAAN
RAKYAT
KHALAS
KEMAH BESAR UNTUK ANWAR JADI PM
KEMAH BESAR
BUAT AWAL
SEBELUM UNDI
UNTUK ANWAR
JADI PM
KHALAS
SEKARANG
MACAM DAH
TERLAMBAT
KHALAS
Unknown commented on
"KHEMAH BESAR"
Pergi mampus dengan politik Malaysia.
Nazrio commented on
"KHEMAH BESAR"
Anwar jadi pembangkang yg kuat atok anak beranak tak dapat masok kemah besar tak dapat merosaK bocor bumbung kemah besar... atok anak2 mniaga kacang puteh semuLa
Unknown commented on
"KHEMAH BESAR"
Bro tt khemah tu dah buat awal. Takkan lu pun dah kena wayang kot? BN dh buat dgn PN. Cuma depa pecah lah buat syarat untuk pecahkan undi PH. Pastu lu nak sruh PH khemah besar dgn sapa? Grs mmg dh tolak dap. Dgn Pejuang ke? Melingkup adalah..
Nazrio commented on
"KHEMAH BESAR"
Anwar jadi pembangkang yg kuat... abah tak dapat masok kemah besar dan terbuang anak beranak mniaga kacang putih
Unknown commented on
"KHEMAH BESAR"
nothing sexy about politics tapi bila aku fikirkan dalam pembelajaran anak anak kita, Solar Sunat Dhuha Wajib Berjemaah hokAloh!
PERANG UKRAINE BERTERUSAN
PERANG
UKRAINE
BERTERUSAN
KHALAS
Unknown commented on
"RANCANGAN JAHAT ZELENSKY"
bukankah zelensky ni dianggap hero dunia?pelik tapi tak pelik..sudah dijangka..ibarat KJ akan kalah, maka mat bangla pun akan kencing dan berak atas kepala kj..mujur jd menantu pak lah, kalo tak, jangan harap nak jd ketua pemuda..teringat si arman yg ke china utk belajar kung fu dgn china komunis..sejak tun razak, hubungan malaysia dgn china komunis makin kuat terjalin..
Unknown commented on
"MENGUNDUR UNTUK MENIBAI"
padan muka ukraine..dpt bekas pelawak maharaja lawak jd presiden, abis dilawak kan umat2 ukraine..err, pompuan2 ukraine ni kalo dijadikan bini pun ok gak mcm sultan kelantan..