Jumaat, 25 November 2022

BEKAS KETUA HAKIM KEAN TIPU



Bekas ketua hakim kecewa Umno sokong Anwar


BEKAS ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad kecewa kerana Umno bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan membolehkan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik menjadi perdana menteri ke-10.

Langkah itu menyebabkan beliau berasa tertipu dan tidak lagi dapat menaruh kepercayaan ke atas Umno yang kini masih dipimpin presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagi saya, bahawa Umno dan BN berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa.

“Bergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu.

“Biar apa pun, saya merasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin Umno lagi. Selamat tinggal Umno,” katanya dalam tulisan di blog beliau tunabdulhamid.my.

Beliau menyebut demikian dengan membangkitkan rentetan rundingan yang berlangsung untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 menyaksikan tiada parti menguasai majoriti.

Jelasnya, walaupun pemimpin dewan tertinggi BN dan majlis kerja tertinggi Umno menegaskan menolak kerjasama dengan PH, perkara itu tetap berlaku.

Dengan nada kecewa Abdul Hamid mempersoalkan kenyataan awal Istana Negara yang menyebut baginda mendapati tiada pihak menguasai majoriti mudah.

“Tidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong Anwar,” katanya.

Kenyataannya disiarkan hari ini, selepas Anwar memberi jaminan agar sokongan majoritinya diuji di Dewan Rakyat dalam persidangan 19 Disember.

Abdul Hamid juga menuduh DAP bersikap licik kerana “tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU15 dan rundingan bergabung selepas PRU15”.

Beliau mendakwa tindakan ini menyebabkan orang Melayu tidak curiga terhadap parti berkenaan.

DAP semalam menyebut, kejayaan rundingan antara lain hasil disiplin ditunjukkan apabila para pemimpin parti tidak membuat kenyataan sepanjang rundingan berlangsung.

Parti tersebut dan PKR juga memberi amaran kepada ahli dan juga para penyokong agar tidak mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi meraikan kemenangan.

Anwar hari ini mengumumkan beliau hampir menguasai sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat dengan sokongan BN, GPS dan GRS. – 25 November, 2022

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

BEKAS KETUA

HAKIM PUN KENA

TIPU

KAH KAH KAH

INI SUDAH

BERAT

KAH KAH KAH

ORANG BIASA

YANG TAK TAHU

HUKUM PASTI

LAGI RAMAI

KENA TIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

LARI BOGEL KE PUTRAJAYA



WOIT

KALAU SLIM KIUT

KIRA OKAY

KAH KAH KAH

INI SADO BOTTOM

SURUH ANAK

PAK LEBAI NI

CARI MAT BANGLA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS



BERITA BAIK DARI MUHYIDIN



Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar, kata Muhyiddin

PERIKATAN Nasional (PN) tidak akan menyertai kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mahu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa, kata Muhyiddin Yassin hari ini.

Pengerusi PN ini berkata langkah ini diambil bagi menyuburkan demokrasi di negara ini dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan di Parlimen.

“PN akan memainkan peranannya sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen dan memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden Bersatu bagaimanapun berkata pakatan itu bersedia menjalin bentuk kerjasama lain dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik.


Beliau juga berterima kasih kepada Anwar kerana membuat tawaran untuk PN menyertai kerajaannya.

PN terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

Sebelum ini PAS berkata mereka akan mempertimbangkan tawaran Anwar untuk menyertai kerajaan perpaduannya.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pihaknya akan membincangkannya dengan sekutu PN parti itu dalam masa terdekat.

“Kami juga akan meninjau pandangan orang ramai yang memberikan sokongan menggalakkan kepada PAS dan PN pada pilihan raya umum,” katanya.

Semalam Anwar, 75, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali gus menamatkan kebuntuan pasca pilihan raya umum Sabtu lalu.

Hari ini Anwar berkata kerajaannya mendapat sokongan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6) Warisan (3) dan Parti Bangsa Malaysia (1).

Bersama PH, sokongan ahli Parlimen ini memberikan Anwar majoriti “meyakinkan” seramai 145 orang. – 25 November, 2022.

TERIMA KASIH

MUHYIDIN

AMIN

DARI AWAL

RAJA MELAYU

DAN SELAMATKAN

KITA SEMUA

DARI PAK LEBAI

AMIN

SEKARANG

MUHYIDIN PULAK

AKAN BLOK

PAK LEBAI 

AMIN 

SALUT UNTUK

 MUHYIDIN

KHALAS

ASALKAN BUKAN TALIBAN


ASALKAN BUKAN

TALIBAN

KHALAS

Awaiting moderation
cikminah commented on
 "DAP MINTA MAAF"

Kahkahkahkah.... DAP datang menyembah kat Abang Johari, Ketua Menteri Sarawak, mintak nyawa!!! Maknanya betullah cerita DAP cut off baget Sarawak semasa 22 bulan berkuasa dulu! Abang Johari kena fikir beribu kali, kalau GPS takda 23 kerusi, adakah DAP mahu hulur tangan, mohon maaf terbuka di atas segala perbuatan mereka kpd Sarawak semasa DAP berkuasa 22 bulan dulu...??? Mohon maaf secara terbuka ada udang di sebalik mee. Abang Johari jangan mudah terpedaya. Lebih baik MP GPS jadi PEMBANGKANG berhemah dpd menyesal di belakang hari.

Unknown commented on 
"DAP MINTA MAAF"

nak kuasa punya pasal taknak pas punya pasal.. jilat pun jilatla..

UNDI BILA PARLIMEN BERSIDANG


PASTI ADA UNDI

 BILA PARLIMEN 

BERSIDANG

KHALAS



Unknown commented on 
"TERIMA KASIH TUANKU"

ni nak undi percaya dulu ke tak payah,, .. kah kah kah

KEMAH BESAR TETAP DIPERLUKAN

 


TERBUKTI

KEMAH BESAR

TETAP

DIPERLUKAN

 DALAM

POLITIK MALAYSIA

KHALAS

wabwas commented on

 "NASIHAT 

MASUK YANG BAIK"

Eh ini bukan orang bijak pandai yang sama ke paling lantang tolak khemah besar marin?

UKRAINE DAN BANGKRAP



UKRAINE

HAKIKATNYA 

DAH BANGKRAP

KHALAS

DAP MINTA MAAF


Permohonan maaf DAP bukti GPS benar, amal politik bersih, kata Abang Jo

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) menerima permohonan maaf DAP dengan hati terbuka dan berjiwa besar, kata pengerusinya Abang Johari Openg.

Beliau berkata baginya yang penting DAP mengakui kesilapan mereka dan bersedia membuka lembaran baharu dalam hubungan antara kedua-dua parti politik itu.

“Mereka (DAP) sebut mahu buka lembaran baharu tapi pada masa sama mereka perlu hormat komponen parti kami (GPS) iaitu SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).

“(Permohonan maaf) itu menunjukkan kami (GPS) kami di pihak benar selama ini dan politik kami adalah politik bersih,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Kuching, hari ini.

DAP hari ini membuat permohonan maaf atas sebarang kenyataan dibuat pemimpin parti itu sebelum ini yang menyinggung perasaan kerajaan negeri serta rakyat Sarawak.

Permohonan maaf itu disampaikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook kepada Abang Johari dalam satu pertemuan di kediaman Abang Johari di Kuching hari ini.

Menerusi kenyataan di media sosial miliknya hari ini, Loke berharap pertemuan itu akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

GPS yang merupakan gabungan empat parti Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) memenangi 23 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU15. – Bernama, 24 November, 2022.


INI NAMANYA

POLITIK

AMIN

INI NAMANYA

SENI MUNGKIN

AMIN

UNTUK KUASA

MAAF SATU

KERKARA BIASA

KHALAS

KEMAH BESAR TITAH AGONG


KEMAH BESAR

DALAM BUDAYA POLITIK MALAYSIA

DARI PILIHAN RAYA PERTAMA
PADA TAHUN 1955
KONSEP KEMAH BESAR 
TELAH WUJUD

POLITIK MALAYSIA TIDAK
AKAN BEBAS DARI KEMAH BESAR

KEMAH BESAR
BOLEH WUJUD SEBELUM
ATAU
SESUDAH PILIHANRAYA

PRU15 
MEMBUKTIKAN  TEPAT
TEORI KEMAH BESAR
TANPA KEMAH BESAR
KITA MASIH BELUM BERJAYA
MENDIRIKAN KERAJAAN

KEMAH BESAR KALI
INI  BERTAMBAH BESAR
HASIL TITAH AGONG
TANPA TITAH AGONG
SABAH & SARAWAK
GPS & GRS
BELUM BERPADU SOKONGAN

JUSTERU
KEMAH MESAR KALI INI
MUNCUL
DARI TITAH AGONG
KHALAS

ZAHID AKAN DI LAWAN ?


Pemilihan Umno tentu keabsahan kerajaan persekutuan, kata penganalisis


PEMILIHAN Umno tahun hadapan akan menentukan keabsahan sebenar kerajaan persekutuan disertai parti ini yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis dan pemimpin parti.

Mereka menjangka, ia akan ditentukan para pencabar Ahmad Zahid Hamidi yang akan merebut jawatan presiden parti dan memastikan Umno kembali diterima rakyat.

Tekanan ke atas Zahid sudahpun disuarakan pemimpin parti seperti exco Pemuda Bastien Onn yang mahu Zahid berundur kerana isu integritinya yang mengakibatkan rakyat menolak BN.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight, penolakan ke atas Zahid amat jelas ditunjukkan dalam PRU15 apabila lawan berkempen bahawa undi untuk Barisan Nasional (BN) bermaksud menyokong presiden mereka.


“Sebagai pemimpin gagal beliau harus berundur, dia perlu tahu kegagalan BN. Prestasinya sangat teruk, isyarat rakyat sangat jelas.

“Kempen satu undi untuk BN adalah undi untuk Ahmad Zahid jadi perdana menteri (berjaya),” katanya.

Beliau berkata, Zahid dalam tempoh kempen tersebut sepatutnya memberi jaminan tidak akan menjadi calon perdana menteri, tetapi ia tidak berlaku.

“Sepatutnya dia bangun dan kata saya janji tak jadi perdana menteri, maka undilah BN untuk kestabilan dan kemakmuran, tapi dia tak buat.

“Sebagai pemimpin utama, dia patut tahu sentimen itu teruk di kalangan pengundi. Isu rasuah ini paling besar.. .dan kita hadapi masalah itu, kehendak rakyat amat jelas dalam soal ini.”

Zahid sedang berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi.

Selain itu, strategi Zahid menggugurkan semua lawannya dalam parti daripada senarai calon juga mengakibatkan kekalahan BN, kata ketua Pemuda Umno Segamat itu.

Tambahnya, penolakan ke atas Zahid itu sama seperti ditunjukkan ke atas bekas presiden Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes penyelewengan.

Kes penyelewengan SRC International dan 1MDB membabitkan Najib waktu itu antara punca prestasi BN kalah teruk dalam PRU14 dan gagal membentuk kerajaan.

Zahid yang dipilih sebagai presiden Umno selepas itu mengetuai BN ke medan PRU15 yang menyaksikan parti itu kalah lebih teruk.

Mengulas lanjut, Bastien berkata segala keputusan Zahid menyebabkan parti itu ditolak oleh pengundi.

“Bukan sahaja rakyat tolak, pemimpin parti berasa semua keputusan dia salah terutama meletakkan calon lain di kesemua tempat calon yang menentang beliau… Semua kalah.

“Kita bukan nak singkir dia pasal tak suka atas faktor individu, sebagaimana orang tolak Najib tempoh hari, samalah. Kita tidak boleh harap keputusan berbeza dengan pendekatan sama.”

Selain Bastien, gesaan agar Zahid berundur bersahutan dalam parti itu apabila BN hanya menang di 30 kerusi daripada 178 kerusi Parlimen ditandinginya.

Turut lantang, calon kerusi Parlimen Alor Gajah Shahril Hamdan yang meletak jawatan sebagai ketua penerangan Umno dan mendesak  Zahid bertanggungjawab atas kekalahan parti.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz juga membuat gesaan sama terhadap Zahid, dan berkata, keputusan PRU15 menunjukkan orang Melayu menolak Umno.

Penganalisis pula menjangka peluang menentang Zahid itu sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin kumpulan yang tidak bersamanya dalam pemilihan parti itu.

Pensyarah dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menjangka Zahid akan ditentang kumpulan ahli Parlimen yang memihak perdana menteri kesembilan Ismail Sabri Yaakob.

“Yang dilihat pencabar terdekat adalah Hishammuddin,” kata Awang Azman, merujuk ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein.

Beliau menjangka pertandingan itu akan berlangsung secara sihat melibatkan ramai pencabar dengan senarai calon tersendiri untuk jawatan lain.

“Saya kira begini, biar kerusi presiden ditandingi orang yang berminat, menang atau kalah buat pemilihan, (Zahid) kena berdepan secara gentleman,” katanya.

“Jadi itu terserah kepada ahli akar umbi sebenar, bukan sekelompok individu yang cenderung kepada mana-mana pihak,” kata Awang Azman kepada The Malaysian Insight.

Mazlan Ali, penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia pula berpendapat Zahid mempunyai masa panjang membuat persediaan bagi menghadapi pemilihan Umno.

Ini kerana perhimpunan agung Umno terakhir meminda perlembagaan parti agar pemilihan di semua peringkat pergerakan itu diadakan tidak lebih enam bulan selepas PRU15.

“Zahid akan berdepan situasi dia akan dicabar, sudah tentu dalam tempoh enam bulan ini dia akan buat persediaan.

“Pada saya kita tidak boleh kata beliau akan tersingkir daripada Umno kerana beliau juga ada sokongan akar umbi yang kuat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, pemilihan Umno itu juga memberi peluang untuk melihat sejauh mana kekuatan ahli akar umbi yang menyokong setiap kem dalam parti Melayu itu.

“Nampaknya banyak kritikan di media sosial terhadap Zahid, tetapi kita tidak tahu di bawah, sama ada akar umbi menunjukkan trend yang sama.

“Perlu diingat, Zahid juga ada penyokong, kita nampak banyak pemimpin Umno pertahankan dia. Kita tidak boleh pandang ringan, politik beliau juga bijak.

“Kalau tidak takkan mampu kekal presiden lama dalam keadaan terumbang-ambing masih kekal,” katanya lagi.

Tambahnya, desakan supaya Zahid meletakkan jawatan tidak menyeluruh daripada orang Umno, tetapi segelintir pihak yang menentangnya.

“Tetapi yang pastinya beliau akan dicabar (waktu pemilihan), walaupun tidak semudah itu untuk menjatuhkan Zahid, dalam enam bulan lagi banyak yang akan berlaku,” katanya.

Mazlan berpendapat, mana-mana pihak yang ingin menentang Zahid perlu mempunyai kekuatan sokongan akar umbi Umno.

“Sistem pemilihan Umno mengambil kira undi ahli akar umbi, amat sukar mana-mana pemimpin menguasai pemilihan parti kecuali ada sokongan akar umbi yang kuat.

“Sistem pemilihan Umno susah nak beli undi, mungkin alasan Zahid selepas ini (atas tindakannya) boleh diterima orang Umno, yang pasti beliau akan bersedia hadapi pemilihan nanti.

“Sebenarnya adakah (lawan Zahid) menguasai akar umbi, kalau setakat kritik terbuka tidak boleh buat apa,” katanya.

Walaupun BN kalah teruk, tiada mana-mana parti gabungan berjaya meraih majoriti mudah kerana Pakatan Harapan (PH) hanya menang 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN)PN dengan 73 kerusi Parlimen.

Ia menyebabkan BN masih menjadi kuasa penentu dan terlibat mengadakan rundingan bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Penyertaan BN dalam rundingan itu menimbulkan bantahan para ketua bahagian Umno yang menolak sebarang usaha kerjasama dengan PH dan PN untuk kekal sebagai pembangkang.

Mereka juga menggesa Zahid melepaskan jawatannya.

Rundingan yang berlarutan empat hari selepas PRU15 dimuktamadkan melalui pembentukan kerajaan ditunjangi PH dengan pengerusinya Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesepuluh. – 25 November, 2022. 

ZAHID AKAN

DI LAWAN

AMIN

ZAHID DIKATAKAN

BAWA KALAH

AMIN

TAPI ZAHID JUGA

BAWA SELAMAT

KHALAS

GUA TAK BALUT -


GUA TAK BALUT

GUA BUKA

MOET CHANDON

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "TERIMA KASIH TUANKU"

Time to balut sebatang bro..jangan kemut..


Unknown commented on 
"ANWAR PM KE 10"

My man you did it.. thank you and for doing what I cannot do I owe you my life but I can't pay you with money. Penterjemaahan ...hang jebat mengalahkan hang tuah..Dan ini la sejarah. TT has done it.

TAHNIAH - MALAYSIA SELAMAT DARI TALIBAN

 



TAHNIAH

MALAYSIA SELAMAT

DARI TALIBAN

KHALAS



Unknown commented on

 "TERIMA KASIH TUANKU"

Tahniah


Unknown commented on

 "TERIMA KASIH TUANKU"

Superman sudah masuk rumah pasong. Tt lu nak jadi suparman ke...kahkahkah


Unknown commented on

 "TERIMA KASIH TUANKU"

Hari pertama dah rasa gebang retorik jer lebih Anwar berkata yang utama saya tegaskan ialah tatakelola yang baik, dibawah pentadbiran saya, selaku Perdana Menteri. “Saya tidak akan sama sekali bertolak ansur dengan rasuah dan penyelewengan,” tegasnya lagi. Baguslah kes AMLA Zety Taufik Ayman Jho Low Nik Faisal Nazlan dah lama sangat tertangguh... Kes torwong Lim Guan Eng heret ke mahkamah dah lama sangat tangguh.. Bila nak heret Zety kemungkinan heret Tun sekali sebagai saksi di mahkamah Dah lama sangat ni

KITA SELAMAT DARI TALIBAN



SELAMAT DARI

TALIBAN


JUMAAT 25/11/2022
MALAYSIA SELAMAT DARI TALIABN
TERIMA KASIH TUANKU

ANWAR IBRAHIM
DILANTIK PM KE 10
AMIN

MALAYSIA HAMPIR
JATUH KE TANGAN TALIBAN
TAPI KITA SELAMAT

TAPI AWAS WASPADA
KITA AKAN DENGAR
HUDUD HUDUH HUDUD
TAK LAMA LAGI
KAH KAH KAH

SEMENTARA ITU
GAYA HIDUP 2018
BOLEH DITERUSKAN
KONSERT K POP
GIG PUNK
ROCK KAPAK
DI RANCANGKAN TERUS
AMIN

AMERIKA
DONALD TRUMP
KENA TUDUHAN ROGOL
KAH KAH KAH

UKRAINE
RAKYAT DI MINTA
BERTAHAN SELAMA 120 HARI

SELAMA
TIGA BULAN MUSIM SEJUK
TANPA GAS
TANPA LETERIK
BOLEHKAH WARGA UKRAINE
BERTAHAN


HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH SEGAR
WOW
BISING AMAT BISING
SEKUMPULAN WARGA HOKKIEN
MARAH MENYALAK
BILA EZI DAN TAK TAK 
DATANG  HAMPIR
GUA TAK DENGAR
YANG LAIN

MATA  HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BERAWAN PUTIH
GUA RASA AKAN PANAS

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI INI
KITA MERAYAKAN
MALAYSIA YANG SELAMAT
DARI TALIBAN

BRO
KITA JADI ORANG BODOH
YANG SELALU INGIN
BELAJAR

BRO
JANGAN PUAS KENYANG
DENGAN HASIL
YANG ADA SEKARANG

BRO
APA PUN YANG LU LAKUKAN
JIKA IANYA BAIK
LU TERUSKAN
JANGAN PEDULI APA
ORANG LAIN KATA

BRO
BIARKAN APA YANG ADA
DALAM KEPALA LU KELUAR
JADI UKIRAN INDAH
YANG MAMPU UNTUK
DI TUANGKAN

BRO
LU FOKUS DENGAN
HASIL YANG AKAN DI DAPAT
SAKIT SEKARANG
TAKDA APA APA

BRO
LEBIH BAIK GAGAL
DAN BERANI MENCUBA
DARI
TIDAK PERNAH GAGAL
DAN TIDAK PERNAH MENCUBA

BRO
KALAU LU TAK BOLEH
TERANGKAN PERKARA ITU
DENGAN SEDERHANA
MAKNANYA
LU BELUM FAHAM PEKARA ITU
AMIN

BERGEMBIRA
MALAYSIA SELAMAT
DARI TALIBAN