Isnin, 12 Disember 2022

BANJIR DAN KEMARAU



KETIKA KITA

BANJIR 

AFRIKA KEMARAU

KHALAS

 36 JUTA RAKYAT

BULUR TAK MAKAN

KHALAS

ZAHID AKAN BEBAS ?


PM nafi pernah beri jaminan gugur kes mahkamah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim tidak pernah memberi jaminan kepada mana-mana pihak yang berdepan dengan kes mahkamah untuk membebaskan mereka.

Beliau berkata, ia hanya boleh dilakukan sekiranya individu-individu terbabit dilepaskan daripada pertuduhan oleh hakim yang adil dan saksama.

“Saya tidak pernah beri jaminan kepada sesiapa menyatakan untuk kita lepas daripada hukuman sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

INI AMAT

JELAS

AMIN

KALAU ZAHID 

KALAU SADIQ

KALAU GUAN ENG

DI DAPATI SALAH

WAJIB MASUK JIL

KHALAS 

TAK DA HAH

TAKDA HUH

AMIN

TAPI GAIMANA

REALPOLITIK

JENG JENG JENG

KHALAS

BOLEH CAYA AZAM BAKI ?


Khairuddin curiga integriti Azam 

Baki, SPRM


PUTRAJAYA – Kerajaan perlu menyiasat terlebih dahulu integriti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Ketua Pejuang dan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Wilayah Persekutuan,  Khairuddin Abu Hassan curiga dengan integriti dan prinsip perkhidmatan Azam yang menerajui badan penguat kuasa itu.

“Azam kelihatan tidak berani bertindak di bawah mana-mana kerajaan masa ini yang memerintah negara. Beliau kelihatan mengikut telunjuk dan membela sesiapa sahaja yang menjadi tokoh pemimpin kini dan sentiasa cuba melindungi seseorang tokoh kerajaan walaupun didapati bersalah.

“Sebagai contoh dalam isu kes skandal 1MDB, Azam cuba membela Datuk Seri Najib Razak dengan membuat pelbagai kenyataan yang tidak berasas.

“Pada waktu itu, Azam mengesahkan beliau sudah bertemu secara peribadi dengan penderma kerabat DiRaja dari Timur Tengah yang menderma wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi mantan perdana menteri keenam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus menyiasat Azam secara komprehensif dan rombakan secara berskala besar harus dijalankan terhadap SPRM.

“Banyak lagi perkara lain menunjukkan Azam adalah seorang yang berkhidmat secara tidak jujur dan tidak amanah. Sesiapa saja yang menjadi kerajaan, Azam dan SPRM kelihatan akan terus membantu untuk melindungi kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada waktu itu,” dakwanya.

Tambahnya, kerajaan harus melakukan agenda transformasi serta reformasi ke atas institusi-institusi dan badan-badan penguatkuasaan undang-undang lain yang tidak berprinsip.

“Sekiranya kita tidak membersihkan badan-badan penguatkuasaan undang-undang secara total, ianya akan menyukarkan agenda untuk melawan rasuah di negara ini,” katanya.

Selain itu, Pejuang dan GTA Wilayah Persekutuan turut menyokong sepenuhnya sebarang usaha murni pihak kerajaan untuk membanteras segala bentuk salah laku dalam pentadbiran negara.

“Apa saja yang dilakukan baik oleh kerajaan kami akan terus membantu serta menyokonginya. Sekiranya kerajaan melakukan apa sahaja bentuk kesalahan, kami akan lawan secara bermatian untuk menegakkan kebenaran.

“Seluruh pentadbiran negara harus dicuci secara habis-habisan demi kesejahteraan bersama bagi membina semula negara Malaysia Baharu.

“Amalan rasuah serta salahguna kuasa mesti dihapuskan dan Pejuang serta GTA Wilayah Persekutuan sanggup berganding bahu dengan kerajaan bagi mencapai matlamat murni ini secara bersama,” katanya lagi. –

APAKAH SEMUA

INI SATU

PERANCANGAN

UNTUK BEBASKAN

PENCURI BESAR

BERNAMA NAJIB

AMIN

DULU EZAM BAKI

ADA KES

AMIN

APA JADI DGN

KES ITU

KHALAS

INI REALPOLITIK

KHALAS

MATI KESEJUKAN


WARGA UKRAINE

MATI KESEJUKAN

KHALAS

Unknown commented on 
"UKRAINE KALAH SEJUK"

Mu rasa pelawak kiev akan kesejukan ke? Atau tengah holiday jemur matahari di istana nya di Florida AS? Mamat tu kan pelawak lakunan layarhijau tersohor...tak pernah nonton wayang wag the dog ke? Sejuk, jangan tak sejuk....sejuk sampai kayu pokok sedahan pun takde...lawan Rusia ialah di ukay, malah disanalah terletaknya puppetmaster, bukan di washington dc, bukan di brussel

AWAS !NAJIB AKAN BEBAS ???


AWAS !!!

NAJIB ANAK 

DIBEBASKAN

KHALAS

Amier The Hero commented on 
"APAKAH ANWAR 
AKAN BEBASKAN NAJIB ?"

TT.. anak pompuan Najib mntk kerajaan nuar buat siaran lansung semakan kehakiman apak dia!!! Apadehalll.. mesti dpt punya tu. Makin naik tocang bila BN ada pegang kuasa sikit. Apa cite TT, tu hari
heboh suh jgn pangkah umngok/bn. Bila tak pangkah pun, sama gak hal yg timbul.. kuasa kuasa kuasa!!! Konfiden apak eh akan dibebaskan, cibai jenis apakah semua ini?!!! Tak cukup² lagi ke duit yg dah samun, nak mntk plak bebaskan org yg dah jatuh hukum!!! Mad maslan jd timbalan menteri kewangan.. bn/umngok gak. Apa kesialan la sume ni. Buta² rakyat kena bodohkan berkali-kali.

NAJIB TIDUR DIMANA ?


NAJIB MALAM INI

TIDUR DIMANA?

AMIN

APAKAH NAJIB

AKAN DIBEBAS

KERANA

REAL POLITIK

KHALAS

SAPA PENCURI SELAMA INI ?


PENCURI

SELAMA INI

PARTI KETUANAN

MELAYU

KHALAS

Unknown commented on
 "KES 600 BILION RM"

Yang curik yang rasuah selama ini bukan Yahudi bukan Amerika bukan Cina bukan India bukan IBAN bukan orang asli, yang curik yang rasuah selama ini semua orang Kita Melayu Isle kah kah kah kalau Masih tak nampak kalau Masih tak sedar assalamualaikum salam semua kah kah kah syukur

INI NAMANYA POLITIK UNDI



INI NAMANYA

POLITIK UNDI

KHALAS

Unknown commented on
 "RAMPASAN 
KUASA MONARKI"

Malaysia ini pelik jelik sangatlah, yang bagi menang tak dapat apa apa, hanya perlu undi dan lihat yang tidak menang naik takhta, kah kah sampai begitu jual diri kerana kuasa untuk seorang diri, yang sardin pun masuk sebab ada jawatan, patutlah Mahiaddin macam nak meletup kah kah kah politik Melayu cukup susah nak atur, pecah belah, ingat semua Melayu yang pecah belah nak dicantumkan dalam perpaduan, Cina India lain lain tegas sokong satu parti saja walau sedikit mereka satu hati dan terima hakikat, tapi yang pecah belah asyik bergaduh siang malam nak kuasa nak jawatan nak pangkat PM kah kah kah apa nak jadi negara ini woit guna lah otak sikit, yang PM baharu itu bukan Melayu, bukan Isle kah? Siapa yang Melayu Islam sebenarnya nak naik jadi PM woit kah kah kah tak habis habis lagi

PAK LEBAI BUNUH KANAK-KANAK



PAK LEBAI

BUNUH 63 ORANG

KANAK-KANAK

KHALAS

APA JADI PEROJEK KJ ?


Jamal cadang jawatan Presiden UMNO, timbalan tak dipertandingkan

KUALA LUMPUR – Jangan pertandingkan jawatan Presiden UMNO dan timbalannya dalam pemilihan parti akan datang.

Itu cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,  Jamal Md. Yunos dan mahu supaya usul tersebut dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 bulan depan.

Menurut beliau, ia adalah kerana UMNO masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

“Walaupun UMNO mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan seperti apa yang berlaku sebelum pemilihan pada tahun 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UMNO perlu mengadakan pemilihan di semua peringkat bagi penggal baharu dalam masa enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, seperti yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Kali terakhir parti itu mengadakan pemilihan adalah pada 30 Jun 2018.

Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditangguhkan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO menjelang PRU-15. – 

WOIT

APA AKAN

JADI DENGAN

PROJEK KHAIRY

NAK JADI PRESIDEN

KAH KAH KAH

KHAIRY ADALAH

SOSOK PALING

SESUAI UNTUK

PIMPIN GEROMBOLAN

AMIN

BIJAK HEBAT

PANDAI BAHASA 

INGGERIS

PANDAI 

BAHASA ISTANA

DAN

PALING AFDAL 

KHAIRY

KENAL JD DAN JW

KHALAS

BANJIR MENYERANG JOHOR



Johor mula dilanda banjir 

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan dan Pahang merekodkan peningkatan petang ini, manakala Segamat menjadi daerah pertama di Johor dilanda bencana itu.

Setakat 4 petang tadi, mangsa banjir di empat negeri yang terjejas merekodkan seramai 1,806 orang.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 657 orang daripada 212 keluarga petang ini, berbanding 280 mangsa daripada 84 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan memaklumkan kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Seramai 450 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok (81), SK Kubang Kual (66) dan PPS Putat Tujoh (60).

Di Pahang, 581 orang telah dipindahkan ke 11 PPS sehingga 4 petang tadi berbanding 537 mangsa di lapan PPS pada 8 pagi tadi.

Sekreteriat JPBN Pahang memaklumkan daerah Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 382 orang diikuti Lipis (83), Raub (48), Jerantut (39) dan Bera (29).

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan 22 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat pada 12 tengah hari tadi susulan limpahan air dari Sungai Muar.

Menurut kenyataan itu kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 546 orang daripada 137 keluarga petang ini berbanding 599 mangsa daripada 154 keluarga pagi tadi.

Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan setakat 3 petang tadi, tujuh PPS dibuka di empat daerah iaitu di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman.

Daerah Kemaman menempatkan 279 mangsa banjir, Kuala Nerus (220), Kuala Terengganu (43) dan Setiu (empat). – Bernama, 11 Disember, 2022.


MALAPETAKA

CUACA SAMPAI

AMIN

SETIAP TAHUN

AKAN TAMBAH

GANAS 

AMIN

KITA WAJIB

MEMBUAT 

PERSEDIAAN

KHALAS

UKRAINE HABIS PELURU



PERANG !!!

UKRAINE SAMPAI

HABIS PELURU

KHALAS

SAHIH LAGI BETUL


SAHIH LAGI

 BETUL

KHALAS

Hang Kadim commented on
 "NAJIB BERAK CAIR"

Berak adalah satu nikmat

PAK LEBAI NAK TUTUP GENTING ?



PAK LEBAI

NAK TUTUP 

KASINO ?

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on
 "BILA NAK TUTUP GENTING ?"

Lebai nak tutup kasino? Kah kah kah kalau boleh Lebai nak tambah kasino,senang hidup dengan duit kafir, senang cari makan, tak payah kerja lah, tunggu bantuan, tunggu semua asal cakap cakap tidak berhenti kan manusia suka bercakap, tak tahu berhenti pun, siang makan tidur berak tak henti cakap cakap, dalam tidur pun becakap dalam mimpi jumpa bidadari kag kah kag

Unknown commented on 
"BILA NAK TUTUP GENTING ?"

minyak dah turun belum dah turun kita shembang .. haprak punya tukar tiub

Unknown commented on 
"BILA NAK TUTUP GENTING ?"

Tulis nombor ekor, tulis nombor kepala kah semua hak masing masing, perbetul diri dulu woit,tak payah sibuk cari tiket untuk bedal 72 bidadari pun, jaga diri sudah, ikut apa jalur pun tak apa,asal jangan curi duit orang, jangan rasuah minta orang sudah, dekah dekah ucap ini ITU tapi bontot penuh tahu, ITU perangai manusia sekarang, pandai berlakon alim ular tetapi diri pun bau najis jugak kah kah kah tak betul pi gantung diri woit

MENUNGGU MAULUD NABI


MAULUD NABI

SENIN 12/12/2022
PARLIMEN BERSIDANG 19 HB
MAULUD NABI ISA 25 HB
KEMUDIAN PESTA TAHUN BARU
ADUH !
SEMUA DALAM MUSIM HUJAN

MUSIM BANJIR DAH SAMPAI
SANA SINI HUJAN LEBAT
KALI INI PASTI LEBIH GANAS
DARI TAHUN LALU
ATAU
 LEBIH LEMBUT

APA YANG PASTI
PERUBAHAN CUACA
SEDANG BERLAKU

KETIKA KITA BANJIR
SOMALIA  & KENYA KERING
KETIKA KITA BANJIR
MADAGASCAR  KEMARAU

SEMUA INI 
BENCANA ALAM 
YANG DIBAWA OLEH
MALAPETAKA CUACA
AMIN

UKRAINE
8 JUTA WARGA UKRAINE
DAH JADI
ORANG PERLARIAN

SALJU TURUN LEBAT
TAPI LOJI DAN PENJANA LETERIK
TELAH MUSNAH

RUSIA MEMBEDIL
PENJANA LETERIK
UNTUK MENGOSONGKAN PENDUDUK

RUSIA MENGGUNAKAN
SEJUK SEBAGAI SENJATA
AMIN

HOKKIEN
SEJUK DAN BASAH
MATAHARI HILANG TAK NAMPAK
KABUS AMAT TEBAL
KL & KL SENTRAL BERKABUS

BANGUNAN TINGGI DI TUTUP AWAN 
ATAU DI LINDUNGI KABUS

LANGIT BERAWAN KELABU
APAKAH MASIH ADA AIR
YANG AKAN TURUN

SAEKOR HELANG
TERBANG RENDAH
SEKUMPULAN TIONG
BERSANDIWARA

GUA HARAP HARI INI PANAS
AMPAIAN GUA MASIH LEMBAB
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
YANG SEJUK

BRO
TIDAK SEMUA 
ORANG DAPAT  IKAN
ORANG YANG MENANGKAP IKAN
IALAH ORANG YANG MEMANCING

BRO
ANJING YANG MENYALAK
TIDAK AKAN MENGIGIT

BRO
AYAM YANG MENGAIS MAKANAN
TIDAK AKAN TIDUR LAPAR

BRO
SARANG LABAH LABAH
BUKAN HANYA RUMAH
IANYA JUGA PERANGKAP

BRO
BUMI INI BUKAN
MILIK LU
BUMI INI BUKAN 
MILIK BAPAK LU
BUMI INI LU PINJAM
DARI ANAK CUCU LU

BRO
LU CAKAP
MUNGKIN GUA LUPA
LU TUNJUK MUNGKIN
GUA TAK INGAT
TAPI KALAU LU & GUA
BUAT SAMA SAMA
PASTI GUA FAHAM

BRO
TIDAK ADA SUNGAI
YANG BOLEH KEMBALI
KEPADA SUMBERNYA
TAPI SEMUA SUNGAI
ADA AWALNYA

BRO
JIWA TIDAK AKAN 
MEMILIKI PELANGI
JIKA MATA TIDAK MEMILIKI
AIR MATA

BRO
ADA BENDA MENARIK PERHATIAN LU
TAPI KEJARLAH
BENDA YANG
MENANGKAP HATI LU

BRO
CARILAH HIKMAT
BUKAN PENGETAHUAN
PENGETAHUAN ADALAH MASA LALU
KEBIJAKSANAAN ADALAH
MASA DEPAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
MAULUD NABI ISA