Sabtu, 17 Disember 2022

GATEK DAN PENDATANG HARAM


GATEK DAN

 PENDATANG  HARAM



Saya ini adalah sosok gatek. Dalam masa yang sama saya juga pendatang haram. Konsep dan ayat pendatang haram boleh di fahami dengan senang. Tapi ada bendanya  gatek?

Dalam tulisan  yang hendak saya huraikan ini gatek dan pendatang haram ini dari genre yang sama. Macam ayam hitam dengan ayam putih. Macam serunai dengan bangsi.

Disini saya beri pencerahan.

Perkataan gatek ini saya terima dengar dari Senator Zahid Mat Arif apabila pada tahun 2020  dia ternampak saya masih  lagi menggunakan telefon bimbit jenis Nokia.

Untuk Zahid Mat Arif saya ini gatek.

Gatek ialah dua patah perkataan – gagap dan teknologi -  yang kahwinkan menjadi gatek. Justeru saya adalah sosok yang sah gagap dalam hal teknologi terkini.

Bagaimana pula dengan pendatang haram ?

Konsep ini saya gunakan untuk diri saya sendiri. Saya sedar bahawa saya bukan warga asli dalam hal teknologi. Saya  imigran - pendatang – saya bukan penduduk asal dalam hal teknologi.

Saya tidak di lahir dan di besarkan dalam dunia yang berteknologi.

Saya datang ke dunia  teknologi ini secara haram bukan secara terlatih.  Hakikatnya saya imigran bukan warga asal  - bukan warga asli  teknologi. Saya bukan penduduk asal teknologi

Ketika saya membesar rumah saya tidak ada  elektrik. Mandi air perigi. Tercanggih di rumah - hanya radio yang menggunakan pada  awalnya  bateri basah kemudian beralih ke  bateri kering.

Malah sampai hari ini saya masih lagi belum dapat memahami bagaimana radio bergerak. Ramai kenalan menerangkan radio bergerak  melalui gelombang.  Sebenarnya saya tidak faham bagaimana dan apa  itu gelombang.

Bila TV sampai saya terpukau.  Bagaimana gambar boleh dipancar. Suara radio berjalan melalui gelombang. Gambar berjalan melalui apa.

Pernah ketika zaman kanak-kanak saya mendengar siaran Radio  Malaya. Juru hebah menjemput P. Ramlee untuk mendendangkan lagu. Dalam kelapa saya P. Ramlee ada duduk  bersama di sebelah  juru hebah. 

Bila di jemput P. Ramlee akan bangun menyanyi. Saya tidak tahu akan piring hitam.

Gatek  ini juga sama seperti OKU – orang kurang upaya. Tidak ada upaya untuk memahami teknologi. Dalam bahasa Inggeris yang politiknya betul saya ini : technologically challenge.

Saya tidak menentang teknologi. Saya mengikuti ombak teknologi. Hakikatnya saya  hanya merayakan ekor-ekor  teknologi.

Saya amat lambat menggunakan telefon bimbit. Saya ingat lagi awal 90’an telefon bimbit telah  wujud. Saya tidak memiliki hingga tahun 2004. Malah Zunar ketika  itu Ketua Pengarang Suara Keadilan agak risau dengan sikap gatek saya. 

Di era Reformasi agak susah untuk berhubung. Tapi ini bukan bermakna putus hubungan. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon genre lama.

Keluar dari kem tahanan Kamunting  tahun 2003 saya baru menggunakan telefon bimbit. Jujur saya katakan saya tidak merasa ketinggalan apa-apa. 

Pada hemat saya lambakan teknologi ini telah terlampau banyak. Penemuan  baru, penghasilan teknologi baru datang melambak-lambak.

Hakikatnya hidup kita sedang diubah oleh teknologi.  Dengan menggunakan pandangan Karl Marx maka tidak dapat tidak kita akan wajub mengakui bahawa pembuatan – produksi - itu akan mengubah segala-galanya.

Budaya, kepercayaan, ekonomi dan gaya hidup akan diubah oleh pembuatan. Internet Segala-gala   – Internet of Things -  sedang  merubah dunia. 

Dunia hari ini sedang memasuki Revolusi Industri Ke Empat.

Revolusi Industri Pertama berlaku 1765 dengan penemuan arang batu dan tenaga wap.  Revolusi Industri Ke Dua  1870 dengan wujudnya kuasa elektrik. Revolusi  Industri Ke Tiga  1969 – tenaga nuklear.

Revolusi Industri Ke Empat – Internet untuk semua benda sedang mengancam dunia.  Ancaman ?  Betulkah ini ?

Hari ini lambakan maklumat bertimbun-timbun. Setiap saat ada sahaja  berita yang masuk. Berita dari dalam negeri, berita dari dalam negara, berita  negara jiran, berita  jauh dari negara asing.

Macam macam jenis berita.  Ketuk komputer tanya selera – ketuk komputer cari berita.

Lalu persoalan timbul apakah kita perlu tahu bas jatuh ke dalam sungai  di Nairobi  Kenya dan 44 penumpang mati tenggelam. Apakah kita perlu tahu salji  turun lebat di New York.  Atau London di selubungi oleh  empat inci salji.

Berita sepintas lalu seperti ini mungkin boleh kita baca sepintas lalu. Bagaimana   berita yang datang melalui twiteer, instagram,  blog atau Tik Tok.

Berita dari genre ini duyun  berduyun menembus masuk tanpa diajak. Selagi kita ada telefon pintar berita masuk tanpa mengetuk pintu.

Satu ketika dulu – sekolah lama -old school – kita membeli akhbar, membeli majalah untuk membaca berita. Kali ini  berita datang berselirat di sekeliling pinggang. Tampa dijemput tanpa di pelawa. Amin.

Seorang gatek seperti saya merasa lemas. Justeru saya jarang memberikan no telefon pintar saya. Tapi diberi juga kepada satu  dua kenalan baik. Nombor ini bocor. Hasilnya  saya tanpa meminta telah ‘ dipaksa’ masuk  ke dalam kumpulan whatapps. 

 Maka hasilnya masuklah pelbagai jampi serapah ke dalam telefon saya.

Pernah ada berita sampai kepada saya  yang memberi cara dan amalan terbaik untuk mendapat  meniduri 72 Bidadari yang sentiasa anak dara. Sayangnya sex bebas ini hanya berlaku selepas saya mati.

Saya gelabah dengan berita seperti ini. Kawan saya beri tahu saya boleh menekan punat untuk keluar dari kumpulan ini. Sebagai gatek saya bebal dalam hal tekan menekan ini.

Foward : ini adalah satu penyakit telefon bimbit dan Internet yang mengganggu saya. Saya tidak faham kenapa ada sosok-sosok yang mengfowardkan berita, klip, poster atau lakaran untuk saya.

Dua perkara timbul disini : pertama sosok yang foward kan berita itu apakah dia sendiri telah  membaca berita tersebut ? Ada yang sampai 24 muka surat. Ke dua : kenapa sosok ini berpendapat saya perlu tahu berita ini ? 

Justeru saya yang gatek cukup bosan, menyampah, meluat dan benci terhadap berita-berita yang di fowardkan kepada saya.

Saya gatek tetapi saya berupaya membuka komputer dan mencari berita yang ingin saya baca. Saya ada beberapa laman portal yang saya ikuti dengan sepenuh iman.

Justeru saya menggunakan komputer  untuk membaca portal yang jadi pilihan, menulis, menulis di Blog Tukar Tiub, menghantar e-mail,  membuka FB dan Twitter dan menuntun apa yang menarik dalam YouTube.

Saya tidak pernah menekan butang like dan subscribe atau  follow. Malah jika ada portal yang memerlukan saya mendaftar walau pun percuma – saya akan tinggalkan portal ini.

Ini budaya gatek.
 
Malah dalam twitter saya tidak mengikuti sesiapa pun. Juga saya tidak akan memaksa sesiapa pun mengikuti twitter atau menjadi sahabat FB saya, Amin

PRU15 yang baru selesai membuktikan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Internet. Seribu satu macam berita , tohmah, propaganda, maklumat atau fitnah yang tersebar. 

Mana yang betul dan mana yang palsu?

Manusia moden sedang berhadapan dengan kesan Revolusi Industri Ke Empat. Fikrah kita sedang belajar untuk menapis yang palsu untuk mencari yang sahih.

Berita   palsu dan berita  benar ini telah pernah berlaku ketika radio baru wujud secara meluas. Pada malam 30 Oktober 1938 Orson Welles telah mementas sebuah sandiwara radio. Ini kesah dunia di serang oleh makhluk dari bintang Marikh.

Sandiwara  The War of The World ini didengar oleh warga Amerika. Sandiwara ini amat  meyakinkan seolah-olah dunia sedang diserang oleh makhluk asing. 

Ramai pendengar Amerika yakin dunia telah diserang maka berlaku kacau bilau pada malam itu. Kemalangan kereta  terjadi. Pendengar mula mencari perlindungan.

Hakikatnya  Amerika menjadi huru hara. Wal hal  ini hanya sandiwara yang dibawakan oleh radio.

Apakah Internet akan mengulangi perkara yang sama ?

Bukan satu yang mustahil jika  stesen Tv di godam dan muncul juru hebah melaporkan bahawa Perang Dunia Ke Tiga telah bermula. Juru hebah melaporkan kota Moscow dan Beijing telah musnah oleh senjata nuklear.

Imej, ledakan, dan kacau bilau melalui Tv ini pasti meyakinkan sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Orson Weles pada tahun 1938 dahulu.

Ramai tidak sedar Revolusi Industri ke Empat ini  diwujudkan Nabi Baru. Malah Nabi Baru  sedang membawa Tuhan Baru.

Yang pintar, yang gatek, pendatang haram dan warga asli semua  akan berhadapan dengan Nabi dan Tuhan Baru ini.

Siapa Nabi ini ? Dan siapa pula Tuhan Baru ini. Sila tunggu minggu depan. (TT) 

TULISAN INI DITERBITKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/417721


 


APO KOBA IKAN KALOI ?



APO KOBA

IKAN DI KOLAM

AMIN

APO CERITO

KOTUM DI TANAM

KAH KAH KAH

PENYAKIT RASUAH


PENYAKIT RASUAH

KHALAS



Unknown
 commented on "DUA DUA SAMA BAHAYA"
53 mins ago
Betuilah baik penjenayah. Negara maju mana yang xramai penjenayah kolar putih ni? Bezanya..di Malaysia ni diaorang ni xpndai cover. Kahkahkah
Awaiting moderation
2 hours ago
Orang Melayu Isle kena sedar bahawa rasuah ini penyakit lebih buruk dari Barah, kena faham rasuah rosak segalanya amin

ANTARA TALIBAN DAN PENCURI



ANTARA TALIBAN

DENGAN PENCURI

AMIN

KHALAS


Unknown commented on
 "TERBAIK DARI
 KERAJAAN BARU"

Kahkahkah TT dah tua2 pun naive lg.depa sack lantikan zmn sembab dgn mail.sack lama,depa lantik org depa lak.nak Len kronisma konon,kerajaan baru nie PM bini pun MP.adik guan eng bukan MP lantik jadik menteri,.TPM ada 47 kes mahkamah. Menipu pengundi,salahguna mandat rakyat bagi semata2 nak Anwar jadik PM.kerajaan nie lu nak arap lwn kronisma??? Lu Tau dulu bernas 2009 company Hong Kong dah amik alih,2014 Mohktar bukhari beli balik,selamatkan food security company negara.anwar gaduh pdl bernas,konon monopoli Syed Mohktar.pd lu nie kronismr ke apa??


kalu dia x pegang bernas,company HK pegang,kalu HK pegang segala AP import beras fukong Cina pegang,import sampai lebam smpai penuh gudang.padi tempatan jatuh mahei,org xnak beli pesawah ilang punca pendapatan.nie pd lu TT kronisma ke apa???? Bodoh,DAP hasut pasei Taliban lu pun termakan.kalu betoi pas Taliban lama dah Msia nie jadik mcm afghanistan. antara perasuah dgn Taliban gua pilih Taliban lg.

BOLA DUNIA


PIALA DUNIA


SABTU 17/12/2022
PAGI SABTU YANG INDAH
SENIN INI
 PARLIMEN BERSIDANG

TAKDA SONGEL
TAK GANGGUAN
SEMAU DAH IKAT JANJI
AMIN

NEGARA
SEDNAG BERSEDIH
KEMALANGAN DI BATANG KALI
AL- FATIHAH

QATAR
BOLA DUNIA
AKAN BERAKHIR
PERANCHIS - ARENTINA
SAPA AKAN MENANG
JENG ENG JENG

ARGENTINA 
NAIK PRESIDEN KENA PENJARA
4 TAHUN KES RASUAH
( macam dah bisa dengar)
KAH KAH KAH

PEPE ATAU MESSY
YANG AKAN DIANGAKAT
AMIN

UKRAINE
SALJI MAKIN TEBAL
RUSIA AKAN MASUK MENYERANG
BILA SALJI KERAS
KERETA KEBAL
 BOLEH BERGERAK

KYIV
PUTUS LETERIK
PUTUS AIR
PUTUS GAS
PADAN MUKA
JADI BARUA AMERIKA
AMIN

HOKKEIN
PAGI INI BASAH
MATA HARI KELUAR 
TAPI HANYA SEBELAH
YANG SEBELAH LAGI DILINDUNGI AWAN

GUA DENGAR JANTAN
BERKOKOK
INI JANTAN MUDA
SUARA MASIH SERAK

TIONG DAN TERKUKUR
BERKELIARAN

GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK BALIK KAMPUNG
GUA NAK TENGOK
KOLAM IKAN
AMIN

BRO 
SENYUM
SABTU DI SAMBUT
DENGAN SENYUMAN

BRO
LEBIH BAIK
MATI KERANA KETAWA
DARI MATI KERANA
TAKUT

BRO
KITA PANNGIL NAMANYA
PENGALAMAN JIKA
IANYA KESILAPAN

BRO
BILA DAH BERUBAN
MAKNANYA LU DAH BERUMUR
TAPAI TAK SEMESTINYA LU
TAMBAH BIJAKSANA

BRO
BILA KITA BERUMUR
PENGLIHATANA MATA KURANG
TAPI KITA
DAPAT NAMPAK BANYAK

BRO
BELAKUN LAH SEPERTI
LU NAK BERLAKUN
TAK LAMA LAGI LU
AKAN JADI APA YANG
LU LAKUNKAN

BRO
BANYAK PEKARA
DALAM HIDUP INI
BERASAKAN TAKUT
TERUMATA SEKALI
DALAM CINTA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
SAPA MENANG PIALA DUNIA