Isnin, 23 Januari 2023

AMARAN HUJAN


5 negeri diramal hujan hingga Rabu, kata MetMalaysia

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.05 tengah malam tadi, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman serta di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca sama di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta di Sabah (Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat). – Bernama, 23 Januari, 2023.

CUACA MASIH

TAK MENENTU

AMIN

JAGA DIRI

KITA JAGA KITA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan