Sabtu, 28 Januari 2023

KENAPA UMNO KALAH


Noh Omar hadapi 16 pertuduhan sabotaj parti

UMNO mempunyai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap veteran parti Noh Omar berhubung tindakan sabotaj semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata ketua parti negeri.

Megat Zulkarnain Omardin yang menggantikan Noh sebagai ketua Umno Selangor, berkata jawatankuasa tatatertib parti mengesyorkan pemimpin itu digantung tugas selepas 16 pertuduhan sabotaj dilemparkan kepadanya.

“Keputusan untuk menggantung bukan berdasarkan beliau tidak bersetuju dengan usul yang dibawa dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu tetapi ada 16 pertuduhan beliau mensabotaj parti dalam PRU15.

“Yang mana kita tahu ada calon, Datuk Habibah (Mohd Yusof) dikemukakan parti dalam PRU lalu mewakili Barisan Nasional (BN) Tanjung Karang.

“Jadi tuduhan itu terbukti, disemak, dikaji dan disiasat Lembaga Disiplin. Perlu diingat calon Bebas yang bertanding di Tanjung Karang adalah pegawai khas Noh sendiri,” kata Megat, yang juga ahli Majlis Tertinggi, kepada pemberita lewat malam tadi selepas mesyuarat.

Dilaporkan Noh pada mulanya digantung selama enam tahun tetapi bekas ahli Parlimen Tanjong Karang itu meminta dipecat, yang kemudiannya dipersetujui oleh parti.

Megat mendakwa Noh masih boleh merayu keputusan dibuat parti itu.

“Itu apa yang dia nak. Dia meminta dipecat dan akhirnya semua bersetuju dan dia masih ada peluang untuk membuat rayuan kalau dia nak,” kata Megat.

Megat mendakwa proses pemecatan dilakukan dengan sewajarnya.

“Proses itu sudah berlaku dan terdapat bukti kukuh (sabotaj),” kata Megat, yang bertanding untuk kerusi Parlimen Gombak.

Megat menambah Noh diberi diberi peluang beberapa kali untuk menjelaskan dirinya pada mesyuarat Majlis Tertinggi tetapi mendakwa Noh menolaknya dan berkeras meminta dipecat.

Noh menjadi ahli Parlimen Tanjong Karang sejak 1995 sebelum digugurkan pada PRU15.

Semalam, Umno memecat dan menggantung beberapa pemimpin, ketika parti itu melakukan beberapa “pembersihan” berskala besar seperti yang disebut oleh presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut dipecat.

Selain Khairy dan Noh, 42 ahli parti lain turut dibuang - sembilan dari bahagian Putrajaya, lima dari bahagian Pasir Gudang, dua dari bahagian Tanjung Karang, dan 26 dari Pahang.

Mereka yang digantung enam tahun ialah bekas naib presiden Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan Shahril Sufian Hamdan, Ketua Bahagian Tebrau Maulizan Bujang, dan bekas ahli Parlimen Jempol Mohd Salim Shariff.

Bekas menteri besar Johor dan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata semua keputusan penggantungan serta pemecatan anggota parti dibuat mengikut saranan jawatankuasa disiplin.

Umno bertindak menghukum ahlinya yang salah kerana tindakan bertentangan dengan kepentingan parti, termasuk mensabotaj parti pada pilihan raya umum lalu. – 28 Januari 2023. 

WOIT

SEKARANG

MAKIN JELAS

KENAPA 

GEROMBOLAN

KALAH PRU15

KAH KAH KAH

BUKAN KERANA

KES RASUAH

AMIN

BUKAN KERANA

NAJIB CURI DUIT

KAH KAH KAH

BUKAN BUKAN

BUKAN

KAH KAH KAH

RUPA RUPA

ADA SABOTAJ

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan