Khamis, 12 Januari 2023

LAUNGAN UNDUR ZAHID UNDUR !




Singkir pengkhianat dalam Umno, kata Asyraf Wajdi


UMNO perlu menyingkirkan pengkhianat dalam parti bagi mengelakkan parti Melayu itu terus dirosakkan, kata Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki.

Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau mentakrifkan pengkhianat tersebut antara lain menyerang presiden dan parti selain mencerca Umno dalam kempen pilihan raya.

Beliau memberitahu perwakilan sayap tersebut, saki baki pengkhianat itu akan memusnahkan Umno dari dalam sekiranya dibiarkan.

“Pemuda ingin tegaskan agar saki baki pengkhianat parti yang selama ini menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, utamakan diri daripada parti agar disingkirkan terus daripada menjadi barah yang merosakkan segala organ dan jasad parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di ibu negara hari ini.

Asyraf juga melahirkan rasa kesal terdapat segelintir kepimpinan Umno menggunakan pentas kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu untuk menyerang institusi presiden dan parti.

“Lebih menyedihkan apabila masih wujud api dalam sekam dan musuh dalam selimut yang berkempen dalam PRU dengan cara mengutuk parti dan presiden.

“Dalam kempen PRU, tak terbayang bagaimana pemimpin berpuluh hidup tahun hidup bermewah atas keringat dan darah ahli parti,” katanya.

Beliau juga kesal kerana sesetengah calon Umno mencerca parti sendiri dalam kempen itu.

“Dijaja kononnya mengundi beliau untuk memulihkan Umno yang sesat, rosak, dan korup seolah-olah dia paling suci, sempurna, dan paling hebat segalanya,” katanya.

Sedangkan calon inilah yang menikmati segala kebaikan dengan hasil dan jasa Umno selama ini, katanya.

“Apa hodoh sangat ke Umno yang menatang mereka hingga sesetengahnya dapat beberapa kali jadi menteri.

“Busuk sangatkah kepemimpinan mereka yang berulang kali khianat diberi tempat dalam parti,” kata Asyraf lagi.

Katanya, tindakan calon inilah bukan sahaja tidak membantu rakyat mengundi Umno bahkan menunjukkan parti itu berpecah belah sekali gus menjauhkan pengundi.

“Bagaimana rakyat nak yakin kita boleh bawa kestabilan jika pemimpin atasan sibuk bercakaran, bagaimana rakyat nak undi BN jika kita saling berpecah belah. Kluster itu kluster ini.

“Realitinya 2018 kita kalah kerana fitnah, 2022 kalah kerana berpecah,” katanya lagi.

Awal Oktober lepas, Umno memutuskan menggantung anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti Tajuddin Abdul Rahman selama enam tahun, kerana didakwa secara terbuka mengkritik parti dan kepimpinan, terutamanya Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Umno turut menolak rayuan bekas ahli Parlimen Pasir Salak terhadap penggantungannya. 

MKT Umno turut menggantung bahagian Arau atas alasan melanggar disiplin parti.

Awal bulan lepas, Umno juga memecat tiga pemimpin bahagian termasuk bekas ketua Umno Ketereh Annuar Musa selepas didapati terlibat secara langsung atau tidak menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dua lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita Umno Arau, Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita Umno Maran, Fatimah Kassim.

Shamsiah adalah isteri kepada bekas ketua Umno Arau Shahidan Kassim manakala Fatimah isteri kepada bekas ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib. 

Suami mereka tidak dicalon semula untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lepas dan memilih menjadi calon Perikatan Nasional.

Umno juga pada masa itu memecat bekas ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin dan Azhar Ahmad kerana bertanding sebagai calon bebas. – 12 Januari, 2023.



UNDUR ZAHID 

UNDUR

KHALAS

INI MUKA MUKA

PENGKIANAT

YANG JELAS

AMIN

APA TINDAKAN

AKAN DIAMBIL

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan