Selasa, 10 Januari 2023

YAN AMPOON - RAMAI MELELEH AIR LIUR




Kapal TLDM berusia, perlu ditukar, titah Sultan Selangor


SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas. 

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kapten Yang Dipertua TLDM bertitah semasa pertemuan tersebut bahawa pertukaran aset yang berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.

Khamis lepas, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Januari ini.

Mohd Reza turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai panglima Tentera Laut ke-18. – Bernama, 10 Januari 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

YA AMPOON

YA MAULANA

KAH KAH KAH

RAMAI MELELEH

AIR LIUR

BILA DENGAR

TITAH SULTAN

KAH KAH KAH

BANYAK SYARIKAT

DUA RINGGIT

AKAN MUNCUL

NAK KAU TIM

DENGAN PERANCHIS

KAH KAH KAH

HISHAM LIDAH

KONTOT

RAZAK BAGINDA

NAK CARI

ALTANTUYA BARU

UNTUK DAPAT

 KONTREK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan