Ahad, 5 Februari 2023

BULAN DUA BANJIR MASIH MENGANCAM


Banjir: PPS Kedah, Sarawak ditutup sepenuhnya

BANJIR di Kedah dan Sarawak semakin pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu, ditutup sepenuhnya pada 2 petang hari ini.

Di Kedah, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Left (PA) Abdul Rahim Khairuddin  berkata keadaan cuaca cerah hari ini, telah membantu air untuk surut dengan cepat dan membolehkan kesemua 35  mangsa banjir daripada 11 keluarga di Mukim Relau di PPS Sekolah Kebangsaan Relau, kembali ke rumah masing-masing


Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun, Sabah kekal

JUMLAH mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan, manakala di Sabah kekal setakat pagi ini. 

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 670 mangsa berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan lima lagi di Batu Pahat, berbanding 769 mangsa pada 8 malam tadi.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, Batu Pahat yang mengalami banjir termenung setakat ini merekodkan seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga dan Segamat pula 26 daripada sembilan keluarga.

Banjir: Semua PPS di Pulau Pinang ditutup


BANJIR di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. 

Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata semua 59 mangsa banjir daripada 17 keluarga di PPS Dewan Komuniti Kubang Menerong, Seberang Perai Utara dan PPS Sekolah Kebangsaan Bakap Indah, Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang tadi selepas kediaman masing-masing selesai dibersihkan.

“Pihak kami turut membuat pemeriksaan di semua rumah mangsa banjir bagi memastikan kediaman mereka selamat didiami semula. Cuaca yang baik hari ini juga mempercepatkan lagi air surut serta kerja pembersihan dapat dijalankan,” katanya.

Di Johor, jumlah mangsa di PPS terus menurun kepada 769 orang setakat jam 8 malam ini berbanding 819 orang yang direkodkan pada jam 4 petang tadi.



AWAS

WASPADA

BULAN DUA

BANJIR MASIH

MENGANCAM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan