Isnin, 20 Februari 2023

DAP MASUK PERANGKAP PAS


DAP gesa ambil tindakan terhadap perarakan 'provokatif' PAS

Pemimpin DAP P Ramasamy mempersoalkan tujuan perarakan anjuran Pemuda PAS minggu lepas, menggesa sama ada polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat selain menggelarnya sebagai pelanggaran serius undang-undang keselamatan awam.

Timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu berkata, perarakan yang menyaksikan peserta berpakaian pahlawan Islam dan membawa senjata replika itu "menyerupai platun tentera bersenjata yang bersedia untuk berperang".

"Mengapa perlu ada ritual sedemikian sedangkan Malaysia sebuah negara yang aman dan stabil?" katanya dalam stau kenyataan.

"Saya tidak fikir 'perarakan bersenjata; anjuran PAS baru-baru ini pernah berlaku sebelum ini, setakat yang saya tahu.

"Jika perarakan itu hanya ritual ulangan, maka orang ramai mungkin sudah tahu sepenuhnya tentang hal ini."

Pada 17 Februari, Pemuda PAS Terengganu menganjurkan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di Setiu yang mana dengan cepat ianya tular di media sosial.

Pemimpin PAS mempertahankan perarakan itu dan membandingkannya dengan acara sukan atau pertunjukan pantomim.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perarakan itu sama seperti opera Cina di mana pelakon juga membawa senjata sedemikian.

Bagaimanapun, Ramasamy mempersoalkan mengapa menganjurkan perarakan yang sebegitu sedangkan PAS, seperti parti politik lain, cuma ada musuh politik sahaja.

“Adakah tujuan perarakan itu untuk menghantar mesej kepada musuh Islam bahawa perjuangan PAS bukan sekadar di Parlimen tetapi mungkin mengambil bentuk yang lebih garang dalam keadaan tertentu?

"Jika tidak, apa gunanya perarakan bersenjata 'pahlawan' Islam itu? Apakah ianya mesej amaran kepada orang lain, khususnya mereka yang dianggap musuh Islam?"

Tambahnya perarakan itu bertentangan dengan Perlembagaan, selain "provokasi PAS" sudah “berlebihan”.

"Adakah polis akan bertindak terhadap ejen provokator?" soalnya.

WOIT

PAS MAKIN BIJAK

AMIN

INI  SENI

PERSEMBAHAN

POLITIK TERBAIK

AMIN

INI PERANGKAP

UNTUK TARIK

KOMEN BODOH

DARI DAP

AMIN

INI TAKTIK BIJAK

PERSEDIAAN

UNTUK LIHATKAN

CHINA DAP MUSUH

MELAYU ISLAM

AMIN

MALOAN INDIA

INI JADI BEBAN

BUKAN SAJA

PADA DAP TAPI

BEBAN UNTUK

PAKATAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. gua risau bila tengok ni sebab gua teringat junta myanmar yang di sapot sami2 budha menonggang agama... ramai tekorban..

    BalasPadam
  2. Tentera Taliban & Pakistan .. DAP tak perlu buat repot.. ini tentera yang dah kalah lengit ..masih guna pedang ..

    BalasPadam