Jumaat, 17 Februari 2023

DIMANA NAJIB ?


Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan


TARIKH pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum hati selepas disabitkan kesalahan membunuh timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais yang dijadualkan pada 3 Mac ini dilapangkan.

Jasmine Cheong, peguam mewakili bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 59, ketika dihubungi hari ini mengesahkan Mahkamah Rayuan melapangkan tarikh pendengaran rayuan tersebut semasa pengurusan kes pada 16 Januari lalu.

Beliau berkata ini berikutan dua perayu, R Dinishwaran, 30, dan S Ravi Chandarasn, 51, masing-masing belum memfailkan petisyen rayuan.

Cheong, berkata Dinishwaran telah melantik peguam baharu yang memerlukan masa untuk meneliti rekod rayuan dan memfailkan petisyen rayuan manakala Ravi Chandaran sedang dalam proses memfailkan petisyen rayuan.

Katanya, mahkamah menetapkan 11 April ini untuk pengurusan kes rayuan tersebut.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati terhadap Dr Kunaseegaran,59, pemberi pinjaman wang Ravi Chandaran dan empat penganggur; Dinishwaran, A K Thinesh Kumar, 29, M Vishwanath, 32, serta S Nimalan, 29; selepas didapati bersalah membunuh Morias yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram, tujuh tahun lalu.

Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015 .

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana.

Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015. – Bernama, 17 Februari 2023.

HANYA SATU

SOALAN

AMIN

DIA MANA

NAJIB NAZAK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan