Khamis, 23 Februari 2023

KES RASUH WAN SAIFUL JADI PELIK



SPRM tahan lelaki dakwa tawaran RM10 juta kepada Wan Saiful


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang mendakwa agensi antirasuah itu menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful Wan Jan untuk mengubah keterangannya bagi mensabitkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki itu, Mohamad Shafiq Abdul Halim, ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.

“Dia datang ke pejabat setelah dapat arahan kita dan kemudian ditangkap di pejabat SPRM (Putrajaya) semalam, jam 3.30 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Shafiq sebelum ini sudah meminta maaf secara terbuka kepada SPRM berhubung kenyataannya itu.

Katanya, beliau “terlepas cakap” berdasarkan khabar angin yang didengarnya di mahkamah.

Mengulas lanjut, Azam berkata meskipun Shafiq sudah meminta maaf tetapi tindakannya tidak boleh diampuni.

“Walaupun saya tahu dia membuat permohonan maaf dalam Facebook, ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.

“Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful. Akibat daripada kenyataan itu dia menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan, ada yang masih percaya wujud perkara itu.

“Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan,” katanya.

Azam berkata, lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.

Sebelum ini satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada ketua penerangan Bersatu itu.

Melalui klip video itu, lelaki terbabit mendakwa tawaran itu dibuat SPRM supaya Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya dengan mengatakan beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu untuk menerima wang rasuah.

Selasa lalu, Wan Saiful, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. – 23 Februari 2023. 
 Insight

KES MAKIN

PELIK

KAH KAH KAH

APA MAKNA

BERITA INI

KAH KAH KAH

APA BERITA 

DIBALIK BERITA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan