Khamis, 23 Februari 2023

LANGKAH BAIK - JANGAN JADI TUHAN



RUU mansuh hukuman mati mandatori dibentangkan Mac ini


Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Ramkarpal Singh berkata pihaknya menjangkakan RUU itu dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan pada April sebelum diwartakan Mei nanti.

“Apabila undang-undang tersebut diwartakan, mereka yang terkesan boleh membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan dengan bantuan peguam dan Jabatan Penjara,” katanya selepas melawat Penjara Kajang di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 1,320 banduan yang dijatuhi hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan terkesan apabila RUU itu diwartakan.

Katanya permohonan itu akan melalui proses mahkamah dan bukan secara automatik hukuman banduan dikurangkan. 

“Mahkamah akan mendengar bukan sahaja daripada tertuduh atau mereka yang telah disabitkan tetapi mangsa dan keluarga akan berpeluang menyampaikan faktor yang akan ditimbulkan untuk perhatian mahkamah melalui Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya.

“Mahkamah Persekutuan akan melihat satu persatu kes untuk menentukan sama ada hukuman gantung wajar digantikan dan ini terpakai kepada mereka yang menjalani hukuman gantung atau penjara sepanjang hayat,” katanya.

Ramkarpal berkata undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada banduan dari segi rehabilitasi dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk keluar semula kepada masyarakat.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi dialog bersama tujuh banduan akhir dan sepanjang hayat bagi mendengar pandangan mereka mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori.

Pada sesi itu, banduan berusia lingkungan 38 hingga 66 tahun yang sedang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat terbabit meluahkan rasa gembira apabila dimaklumkan mengenai usaha kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori. 

Mohamad (bukan nama sebenar), 45, berkata dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat yang kini memasuki tahun ke-23.

“Berilah kami peluang untuk bersama keluarga dan berjanji akan melakukan yang terbaik,” katanya yang disabitkan dengan kesalahan membabitkan dadah.

Katanya kebanyakan banduan yang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat berusia lebih 60 tahun dan wajar diberikan peluang kedua.

Pada 10 Jun tahun lepas, kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan mengenakan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

LANGKAH BAIK

KITA JANGAN

JADI TUHAN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Dulu dulu semua masuk penjara adalah jenayah jenayah common, sekarang masuk semua jenayah jenayah kompleks, semua bijak pandai, tipu scam curi rasuah semua hebat belaka, kompleks penjara kena tambah, kena luaskan, kena ramai kena tanggung makan berak mereka termasuk kos indah water, semuanya rakyat kena tanggung, adalah hukuman mati direstui rakyat dulu? Saja tanya ja ni Gan marah siapa buat keputusan ini baik untuk rakyat negara bangsa agama? Adakah Senik atau Nenas kah kah kah

    BalasPadam