Zahidi mohon masuk PKR Sabtu ini, lapor media
BEKAS Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin yang dipecat dari Umno tahun lalu berkata beliau akan memohon untuk menyertai PKR hujung minggu ini, lapor Sinar Harian.
Bekas ketua Umno Padang Besar itu juga berkata 100 ahli Umno bahagian itu akan bersama-sama masuk PKR kerana tidak puas hati dengan perkembangan yang berlaku dalam Umno sekarang.
“Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) hendak buat pembersihan (parti) itu elok, sebab ramai hendak ikut saya masuk PKR.
“Dengan saya bakal menyertai PKR secara rasmi pada 4 Februari ini bersama 100 ahli Umno Bahagian Padang Besar, dijangka banyak cawangan parti itu di Padang Besar yang bakal terbubar kelak,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Zahidi juga mendakwa ada ramai lagi pemimpin Umno yang mahu meninggalkan parti selepas tindakan pecat dan gantung melibatkan puluhan ahli dan pimpinan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno pada Jumaat lepas.
“Ramai orang tanya saya macam mana hendak masuk PKR, termasuk sebilangan pemimpin Umno Pusat. Ada juga antara mereka hendak masuk PN (Perikatan Nasional). Ini semua sebab mereka tidak bersetuju cara Presiden,” katanya.
Zahidi sebelum ini bekas timbalan menteri dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob di portfolio komunikasi dan multimedia.
Wakil rakyat Padang Besar dua penggal itu dipecat dari Umno selepas bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) setelah tidak dicalonkan semula oleh Umno.
Beliau kalah dan hilang deposit di kedua-dua kerusi yang ditandingi iaitu Parlimen Padang Besar dan kerusi negeri Titi Tinggi.
Zahidi dipecat dari Umno bersama tiga yang lain iaitu bekas ketua Umno Perlis Shahidan Kassim, bekas Ahli Parlimen Maran Dr Ismail Abd Muttalib, dan bekas pemimpin Umno Arau Azhar Ahmad. – 30 Januari, 2023.
Toksah lah terima mamat ni. Dia punya karakter same mcm Zaid Ibrahim. Nanti dia buat hura hara je. Lg pun dia tak hensem ada empat kening.
BalasPadam