Selasa, 14 Februari 2023

MELAYU MALAS



Hina Islam: Lucutkan kewarganegaraan Guang Yik


JASIN – Pemuda UMNO Bahagian Jasin menggesa kerajaan segera melucutkan kewarganegaraan bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang-orang Melayu di negara ini.

Ketuanya Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keharmonian rakyat yang hidup dalam kepelbagaian kepercayaan agama dan budaya untuk sekian lama akan binasa sekiranya petualang sepertinya terlepas tanpa sebarangan hukuman yang tidak cukup sekadar memohon maaf.

Menurutnya, tindakan atlet itu menghina kesucian agama Islam dan kaum Melayu di negara ini adalah sangat biadap, melampaui batas dan terlalu sukar untuk dimaafkan.

“Kenyataan sebegini bukan sahaja mengguris hati dan perasaan tetapi mampu membawa kepada permulaan ketegangan kaum yang jika tidak dihentikan segera, mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan.

“Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengutuk keras hal ini dan mendesak kerajaan melucutkan hak kerakyatan Guang Yik dengan segera untuk memastikan kedaulatan agama Islam dan kehormatan bangsa Melayu tidak sewenangnya dicabul oleh sesiapa pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap perbuatan Guang Yik itu di Balai Polis Merlimau di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Dr Akmal berkata, sebagai seorang atlet yang pernah mewakili negara, dia sudah pastinya sedar hal berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian walau apapun alasannya.

“Hal-hal ini menjadi ilmu asas bagi seluruh warganegara kerana ianya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan serta Rukun Negara, tetapi telah diajar sejak bangku sekolah lagi.

“Tidak cukup hanya dengan peringatan dan permohonan maaf, perlaksanaan hukuman perlu segera dilaksanakan untuk dijadikan iktibar serta tauladan kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan serta kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya.

Beliau turut memberikan contoh apakah tindakan diambil dalam isu hampir sama terhadap pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

Ia selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

“Jadi jika dengan satu muat naik ‘nakal’ di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan beliau telah digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang telah dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman yang lebih berat.

“Walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasa Guang Yik langsung tidak setanding dengan tingkah peribadinya,” tegasnya.

Sebelum itu, tular di media sosial video Guang Yik yang mendakwa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah teruk disebabkan diuruskan oleh kaum Melayu yang dianggapnya sebagai pemalas.

Beliau yang bercakap dalam bahasa Cina turut mendakwa, sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM. 

WOIT

MELAYU MALAS 

BUKAN PEKARA

BARU

AMIN

TAK CAYA

TANYA HADI WENG

BERAPA KALI

HADI HADIR

 KE PARLIMEN

KHALAS

PERANGAI

PENGANUT ISLAM

NI PUN BUKAN 

BETUL 

LU TAK CAYA

LU TANYA TUAN HAJI

MOKHTAR SENIK

AMIN

KALAU LU

KURANG YAKIN

LU TENGOK

PERANGAI ANAK

RAJA ARAB

AMIN

KAKI RASUAH

PUN BANYAK MELAYU

AMIN

HAJI HADI KATA

TERIMA RASUAH

ADALAH TERIMA

 SEDEKAH

AMIN

KENAPA TAK

TARIK KERAKYATAN

HADI YG HINA

MELAYU ISLAM

KHALAS

3 ulasan:

  1. Tindakan Guang Yik ada lah biadab dan hukuman keras patut di kena kan sebagai prngajaran. Tapi catitan kaki TT ada kebenarannya. Sebenarnya tingkah laku pemimpin PAS yang buruk dan memualkan lah yang telah membuat persepsi negetif orang bukan Islam terhadap Islam.

    BalasPadam
  2. Kah kah kah kalau orang lain terus nak buang ke laut, terus nak pancung, terus nak hukum, kalau orang sendiri bagi gekarab Bossku, penyelamat bangsa agama negara kah kah kah, tak patut, kalau nak adil biar adil semua, kalau nak Selamat, biar semua Selamat kah kah kah amar maksud nahi mungkari amin

    BalasPadam
  3. Laaa.... Mahaded dah berapa kali dok kata melayu malas... Patut depa ni suruh lucut kelaktayaan mahaded dulu... Apa ra.... Kalau aku kata anak aku malas dia lucut aku punya kebapaan la kalo diikutkang lojiknya... Haiya.. hati kecik betul... Ka ada udang sebalik keris? Aku sarankan DBP hapuskan perkataan malas dari kamus.... Senang...

    BalasPadam