Henti cipta tuduhan, jika tak mahu PN ‘tarah’ 6 negeri – Muhyiddin
KUALA LUMPUR – Rakyat akan bertindak balas kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekiranya aktiviti mencipta pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak dihentikan segera.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sekaligus menyaksikan PN merampas enam negeri berkenaan.
Keenam-enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya dan semua (pemimpin PN) ini, kata (kita ini) perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita.
“Tapi saya percaya gelombang PN yang sudah pun kita lihat (pada) PRU lalu akan terus melanda negara ini (dan) enam buah negeri ini akan tarah. There will be backlash (akan ada tindak balas). Saya nak bagi amaran,” kata Muhyiddin dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, tuduhan dibuat Anwar kononnya berlaku penyelewengan dana semasa beliau menjadi perdana menteri hanya ciptaan demi menghasut rakyat membenci PN.
Mengulas lanjut, Muhhyiddin turut mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini nampak berniat jahat dengan membuat tuduhan yang tidak berlaku kononnya berlaku pelbagai penyelewengan semasa beliau menjadi perdana menteri.
“Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini cenderung untuk mengambil tindakan-tindakan berbentuk, dengan izin, witch-hunting atau mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud,” katanya lagi. –
Abah beri amaran, abah nak balas dendam, duit ada lagi tak? Kalau ada duit lagi, boleh isi minyak motor, boleh bagi elaun, boleh sumpah sumpit, boleh menang bergaya, kalau duit dah beku, jangan buang masa, apa kerja tak jalan kalau duit tarak woit kah kah kah
BalasPadamAbah beri amaran, abah nak balas dendam, duit ada lagi tak? Kalau ada duit lagi, boleh isi minyak motor, boleh bagi elaun, boleh sumpah sumpit, boleh menang bergaya, kalau duit dah beku, jangan buang masa, apa kerja tak jalan kalau duit tarak woit kah kah kah
BalasPadamOittt bhaiii...ko ingat senang ke nak buktikan tuduhan...semua tu tin kosong untuk tutup kelemahan perintah negara jee...lagipun ko percaya ke bekas banduan kes moral ni....nak tanya ko la bhaiii..mana ko lebih percaya...bekas banduan atau si yusof....kah kah kah...yg pasti bhai..lepas ni ganu..kelantan...perlis..kedah..n.9..selangor..semua dibawah PN...cukuplah pemimpin melayu jadi lembu sukusakat chin peng bhaii..kah kah kah
BalasPadamRamai dalam kerajaan yg bertelo labuh. Kena picit sikit dia melompat lah. Strategi ni dah lama digunakan madey dgn jayanya. Yg telo molek bulat kalu takleh picit madey anta ke penjara
BalasPadam