Jumaat, 10 Februari 2023

MUHYIDIN NAFI BERI KONTREK PADA MENANTU


Muhyiddin nafi beri kontrak kepada menantu

PENGERUSI Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Presiden Bersatu itu menyifatkan laporan disiarkan dalam sebuah portal kelmarin berhubung perkara tersebut adalah fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalarkan maruah beliau dan keluarganya.

“Saya sebagai perdana menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berkata proses perolehan kontrak tersebut dibuat mengikut tatacara perolehan biasa di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan serta bukan berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai perdana menteri ketika itu.

“Selain itu, tiada mana-mana ahli keluarga saya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham,” katanya. – Bernama, 10 Februari 2023.

WOIT

NAFI SAJE

TAK CUKUP

KAH KAH KAH

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

KHALAS

DI MALAYSIA NI

ANFI TANDA

BENAR

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan