Rabu, 15 Februari 2023

MUHYIDIN TAK FAHAM



Kerajaan Anwar sengaja cari kesalahan yang tak wujud, kata Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin memberi amaran tindakan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang cuba memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional (PN) akan mencetus kritikan dan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata tuduhan ke atas dirinya dan PN berniat jahat dan sengaja diada-adakan untuk menghasut rakyat.

“Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini agak cenderung mengambil tindakan berbentuk ‘witch hunting’. Kesalahan kerajaan terdahulu yang tak wujud dicari-cari. Mungkin kerana ada enam PRN kita akan hadapi. 

“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya, dia kata kita semua ini perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita tapi saya percaya gelombang Perikatan Nasional yang sudahpun kita lihat PRU15 akan terus melanda enam buah negeri. Kita akan tarah.

“There will be backlash. Saya nak beri amaran. Jadi jangan main-main, ini sentimen rakyat, bukan kami sahaja. Rakyat berjuta sana melihat telatah kerajaan hari ini bersikap niat jahat,” kata ahli Parlimen Pagoh itu ketika membahaskan titah Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin dalam pada itu berkata tumpuan kerajaan waktu ini harus tertumpu kepada usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan rentan menghadapi beban kos sara hidup yang tinggi.

Beliau menyorot kembali kepada kenyataan Anwar ketika awal penubuhan kerajaan perpaduan yang berjanji akan mengemukakan langkah-langkah komprehensif untuk menangani masalah kos sara hidup dalam tempoh dua minggu.

“Sekarang ini dah menjangkau hampir tiga bulan, Tuan Yang Dipertua. Saya masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya, apalah salahnya kalau kerajaan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya ini adalah kehendak rakyat untuk membantu meringankan beban mereka di kala susah. Bukan duit kerajaan, (tetapi) duit rakyat,” katanya. – 15 Februari 2023. 

MUHYIDIN

TAK FAHAM

ATAU BUAT BUAT

TAK FAHAM

AMIN

INI CARA TERBAIK

UNTUK SELAMAT

AMIN

SERANG DULU

SEBELUM DISERANG

AMIN

GEMPAQ BERI

MUSUH TAKUT

DULU

AMIN

YANG LAIN

BELAKANG KIRA

AMIN

ABAH NI

TAK BACA

BUKU TAKTIK

PERANG MAO

AMIN

KALAU PMX

TAK SERANG

PH AKAN DISERANG

KAH KAH KAH

BILA PN TAK SERANG

MAKA PN AKAN

KENA SERANG

AMIN

INI POLITIK

REALPOLITIK

KHALAS

4 ulasan:

  1. TT lupa ke, dulu TT kata jika sesuatu perkara itu dinafikan bermakna perkara tu betul, tambahan pula jika dinafikan dengan penuh nada kemarahan dan siap memberi amaran, jadi maknanya ? Cuba TT tolong jelaskan

    BalasPadam
  2. lu yang tak paham.. mudim juga dalam mod menyerang.. gua harap semua mampus.. kah kah kah

    BalasPadam
  3. Cerita serang menyerang Anwar sudah 30 tahun berlaku. Mula2 madey serang Anwar sampai masuk jel. Bila najib jd PeeM dia pulak serang Anwar. Taim madey jd PeeM kali ke2 dia serang Anwar sekali lg. Pastu Muiden pulak serang Anwar bila dia jd PeeM. Mael Bera pun nak tumpang semangkok bila dpt jawatan PeeM. Bro Muiden, serang menyerang ni adalah rukun real politik bila ada kuasa. Tak rugged lah lu bila kena serang sikit je merengek, nampak sangat lu belia

    BalasPadam
  4. Wahhhhh!!! Hebat pmx pojaan hati TT. Semlm kat turkiye, arini dah ado kat tanahair malaysiaku terchenta. Naik jet kulu kilir.. minyak jet sapo bayar tu TT? Zaman sekarang ni, nak bg sokongan moral.. nak menyampaikan salam takziah rakyat msia pado turkiye - buleh ajo VC atau bideo kol TT. Poie somayang jemahat kek podeksen naek helikoptar, mahal agak eh sewo tu kan TT? Gaji pm tak amik, sapo bayar duit sewo heli tu TT? Lopeh 1, 1 dibuek eh.. den rakyat marhaen TT, tak tau psl hargo minyak jet atau kos sewo heli. Tapi den agak² ajo.. mahal ghaso eh tu kan TT. Den tgk kan la kan.. pmx pojaan TT ni tongah menikmati saat kogomilangan eh disanjung dipujo disambut sano sini. Hargo barang basah mencanak naik, kos sara hidop rakyat makin tinggi melambong.. menonggu gomen pmx selosaikan hal ni sumo eh tapi memasing den tgk masih lagi dlm honeymoon month/year. Masih lagi dlm mood meraikan kejayaan.. fizi laici pun samo - hujah kemain begogar. Bilo dah pogang jawatan jd selow mcm siput pulak sudah eh. Mohon TT bagi penjolasan pado den rakyat marhaen ni TT iyo.

    BalasPadam