Rayuan Najib serba tidak menjadi selepas tukar peguam, mahkamah diberitahu
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini diberitahu rayuan Najib Razak ke atas keputusan perbicaraan SRC International Sdn Bhd serba tidak menjadi selepas beliau menukar peguam mewakilinya tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) V Sithambaram merujuk kepada pertukaran peguam daripada Shafee & Co kepada pasukan guaman baharu terdiri daripada Hisyam Teh Poh Teik dan Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).
“Mengapa Najib yang diwakili Muhammad Shafee Abdullah dalam kes SRC International dari peringkat Mahkamah Tinggi pada 2018 dan hanya menukar peguam pada 2022 sebelum pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan, Ogos tahun lepas.
Jika tidak kerana pertukaran peguam ini, saya tidak fikir semakan ini akan dibawa ke mahkamah hari ini. Sementara tertuduh berhak memilih peguam, peguam perlu bersedia untuk bertindak dan sanggup melakukannya pada hari ditetapkan. Sebenarnya mereka tidak mahu untuk meneruskan kes ini, kerana itulah mereka mahukan penangguhan ini,” katanya.
Menyentuh kedudukan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam Maybank Bhd sebelum ini, pihak pendakwaan berkata ia bukanlah satu rahsia dan peranan Mohd Nazlan dalam bank itu adalah tidak relevan dengan kes Najib berkaitan SRC International.
“Ia sudah tentunya bukan suatu isu dalam semakan ini.” kata pihak pendakwaan.
Sementara itu, Shafee berkata ia adalah kali pertama pertukaran peguam berlaku dalam kes Najib dan ia dilakukan dengan niat baik.
Beliau berkata, bahkan pertukaran peguam itu kerana mahkamah tempatan tidak membenarkan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw dari United Kingdom untuk diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela bagi mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya.
“Justeru, tiada agenda untuk mengatur penangguhan.” kata peguam veteran itu.
Kedua-dua mereka berhujah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.
Najib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda.
Pendengaran bersambung 9 pagi esok.
Ini taktik orang ada duit, orang tak ada duit tak ada peguam sampai atas langit, kah kah kah semua cerita mamu saja pandai bawa macam serial Korea mukbang, ada saja sketsa baharu woit jangan layan, macam macam plot cerita masuk, tapi duit masuk akaun, duit dibelanja, tak ada declare, settle ada kesalahan masuk penjara apa masalah mamu? Dia peguam free atau ada bayaran lebih 12 juta ? Kah kah kah
BalasPadamBro not all is lost, pernah dengar ini tak? Kah kah kah untuk mereka nothing is lost, semua ada masuk masuk untung belaka, delay dolak dalih semua percaturan sampai sampai tak pancut kah kah kah
BalasPadam