Jumaat, 10 Februari 2023

NAK CADAI BIDADARI PUN ADA MONOPOLI


SPRM bongkar sindiket monopoli tiket penerbangan umrah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar sindiket pengagihan kuota tiket penerbangan bagi agensi perkhidmatan umrah, menyebut enam individu membabitkan pengarah dan kakitangan enam syarikat pelancongan ditahan kerana disyaki meminta komisen.

“Keenam-enam suspek berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM dalam operasi khas di empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah petang semalam,” kata sumber.

Menurut sumber SPRM, sebuah syarikat terbabit dilantik oleh sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai agen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tiket penerbangan mengerjakan umrah.

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket bagi jemaah umrah,” menurut kenyataan itu, menyebut bayaran ini bagi memastikan agensi umrah mendapat kuota tiket dalam setiap penerbangan yang dijadualkan.

"Agensi-agensi pelancongan umrah terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah ini bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapatkan tempat duduk penerbangan. Ini merupakan antara faktor kenapa harga tiket penerbangan umrah tinggi," katanya.

Baru-baru ini, MalaysiaNow melaporkan penjualan semula tiket kapal terbang ke Mekah dan Madinah pada harga yang lebih tinggi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dikesan sebagai antara punca kos umrah semakin meningkat.

Situasi itu dikesan berlaku sejak lima tahun lalu membabitkan jualan tiket daripada beberapa syarikat penerbangan terkait dengan penerbangan umrah malah menurut sumber, sindiket ini mengagihkan sebanyak 216,000 tiket dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.

Menurut SPRM, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman keenam-enam suspek selama 4 hari bermula 10 hingga 13 Februari bagi membantu siasatan selepas agensi itu mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan dijangka akan lebih ramai ditangkap bagi membantu siasatan.




WOIT

NAK CARI

BIDADARI PUN

ADA MONOPOLI

KAH KAH KAH

INILAH CONTOH

KAPITALISMA

AMIN

UNTUNG 

DIDAHULUKAN

BIDADARI 

BELAKANG KIRA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan