Isnin, 20 Februari 2023

TENGKU ZAFRUL DIPANGGIL PRM



Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.

Menurut Tengku Zafrul, beliau akan berjumpa dengan pihak SPRM dalam masa terdekat dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi itu.

Beliau, bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada ia berkaitan projek Jana Wibawa yang sedang disiasat pihak SPRM.

“Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Selepas dipanggil baru boleh saya sahkan mengenai apa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MITI dan agensi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, SPRM, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya akan memanggil Tengku Zafrul yang merupakan bekas Menteri Kewangan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat.

Menurut Tengku Zafrul, sepanjang pengetahuannya semasa menerajui Kementerian Kewangan sebelum ini, tiada ‘perbelanjaan’ yang tidak sepatutnya berlaku. 

“Tapi itu setakat pengetahuan saya, biarlah SPRM buat siasatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul, menerusi catatan di Facebook semalam, berkata tiada apa yang perlu disembunyikan dan beliau sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian. – Bernama, 20 Februari, 2023.

YA AMPOON

TENGKU ZAFRUL

DAH KENA

PANGGIL SPRM

AMIN

RES MI KES 

MI LOD

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan