Rabu, 22 Februari 2023

TIPU HELAH NAJIB


Permohonan Najib hanya untuk tangguh bicara SRC International, kata Sithambaram


TINDAKAN peguam bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan untuk meminta penangguhan rayuan akhir SRC International di Mahkamah Persekutuan adalah percubaan untuk menangguhkan prosiding, kata pendakwa ad hoc V. Sithambaram.

Beliau berkata, pihak pembelaan diberi tempoh empat bulan untuk membuat persediaan menghadapi kes itu berikutan permintaan mereka supaya tarikh rayuan ditetapkan mulai 15 Ogos 2022 dan seterusnya.

Sithambaram merujuk kepada permohonan berulang yang dibuat oleh peguam bela Najib yang baru dilantik Hisyam Teh Poh Teik kerana memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi kes itu.

“Pembelaan diberi masa empat bulan untuk bersiap sedia. Hisyam juga diberi masa enam hingga lapan minggu untuk membuat persiapan. Jadi, bagaimana dia (Hisyam) boleh masuk dan mengatakan mereka tidak bersedia dan meminta penangguhan?

“Jika tidak diberi, mereka tidak akan berhujah? Ia seperti menahan mahkamah untuk dapatkan tebusan. Siapa yang mengetuai di sini?” katanya di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Tahun lalu, Hisyam berkata beliau tiada dalam kedudukan untuk mempertikaikan kes itu kerana memohon lanjutan tiga bulan dan tidak diberi masa yang mencukupi untuk menyemak dokumen.

Sithambaram berkata pasukan pembelaan baharu telah mengambil mudah bahawa Mahkamah Persekutuan akan memberi penangguhan.

“Perlu ada pelan B. Jika mereka (Hisyam) tidak dapat (penangguhan), mereka mesti bersedia untuk berhujah.

“Mereka mengambil mudah bahawa mereka akan mendapat penangguhan. Mereka tidak sepatutnya menganggap penangguhan akan diberikan sebagai hak mereka.

“Tiada sesiapa boleh memberi jaminan seperti itu kepada perayu.”

Sithambaram berkata apabila Hisyam mengambil alih sebagai peguam Najib, pasukan pembelaan mempunyai tarikh baharu, iaitu lapan hingga sembilan minggu sebelum perbicaraan. – 22 Februari, 2023.

WOIT

INI SEMUA

TIPU HELAH

NAJIB NAK

LAMBAT PROSES

PENGHAKIMAN

AMIN

ANAK BUNTING

KENA KOBID

DARAH TINNGI

TELO SAKIT

JUBO BERNANAH

INI SEMUA HELAH

AMIN

AWAS !

ADA RANCANGAN

LICIK NAK 

BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan