Jumaat, 24 Februari 2023

ZAHID NAK SELAMATKAN DIRI



Umno mesti terus jelaskan pilihan sertai kerajaan perpaduan, kata Mahdzir

UMNO mesti terus menjelaskan kepada rakyat sebab ia memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu, kata naib presidennya Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata beliau menawarkan diri mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti bulan depan antara lain kerana mahu bersama-sama kepimpinan Umno untuk memulihkan semula imej parti Melayu itu.

“Saya bersedia ambil tanggung jawab bersama kepimpinan parti untuk beri gambaran jelas kepada rakyat termasuk pilihan kita, parti Umno dan Barisan Nasional memilih parti bawah kerajaan perpaduan… kita kena bagi penjelasan yang betul.

“Sekarang penjelasan yang betul sebenarnya sudah dibuat sebab apa kita pilih. Ia kerana untuk menentukan kerajaan yang ada pada hari ini berada di landasan betul dan kita pilih kerajaan PH untuk tubuh kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu wawancara dengan NRC TV di Facebook malam tadi.


Beliau diwawancara atas tajuk “Melukis Wajah Umno di Era Madani”.

Jelas Mahdzir, Umno mesti menjelaskan kepada umum kesanggupannya menerima DAP, parti yang pernah ia label sebagai anti Melayu.

Katanya, persoalan itu sebenarnya tidak harus timbul dalam pembentukan kerajaan perpaduan sekarang kerana hakikatnya Umno sebelum ini tidak pernah menidakkan kaum lain dalam usaha membina negara bangsa.

Beliau malah menyifatkan kerajaan perpaduan yang dibentuk sekarang mencerminkan kerjasama pelbagai kaum dalam pentadbiran.

“Saya fikir ia adalah pembinaan sebuah kerajaan berasaskan integrasi nasional membina perpaduan nasional.

“Jadi kita tolak sebarang ekstremis, orang Melayu yang ekstrem kita tolak, Cina dan India yang ekstrem pun kita tolak.

“Kita tak ambil kumpulan yang ekstrem tapi kita ambil kumpulan yang boleh menerima dan membina negara bangsa,” katanya.

Semalam Mahdzir mengumumkan keputusannya mempertahankan jawatan naib presiden Umno.

Selain itu, seorang lagi naib presiden Khaled Nordin turut mengesahkan mempertahankan jawatan tersebut.

Bagaimanapun Ismail Sabri Yaakob setakat Rabu belum lagi memberi kata putus tetapi difahamkan cenderung untuk tidak bertanding jawatan naib presiden.

Pada perhimpunan agung parti Januari lepas, Umno memutuskan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Umno akan mengadakan pemilihan jawatan tertinggi parti secara serentak di seluruh negara pada 18 Mac. – 24 Februari, 2023.




APAKAH

RAKYAT AKAN

DIBERI TAHU

DENGAN JUJUR

AMIN

ZAHID NAK

SELAMATKAN DIRI 

DARI MASUK JIL

AMIN

ANWAR BERAHI

NAK JADI PM

AMIN

DUA KEPENTINGAN

INI BERTEMU

DAN DIBANTU

OLEH RAJA RAJA

MELAYU 

MAKA

LAHIR KERAJAAN

CAMPURAN DENGAN

PAKATAN

KHALAS

3 ulasan:

  1. Semua kena faham, sekarang zaman survivalnya saja, kalau kuat menang banyak tak payah kawan, kalau menang sikit survival kena cari partner survival semua faham, nak faham orang biasa biasa buang masa, cakap terus terang, nak selamat diri, nak selamat parti atas alasan diri senang, tapi Komidi berani lawan, lawan orang tua mahu bubar parti yang jadikan dia PM selama 22 tahun, parti yang orang tua rosakkan dahulu kah kah kah semuanya kehendak orang tua Malaysia kita kah kah kalau tak ikut kena lah, ramai yang bagus kena buang dulu kini selamanya, orang tua ini akan hidup 100 tahun lagiah kah kah umpama kata yang jahat hidup selama lamanya Amin kah kah kah

    BalasPadam
  2. Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) membidas kerajaan berikutan tiada peruntukan diberikan kepada ahli parlimen pembangkang dalam Belanjawan 2023.

    Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berkata, ahli parlimen pembangkang sepatutnya mendapat peruntukan yang adil dan sama rata seperti ahli parlimen kerajaan kerana ia merupakan wang rakyat.

    "Kami wakil rakyat, kami menang pilihan raya, kenapa hak kami dinafikan? Kami tak dapat peruntukan. Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan dapat peruntukan, kami tak dapat. Kenapa tak dapat?

    "Dalam dunia ini tak kira oposisi, tak kira kerajaan, peruntukan ahli parlimen dibagi sebab ini ialah peruntukan rakyat.

    Kah kah semua mahu duit duit duit, semua nak bantu rakyat, selama ini bantu siapa? Rakyat atau keluarga? Kah kah kah semua wayang belaka, nak duit tapi duit tak pernah sampai kepada rakyat, kroni dapat, projek dapat, komisen dapat kah kah Selamat mana nak tipu lagi YB Arau? Kah kah kah berapa Audi dah ada ? Saja tanya jangan marah

    BalasPadam
  3. Hidup lagi senang kalau malas, susah, tak payah bekerja, lepak, tunggu bantuan kan? Ini lah masa depan majoriti rakyat, semua susah kekal susah tunggu bantuan setiap masa, kah kah kah

    BalasPadam